Bab 17
Dato Suraya dan anaknya Reen bergelak tawa bersama sambil memilih tudung
– tudung yang tergantung kemas di hadapan mereka. Iman tersenyum sambil menepuk
perlahan bahu Dato Suraya.
“Iman....” nampak cahaya gembira pada mata wanita berusia lewat 50 tahun
itu. Oleh kerana terlalu gembira, Dato Suraya mempelawa Iman makan tengahari
bersama mereka di restoran kegemarannya.
Air soya dikacau perlahan – lahan. Dahi Iman yang berkerut sekali sekala
itu membuatkan Dato Suraya tidak mahu menunggu lama untuk bertanya. Reen
mengambil Yuli dari pangkuan Iman dan nampaknya Yuli sangat sukakan Reen.
“Semua ok?”
Soalan itu tidak mampu untuk Iman jawab. Dia tidak mahu menyalahkan Budi
Irsyad tentang rasa perit hatinya, rasa benci perasaannya terhadap Akma. Sesungguhnya,
dia sendiri menyaksikan betapa budi Irsyad mahu membuktikan bahawa cintanya
utuh dan teguh buatnya seorang. Dia cuma wanita biasa, rasa cemburu sering
menewaskan akal fikiran.
Dato Suraya senyum simpul. Dia bukanlah seoarang yang gemar mahu menjaga
tepi kain orang lain tetapi dia mahu
Iman kuat. Akma sememangnya tidak mampu menawan rasa percaya di hatinya. Lenggok
bahasa Akma sahaja sudah cukup untuk menghuraikan siapa dia di sebalik baju
yang penuh glamor, kasut tinggi dan cara hidup yang gah.
“Iman.... bersedialah tetapi jangan disalahkan mereka yang tidak
bersalah. Kenangan manis memang sukar untuk dipadam. Biarkan sahaja ianya manis
pada ingatan Budi. Kali ini, tiba pula waktu Iman untuk menepis memori manis
antara dia dan Akma dengan mencipta rasa manis antara Iman dan Budi sendiri.
Manis yang membahagiakan”
Iman tunduk. Dato Suraya melihat dengan jelas setitis demi setitis air
mata Iman jatuh mengenai lengannya sendiri.
Kuatlah Nurul Iman...... Budi Irsyad tidak mahu ditarik kedalam rasa
bahagia Akma tetapi jika Nurul Iman
lemah.... dengan sekali rentapan, Budi Irsyad akan jauh dan seterusnya hilang
daripada dakapan Nurul Iman..... Dato
Suraya memandang Reen yang hanya tersenyum tawar.
Iman mengesat air matanya. Senyuman palsu yang direka tidak mampu untuk
mengaburkan pandangan Dato Suraya yang sudah pun jauh meresapi isi hatinya.
“Hmm... Dato dan Reen, hari ni Iman belanja”
“Seorang ibu mahu anaknya memasak dengan tangannya sendiri. Jika di sini,
Ibu takkan terima belanja Iman” kata Dato Suraya.
Iman sangat – sangat terkejut. Ibu......
Sudah lama bibir itu tidak lancar menuturkan 3 huruf itu di harian
hidupnya.
Kalaulah mama masih hidup, hati ini tidak akan sesakit ini diperlakukan
Akma. Senyuman mama sudah cukup kuat menjadi perisai untuk aku menepis angin –
angin luka yang Akma terbangkan.
“Ibu,,....” Iman bangun dan terus
memeluk Dato Suraya. Air matanya tidak khenti – henti mengalir. Reen menyentuh
belakang badan Iman.
“sekarang Reen dah punya kakak. Kakak yang cantik dan juga hebat!” usik
Reen. Iman senyum dan memeluk Reen pula.
Mama..... terima kasih meminjamkan Iman seorang ibu melalui doamu......
Masih teringat kata – kata mamanya sebelum pergi menghadap Illahi.
“Mama berdoa bila mama sudah tiada nanti, Allah akan utuskan seorang ibu
buat Iman kerana mama tahu Iman memerlukannya”
*****************
Izzat semakin keliru. Mama Imannya selalu berpesan agar Izzat sentiasa
menghormati ibu Akma tetapi wajarkah dia menghormati seseorang yang sering
sahaja melukakan hati ratu hatinya biarpun tidak mengalir darah yang sama. Sejak
dua menjak ini Izzat banyak termenung dan apabila Iman datang untuk berbual
mesra, air matanya bergenangan.
“Izzat sayangkan mama Iman sangat – sangat. Banyak – banyak!!!” tiba –
tiba sahaja Izzat bersuara dan ayat – ayat yang keluar melalui bibir nipis itu
membuatkan hati Iman sedikit berdetik.
