Friday, 28 March 2014

cerpen birthday :PEMIMPIN SYURGA BUAT FARIZA QASSANDRA

SEMPENA BIRTHDAY AHLI GROUP WANIZA AISA DI FB..... SELAMAT HARI LAHIR YE FARIZA QASSANDRA BINTI MOHD AZMI... SEMOGA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
PEMIMPIN SYURGA BUAT FARIZA..

Puan Arpah Laila memandang terus wajah suaminya Encik Mohd  Azmi sewaktu Fariza Qassandra menolak  mentah – mentah pinangan Hajah Junaidah dan Haji Anuar buat anak mereka Muhd Azry Hafizuddin. Fariza memang tidak pernah ada niat untuk berkahwin dengan lelaki yang tak punya tarikan cinta di matanya. Walaupun tidak pernah bersua muka namun Fariza yakin yang Azry bukan lelaki pilihannya. Biarlah ayah dan ibunya memuji Azry setinggi langit namun untuk Fariza menerima lamaran itu mentah – mentah tidak sesekali.

“Jumpa dulu” Puan Arpah Laila cuba memujuk. Fariza membisu. Itu lebih baik daripada terus menentang ibunya melalui kata – kata yang menghiris hati.

                                  **************************

Sementara di rumah Azry pula, jejaka itu hanya tersenyum mendengar keputusan pinangan walid dan uminya yang masih tergantung dengan keputusan. Azry mengagak Fariza tidak menyediakan tempat untuknya bertakhta di hati. Azry menyentuh tangan uminya.

“Tak mengapa Umi... masih ada yang lain bukan?” Azry merenung mata redup Hajah Junaidah. Hanya anggukan lemah yang diterimanya sebagai jawapan.

“Umi memang sukakan dia?” Azry menyoal lagi. Sekali lagi Hajah Junaidah mengangguk. Azry melepaskan keluhan biarpun senyumannya masih bersisa.

“Azry akan cuba dengan cara Azry sendiri... tapi semuanya ketentuan Allah. Azry akan cuba mengenali dia”

Janji Azry melegakan hati Hajah Junaidah. Dia yakin bahawa Azry adalah lelaki terbaik buat Fariza dan begitu juga sebaliknya. Biarpun jodoh itu di atas kehendak Allah namun untuk berusaha mendapatkannya adalah sangat di tuntut.

                                              ******************

Majlis perkahwinan Nani, sepupunya membuatkan empat mata itu bertentangan secara tidak sengaja. Azry sedia maklum siapa Fariza tetapi tidak sebaliknya. Azry yang dari tadi sibuk menjadi penanggah paling rajin, sekali pun tidak berhasrat mahu berbicara dengan Fariza. Daripada riak wajah Fariza  itu Azry dapat meneka resah di hatinya. Iyalah.. siapa yang mahu menghabiskan seluruh hidup dengan orang yang dia sendiri tidak kenal. Pinggan diangkat dan diletakkan di  dalam besen yang bersih.  

Fariza menghampiri Azry untuk mendapatkan pinggan yang bersih.

“Tumpang lalu..” Fariza sedikit tunduk. Cepat – cepat Azry beralih ke tepi.

“Ya .. silakan” Azry senyum.

“Perghhhh awek cun lah... sepupu Nani ni cun melecunlah” kata seorang lelaki yang usianya  dalam lingkungan 20 an. Fariza hanya berdiam diri dan terus meninggalkan mereka. Azry pula meneruskan kerjanya. Pertemuan tanpa sengaja itu berakhir di situ.

Pada malam itu Fariza tiba – tiba teringatkan Azry. Entah mengapa hatinya meronta – ronta untuk mengetahui siapakah gerangan lelaki yang mendapat perhatian hati dan matanya itu. nak tanya ibunya, malu pula. Nanti tak pasal – pasal keluar soal kahwin. Baik diamkan sahaja.

Sebelum melelapkan matanya, hatinya sempat terdetik.... siapakah dia Ya Allah?.

