Friday, 11 April 2014

CERPEN: PENASIHAT DI RAJA ...RAJA RIZDUAN

CERPEN SEMPENA BIRTHDAY LELAKI PALING ISTIMEWA DALAM HIDUP.... SELAMAT HARI LAHIR BUAT SUAMI MOHAMAD RIZDUAN BIN SULAIMAN...  DIKAULAH RAJA DI HATI WALAUPUN TANPA KERAJAAN YANG MEWAH DENGAN EMAS DAN PERMATA....

Raja Rizduan yang bakal menjadi pemegang takhta kerajaannya menunggu seseorang di hadapan kamar tidurnya. Malas pula dia mahu ke pejabat. Raja Rizduan memberikan senyuman manis buat penasihat diraja yang bernama Azura itu.

‘Tuanku!” penasihat baru yang ditugaskan untuk menjaga Raja Rizduan memberikan tunduk hormat. Raja Rizduan memandang kiri dan kanan.

“Cik penasihat... ala... bukan zaman purba pun. Depan bonda leh panggil tuanku. Belakang bonda panggil saya abang sayang pun ok” Raja Rizduan kenyit mata.

Erk.... Azura tergamam. Ceh.. putera segatal ini masih tak punya isteri. Gatal sangat mana nak ada makwe lekat. Raja Rizduan masuk ke dalam kamarnya dan keluar semula.

“Azura.. masuk sekejap” senyum Raja Rizduan. Kamar istana yang cuma ada mereka berdua sahaja itu patutkah untuk Azura menyerah diri?. Buatnya Raja Rizduan ni ngap! Ha.....

“Masuklah!!!!. Alah... saya tak rogol!”

“Tuanku!!!!” terjerit suara Azura mendengarnya. Ingat perkataan rogol tu apa?.

“meh meh..” rambut pacaknya diperkemaskan. Perlahan – lahan Azura menapak masuk. Terbeliak mata  Azura. Sungguh cantik kamar milik Raja Rizduan yang terpamer di ruangan matanya itu. Raja Rizduan tersenyum.

“tu nak berangan jadi permaisuri sayalah tu” sengih Raja Rizduan. Azura menjeling.

“Huish.... berani jeling raja sendiri!!” raja Rizduan mengeluarkan sesuatu dari dalam kotak di tepi katilnya. Azura menghampiri dan terus Raja Rizduan memandangnya.

“Ke.... awak yang nak rogol saya ni?” berdekah – dekah tawa Raja Rizduan.

“Ishhhh giiilllllllllllllllllll.....” menggigil tangan Azura menahan marah.

“Tak apa diampunkan. Meh duduk sini tapi jauh sikit. Nanti kena tangkap basah” masih lagi ketawa.

“Ada ke orang tangkap basah dalam istana?” Azura berdiri semula.

“nak ke?. Saya boleh aturkan. Bukan susah sangat pun” Raja Rizduan mengeluarkan sebuah buku buat Azura. Buku tebal itu diserahkan dengan senyuman.

“Apa ni?”

“Katak” jawab Raja Rizduan dan di masukkan semula barang – barang lain yang dikeluarkannya tadi.

“baca itu... kalau awak boleh selesaikan masalah tenggiling dengan cipan tu.. saya naikkan gaji awak” Raja Rizduan merenung Azura di birai katil.

“Yang mulia permaisuri suruh saya mendampingi tuanku sebab mahu menjadi penasihat pada anakandanya yang selalu buat keputusan salah bukannya suruh saya baca buku cipan”

Raja Rizduan ketawa dan terus keluar daripada biliknya. Meninggalkan Azura di dalam biliknya.

‘Tuanku!!!” jerit Azura yang berlari mendapatkannya.

“Ye sayang...”

Gulp.....

“kenapa diam, sayang?” soal Raja rizduan.

“Tak ada apa. Esok saya mula kerja ya?”

Raja Rizduan mengangguk dan pergi meninggalkan Azura dengan nyanyian kecilnya. Azura memandang Raja Rizduan sehingga rajanya itu hilang daripada pandangan.

