SEMPENA BIRTHDAY AHLI GROUP WANIZA AISA DI FB - TINA DERIKA.. HEPI BEDAY CAYANG!!!!
Fahrin membaca helaian terakhir novel Seindahmu yang ditulis
oleh penulis kegemarannya Derika. Dia tersenyum sendiri. Kalaulah dia berjumpa
dengan wanita seperti penulis itu, pasti akan dilamarnya serta merta. Cara
Derika bercerita melalui novelnya amat menarik perhatian Fahrin. Ini semua atas
pengaruh Uthman, rakan sekerjanya. Badan sahaja gagah tapi kaki novel.
Dia mahu membeli sebuah lagi novel karya Derika yang masih
belum dimilikinya, jadi dia bergegas ke kedai buku yang tidak jauh daripada
tempat tinggalnya. Kondo di Wangsa Maju itu ditinggalkan sementara dia ke kedai
buku dengan hati yang berbunga – bunga.
Pintu kedai buku itu dibuka dan terdengar bunyi loceng
sebaik sahaja dia melangkah masuk. Dia sudah tersenyum lebar saat melihat karya
Derika sudah pun terpamer di ruang mata. Lantas kakinya melangkah mendapatkan
novel tersebut. Seorang perempuan yang ada di situ memberikannya laluan untuk
Fahrin mendekati rak buku tersebut.
“Wah... malam ni juga akan aku habiskan. ” dia membelek –
belek novel Jerat Hati dengan senyuman
yang melebar.
Keterujaannya terbantut apabila perempuan di sebelahnya
memandangnya dengan senyuman.
“Kenapa cik?. Salah ke lelaki baca buku?, Hmmm..saya ni
saudara penulis ni. Hmmm.. sepupu belah ayah!. Mestilah saya bangga. Ni beli
pun tanda sokongan pada sepupu saya. Saya panggil dia ..... hmm.....Dek Dek” keningnya bertaut. Cepat – cepat
perempuan itu menggeleng sambil membetulkan tudungnya dan mengangguk. Malulah
pula.
“Saya Fahrin” Fahrin menghulurkan tangannya sebagai salam
perkenalan .
“Saya Tina!” Tina menundukkan seketika kepalanya tanpa
menyambut huluran salam daripada Fahrin. Dengan cepat Fahrin menyembunyikan tangannya ke belakang.
Tina tersenyum dan berlalu pergi. Fahrin juga mahu pulang cepat. Dikeluarkannya
wang di kaunter pembayaran.
“La... abang tak jumpa dengan penulisnya ke tadi?. Boleh
minta autograph”
Mata Fahrin membulat.
“Ada ke?” kepalanya digaru – garu. Rugi betul!.
“yang putih – putih, comel – comel, lawa – lawa tu tadi dia lah.
Pss... bang, saya nak usha gak dulu tapi segan” pekerja kedai buku itu
membetulkan kacamatanya dan tersenyum sendiri.
“yang pakai tudung bawal warna merah jambu tadi ke?”
Pekerja itu mengangguk. Fahrin menepuk dahi. Dek dek!!!!!
Mampus aku! Sebaik sahaja membayar sejumlah wang, Fahrin keluar dari kedai buku
dengan perasaan malu yang amat sangat.
“nama saya bukan dek dek” satu suara daripada belakang
mematikan langkah Fahrin. Dia mengerutkan wajahnya dan jantungnya gedebuk
gedebak menahan malu. Fahrin mengambil masa bebebrapa minit sebelum memandang
Tina di belakangnya.
Tina ketawa manja dan Fahrin terus menghulurkan novelnya ke
tangan Tina untuk ditanda tangani. Tina ketawa lagi. Dengan gelengan manja,
novelnya diambil dan Tina terus menurunkan tandatangannya. Sebaik sahaja novel
itu beralih tangan , Tina terus masuk ke dalam keretanya dan sempat lagi
tersenyum lucu. Fahrin membuka novelnya. Ingin sekali melihat apa yang
dicoretkan di dalam novel tersebut.
Fahrin menepuk dahi sewaktu membacanya... adohaii!!!
Terima kasih kerana sudi mendapatkan jerat Hati
Terima kasih kerana menyokong
Tina/derika.... tapi bukan Dek dek J
****************
Sudah tiga hari peristiwa bertembung dengan penulis yang
begitu diminatinya itu. Tidurnya tak lena, mandinya basah tapi masih terasa
hangat. Makannya sampai ke perut tetapi masih terasa lapar. Senyuman Derika
sangat manis hingga mengalahkan segala kemanisan yang pernah dia rasa.
“Cikgu Fahrin... nak lukis gambar apa ni?” Hisham menyoal
daripada jauh. Fahrin masih lagi termenung. Ahli kelab seni sekolah mula
memerhatikan Fahrin dan satu sama lain.
“Cikgu.... nak lukis apa ni cikgu? Ish.... berangan pula
cikgu kita ni” Muthu pula menggeleng kepala. Hisham sudah bosan menunggu
jawapan lantas ditepuknya meja dengan sekuat hati.
