SEMPEN HARI LAHIR ADMIN GROUP WANIZA AISA... NURR BAYU... MINTA MAAF YE LAMBAT... <3 U
HADIRNYA BAYU DI HATIKU
Pernah waktu dan kenangan itu curiga pada aku yang sedang
menanti dia. Berbukit gumpalan darahku menabung rindu untuk melihat dia di
hadapan mataku. Tersenyum dan mengenang episod cinta yang lama biarpun luka
berdarah. Aku masih di sini.... di bangku yang menjadi saksi pemergianmu buat
kali yang terakhir. Langkah kakimu yang kurasakan bagai sedang mengheret beban
perpisahan itu menutup tabir emosiku sejenak. Bunga pemberianmu dulu ku bawa
biarpun ianya sudah mongering dan suram seperti impian cintaku.
“Nurr Bayu... simpan tanda cinta kita ini tau. Biarpun ianya
kering, namun jangan dibuang kerana itu adalah harapan cinta kita untuk
bersatu” ucap Shahrul. Biarpun kulitku tidak pernah disentuh namun pandangan
matanya mampu menyentuh setiap lekuk bicara di hatiku. Itu lima tahun yang
lalu.... mengapa aku masih di sini setiap tahun?. Membawa bunga yang kering dan
hilang harumannya sejak beberapa hari dia meninggalkan aku. terlalu
mengharap.... itu sahaja yang mampu aku simpulkan mengenai cinta aku yang tetap
subur walaupun tanpa baja senyuman daripadanya.
“kenangan takkan pergi kalau kita tak cuba untuk
membuangnya. Jangan salahkan kenangan kalau kita sendiri belum cukup kuat untuk
keluar daripada seksa cinta”
Pantas Nurr Bayu menoleh ke belakang. Halim duduk di
sebelahnya sambil merenung ke hadapan. Air kotak dihulurkan tetapi tidak
mendapat sambutan daripada tangan Nurr Bayu yang halus kulitnya.
“Ya... kau tak mahu terima sesuatu daripada aku yang
jurangnya terlalu dalam berbanding dia” telahan itu sedikit menyentak rasa
senang pada Nurr Bayu. Entahlah... dia lelaki dan dia tidak tahu apa rasanya.
Aku andaikan dia hanya bercanda denganku. Itu sahaja!. Nurr bingkas bangkit dan
mengatur catur langkahnya agah lebih menjauhi lelaki yang sering sahaja muncul
pada waktu yang salah... baginya!.
Halim mengeluh. Masih tiada sedikit pun ruang untuk dia
mencelah masuk. Dia mahu sekali merawat hati itu dan membelainya tetapi pemilik
tubuh itu seringkali melewatinya. Imej Nurr bayu dipandang sekali lalu dan dia
juga turut beredar daripada situ.
************************************
“Sudahlah Bayu,... yang pergi lepaskan” nasihat mak yang
sedang menumbuk sambal belacan kegemaran ayahnya di dapur. Tiada siapa yang
boleh melawat kehebatan mak memasak. Nurr
Bayu termenung mengadap wajah ibunya. Wajah yang masih manis itu sahajalah
penyebabnya dia masih lagi tersenyum. Beri Halim peluang? Bagaimana jika
Shahrul pulang membawa kembali cintanya yang lama?. Adakah kejam kalau dia
meninggalkan Halim saat itu?. ya... pastinya kejam!. Nurr Bayu meraup wajahnya
seketika dan terus membasuh pinggan di sinki. Biar fikiran itu tertinggal di
tangga dapur itu sahaja.
Ayah pulang membawa setandan pisang dan membawanya masuk ke
dalam dapur. Kakinya yang kelihatan berdarah segera dicucinya. Kelam kabut mak
dan Nurr bayu mendapatkan ayah yang sedang mendesir kesakitan sewaktu kakinya
dicurah dengan air sebelum diletak iodine.