                                                       ****************

Selepas selesai dengan kerja – kerja rasminya, Raja Rizduan mengajak Azura duduk di taman istana. Dia memandang agak lama akan air pancut yang mengindahkan suasana taman istana itu. Azura yang sedang menulis sesuatu di suruh mandi disitu bersamanya.

“Taknaklah tuanku.... gila apa mandi dekat sini” Azura menggeleng kepala.

“Ikut cakap saya.... jomlah. Saya teringin nak mandi kat air pancut istana tapi tak ada kawan. Jomlah... bonda tak ada tu. Hari lain saya penat buat kerja” pujuk Raja Rizduan.

“nanti semua kata saya gila..”

“Ooo... awak nak kata saya gila ye.... ala, mula – mula kita mandi kat sini. Kalua lepas kahwin kita mandi dalam bilik mandi” usik Raja Rizduan.

“tuanku!!!! Gatalnya!!. Malang betul bakal permaisuri nanti” Azura tergelak. Dia menggeleng kepala berkali – kali.

“Saya takkan biarkan awak malang”

Azura terdiam. Azura pun masuk ke dalam air pancut itu walaupun kesejukan. Raja Rizduan duduk di kerusi taman dan ketawa sahaja. seronok mengenakan penasihat barunya itu. habis basah lencun baju Azura.

“kenapa tuanku tak masuk dalam ni?” Azura menjerit.

“Azura!!!!!” Permaisuri Rania menggeleng kepala. Azura gigit jari. Mampus dia kali ni!!!. Setelah keluar, Permaisuri Rania menyuruh dia masuk ke dalam menukar baju dan keluar mendapatkannya nanti.

Azura yang sudah pun menyalin baju berdiri di hadapan Permaisuri Rania.

“Gila ke apa awak ni nak mandi dalam air pancut tu?” tegas suara permaisuri berwajah kacukan itu.  Raja Rizduan senyum simpul di belakang bondanya. Setelah menerima bebelan lebih daripada lima minit, Azura terus keluar. Raja Rizduan mengejarnya.

“Azura...”

Azura mempercepatkan langkahnya.

“hei... Azura,,...:” Raja Rizduan  menarik tangan Azura agar berhenti. Disentuhnya rambut Azura yang basah itu. mata mereka bertentangan.

“Saya benci tuanku” tutur Azura perlahan.

“tapi saya dengar macam sayang sahaja.. bukan benci” senyum Raja Rizduan. Azura memalingkan wajahnya. Menyedari permaisuri Rania keluar dari dalam biliknya, terus Raja Rizduan menarik pinggang Azura agar bersembunyi di lorong ke dewan santapan. Semakin Permaisuri Rania menghampiri, semakin erat pelukan Raja Rizduan pada pinggang Azura. Akhirnya kepala Azura tertunduk di dada Raja Rizduan dengan mata yang terpejam. Permaisuri Rania sudah pun menjauhi tetapi mereka masih di situ. Perlahan – lahan Azura meluahkan perasaannya.

“Tuanku buat saya gila” matanya masih terpejam.

Perlahan – lahan tangan yang merangkul pinggang Azura itu dilepaskan dan Raja Rizduan beredar pergi. Azura terjelepok ke lantai.... kau memang buat aku gila!!!!

                                ****************

Azura menasihati Raja Rizduan bukan sahaja mengenai hal ewal kerajaaan tetapi juga kadangkala melibatkan hal peribadi. Apa yang Raja Rizduan perlu elakkan daripada menyentuhnya juga Azura ambil tahu. Raja Rizduan  yang alah pada kacang dijaga dnegan baik pemakanannya.

Sewaktu berada di sebuah jamuan, biskut yang Raja Rizduan sentuh terus diambil dan dirasanya dahulu. Raja Rizduan menjongketkan keningnya.

“Patik mahu memastikan tiada kacang di dalam biskut ini, tuanku” Azura meletak semula biskut butter tersebut.

“Ada ke?” soal Raja Rizduan. Azura menggeleng. Terus biskut yang digigit oleh Azura tadi masuk ke dalam mulutnya dengan selamba. Azura terkejut.