“Dek..dek..dek...dek...” jawab Fahrin tanpa sedar.
“Ha!!!!” seisi elas ketawa terbahak – bahak. Fahrin baru
tersedar. Cepat – cepat dia menggosok wajahnya.
“Dek dek itu itik ke cikgu?”
“Dek dek tu indah...” senyum Fahrin.
“Indah?” soal mereka lain.
“Hish,... korang ni sibuk saja. Lukis sahajalah apa – apa. Nanti cikgu tengokkan”
Fahrin bangun dan memandang seketika novel jerat hati yang berada di atas meja Laila,
pelajarnya.
“Laila.. kamu baca novel Derika?”
Laila yang sedang mengeluarkan berus cat dari bekas plastik
memandang Fahrin.
“cikgu kenal Derika
ni?” Laila mendekati Fahrin yang mengangguk – angguk. Ceh..macam kenal benar
je. Walhal baru jumpa sekali. Dia yang angau lebih – lebih.
“Cikgu tahu tak yang saya ni jiran dia?”
Soalan Laila kedengaran seperti mendapat Rm 1 juta secara
percuma. Wah...... peluang baik.
“Laila.... kamu semua nak tuisyen free tak?. Kita buat kat
rumah Laila” soalan Fahrin sedikit pelik pada pelajar – pelajarnya. Tiba – tiba
sahaja nak buat tuisyen dan lebih pelik lagi tuisyen itu mahu dibuat di rumah Laila.
“Tak kisah lah cikgu asalkan percuma” Muthu menyampuk dan
disambut dengan gelak tawa oleh mereka yang lain. Laila mengecilkan matanya....
macam ada sesuatu sahaja.
****************
Hari pertama tuisyen Matematik di adakan.
Ibu Laila menghidangkan sedulang air dan makanan buat Fahrin
dan semua pelajar yang turut serta. Kepala Fahrin terjengah – jengah. Mujurlah
kawasan hadapan rumah Laila itu luas dan kebetulan ada sebuha meja makan di
situ jadi mereka semua belajar di luar rumah sahaja. mata Fahrin meliar. Pintu rumah
Tina Derika tertutup. Laila senyum simpul.
“Lagi sejam kak Tina baliklah cikgu.... sebelum tu cikgu
ajar je kitorang ni” perli Laila. Kepala Fahrin terus tertunduk malu. Pandai pula
Si Laila ni baca fikiran orang.
Jam sudah melebihi angka 5.
Mendengar sahaja deruman enjin kereta, Fahrin pantas menoleh. Ya! Tina
Derika sudah pulang.
Wah... ayunya.... kalau macam ni, jadi jaga rumah Laila pun
aku sanggup!, fikir Fahrin sendiri.
“Dek!” terluah perkataan itu dari mulutnya.
“Oooo... jadi dek dek tu kak Tina lah!!!!” mereka semua
menggoyangkan jari telunjuk. Fahrin menutup wajahnya dengan buku teks matematik
tingkatan 4.
“Kak Tina!!!” jerit Laila. Tina Derika yang baru sahaja
keluar dari dalam keretanya memandang Laila dan tersenyum. Matanya terpandangkan
wajah Fahrin. Ada debar pada jantungnya. Mengapa?. Tak mengapa.. Tina derika
pendamkan sahaja.
“Ini cikgu Matematik Laila” cerita laila dari jauh.
“Assalamualaikum Cikgu Fahrin” Tina Derika beriak tenang
tetapi tidak Fahrin. Tangannya menjadi seram sejuk. Dia hanya mampu mengangguk
tanda ramah.
“Tak baik tak jawab salam” perli Tina Derika.
“Eh.. astaghfirullah... eh...”
“Itu istighfar lah cikgu!!” Hisham menyiku pinggang Fahrin
yang menggaru – garu kepalanya.
“Waalaikumussalam...” betul juga jawapan yang diberikan.
Tina derika meminta diri untuk terus masuk ke dalam rumah. Mata Fahrin masih
melekat pada pintu rumah Tina Derika yang sudah pun bertutup. Alangkah bahagianya.......
***************
Fahrin membawa sebiji kek coklat yang dibakarnya sendiri di
rumah. Sebiji untuk anak muridnya dan sebiji lagi dihias cantik buat Tina
Derika. Dia lebih tenang kali ini kerana dapat menatap wajah Tina Derika lima
hari seminggu.
Lama kelamaan Tina Derika sudah pun agak rapat dengan
Fahrin. Mereka punya minat yang sama. Suka sangat dengan rancangan Running Man.
Kalau mereka bercerita pasti cerita rancangan popular di Korea itu terkeluar
daripada mulut mereka.
Mereka berdua bertemu hanya di hadapan rumah Laila.
“Tina... saya cemburu tau dengan seorang lelaki ni. Awak suka
sangat dengan dia” Fahrin bermain – main dengan pen di tangan. Tina yang sedang
menyuap karipap air tangan ibu Laila sedikit terkejut.
“Siapa?”
“Kwang soo”
Tina Derika menutup mulutnya dengan telapak tangan.
