Thursday, 10 April 2014

CERPEN : MISI MENCARI AWEK BUAT BOS

MISI MENCARI AWEK BUAT BOSS

“Cantik tak?’ soal Muiz Hakimie. Di sentuh – sentuhnya pakaian yang baru sahaja disarungkan ke tubuhnya. Mazlin merangkap pekerja dan adiknya menggeleng kepala.

“Apasal geleng?. Cantik apa?” kening Muiz Hakimie mula bertaut. Muka tak puas hatilah tu. Mazlin gelak kecil.

“Parah benar abang ni!”

“Aip... kat pejabat panggil bos ye” jari telunjuk Muiz Hakimie tergoyang kiri dan kanan. Mazlin melepaskan keluhannya.

“Bos kalau dekat pejabat ya....tapi ni dekat shopping mall. Abang tahu tak, teman mak beli kuih raya pun tak separah ni kepala otak Lin!”. Muiz Hakimie senyum. Jadi orang yang kacak pun susah. Perempuan tak berani nak dekat sebab daripada awal akan di cop sebagai playboy. Wal
hal Muiz Hakimie sedikit punya baik. Kalau ke shopping mall, adiknya Si Mazlin itulah yang menjadi peneman walaupun terpaksa.

“Kau tahu tak... kau patut berbangga punya abang sehensem aku ni. Zulhuzaimi tu meraung sambil berak cirit kalau tengok kekacakan aku. Dah... aku nak pilih baju ni”

“Kalau nak pilih buat apa tanya Lin” kali ini Mazlin pula melawan. Muiz Hakimie terus masuk ke dalam bilik persalinan.

Sesudah membayar wang di kaunter, Mazlin terus mengecek Muiz Hakimie untuk membelikannya sebuah beg tangan yang mahal sebagai upah kerana menemaninya tadi. Muiz Hakimie  buat – buat pekak. Apabila di desak beberapa kali akhirnya dia terpaksa juga bersuara.

“Budak kecik tak boleh pakai beg mahal – mahal ni” Muiz mengangkat kening. Mazlin mengetap bibir. Tiba – tiba seorang promoter datang mempromosikan beg itu buat Mazlin.

“Hmm.. abang saya ni tak nak beli..”

“Ish,.... siapa kata. Ambiklah. Pilihlah yang mana adik abang yang abang sayang  sangatttttttttt ni nak” kepala Mazlin disentuh sambil matanya dipejam beberapa saat. Nampak seperti sangat – sangat menghargai adiknya. Mazlin senyum simpul. Promoter yang cantik bertudung itu mengangguk sedikit setiap kali Muiz Hakimie memandangnya.

“Nak yang ini!” Mazlin memegang sebuah beg tangan yang berharga ratusan ringgit. Rasa nak tercekik sahaja Muiz Hakimie pada waktu itu. ceh... ambil kesempatan!.

“Ish... warna tu tak berapa sesuai dengan adik abang yang comel ni” pipi Mazlin dicubit sedikit kuat dan digoncang – goncangkannya sedikit.

“kak... abang saya ni baik. Sanggup berhabis duit demi adiknya”. Mazlin mengangguk – angguk sambil mempamerkan wajah sayu. Muiz Hakimie menggosok – gosok tengkuknya. Pandai kau ye Mazlin,....
 Demi menjaga air mukanya, dia terpaksa juga mengeluarkan RM350 untuk Mazlin dengan senyuman paing manis di luar dan pahit bagai hempedu di dalam.

Sampai sahaja di dalam kereta, Muiz menjeling Mazlin yang tak habis – habis mengintai beg tangan barunya di dalan beg kertas.

“Tolak gaji!” sengih Muiz Hakimie

Mata Mazin terbeliak. Boleh pula begitu.

“Apa ni bang... tadi Mazlin kata abang tak nak belikan tapi abang yang nak beli. Lepas tu tolak gaji mazlin’ rungutan Mazlin disambut dengan senyuman penuh makna

“kalau macam tu pi tackle kan kakak awek promoter tu untuk abang”  Pedal minyak ditekan dan dia kini membuatkan Mazlin punya banyak kerja. Mazlin mengeluh. Politik sungguh dunia ni!.