“Sisa patik tu tuanku”

“jadi?”

“jadi apa?” Azura bagai bermain teka teki dengan Raja Rizduan. Sudahlah Raja Rizduan rimas kerana asyik berpatik beta dihadapan kerabat di raja yang lain. Puteri Nilam menghampiri dan dengan segera Raja Rizduan berbisik ke telinga Azura.

‘Yang ni awak tengok ada kacang tak?” usik Raja Rizduan.

“Tuanku!!” jeling Azura. Sengaja mencari marahnya. Sebaik sahaja Puteri Nilam tiba di hadapannya, Raja Rizduan menghadiahkan senyuman yang manis. Azura menyampah pula melihatnya. Sengaja dilemparkan pandangannya jauh – jauh.

“Wah... cantik sungguh Puteri Nilam” mata Raja Rizduan sempat mengerling wajah Azura. Dia sengih.

“iya...?’ Puteri Nilam membelek baju yang di jahit daripada sutera yang mahal. Azura rasa macam mahu mencebik dengan cebikan paling dasyat di hadapan Puteri NIlam. Puteri Nilam dengan Puteri Nirmala sama sahaja gatalnya. Pantang nampak Raja Rizduan, asyik nak menyendeng sahaja.

Azura cuba berganjak tetapi tangannya dipegang dengan kuat oleh Raja Rizduan biarpun tanpa memandangnya. Apabila Azura berhenti tanpa bergerak lagi , tangan raja Rizduan terlerai. Dia meneruskan perbualannya dengan Puteri Nilam cuma sekali sekala sahaja dia memandang Azura dengan ekor matanya.

Kalau aku kerja di sini lebih lama bukannya aku gila.... macam dah nak koma pun ada dengan sikap Raja Rizduan ni. Bermain tarik tali dengannya membuatkan aku bagai terjerat Arghhhhhhhhhhhhhhhh....... tuanku!.

                                         *****************

Keesokan harinya Azura terpaksa melarang Raja Rizduan daripada terus bermain hoki. Bertaut kening Raja Rizduan. Stoking sukan panjang hingga melepasi paras  lutut disarungnya. Azura menahan tangan Raja Rizduan.

“jangan... nanti tuanku sakit”

“Awak ubatkan”

“Tuanku!!!!”

Raja Rizduan senyum dan berdiri memandang Azura.

“jangan menjerit pada saya..... itu saya tak suka” jari Raja Rizduan tepat mengenai batang hidung Azura. Payah betul nak nasihatkan orang degil macam Raja Rizduan . Azura memintas Raja Rizduan yang dengan selesa menghayun kayu hokinya kiri dan kanan.

“Jangan!” kayu hoki Raja Rizduan dipegang dengan kuat. Dato  Syukri yang bekerja sebagai setiausaha diraja tersenyum lebar sambil membawa beberapa dokumen untuk Raja Rizduan teliti.

“Ni apa masalahnya ni?” Raja Rizduan mendekatkan matanya ke mata Azura. Mereka berpandangan mata. Tepat dan mendebarkan. Azura tidak mahu mengalah. Dibesarkan matanya sebesar yang boleh.

“Macam mata ikan uji Rashid” sengih Raja Rizduan.

“Tuanku tahu tak.. jaga budak umur setahun tu lagi senang daripada jaga seorang putera raja yang degil keras kepala macam tuanku ni” dada Azura berombak. Dato Syukri cepat – cepat beredar.

“Tak nak jaga saya... ok. Nak saya pecat atau awak resign sendiri?”

“Tuanku boleh hidup ke tanpa saya?” Azura semakin berani. Kayu hoki terus dirampasnya. Beberapa orang  pekerja istana menoleh. Sudah lali dengan pergaduhan dua insan ini. Raja Rizduan senyum sinis. Ringan tangannya merangkul pinggang Azura. Dia berbisik lembut.

“You yang tak boleh hidup tanpa i sayang”

Terus Raja Rizduan melepaskan rangkulan itu dan beredar pergi.