Iman mengusap kepala Izzat dengan senyuman.
“Mama Iman.... jangan senyum. Mama Iman sedih. Orang sedih tak senyum. Orang
sedih menangis” kata Izzat. Matanya memandang tepat bola mata Iman.
“Mama tak sedih ibu kata mama bukan – bukan?”
Iman mematungkan dirinya buat seketika. Setakat kata – kata sudah tidak
menjadi kudis buatku. Akma sudah pun menyebarkan kebencian yang kini sudah
menjadi barah dalam hatiku. Demi tuhan, sungguh pun kau lahir bukan melalui rahim
mama, mama tetap menyayangimu malah tidak ada jurang antara kita. Mama juga
sayangkan Izzat malah melebihi nyawa mama sendiri, sayang.
“Kenapa mama pandang Izzat macam ni?” Izzat memegang pipi Iman.
“merenung wajah Izzat seperti mama merenung imbasan syurga, sayang”
jawapan Iman itu membuatkan mereka berdua sama – sama mengalirkan air mata.
Izzat menyentuh perut Iman yang sudah pun sebesar bantalnya.
“Izzat nak jaga adik – adik Izzat baik – baik. Mama suka?”
Iman angguk. Terus bahu Izzat ditarik ke dalam dakapannya. Ya sayang.....
sejak pertama kali mama lihat Izzat, rasa suka itu sudah pun bertukar menjadi
sayang....
Iman tersenyum melihat Izzat mengusik Yuli yang sedang menyusun blok – blok kecil di hadapannya selepas
mengucup pipinya sebentar tadi.
Yuli terus mengejar abangnya dengan anak patung dan dengan sekali
lemparan, anak patung itu mengenai tepat ke wajah Izzat. Mereka berdua berdua
ketawa terkekeh – kekeh. Iman juga tersenyum lucu.
***************
“Izzat berada di bawah jagaan kita. Akma tidak perlu masuk campur, abang!”
tegas Iman.
“tapi nak buat macam mana, izzat anak kandung dia, sayang” budi Irsyad
melonggarkan tali lehernya. Permintaan Akma untuk mengambil semua hak mengenai persekolahan Izzat.
Dia mahu setiap perkembangan pelajaran Izzat termasuk mengambil kad laporan di
pindah ke tangannya.
“Bukan dia yang mengajar Izzat membaca tapi Iman!. Bukan dia yang
mengajar Izzat melukis dan mewarna tetapi Iman!. Ini.... isteri abang ni yang
buat semua ini untuk Izzat. Kenapa? Dia nak nama bila dapat tahu Izzat antara
pelajar terbaik sekolah? Dia nak duduk di hadapan pentas dengan rasa bangga
bila Izzat terima anugerah kecermelangan?” lancar kata – kata itu keluar dan
singgah ke pendengaran budi Irsyad.
Terpejam seketika mata Budi Irsyad. Ingatkan bila hubungan Akma dan dia
pulih, semuanya semakin baik tetapi rupa – rupanya tidak. Iman tidak mahu
mengalah dalam apa jua keadaan. Pening!. Kepala Budi Irsyad pusing
memikirkannya.
“Tak habis lagi kebencian Iman pada dia?” tutur Budi Irsyad dengan lembut
tetapi pedas pada penerimaan Iman.
“Tak habis????... tak habis abang tanya??... dia porak perandakan
rumahtangga mama dan papa Iman, dia juga merampas bekas suami Iman dan suami
Iman yang sedang berdiri di hadapaan Iman ini juga pernah menjalinkan hubungan
cinta dengan dia........ habiskah kebencian itu kalau kena pada abang?”
Budi Irsyad terdiam. Iman sedang hamil dan sejak kebelakangan ini Iman
sering sahaja mudah melenting.
“Cuba maafkan dia, sayang. Demi Izzat..demi kita” Budi Irsyad masih mahu
memujuk. Dia memeluk Iman tetapi pelukannya lantas dileraikan oleh Iman.
“dengar....jika ada seorang lelaki hadir dalam hidup abang, menjalinkan
hubungan cinta dengan ibu abang dan terus meruntuhkan kebahagiaan yang keluarga
abang bina sebelum ini. Bukan itu sahaja, lelaki itu juga merampas isteri abang
hingga isteri abang tinggalkan abang mentah - mentah begitu. Menjaga anak
sendirian dan seterusnya abang ditakdirkan pula berkahwin dengan wanita yang
pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki tadi. Jawab dengan jujur......
kuatkah abang untuk memaafkan lelaki itu?” air mata Iman mengalir deras. Dia memegang
perutnya. Biar semuanya terluah pada waktu itu juga.