“Nasib baik Halim ada. Dialah yang angkat abang tadi. Ni,
dialah yang hantar abang nih. Dia nak tolong bawa masuk abang tak beri. Kasihan
pula dia dah lah nak ke tempat kerja” terkenang kembali lima belas minit yang
lepas di mana anak muda itu dengan sabar membantunya terluka akibat terjatuh di
batu. Terdetik di hati ayah pada waktu itu... bukankah bagus pemuda ini yang
menjadi pilihan Nurr Bayu....
***************************
“Terima kasih bantu pakcik kau ke Halim” ucap Mak senagai
menghargai jasa Halim. Hanya anggukan dengan senyuman yang diberikan sebagai
jawapan. Nurr Bayu masih keras hatinya. Dia menoleh ke arah lain sebaik sahaja
memberikan satu ...hanya satu senyuman buat halim. Hati lelaki Halim sedikit
terguris. Mungkin pada pandangan Nurr Bayu dia hanyalah pemuda yang tidak layak
untuk dipandang biarpun hanya seketika. Halim bersalaman dengan Mak dan
kemudiannya pergi. Sudah tiga kali Nurr Bayu berbuat begitu dan kali ini Mak
terpaksa juga melemparkan rasa tidak senangnya pada pendengaran Nurr Bayu.
“tak baik buat Halim begitu” rungut Mak sambil tangannya
ligat membungkus nasi ayam buat pelanggan mereka.
“Jangan sampai dia tak ada saat kau perlukan dia nanti”
masih lagi dengan rungutan.
“bayu tak perukan dia..”
Jawapan nurr bayu membuatkan tangan yang ligat membungkus
itu ternehenti seketika. Mak merenung mata Nurr Bayu. Dia memang anak yang baik.
Pandangannya ditunduk ke bawah. Menyesal kerana menjawab kata – kata mak tadi. Itulah
kali pertama dia berbuat begitu.
Nurr bayu memandang jauh ke hadapan. Dia nampak akan kelibat
Halim yang sedang meletak barang – barang yang dibelinya di pasar tadi ke dalam
raga motorsikal.
Jangan desak aku.. Halim... cintaku bukan untuk kau...
maafkan aku.
************************
Malam itu Nurr Bayu terpaksa ke kedai untuk membeli panadol
buat ayah yang mulai pening kepala. Walaupun jam sudh pun pukul 11 malam tetapi
demi ayah Nurr Bayu beranikan diri. Dia terus mengayuh basikal menuju ke kedai
Abang Hanif. Mujur Abang Hanif belum pulang lagi. Dia yang sedang mengemas –
ngemas barang dikedainya tersenyum memandang Nurr Bayu.
“Abang.. panadol sepapan ye abang”
Nurr Bayu dipandang dari atas ke bawah. Satu perasaan tidak
enak mula menguasai pemikiran Nurr Bayu. Pandangan mata Abang Hanif begitu
menakutkan. Nurr Bayu berundur ke belakang. Abang Hanif memandang sekeliling
sebelum menarik tangan Nurr Bayu.
DUSHUMMM...
Satu penumbuk hinggap ke pipi Abang Hanif yang lebar itu.
mengaduh dia kesakitan di situ. Memang api kemarahan Halim memuncak sewaktu
melihat kelakuan Abang Hanif tadi. Dia yang baru sahaja pulang daripada
membersihkan surau selepas solat isyak tadi, terus mencekak kolar baju Abang
Hanif.
“Jangan buat dia begitu lagi... bukan dia sahaja tapi semua
perempuan kat dunia ni!!!” Abang Hanif
ditolak kasar. Nurr Bayu tergopoh – gapah mencapai basikalnya dengan tangisan.
Halim mengejarnya dan Nurr Bayu menjerit marah. Terkejut Halim pada waktu itu.
“Taktik apa lagi kau nak buat untuk pikat aku ni ha?? Hari tu
kau tolong ayah, tolong mak dan kali ini kau tolong aku pula. Takkanlah secara
kebetulan kau ada di setiap masa?” air mata dikesat kasar dengan jemarinya. Terkedu
Halim di situ. Dia mengeluh.
“Terima kasih Nurr Bayu atas tuduhan itu” Halim pergi tanpa
menoleh lagi. Nurr Bayu terkedu. Dia memandang Halim yang sudah pun jauh
meninggalkannya.