“Tuanku ni memanggggggg memanggggggggg”

“memang apa Azura?” suara Permaisuri Rania membantutkan kemarahannya. Terus Azura menoleh . dia berdehem beberapa kali dan menoleh memandang Raja Rizduan yang sudah pun menaiki keretanya pergi.

“memang apa Azura?” permaisuri Rania mendekati.

“memang pandai jaga hati rakyat!” spontan tutur katanya. Tak kisahlah.. janji selamat. Setelah Permaisuri Rania pergi, Azura terpaksa memandu sendiri ke stadium hoki tidak jauh daripada situ.

                                             ***************

Sampai sahaja dia di sana, Raja Rizduan sudah pun beraksi sebagai penyerang. Azura sedikit kagum. Memang raja Rizduan hebat sewaktu di kolej luar negara dahulu tetapi kecederaan kakinya itu sedikit bahaya untuk dia terus bermain hoki. Kalau kayu hoki itu terlibas dengan kuat ke kakinya... Azura pasti Raja Rizduan akan menerima sakit yang amat sangat.

Telahan Azura hampir benar. Mujur Raja Rizduan sempat mengelak dan jatuh tergolek di padang. Rakan – rakan Raja Rizduan membantunya untuk berehat di tepi gelanggang.

Penutup botol air mineral dibuka dan air mineral diteguk perlahan. Kerutan di wajah Raja Rizduan meyakinkan Azura yang rajanya itu sedang dalam kesakitan biarpun tidak parah. Satu pukulan kecil hinggap ke kaki Raja Rizduan.

“ish... apa ni”  Raja Rizduan sedikit terkejut.

“nampak! Tuanku ni tak faham nasihat saya tadi kan. Sekarang dah kena baru nak rasa. Kenapa tak pergi main lagi?,. pergi main...” tangan Raja Rizduan ditarik. Semua memandang mereka berdua.

“Tak mahulah” Raja Rizduan menarik kembali tangannya. Azura menarik pula lagi dan berlaku adegan tarik menarik di situ.

“Azura!” marah Raja Rizduan.

“marah... itu sahajalah tuanku boleh buat. Mentang – mentang kerajaan ni tuanku punya... Azura.... pergi sana.. Azura jangan pergi sini” Azura mengenyeh. Dia mengajuk dengan bibir yang mencebik geram. Raja Rizduan senyum sedikit.

“Apa senyum?” soal Azura.

“Tuanku tahu tak.. kalau tuanku sakit bukan tuanku sahaja yang susah. Permaisuri susah, semua orang susah... saya...., saya........” Azura berdiri semula.

“Pun susah.. risau...?” Raja Rizduan menyambung ayat  Azura yang terputus tadi. Azura merenung Raja Rizduan. Pandangannya itu tidak dipedulikan langsung. Raja Rizduan terus mahu ke padang. Azura geram. Ah! Lantak.. kau nak tergolek ke apa.. kau punya pasal!. Azura terus keluar daripada situ.

“Tuanku... nak sambung tak?” soal salah seorang daripada mereka. Raja Rizduan menoleh ke belakang. Tiada kelibat Azura di situ.

“Tak apalah... aku nak balik” senyum Raja Rizduan dan terus beredar. Dia melihat Azura terkial – kial mencari kuci keretanya. Raja Rizduan terus mencuit bahu Azura.

“Balik dengan saya” arah Raja Rizduan.

“tak mahu”

“Jomlah...” suara Raja Rizduan sedikit  lembut.

“Tak mahu” jeling Azura.

“Azura... ini perintah!” Raja rizduan mula menggunakan kuasanya. Apa yang boleh Azura katakan lagi?. Seluruh kerajaan ini adalah miliknya jadi Azura hanya ada satu pilihan sahaja iaitu patuh!.  Di dalam kereta Azura banyak membisu. Memandang Raja Rizduan pun dia tak mahu.

“Sayang...” panggil Raja Rizduan.

Azura tergamam tetapi jelingannya tetap meliar.

“Sayang....”

“Tuanku jangan nak main – mainkan saya. Sayang segala.... tapi tak ada maksud. Tak baik mainkan perasaan saya biarpun saya ni cuma rakyat biasa” bebel Azura.