“Awak... Lee Kwang Soo tu tak kenal saya pun”
“Tapi jujur saya dengan dia siapa lagi hensem”
Tina derika gelak lagi. Jujur! Memang Fahrin sering menggeletek hatinya. Sedikit sebanyak
harian hidup Tina Derika semakin menerujakan. Itu belum lagi dapat teks pesanan
ringkas dengan ayat – ayat usikan daripada Fahrin.
“Hmmm... Lee Kwang Soo lah!” gelak Tina Derika.
Fahrin mencebik. Kalaulah dia jumpa Lee Kwang Soo tu kat
mana – mana, memang di bentesnya kaki zirafah tu sampai terpeleot!.
************************
Fahrin sedikit kecewa. Tina Derika pergi tanpa khabar
berita. Baginya Tina Derika adalah segalanya biarpun pengenalan mereka hanya
berlangsung selama lima bulan. Laila sendiri tidak tahu ke mana Tina derika
pergi sehinggalah kakaknya, jill datang untuk mengambil beberapa barang
miliknya di dalam rumah Tina Derika.
“Korea????” Laila sedikit terkejut.
“Dia ada beritahu pada mama Laila tak salah” beritahu Jill
sebelum berlalu pergi. Laila bergegas
masuk ke dalam rumah dan bertanyakan mengenai hal itu pada ibunya. Laila
mendapat jawapan yang jelas. Apalagi?... Fahrin diberitahu segera yang mungkin.
Fahrin tidak mahu menunggu lama. Lagipun ,mungkin kerana
telefon bimbitnya hilang sewaktu Tina Derika menghantarkan teks pesanan ringkas
buatnya. Itulah... Tina Derika banyak kali suruh Fahrin membuka satu akaun
facebook untuk mereka berkomunikasi. Nampaknya nasihat Tina Derika itu betul. Sebelum
berangkat ke Korea, Fahrin telah membuka sebuah akaun baru yang bernama
TERPAKSA MINAT KWANG SOO.
Tina yang melihat permintaan menjadi rakan pada malam itu
sedikit tertarik dengan nama pemilik akaun tersebut. Permintaan itu telah
disahkan.
****************************
Sedang Tina Derika duduk berehat di Pulau Jeju tiba – tiba dia mendapat pesanan
melalui inbox,...
Dengan wajah SEINDAHMU, saya mulai rasa apa itu JERAT HATI
melalui cinta. Saya tak kalau saya di katakan STRAIGHT ATAU SENGET kerana
mengidamkan wanita yang indah seperti awak. Jangan sesekali awak BIARKAN HATI
INI MENJAUH kerana saya tak mampu hidup hanya bertemankan DAKAPAN MEMORI antara
awak dan saya..
Saya sayang Kwang Soo kalau awak sayang saya...
Toleh ke belakang.... Dek Dek!
Tina Derika menoleh
ke belakang. Kelihatan Jill dan Fahrin tersenyum memandangnya. Rupa – rupanya Laila
yang membantu Fahrin untuk bertemu dengan Jill yang sebenarnya juga akan Korea untuk
menemani Tina Derika menamatkan kursus yang diambilnya di sana.
Jill memeluk Tina Derika dan Fahrin menggosok – gosok telapak
tangannya. Mereka berbalas senyuman.
“Saya hantar sms dan pergi ke rumah awak sebeum berangkat
tapi tak jumpa”
“Tak mengapa... Allah nak beri kita bertemu di tempat yang
indah sebegini dan....” Fahrin mengeluarnya kotak kecil daripada poket bajunya.
“Bismillahirrahmanirrahim.... Tina Derika.. izinkan saya
mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas diri awak. Menjaga awak sehingga
akhir hayat awak. Bersama suka dan duka. Gelak dan tangis.... Saya cintakan
awak dan saya tak mahu rasa kehilangan seperti sebelum ini.”
Tina benar – benar terkejut.
Dia melompat dengan gaya yang comel hingga meletuskan tawa
Fahrin. Dia memakai cincin tersebut dan berbisik lembut ke telinga Fahrin..
“Saya sayang awak dan... Kwang Soo tu tak handsome mana pun
berbanding awak.. lesung pipit awak mahal cikgu Fahrin!”
Fahrin gelak besar. Ditatapnya wajah Tina sepuas mungkin.
Aku mencintai dia... tak kira siapa dia... tina, derika
ataupun dek dek...
Wohaaa...sweet giler...
ReplyDeletejoin group mmg dpt cerpen ya bila birthday sis?
ReplyDeleteA'AH.... AERINE TAK JOIN GROUP KE.... MEH LER JOIN.... SIAP LEH PILIH GENRE LAGI.... WAKAKAKA... MEH JOIN MEH
Deletesy jd silent reader je...segan sis
ReplyDeleteok lah kalau tak nak masuk group huwaaaaaaaa hehhe
Deletek hari lhir aerine bila?... dan nak akak wat genre apa sempena birthday nanti (sereeeeeeeeemmm, gedik, sengal, gatl merenyap, supan santun, komedi, dushum2 dushum?) nanti reply ye... kali ni tak moh segn2