Aku tak patut.......
******************
“Itulah... Abang kamil pun ada kata anak dia ada kena kacau
dnegan Hanif tu. Nasib baik hari tu Halim dengan Mansor kebetulan lalu. Kan si
Halim tu suka bersihkan surau. Selalunya dalam pukul 11 lebih dia pulanglah...
bila nampak apa Hanif buat kat anak Abang kamil terus mereka berdua bagi
amaran. Sekarang ni dengar cerita ada lagi seorang kena kacau tapi tak tahu
pula aku siapa sebab Halim diamkan saja. Aku tanya pun tak jawab. Kalau ada Mansur dia nak gak
cerita” Kak Minah yang baru sahaja singgah ke rumah untuk melawat ayah mula
bercerita. Nurr Bayu memegang dadanya. Ya Allah... berdosanya aku menuduh dia
begitu....
“Hmmm.... Halim memang tak suka aib orang” senyum Ayah dan
matanya mengerling pada Nurr Bayu yang tunduk daripada tadi.
“Kak Minah... saya masuk dulu ya. Pening kepala” permisi
Nurr Bayu dan Mak hanya memandang Nurr Bayu hingga anaknya itu masuk ke dalam
biliknya.
Bunga yang kering itu dipegang dan ditatap agak lama.
Mungkin sudah tiba masanya aku buang kau jauh daripada hidup
aku...
Aku masih tidak mencintai dia tetapi bolehkah aku lepas
pandnag lelaki sebaik itu daripada hidupku?. Cinta itu boleh kupupuk kerana dia
seorang yang mampu membimbingku. Jika kau benar – benar mencintaiku Shahrul..
takkan kau biar aku begini... menderita kesakitan
Air mata Nurr Bayu mengalir. Pinangan Halim beberapa bulan
yang lalu akan dia terima... itu keputusannya!.
***********
Tersenyum lebar ibu Halim menyarungkan cincin pertunangan ke
jari manis Nurr Bayu. Entah mengapa bibirnya kali ini lebih mudah mencorakkan
ukiran yang sudah lama menghilang itu... Nurr Bayu tersenyum manis. Saat dahinya
di kucup , dia terbayangkan wajah Halim yang tersenyum memandangnya.
Sebaik sahaja majlis pertunangan selesai semua yang berada
di situ senyap. Mulut terkunci. Shahrul berdiri dimuka pintu dengan sejambak
bunga ros. Halim yang menunggu diluar juga tergamam. Dia seakan tahu akan
nasibnya. Dia terawal menghantar rombongan pertunangannya. Dia pasti Nurr Bayu
pasti akan keliru dan mengisi nasibnya sekali lagi.
Mak dan ayah hanya memandang
Shahrul yang sudah pun duduk di hadapan mereka.
“Pakcik paksa dia khwin dnegan Halim?. Pakcik tahukan yang
Nurr Bayu tak sukakan dia?” agak tidak sennag dengan keputusan mak dan ayah
Nurr Bayu..
Nurr Bayu keluar dan air matanya berjuraian membasahi pipi. Dia
menekup mulutnya dan serta merta kakinya longlai hingga membuatkna dia hampir
terjatuh. Mujur sepupunya menyambut tubuh Nurr Bayu. Halim yang sedang berdiri
di muka pintu menundukkan wajahnya. Melihatkan sahaja tangisan Nurr Bayu itu,
dia tahu betapa gembiranya Nurr Bayu menyambut kepulangan Shahrul. Perlahan –
lahan Halim masuk ke dalam rumah dan memimpin ibunya keluar.
“Kak Leha..” Mak menegah. Halim kemudiannya duduk melutut di
hadapn mak dan ayah.