“Sayang....”

“Tuanku.....janganlah!” marah Azura.

“Sayang....” makin galak Raja Rizduan mengusik. Setibanya sahaja di hadapan rumah Azura yang disediakan oleh pihak istana, dia keluar dengan wajah yang muram.

“Azura.... “ panggil Raja Rizduan. Azura tunduk sedikit. Memandang rajanya.

“Saya benar  - benar maksudkannya” senyum Raja Rizduan dan terus memecut laju. Azura terkaku di situ. Sehingga hampir setengah jam. Terkejut bercampur gembira. Mengapa gembira? Mahukah permaisuri pada aku?... Azura berjalan lemah masuk ke dalam rumahnya,

                                                 ***************

Setiap kali Raja Rizduan cuba berterus terang pasti Azura akan mengelak sehinggakan Raja Rizduan fikir yang Azura tiada langsung menyimpan perasaan cinta buatnya.  Ianya lebih meyakinkan apabila Azura menjawab dengan tenang siapa yang layak menjadi permaisuri buat Raja Rizduan. Puteri Nirmala!. Raja Rizduan menentang mata Azura dan  terjatuh pandangan Azura saat itu. wahai Rajaku... sesungguhnya mencintaimu adalah satu anugerah tetapi untuk berada di sampingmu hanyalah seperti menganggap hikayat dongeng itu akan terjadi padaku........ Azura memejam matanya buat seketika dan terus keluar daripada bilik permaisuri Rania dan Raja Rizduan cuma melemparkan pandangannya jauh ke luar.


                                             ******************

Permaisuri Rania tidak terus mengadakan majlis pertunangan. Dia cuma menjemput semua tetamu khas untuk sebuah majlis makan malam. Di situ nanti dia ingin melihat sendiri keserasian puteranya dengan Puteri Nirmala.

Puteri Nirmala yang sememangnya anak raja yang manja itu tidak mahu melepaskan Raja Rizduan jauh daripadanya walaupun seketika. Azura diperintahkan agar menjauhi Raja Rizduan buat masa itu.

Azura memejam matanya selama yang boleh. Dato Syukri memandang sayu wajah Azura yang terpaksa menyaksikan segalanya. Tangan Puteri Nirmala yang melekat dari tadi ditelapak tangan Raja Rizduan membuatkan hatinya bagai disiat dengan belati paling tajam. Dia cuba berundur selangkah ke belakang.

Raja Rizduan yang bersalaman dengan beberapa orang yang hampir dengannya meringankan lagi tapak kaki Azura supaya beredar daripada situ. Setelah menyerahkan telefon milik Raja Rizduan ke tangan Dato Syukri, Azura mula menjauhi. Raja Rizduan mempercepatkan langkahnya. Lengan Azura dipegang. Kakinya terkaku di situ. Semua mata menyaksikan situasi itu dengan perasaan terkejut. Azura tidak mampu menoleh. Sangat tidak berdaya. Aku tak mampu rajaku...... dia berhak disisimu bukanlah aku yang hanya bagai sezarah kuman di lautan yang luas. Lepaskan tanganku wahai rajaku....

“Tuanku” Azura gagahkan juga memberi tunduk hormat buat Raja Rizduan yang sudah pun terlalu hampir dengannya. Tinggal hanya beberapa inci sahaja jaraknya. Tangan Puteri Nirmala dilepaskan.

“Sakit kan...sakit sangat hati ini bila awak menjauhi saya hanya kedudukan saya. Sedangkan cinta itu masih awak simpan dan tidak mahu mengembalikannya pada saya...” bisik Raja Rizduan

“baik tuanku” Azura cuba menjadi pelakon yang hebat pada waktu itu.

“hentikan Azura.... jawab sekarang, awak rela saya berkahwin dengan puteri ni?’ bisikan itu semakin dekat di telinga Azura.

“Puteri Nirmala dan Tuanku sangat padan” Azura mengintai Puteri Nirmala yang agak terharu dengan kata – kata penasihat Raja Rizduan itu. Bagai dihempas kaca hati Raja Rizduan dibuatnya. Luka dan pedih.