                                                       *************

Bunyi jam loceng mengejutkan Fariza daripada mimpinya. Fariza termenung dibirai katil. Dia sedang menyentuh tangan ayah untuk akad nikah?. Aku pula pengantin yang tersenyum bahagia di belakangnya. Adakah........

Puan Arpah Laila mengetuk pintu bilik fariza.

Sebaik sahaja Fariza membuka  pintu biliknya, Puan Arpah Laila terus menguntum senyum. mesti ada sesuatu. Kalau tidak mengapa ibu tersenyum begini. Ha... ini mesti mahu perkenalkan aku dengan lelaki itu. bukankah bagus kalau aku diperkenalkan dengan lelaki semalam?... Fariza masih memandang wajah Puan Arpah Laila.

“Jon teman ibu pergi rumah umi Junaidah?”

“Alaaaaaaaaaaaa... ini mesti nak jumpa dengan lelaki tu kan?” Fariza terus menggaru – garu kepalanya,. Gatal.... gatal sebab jenuh nak cari alasan tetapi Puan Arpah laila yang mengandungkannya selama sembilan bulan 3 hari.. sudah pasti akalnya sudah dapat di baca daripada awal lagi.

“Tanpa bantahan ya sayang” Puan Arpah Laila sengih lagi. Ditutupnya pintu bilik Fariza. Biar dia tenang dahulu...

                                       *******************

Sebaik sahaja salam diberi, pintu pagar rumah Hajah Junaidah terbuka dengan sendirinya. Kelibat Azry membuatkan Fariza sedikit tergamam. Encik Mohd Azmi mencuit pinggang isterinya dan sempat lagi berbisik.

“Baru dia tahu pilihan kita ni terbaekkkk” sengih Encik Mohd Azmi. Puan Arpah Laila menutup mulut menahan gelak. Azry menjemput mereka semua masuk. Anggukan tanda hormat diberikan buat Fariza yang kaku kepalanya. Nak tunduk pun sampai tak mampu. Gembiranya tidak terkata.  Nampak  jelas melalui matanya yang bersinar.

“Silakan masuk” Azry mengulum senyum. Fariza masuk ke dalam tetapi masih sempat melirik anak matanya memandang wajah Azry. Tenang hati aku memandang raut wajahnya......

Hampir setengah jam Encik Mohd Azmi  dan Puan Arpah Laila berbincang dengan Hajah Junaidah dan Haji Anuar.  Azry yang sedang  menyangkul tanah di tepi rumah memberhentikan kerjanya apabila Fariza menghampirinya.

“Assalamualaikum” fariza sedikit gentar.

“Waalaikumussalam Fariza. Awak dah makan?” soal Azry. Fariza mengangguk.

“pandai umi awak masak” puji fariza. Azry duduk dipangkin tetapi tangannya masih memegang batang cangkul.

“Yang mana sedap tu?’ senyum Azry.

“Ayam masak merah’ fariza mulai selesa.

“Itu... lelaki yang bernama Muhd Azry Hafizuddin yang masak”

Jawapan Azry membuatkan Fariza menutup mulutnya menahan tawa. Pandai masak!!!! Kriteria yang dia suka...

“Jujur.... kalau awak dan saya berkahwin... apa yang awak akan lakukan?” entah mengapa begitu telus soalan fariza.

“menjadikan awak seorang Isteri yang solehah dan saya pula mahu menjadi suami yang baik untuk awak.. jika kita dijodohkan’ jawapan yang ringkas tetapi cukup membuatkan Fariza gembira mendengarnya.

“izinkan saya bertanya... kenapa mahu saya menjadi isteri yang solehah?”




“Jika saya mampu memimpin awak menjadi isteri yang solehah.... saya juga mampu mengatur langkah saya dengan kemas di titian yang menghala ke jannah... dengan izin Allah” Azry menundukkan wajahnya.

“Bagaimana mahu memimpin saya jika sentuh pun tidak?” Fariza cuba untuk menduga.