                                  ******************

Dato Mohd dan Datin Munirah tersenyum lebar apabila mendengar cerita Mazlin. Dato Mohd dengan selamba menjawab.

“Alah... buat sajalah. Biar abang Muiz  tu kahwin cepat sikit. Tak lah teruk ayah kena tengok dia membujang sampai kertu”

“Ala.... apa ayah ni” Muiz Hakimie keluar dari dalam biliknya. Berderai tawa mereka semua. Muiz Hakimie  duduk di hadapan Mazlin. Seolah – olah memberi isyarat agar Mazlin memulakan tugasannya secepat mungkin.

 Cepat – cepat Mazlin masuk ke dalam biliknya. Tak sanggup lagi nak dengar ceramah macam mana caranya nak carikan awek buat abangnya....... merangkap bos nya

                                 ***********************

Mazlin pulang ke pejabat dengan termengah – mengah.  Dia terus ke pejabat Muiz Hakimie dengan muka yang merah padam.

“Abang... itu isteri oranglah!. Abang ni .... mata tu tak tajam langsung” rungut Mazlin. Muiz Hakimie terdiam. Pen di tangan di letak ke atas meja.

“Rugi belikan beg tu ..” rungutnya. Mazlin cepat – cepat keluar. Lebih baik dia keluar dengan cepat. Tak sanggup nak menerima sebarang arahan berkaitan jodoh buat abangnya lagi. Muka handsome tapi jual mahal sangat! . apalah salahnya cuba merenyam sedikit.... tak mengapa aku akan cari seorang awek untuk abang dalam masa sebulan. Ya Allah kau permudahkanlah.

1 Februari 2014

Mazlin mengintai jiran baru di rumah mereka. Kak Sofea itu kelihatan sangat sopan dan ramah tamah. Sudah beberapa hari Mazlin cuba mengorek rahsia mengenai anak dara berusia 23 tahun itu. setiap kali dia bertemu dengan wanita – wanita bakal awek abangnya itu pasti akan dirakam segala perbualan. Sofea dapat mengangak daripada perbualan mazlin. Pasti nama Muiz Hakimie akan keluar daripada mulut comel itu. sofea senyum lebar. Tudungnya yang dililit itu diperkemaskan.

“Mazlin.. akak ni tak sempurna orangnya” senyum Sofea. Mazlin terdiam. Sangat bijak wanita di hadapannya itu. Sofea menambah lagi.

“Siapalah akak jika dibandingkan abang Mazlin yang kacak, bergaya dan pastinya berkedudukan itu. akak cuma wanita biasa....sangat biasa”

Mazlin diam dan hanya mengangguk.  Kak Sofea itu memang amat disenangi oleh Mazlin tetapi tahu sahajalah citarasa abangnya itu. tak semestinya sama dengannya.

3 februari 2014

Kali ini Mazlin bertemu pula dengan bekas teman sekolahnya, Siti Musliha. Wanita yang sememangnya penuh dengan sifat sopan santun  itu masih seperti dahulu.  Seperti  biasa, segala perbualan dirakamkan. Rasa macam wartawan pun ada.

“Ala... Mazlin. Abang kau tu kacak. Nak ke dengan aku ni?”

Mazlin terdiam. Semuanya menjawab soalan itu dengan cara yang sama. Kalau dia jadi Muiz Hakimie pun dia tidak tahu memilih yang mana.

Hampir sepuluh  orang Mazlin temubual semata – mata demi Muiz Hakimie. Macam tak ada kerja saja rasanya. Akhirnya Mazlin mengalah. Dia tidak mahu meneruskan misi yang dirasakannya tak memberikan apa – apa faedah langsung buat dirinya. Muiz Hakimie akan mendengar rakaman itu dan tersenyum kemudiannya. Itu sahaja!. bila ditanya mengapa dia tersenyum jawapannya benar – benar menyakitkan hati Mazlin.

“Memang aku handsome. Dah diperakui oleh ramai gadis pula tu”

Rasa mahu sahaja dicekik – cekiknya leher Muiz Hakimie.

                         ******************

“Teman Mazlin pergi shopping boleh?. mazlin belanja makan hari ni” kening Mazlin terangkat –angkat. Bukannya apa.. malas nak memandu panas – panas begini. Muiz hakimie yang sedang membelek majalah hanya mendengar tanpa memberi sebarang kata putus.