“ini keputusan awak ...... awak, Azura” Raja Rizduan terus meninggalkan Azura yang tunduk memandang lantai. Setitis air matanya sudah pun jatuh mengenai kasut hitamnya. Dato Syukri melepaskan keluhannya. Azura perlu kuat kalau dia mahu bersama tuanku..... bisik hati Dato syukri.

                                                ****************
Azura dipanggil masuk ke dalam pejabat Raja Rizduan.

“Awak akan ditukarkan ke bahagian lain dan awak berhak memilihnya. Isikan borang ini.  Azura... teriima kasih kerana menjaga saya dengan baik selama ini. tidak lama lagi saya akan mempunyai seorang permaisuri dan tidak elok rasanya untuk saya sering berdampingan dengan awak. Bonda telah mengarahkan orang lain untuk menggantikan awak. Terima kasih. Pihak istana sangat berterima kasih. Awak juga dibenarkan duduk di rumah yang awak duduk sekarang” Raja Rizduan senyum kelat. Setelah menyerahkan borang ke tangan Azura, dia terus bangkit dan menuju ke tingkap. Memandang taman istana yang semakin cantik landskapnya.

Azura mengoyakkan borang itu di hadapan Raja Rizduan. Dengan tangisan, semuanya mula terluah..

‘Tuanku tak dapat rasa apa yang saya rasakan. Tuanku punya sebuah kerajaan besar dan saya hanya seorang penasihat yang hanya menempel di sisi tuanku. Jadi tuanku rasa saya seronok dan gembira bila tangan Puteri Nirmala itu terlekat terus di telapak tangan tuanku?. Tahu tak tuanku betapa sakitnya hati ini.... sakit  itu tak tertanggung  tuanku...sangat sakit!!!!. Kini, tuanku buang saya setelah tuanku ikat hati saya di dalam istana ini” Azura terjelepok ke lantai. Raja Rizduan menarik nafas dalam – dalam.

“kalau begitu kenapa awak sarankan pada bonda, Puteri Nirmala adalah calon terbaik buat saya?. Saya tak pernah memberikan rasa sakit itu buat awak, Azura... tetapi awak yang menempahnya sehinggakan saya terfikir yang saya ini tidak ada sebarang nilai cinta untuk membuatkan awak berusaha mendapatkan saya. Jujur.... saat mendengar dengan telinga saya sendiri awak mengatakan nama Nirmala sebagai permaisuri kerajaan ini... hati ini terlebih dahulu hancur dan kini bila sampai ketikanya awak pula seperti mahu merentapnya kembali. Sekarang awak jawab... siapa lebih sakit. Saya sakit kerana mencintai wanita bernama Azura yang tidak pernah berusaha untuk bersama – sama menentang segalanya demi kebahagian kita... kebahagian kita!!!” Raja rizduan menggoncang bahu Azura yang tersedu sedan menangis di pejabatnya.

“Jangan halang saya daripada terus menjaga tuanku. Jika cinta ini tidak mampu bersatu, memadailah saya di sini sebagai penasihat yang sentiasa mencintai rajanya” Azura lemah.

Raja Rizduan mengesat air matanya.

“Awak akan merana..... akan merana sayang. Saat melihat dia menyentuh tangan saya pun awak tak sanggup inikan pula mahu menunggu saya dan dia keluar dari dalam bilik yang sama setiap pagi?” Raja Rizduan memegang kedua belah pipi Azura.

“Sekurang – kurangnya rasa sakitnya tidak hebat seperti ketiadaan tuanku menghiasi anak mata saya. Biarlah saya merindu sendiri..... asalkan dapat bersama tuanku. Saya janji takkan porak perandakan rumah tangga tuanku” Azura mengangkat tangannya sepeti bersumpah. Raja Rizduan menggenggam tangan Azura.