“jika saya menyentuh awak sekarang.... itu bermakna, tidak layaklah saya untuk memimpin awak ke syurga dan seterusnya menjadi suami yang baik. Saya perlu menjadi hamba Allah yang baik dahulu sebelum mejadi seorang suami yang baik, Fariza. Keberkatan hati dan rumahtangga saya bergantung sejauh mana saya mencintai pencipta saya.... pencipta awak juga”

Fariza senyum. dikemaskannya tudung yang menutupi auratnya. Fariza menoleh ke belakang. Memandang  kedua orang tuanya yang galak berbual dengan Haji Anuar dan Hajah Junaidah.

“Saya ...”
 Azry mengintai  sedikit wajah Fariza yang masih tertunduk.

“Bimbing saya wahai bakal Khalifah...”

“InsyaAllah... wahai bakal permaisuri hidup saya”

Fariza menggigit bibirnya. Terasa pipinya bahang akibat menahan malu yang amat sangat. permaisuri??????

“Awak malu ya?’

Eh... boleh pula Si Azry ni soal begitu. Kalau dah nampak muka merah padam tanda malulah...apalagi?. saja je nak kenakan aku. Fariza senyum malu.

Pertemuan mereka berakhir tepat jam 3.30 petang. Fariza masuk ke dalam kereta dan sempat lagi menghadiahkan senyuman manisnya buat Azry.  Senyuman manis buat bakal suami......

                                    *****************

 Husna memandang agak lama wajah Azry daripada jauh. Sebagai teman baik Fariza dia perlu juga tahu siapa lelaki yang bakal menghuni hati teman baiknya itu seumur hidup. Teserlah kematangan dan kekacakan Azri biarpun hanya dipandang daripada jauh. Fariza mencuit lengan husna.

“macam mana?” Fariza agak teruja.

“Ok lah... tapi kena uji juga. Nak juga tahu dia penyabar atau tidak” Husna memberi cadangan. Fariza terdiam. Ya tak ya juga... kadangkala sebelum kahwin pijak semut pun tak mati.

Sebaik sahaja Azry menghampiri mereka, Husna lebih awal bertanyakan soalan itu dan ini dan sedikit mengejutkan apabila Husna membandingkan Azry dan Hanif, bekas kekasih Fariza terang – terangan di hadapan Azry.

“Jujur.... awak kacak tapi kedudukan awak tak setinggi Hanif yang berjawatan tinggi”

Azry cuma senyum.

“Awak kerja apa?” Husna menyoal lagi.

“Biasa – biasa sahaja” jawapan Azry menyuntik rasa bangga dalam diri Fariza. Bukan dia tidak tahu Azry itu seorang peguam syarie. Dia juga mendiamkan sahaja. lupa  pula mahu beritahu Husna tadi. Tak mengapalah, Husna tahu apa yang dia lakukan.

“Hanif  tu kerjanya apa hingga awak begitu meninggikan taraf dia?” soalan Azry bagaikan balingan batu yang mengenai wajah Husna.

“Eksekutif”

“Ooo... tak sangka seorang eksekutif itu perlu dibanggakan sampai begini sekali. Maaf atas bicara saya.. jika ditanya pada saya kedudukan siapa lebih tinggi antara seorang eksekutif dan tukang cuci... saya akan jawab tukang cuci” senyum Azry.

“Awak berlagak sampai merendahkan taraf Hanif sebegitu” berang Husna

“Bukankah lebih baik jika awak belajar mendengar dahulu daripada terus menyerang. Saya manusia. Perlukan udara untuk saya sedut dan lepas sebelum saya memulakan ayat yang seterusnya”

Fariza tunduk menahan senyum.

“Tukang cuci di rumah Allah”

“Mampukah tukang cuci tu kerja macam Hanif?” Husna tidak mahu beralah. Nampak tangannya sedikit menggigil.

“Mampukah Hanif pergi ke Mekah setiap hari dan mencuci lantai di situ?. Memandang Kaabah setiap hari berjam – jam lamanya. Menyentuh batu Hajarul  Aswad dan tersenyum tenang?. Hanif perlukan passport untuk ke sana dengan perbelanjaan beribu – ribu ringgit sedangkan tukang cuci di rumah Allah itu hanya berjalan kaki daripada rumahnya. Awak kira perbelanjaan yang Hanif perlu keluarkan untuk ke sana dan menetap di sana dalam tempoh yang panjang?.” Azry senyum tenang.