Wajah Iman berubah seperti menahan sakit. Mata Budi Irsyad terus
tertancap pada tangan Iman yang sedang menekan perutnya.
“Ya Allah... sayang.... bertenang ye.. tolong sayang. Demi abang” terus
tubuh Iman diangkat dan diletakkan di atas katil. Budi Irsyad memegang dada
Iman dan cuba menenangkan rasa sakit yang tak mampu ditanggung lagi itu.
Dahi Iman dikucup bertalu – talu.
Budi Irsyad naik ke atas katil dan mengangkat sedikit tubuh Iman. Setelah
tubuh Iman betul – betul kemas di dalam dakapannya, Budi Irsyad memujuk dengan
lembut. Dia tahu bagaimana sakitnya Iman
untuk menghadapai Akma. Dia sangat – sangat maklum....
“Demi Allah... terhapus sudah semua rasa kasih abang pada dia. Abang
cintakan Iman seorang. Abang tak perlukan dia , sayang tetapi tolonglah
letakkan sedikit rasa percaya pada cinta abang dalam diri Iman. Ni... anak
dalam kandungan Iman ni.... ini tanda cinta abang sayang. Demi abang......
redakanlah rasa benci tu”
Iman menghembamkan mukanya pada dada Budi Irsyad.
Jika boleh.... sudah tentu aku lakukannya tetapi dia yang terus menyucuk
hati ini dengan jarum yang nampak halus tetapi sangat tajam. Tajamnya menyakitkan
dan tak mampu untuk aku tahan akan rasa sakitnya.
****************
Akma menunggu Budi Irsyad di luar pejabat. Budi Irsyad yang kebetulan
baru sahaja keluar dari perjabat mengeluh sendiri. Sebentar nanti dia akan
membawa keluarganya makan malam di restoran makanan segera yang menghidangkan
pizza sebagai menu utama. Daripada tiga hari lepas yuli mahu makan pizza.
“Ikut aku masuk dalam bilik pejabat” arah Budi Irsyad dan dia berpatah
balik. Akma senyum. Nampaknya Budi Irsyad semakin berlembut dengannya kini.
Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik pejabat Budi Irsyad, dia terus
melabuhkan punggungnya di hadapan budi Irsyad.
“jangan datang sini lagi. Rumah aku juga” ringkas tetapi sudah cukup
menyentap rasa tenang Akma.
“Izzat anak aku”
“jangan jadikan Izzat sebagai alasan”
“kenapa? Isteri kau cemburu?” sinis sahaja nada suara Akma.
“Sebab aku cintakan dia. Demi orang yang aku cinta, aku sanggup buat apa
sahaja ini kan pula sekadar menghalang kau dari memasuki rumah aku”
“Lemah rupanya Iman tu” senget – senget bibirnya memperlekehkan Iman.
Budi Irsyad gelak kecil
kemudian disudahi dengan senyuman sinis.
“Dia cuma lemah bila
berada dalam dakapan aku jer. Lagi lemah kalau aku peluk dia tak lepas – lepas.
Tu belum longlai....kau tak nak tahu ke bila dia longlai?” soal Budi Irsyad.
“Cukup!!” Akma merentap
beg tangannya dan keluar terus dari bilik Budi Irsyad. Sakit hati bila Budi Irsyad sudah pandai
mematahkan kata – katanya. Dulu, apa sahaja yang dia kata Budi Irsyad akan
iyakan sahaja.
Budi Irsyad ketawa besar.
“Tu mesti salah faham...
aku nak kata longlai bila sakit perut dan cirit birit. Otak kuning... korang
yang tengah baca ni pun sama kan kan?” Budi Irsyad senyum lucu dan keluar untuk
terus pulang ke rumahnya.
nsb den tak pk smpai ke laut kuning...Thanks ami perah idea demi romantika yg selalu dilupakan...den suke...rasa nak sula si akma ulat bulu tuhhhh... (Y)
ReplyDeleteingat cerita ni dh brkubur walau tanpa nesan...suka sangat...tq sis
ReplyDeleteBest2.... sambung lg
ReplyDeletedah tak sambung ke?
ReplyDeleteAssalammualaikum
ReplyDeleteAkak waniza aisa saya hanyalah secebis dari banyak fans akak..
Dari bab satu saya baca cerita ini saya dah terpikat dengan penulisan akak
Di tahun 2017 ini saya harap akak dapat sambung cerita romantika kita ini sampai ending.. saya sangat penasaran...
Sy dah follow grup fb akak harap akak sudi folback saya..
Akak idola baru saya
Harap akak sudi balas email tak seberapa saya ini..
Terimakasih akak
Salam