“Sayang..... “

“Ya.... ucapkanlah buat kali terakhir..... pada saya yang menyayangi tuanku seumur hidup saya”

Raja Rizduan berdiri. Tidak mampu dihadap semuanya ini. dia cuma rakyat biasa tetapi cintanya menggegarkan seluruh kerajaan hati Raja Rizduan.

Pintu terbuka. Permaisuri memandang putera dan rakyatnya yang sama – sama sedang mengalirkan air mata.

“Masuk bilik bonda” arah Permaisuri Rania dengan wajah serius.

Azura dan Raja Rizduan masuk ke dalam bilik Permaisuri Rania dengan mata yang bengkak.

“Drama???” Permaisuri Rania menjongketkan keningnya. Dia kemudiannya meneruskan kata – katanya.

“Jawab dengan jujur Azura... beta mahu dengar. Siapa wanita yang layak di sisi putera beta?. Bukan kerana harta dan kedudukannya tetapi kerana cinta dan kasih sayangnya. Beta mahu tahu siapa yang layak menjaga putera beta dari siang hingga ke malamnya.... dari jaga hingga lenanya... dari lapar hingga kenyangnya dan dari berduka hingga dia mampu tersenyum gembira. Kamu penasihat dia. Beta mahu tahu sekarang” tegas sekali soalan daripada Permaisuri Rania.

Raja Rizduan hanya membisu di tepi tingkap. Azura menangis lagi. Luluh hati Raja Rizduan saat itu tetapi apalah dayanya...soalan itu buat Azura dan pantas untuk Azura menjawabnya.

“Jika ditanya layak atau tidak patik adalah manusia yang gagal untuk menjawab soalan itu permaisuri. Tetapi jika permaisuri tanya cinta atau tidak patik pada tuanku Raja Rizduan...” Azura menangis lagi, dia memandang Raja Rizduan yang merenungnya tanpa mengalihkan pandang walaupun seketika.

“Ya.. patik mencintai Raja patik sendiri biarpun sepatutnya itu tidak berlaku. Patik mohon ampun kerana mencuri sedikit rasa cinta daripada putera tuanku. Dia putera tuanku... raja kerajaan ini tetapi dia juga raja kerajaan hati yang menaungi cinta patik. Patik cintakan dia tuanku.... sangat... sa....” Azura tidak dapat mengawal kesedihannya. Dia tahu walau apapun alasannya, Raja Rizduan tetap tidak akan menjadi miliknya.

Azura melutut di hadapan Permaisuri Rania.

“Patik pohon,..... janganlah dijauhkan patik daripada terus menatap wajah raja patik. Kasihanilah patik tuanku. Kasihanilah patik. .. tidak terdaya kaki ini untuk melangkah keluar dari istana ini. bagaimana patik mahu pergi jika cinta patik terikat kuat di sini. Patik tetap gembira biarpun hanya melihat bekas tapak kakinya”

“Sayang,...” Raja Rizduan terduduk di katil bondanya. Air mata yang mengalir tidak malu untuk dibiarkan keluar.

Permaisuri Rania menarik nafas dalam – dalam.

“kenapa pula beta nak buang kamu?” soalan Permaisuri Rania membuatkan hati Azura lega.

“Azura... kamu lupa yang beta dulu pun cuma rakyat biasa?. Sejak pertama kali beta nampak pandangan mata kamu berdua, beta sudah agak perkara ini. manusia bodoh mana yang sanggup mandi dalam air pancut kalau bukan kerana cinta?. Manusia gila mana yang sanggup melutut begini pada permaisuri semata – mata mahu melihat tapak kaki rajanya kalau tak kerana cinta. Ya... cinta kamu gila.... segila cinta putera beta pada kamu” permaisuri menjeling wajah Raja rizduan yang turut sama merah akibat banyak menangis.


“Puteri Nirmala memang akan  bertunang tetapi bukan dengan  Raja Rizduan. Dia akan bertunang dengan sepupu Raja Rizduan” Permaisuri rania bangkit dan memeluk bakal menantunya.

Kali ini tangisan Azura lebih kuat berbanding tadi. Raja Rizduan terpasa menenangkan bakal permaisurinya itu. tangan Azura digenggam.