“Bolelah bang... mana tahu kat sana nanti kau jumpa jodoh kau tu” Mazlin semakin hampir. Mahu dispedonya Muiz Hakimie sebaik mungkin.

“Ye lah... tapi aku sebagai lelaki handsome lagi bergaya pergi sebab kesian dengan kau tu aje bukan sebab doa kau pasal awek tu ye. Kau tu bukannya pandai pilih makwe....” Muiz Hakimie berlalu ke biliknya. Mazlin ketawa berdekah – dekah. Selamat duit minyak aku!.

Tiba sahaja di pusat membeli belah Muiz Hakimie sudah menggaru kepala dua tiga kali. Teman perempuan shopping sama dengan teman mak pergi pasar..leceh!. dah berkenan tu ambil sahajalah .. ini letak balik. Nanti pergi pula cari kedai lain. Kalau kali ni Si Mazlin tak beli juga tudung separuh bulat..bulan penuh ke apa ntah tu memang aku balik terus.

Memandang mata abangnya yang semakin mengecil, Mazlin cepat – cepat membayar jumlah wang di kaunter. Muiz Hakimie sengih. Pandai pun!. Mazlin menghampiri.

“Bang.. nak gi toilet pulak. Nah pegang ni” Mazlin tergopoh gapah ke tandas. Macam nak meletup rasanya Muiz Hakimie waktu itu mujurlah seorang perempuan cantik yang gayanya macam model pakaian muslimah berdiri tidak jauh daripada situ.

Kelihatan wanita itu mencari – cari sesuatu. Dia terpandangkan Muiz Hakimie yang secara serentak memandangnya. Muiz Hakimie mengalihkan pandangan. Ceh... boleh pula aku kalah dalam pertarungan mata ni. Muiz Hakimie gigit hujung bibir.

“Assalamualaikum Encik”  wanita itu tersenyum manis. Aduhai... ketar lutut aku dah ni...

“Astaghfirul.......eh... waalaikumussalam.. ye saudari. Nak apa?” Muiz hakimie mempamerkan senyuman semanis yang boleh. lagipun memang dah kacak senyumlah macam mana pun. Walaupun senyuman terbalik masih kelihatan kacak.

“Pukul berapa ye?. Saya lupa bawa jam. Teleon bimbit pula tertinggal”

Muiz Hakimie memandang jam tangannya.

“3 petang. Saya Muiz Hakimie” perghhhhh.. pantas menjalankan tugas!.

“Oh.. Saya Puteri Balqis” senyuman menawan itu bisa membuatkan Muiz Hakimie jatuh terlentang waktu itu juga. Dada yang berdebar lain macam itu mengundang rona kemerahan pada wajahnya.

“Eh.. kenapa muka merah?. Malu ye...” usik Puteri Balqis. Muiz Hakimie senyum simpul. Ceh... selamba betul perempuan ni mempertikaikan kemerahan wajahku yang tampan ini.

“panas”

“Oh.... lain spesis ye. Orang lain kena panahan matahari baru panas. Ni dalam mall yang air condnya sejuk ya amat pun panas?.” Gelak Puteri Balqis mula kedengaran.

“Awak ni model ke?” Muiz Hakimie mula menyiasat. Doanya pada waktu itu biarlah Si Mazlin berak batu atau  tak jumpa – jumpa tandas sampai sekarang. Muiz Hakimie sengih.

“Ustazah” jawab Puteri Balqis.

“Ustazah?” Muiz Hakimie mempamerkan wajah sedikit terkejut. Puteri Balqis tersenyum malu. Dia membetulkan sedikit tudungnya.

“kenapa?” keningnya mula bertaut. Nampak sangat Muiz Hakimie terkejut.

“Tak sangka ustazah pandai bergaya” jujur Muiz Hakimie. Dia duduk pula di tempat duduk sambil meletakkan kesemua barang milik Mazlin di tepinya. Doanya agar Mazlin tersesat jalan, jadi bolehlah dia berborak lebih lama dengan Puteri Balqis.

“Awak ingat ustazah tak boleh bergaya? Atau...... nak bagi ayat power je ni?”

Muiz Hakimie menelan air liur. Aik!!.. itu pun nak marah?. Tak apa ustazah stylo ni makin marah makin comel pula. Pipi tu makin merah. Hmmmm... geram!.