“Seorang suami adalah pencipta rasa bahagia seorang isteri. Bahagia
seorang isteri adalah dengan mencintai suaminya. Halim tahu apa yang berlaku
dan Halim cuma mahu lihat dia tersenyum sewaktu bersama Halim tetapi dengan
kepulangan kekasih yang amat dicintainya... tak mungkin dia akan tersenyum
duduk disebelah saya, makcik. Cincin itu saya halalkan sebagai tanda
persaudaraan antara kita. Saya halalkan dunia akhirat” muka Halim kemerahan
akibat rasa sebak disentuh oleh mak.
“Makcik tak mampu ubah rasa cinta Nurr Bayu nak...” kata –
kata Mak itu membuatkan Nurr Bayu semakin sayu.
“Kau sepatutnya lebih tahu sebelum ini. kau tak perlu masuk
meminang kerana kau tahu siapa lelaki di hati dia. Kalau kau rasa sakit... itu
akibat dari sikap terburu – buru kau untuk mendapatkan dia. Aku dah pulang dah
aku harap agar kau menjauhinya” tajam kata – kata Shahrul. Halim hanya
mengangguk dan dia bangun untuk memimpin tangan ibunya.
“Nanti dulu Halim...” NUrr Bayu bersuara. Dia mengumpul
segala kekuatan untuk berdri dan melangkah hampir dengan Halim.
“Saya cuma akan berkahwin dnegan lelaki yang tahu menilai
cinta saya. Awak akan jadi suami
saya....kata – kata saya ikhlas demi Allah”
Terkejut semua yang berada di situ. Halim tergamam. Mata
Nurr Bayu ditenung lama. Bermimpikah dia. Nurr Bayu kemudiannya berpaling memandang Shahrul yang berdiri ketika itu juga.
“Kau cintakan aku... aku tahu kau tunggu aku selama ini. kau
nak bazirkan masa kau mencintai aku begitru sahaja demi dia yang tak punya
tempat dalam hati kau tu?” suara Shahrul sedikit tinggi. Nurr Bayu senyum.
“Entah.. aku juga hairan. Aku sangat menunggu kau kembali
padaku tetapi hari ini, bila aku lihat sahaja kau di hadapanku... rasa cinta
itu hilang bagaikan kepulan asap disimbah hujan. Hilang entah ke mana. Harapanku
selama ini juga lari jauh meninggalkan duka di hatiku ini. aku memnag tak
memberikan dia cintaku selama ini tetapi dia masih menghargai aku sebagai
seorang wanita yang seharusnya dijaga akan cinta dan kehormatannya. Aku sudah
pun memberikan cinta aku buta kau
tetapi..... kau pergi. Bertahun – tahun lamanya. Sepatutnya kita bersama walau
dalam apa juga keadaan tetapi itu tidak pada kau. Sejak kau pergi, dia yang
menunjukkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi buatku. Hari ini demi tuhan
Shahrul.... saat kau dan dia dua – dua berada di hadapan mataku......... Hanya
dia.... hanya dia yang mampu menarik mataku untuk melihat cahaya cintanya. Kau tenggelam
malah hampir tidak nampak..... kau hilang..pergi dan tiada lagi di sini” Nurr
Bayu menyentuh dadanya.
Shahrul bagai dimalukan di hadapan semua. Dia bangun dan
terus pergi. Jambangan bunga itu tertinggal di sofa.
“Shahrul...” panggil Nurr Bayu. Shahrul yang sedang membuka
pintu keretanya menoleh.
“Ambil bunga kau kembali kerana dia boleh mampu
menghadiahkannya buatku... malah dari tangannya sendiri” senyum Nurr Bayu...
terkenang pada taman mini di hadapan rumah Halim.
Mak dan ayah bangun dan terus memeluk Nurr Bayu. Halim
bercahaya matanya.
“Saya tak sangka...”
“jangan nak mengada... nak luah tunggu tiga bulan lagi..
masa kita dah nikah” senyum Nurr Bayu. Halim ketawa dan mencubit pipi Nurr Bayu.
“Halim!!!!!” jerit semua di situ. Dengan lekas dia menyorok
tangannya ke belakang tubuh,. Tersentuh pula...
wah sweet gedik2s gitu...hehehe
ReplyDeletei love u sis nurr bayu..hee
ReplyDeleteWah..romantika de amour...
ReplyDelete