“Sayang....  saya tak mahu tunggu lama....saya mahu awak jadi milik saya secepat yang boleh” Raja Rizduan memandang Azura.

“Titah dijunjung tuanku...” mereka bertiga ketawa.  Permaisuri  rania menggeleng kepala. Cinta itu bukannya sukar sangat tetapi insan yang bercinta itu sendiri yang menyukarkan perjalanan itu. Raja Rizduan pula banyak bermain tarik tali hingga membuatkan Azura tidak yakin akan cintanya. Azura pula terlalu menafikan dan berasa rendah diri. Raja Rizduan memeluk Permaisuri Rania.

“Terima kasih bonda..... kerana memahami siapa dia di hati puteramu ni...”

Permaisuri Rania tersenyum puas. Itulah bakal permaisuri kerajaannya. Permaisuri pilihan hati rajanya sendiri walaupun sukar tetapi akhirannya tetap bahagia. Apa sahaja demi raja Rizduan.


                                       *************

Selepas majlis perkahwinan besar – besaran di adakan di dewan di raja tidak jauh daripada istana, mereka semua pulang  dan Raja Rizduan masuk ke dalam kamarnya untuk beradu. Dia mencari – cari permaisuri Azura tetapi tiada di dalam kamar. Telefon bimbitnya berbunyi..

“Sayang.... turun taman!!”

Raja Rizduan menyelinap keluar melalui pintu belakang terus ke taman. Dia gelak besar. Permaisuri Azura sudah menunggunya di tepi air pancut di mana dia pernah masuk ke dalamnya suatu ketika dulu.

“jom...” Raja Rizduan berlari dan terus mencempung permaisurinya itu. Tubuh Permaisuri Azura dimasukkan terus ke dalam air pancut itu. terjerit – jerit cinta hatinya itu dibuatnya.

“kejap.. sayang dah habis baca buku ciipan tu?’ soal raja Rizduan.

“buku dah hilanglah sayang...” gelak permaisuri Azura. Sejujurnya dia tidak pernah membacanya pun!.

“Sejuk?” soal Raja Rizduan. Azura mengangguk. Raja Rizduan mendukung permaisurinya itu keluar dan terus membawanya masuk ke dalam istana. Terkekeh – kekeh tukang masak istana melihat raja dan permaisuri mereka yang basah lencun.

Permaisuri Rania yang sedang menghirup kopi panas melihat gelagat anak menantunya itu dengan tawa panjang dari kamarnya di tingkat atas. Pintu biliknya ditutup. Semoga berbahagia dengan insan yang sangat mencintaimu.... puteraku, Raja Rizduan!.




20 comments:

  1. Best giler...puas hati sesangat. ..

    ReplyDelete
  2. terbaik....two thumbs up....mesti mr hubby senyum panjangggg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syeena.... terima kasih kikikiki.....
      <3 muahhhhhhhh

      Delete
  3. Replies
    1. kikikiki terima kasih aerine nine.... still tunggu aerine join group ;)

      Delete
  4. wah,......bestnya...mcm x puas je bc...mcm nk lg je...hihihi...best sgt2.. - jumay jue

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumay nak den sambung keeeeeeeeeeeee??? wakakakkakakaka pertanyaan serius ni....

      Delete
  5. Awesome... Terharu dengan rasa cinta Azura... Sebak plak... Sempoi si Raja nya *_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak norsh!!! hihi baru kak ami dapat baca komen ni.. dah lama x masuk blog...

      Delete
  6. Sweet hadiah besday tu waniza aisa... Mr. Suami pasti senyum memanjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... minta2 dia suka ...terima kasih banyak tau Nursanti sudi baca.... muahhhhh!! hhiii

      Delete
    2. Awesome... Jalan cerita best sgt... Harap ada sambungan lagi pasni.. Thumbs Up!
      - Rynn

      Delete
  7. Awesome... Jalan cerita terbaekkk... Hopefully ada sambungan selepas nie..... Rynn

    ReplyDelete
  8. sweewt nye..haha..sy pon nk kawin ank raja jgk😘😍😍

    ReplyDelete