Husna terdiam.

“Jangan bandingkan dengan tukang cuci di mekah” rungut Husna.

“Bandingkan dengan tukang angkut sampah, orang sapu sampah dalam negara sendiri saja” Husna bangun dan terus melangkah. Tidak semena – mena kakinya terpijak kulit pisang yang  berada di lantai. Gedebuk punggungnya merasai simen dengan cara yang menyakitkan.

Azry senyum dan hanya memandang Fariza yang berusaha mengangkat Husna yang tubuhnya agak gempal.

“Saudari... Allah dah ajarkan pun tak sampai lima minit. Kalau mereka tak kutip atau sapu sampah ni.... inilah yang akan jadi. Mahukah Hanif datang sini dan mengutipkannya buat awak?. Setiap pekerjaan ada nilainya yang tersendiri. Jangan dipandang rendah atau tinggi melalui pekerjaan seseorang itu. ya... saya cuma...... peguam syarie. Tak punya kelebihan apapun”

Husna terus pergi. Fariza serba salah. Mahu mengikut Husna pulang ataupun terus duduk di situ bersama Azry. Mengetahui resah di hati Fariza melalui matanya, Azry menyuruh Fariza menemani Husna untuk pulang ke rumahnya..

Sungguh! Husna menyimpan rasa sakit hati itu.....

                            *******************************

Azry yang baru sahaja selesai membela anak guamnya membuka songkok dan diletakkan ke dalam kereta. matanya sedikit membulat apabila melihat Fariza bersama – sama seorang lelaki sedang masuk ke dalam sebuah restoran tidak jauh daripada mahkamah syariah itu.

Azry mematungkan dirinya buat seketika.

Dia bukan milikku lagi jadi aku tiada hak untuk mengambil tahu akan sesuatu yang dia lakukan... Azry terus memandu  pulang ke rumah. Lagipun hari ini Haji Anuar mahu menyambut hari lahir Hajah Junaidah di restoran yang telah dtempahnya seminggu awal.

Kemeriahan sambutan hari lahir yang kebiasaannya akan riuh rendah menjadi sunyi. Azry banyak termenung. Jujur dia akui yang Fariza Qassandra itu telah pun mencuri sebahagian hatinya. Sudah tentu dia sedikit terkilan jika melihat Fariza keluar dengan lelaki lain. Nama Hanif semakin menguasai minda Azry.

Azry rasa dia perlu berdepan dengan Fariza. Dia tidak mahu Fariza terpaksa bersamanya hanya kerana rancangan kedua ibu bapa mereka. Dia mahu Fariza bahagia. Dia akan bahagia jika wanita itu bahagia walaupun tanpa dia di sisi. Ya.... dia terpaksa menggulung satu kata – kata buat mengubati hatinya.. Cinta tak semestinya memiliki.

“Anak umi ni kenapa?” Hajah Junaidah menepuk bahu Azry dari belakang. Wajah suram Azry dapat dibacanya.

“Umi...  batalkan sahaja rancangan mahu menyatukan Azry dan Fariza jika dia punya lelaki lain di hatinya. Azry tak mahu dia terpaksa berkahwin dengan Azry hanya kerana ibu bapanya”

Hajah Junaidah terdiam. Dia tahu Azry seorang yang benar – benar mementingkan perasaan orang lain. Mahu atau tidak dia perlu ke rumah Encik Mohd Azmi dan Puan Arpah Laila untuk mengetahui perkara yang sebenarnya.

                                 **************************

Terlepas cawan yang sedang Fariza pegang ke lantai. Mujur terjatuh atas karpet yang tebalnya seinci lebih.

“Umi cuma menyampaikan  apa yang Azry mahu. Dia tidak mahu Fariza terpaksa berkahwin dengannya hanya kerana  kami semua.