“Kawal kata hati tu”

Hampir terbatuk Muiz Hakimie dibuatnya. Ok...sekarang dia bukan sahaja stylo tapi pandai dengar isi hati orang. Ish... bahaya juga ni. Buatnya aku nak pasang lagi seorang sah – sah dia tahu. Muiz hakimie berdehem dua tiga kali.

“bang!!!” Mazlin menghampiri. Entah mengapa wajah Puteri Balqis pula berubah..

“ooo.. ada kekasih” nadanya seakan kecewa pun ada.

“Eh.. tak.. ni budak mana entah saya kutip kat tepi longkang tadi” sengih Muiz Hakimie. Satu tamparan yang kuat hinggap di belakang tubuhnya.

“saya ni adik dia yang malang” Mazlin menghulurkan salam. Ada sinar keceriaan pada wajah Puteri balqis. Muiz Hakimie perasan akan hal itu. eh eh..... nampak sangat suka kalau aku ni solo. Dia pun nak ayat aku sebenarnya ni. Muiz Hakimie sengih sendiri apabila terpandangkan jam tangan Puteri Balqis yang sedikit kelihatan apabila dia menyambut salam mazlin tadi. Cepat – cepat Puteri Balqis menutup lengannya. Mukanya merah padam.

“Panaskan cik Balqis... rupanya kita ni sama spesis!” Muiz Hakimie mula melancarkan kerlingan menggodanya. Puteri Balqis mengalihkan pandangan ke arah lain.

Peluang baik kalau dilepaskan rugi seumur hidup. Muiz hakimie menyerahkan kad perniagaannya pada Puteri Balqis dan dengan senyuman melebar Puteri Balqis menyambutnya.

Pertemuan pertama berakhir di situ dan apabila pulang ke rumah.. malam Muiz Hakimie sudah menjadi tonggeng terbalik. Wajah Puteri Balqis mula terbayang di ruangan mata. Kena pinang cepat ustazah stylo ni....kalau tidak merana aku nanti!. Muiz Hakimie melelapkan matanya dengan senyuman yang masih berbaki. Tidur dalam iman...... ceh!

                                                 ******************

Pertemuan kedua dan ketiga menampakkan keserasian antara mereka berdua dan dengan nasihat Mazlin yang masih solo itu Muiz Hakimie mengambil keputusan untuk meminang Puteri balqis untuk menjadi suri hidupnya. Sejak daripada hari itu Mazlin seperti bos kepada Muiz hakimie. Iyalah... kalau bukan kerana dia yang mengajak Muiz Hakimie ke mall tiga bulan yang lepas tak mungkin dia akan bertemu dengan ustazah stylo pujaan hatinya itu.

Hari pertunangan mereka berlangsung dengan penuh debar. Puteri balqis seperti biasa cantik bergaya dengan pakaian istimewanya. Pada awalnya Muiz Hakimie tunggu di dalam kereta sahaja tetapi ayah Puteri balqis yang memanggil bakal menantunya itu naik ke atas. Tak mahu bakal menantunya itu pengsan kepanasan katanya.

Dengan wajah yang malu Muiz Hakimie naik ke atas dan bersalaman dengan semua yang berada di situ. Sempat juga lehernya memanjang mencari kelibat Puteri Balqis yang duduk di dalam biliknya.

Setelah majlis pertunangan selesai puteri balqis diminta oleh pihak keluarga Muiz Hakimie supaya keluar.Muiz Hakimie malu – malu memandang Puteri Balqis yang kelihatan tenang. Sebaliknya lebih tenang bebanding bakal suaminya.  Hendak ketawa pun ada apabila melihat wajah Muiz Hakimie menjadi merah padam apabila kedua belah pihak belum apa – apa lagi sudah membicarakan soal cucu. Mazlin tergelak sendiri. Ambik ko!. Orang dah kata tunggu kat rumah tak sabar juga nak tengok Puteri Balqis. Bagi alasan tak nak kecewakan permintaan bapa mertua katanya!. Rindu dendamlah kononnya. Bila kena batang hidung  malu ya amat. Dalam malu – malu itu pun dia masih sempat mengintai Puteri Balqis yang sudah pun berlalu ke dapur.