Mengalir air matanya waktu itu juga. Seperti sebahagian jiwanya direntap pergi. Terbayang akan senyuman Azry yang sentiasa ikhlas buatnya. Husna.... tak patut menyuruhnya menduga Azry sebegitu. Memang dia penyabar Husna.... sangat penyabar hingga sanggup melepaskan aku pergi demi kebahagiaan aku. Fariza terus mencapai kunci kereta yang tergantung di tepi pintu.

“Nak kemana?” soal Encik Azmi.

“Fariza tak mahu hilang pemimpin untuk memimpin Fariza menuju ke syurga ibu. Umi... walid.... Fariza tak setuju perkahwinan ini di batalkan. Mungkin Fariza tak pernah mengaku di hadapan dia tetapi demi Allah.. dia sudah pun memenuhi hampir ke seluruh ruang hati Fariza. Dia di mana umi?” Fariza menggenggam kunci keretanya.

“Di rumah” Hajah Junaidah cepat – cepat menjawab.

Dengan kelajuan yang lebih berbanding biasa, Fariza memandu keretanya menuju ke rumah Azry. Sampai sahaja di sana, dia memberi salam. Azry yang muncul di hadapannya membuatkan air matanya laju sahaja menitis. Bukti betapa dia cintakan Azry.


“Awak..... saya bukan sesiapa pada awak kan?. Kalau tidak awak takkan melepaskan saya semidah itu!” agak tersekat – sekat suara Fariza. Azry membisu.

“Saya buat demi awak. Saya mahu awak bahagia. Saya tak snaggup menjadi suami yang tidak ammpu membahagiakan isterinya sendiri’ jujur Azry. Fariza terduduk di pangkin. Azry juga duduk di situ cuma sedikit jauh daripada  Fariza. Dia menarik nafas dalam – dalam sebelum memulakan bicaranya..

“Anugerah  terindah dalam hidup saya selain daripada umi adalah awak, Fariza”

“Indahkah saya kalau pernah menyakiti hati awak yang suci itu?” Fariza memejam matanya. Air mata yang bertakung tadi sudah pun mengalir membasahi pipi.

“Awak indah dalam cara awak awak tersendiri. Air mata itu bukti betapa indahnya hati awak, Fariza. Sangat indah sehingga menyentuh hati lelaki saya’ Azry senyum selangkah menjauhi Fariza.

“Jangan jauh daripada saya” cepat – cepat Fariza menahan.

“Jika  akad sudah dilafazkan, pernikahan sudah disahkan.... saya takkan langsung berjauhan daripada awak walaupun seinci”

“Dia bukan Hanif. Dia adik Husna yang berlakon sebagai Hanif. Husna suruh buat begitu untuk melihat sejauh mana kesabaran awak. Saya sebenarnya menunggu lama di dalam restoran itu untuk awak bertindak tetapi awak terus pergi” Fariza mengesat air matanya.

“Kalau saya masuk ke dalam restoran hari itu, saya tidak akan dapat mendengar pengakuan ikhlas seorang wanita yang sudah pun membawa pergi hati saya”

Fariza mula tersenyum. Dia berdiri mengadap Azry.

“sila cepatkan perkahwinan” katanya sebelum pergi dan dia tersenyum lebar apabila terdengar gelak Azry yang kuat.

Biarlah kau kata aku gatal atau apa... yang aku tahu aku tak mahu kehilangan engkau dalam hidupku.....  kehilangan lelaki yang menjadi PEMIMPIN SYURGA BUAT FARIZA QASSANDRA.


                                    

5 comments:

  1. Seperti biasa...rugi sgt kalau tak baca...best. nak tunggu next cerp pulak. Birthday siapala pulak

    ReplyDelete
  2. Tak sabar tunggu cerpen utk birthday amy 13/4 nanti...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak best suka :)

    ReplyDelete
  4. Haha...tq syg k.azizah...sy yg baca ni pn mnggedik2 suka ....next year plk kot nk dpt cerpen lain...lits of kisses for u..tq again

    ReplyDelete
  5. bestnya.... untung r fariza.... happy belated berthday dear... nice one AMI...

    ReplyDelete