“Hmmm Muiz... kalau dah jadi hak nanti tak payah intai – intai. Tangkap saja terus” usik bakal bapa mertuanya. Tidak tertahan rasanya Mazlin pada waktu itu. satu tamparan kuat singgah pada belakang badan muiz hakimie. Amboi suka sangat ko ye dik!

                                                 *******************

Tujuh bulan berlalu dan kini sudah tiba masanya untuk Muiz Hakimie menggenggam tangan tok kadi sebelum menggenggam tangan puteri balqis pula. Peraturan di mana Puteri Balqis dan dia tidak dibenarkan bertemu selama sebulan membuatkan hatinya seperti mahu melompat keluar mendapatkan bakal isterinya lagi berapa minit itu.

‘Muiz Hakimie...” Tok kadi memanggil tetapi mata pengantin lelaki terlekat terus pada wajah pengantin perempuan. Senyuman tok sah cerita, kena ambil pembaris kalau nak ukur. Ayah muiz Hakimie dan bapa mertuanya tersenyum nakal. Paha Muiz Hakimie dicuit oleh ayahnya dengan sedikit kuat.

“Muiz...” bisik ayahnya.

Mata Muiz bercahaya. Mereka yang berada di situ semuanya sudah tersenyum malu. Pengantin lelaki tak sabar – sabar!. Mazlin menggeleng kepala.

“Abang!” jerit Mazlin dan Muiz Hakimie terkejut. Riuh rumah Puteri Balqis dengan gelak tawa. Muiz Hakimie cepat – cepat memperkemaskan duduknya. Dia sempat lagi berdoa agar Allah permudahkan segalanya. Dengan sekali lafaz sahaja Muiz Hakimie sudah sah menjadi suami pada puteri bongsu keluarga mertuanya. Saat Muiz menyentuh tangan Puteri balqis buat kali pertama seperti ada aliran elektrik antara mereka. Mata merenung antara satu sama lain. Mazlin sudah tepuk dahi awal – awal lagi. Bukan kata abangnya sahaja begitu, kaka iparnya juga!.

“berapa voltan?” bisik Muiz Hakimie. Tertunduk malu Puteri Balqis apabila diketawakan mereka yang lain. Muiz Hakimie terkejut bagaimana bisikannya itu mampu didengari seisi rumah. Sampai ke bawah pula tu. Rupa – rupanya microphone kecil yang diselit di kolar baju melayunya masih belum di tutup suisnya.

“10000 voltan wooooo” jerit penanggah di bawah.

“Kau buat malu jer bang” bisik Mazlin dengan gelengan kepala yang agak menyakitkan hati Muiz Hakimie.

“Dah bervoltan – voltan... tak payah tunggu lepas bersanding esoklah... malam ni jer dah leh on wakakakaakkakaa” gelak abang Puteri balqis. Muiz Hakimie yang sedang duduk meraup wajahnya kerana malu diusik sebegitu. Puteri Balqis menggerakkan bibirnya..

“gatal!”

Kali ini Muiz Hakimie rasa macam nak cempung sahaja Puteri Balqis lari dari situ. Biar terus berbulan madu.

Mazlin tersenyuam puas. Aku bukan carikan kau awek aje bang... aku carikan isteri yang cantik dan solehah terus cuma kau tu je gatal tak sudah.... bisik Mazlin di dalam hati dan  tiba – tiba terasa seperti ada seseorang yang memerhatikannya. Mazlin tunduk malu. Gelabah mula menguasai dirinya. Sepupu Puteri Balqis yang baru sahaja pulang dari Ireland mula bermain mata dengan Mazlin. Debarannya mengalahkan Muiz hakimie sahaja.


Bang..... aku rasa kau pun dah nak dapat adik ipar kikikikiki...

4 comments:

  1. Adui...sakit perut. ..gelak byk sgt...abg dgn adik sama je gatalnya...kak ami...daebak...

    ReplyDelete
  2. suka3x...tahniah sis sbb create cerita sebaik ni

    ReplyDelete
  3. adoyaiiiiii..... gelak guling2 dibuatnya....terbaek yunkkk....

    ReplyDelete
  4. hahahaha...nk mngalir airmata trglak...btw nice....mumtaz ya ukhti

    ReplyDelete