Buat terakhir kali....
Pernah juga wajah itu menjengah ruang hatinya tetapi mengapa
kini tidak mampu untuk digali rasa cinta itu lagi?. Adakah aku masih mencintai
dia?. Masihkah aku mampu menyentuhnya seperti dahulu?. Berhakkah aku terus
menyalahkannya atas apa yang terjadi?. Fatah duduk sendiri memandang yasmin
daripada jauh yang sedang melayan anak angkatnya bersama Hanna dahulu.
Yasmin ketawa dan menghampirinya. Punggungnya di labuhkan.
Tanpa memandang wajah Fatah, Yasmin berbicara.
“Min tak pernah paksa abang. Kisah cinta Min memang klishe
seperti novel cinta cuma Min harap akhiran kisah cinta Min sama seperti dalam
novel. Bertemu bahagia. Kita pernah bercinta, membenci. Tidak lama kemudian
abang mengahwini Min tanpa kerelaan” Yasmin merenung jauh.
“Kan macam dalam novel. Cuma.... Min tak pernah mengharapkan
abang berubah demi Min. Berubahlah demi cinta jika ianya masih ada. Jika tidak,
biarlah cerita kita tamat dengan kisah yang berbeza daripada jalan cerita yang
boleh di karang. Abang boleh bersama Hanna dan Iqbal. Tempoh setahun....
seperti kontrak yang tiada nilai. Ya.. Min yang setuju kerana Min yakin Min
mampu mendapatkan cinta Min kembali tetapi rupa – rupanya Fatah milik Min dulu
sudah jauh daripada lingkungan cinta Min” Yasmin berdiri dan berjalan semula ke
arah Iqbal. Fatah hanya berdiam diri.
Kontrak?.... hanya tinggal setahun. Kontrak untuk perginya
Yasmin dari rumah yang tesergam indah itu. fatah memanggil Iqbal untuk pulang
ke rumah Hanna. Buat seketika dia dan
Yasmin memandang antara satu sama lain. Maafkan aku Min........
************************
“Encik Fatah... ini dokumennya” Hanna tersenyum. Dia berdiri
di hadapan meja Fatah. Sedang majikannya itu menyemak dokumen di hadapan mata,
Hanna mengambil peluang untuk berbual -
bual.
“Iqbal kirim salam” Hanna senyum. Pen diletak ke atas meja.
“Ya. Waalaikumussalam.Anak kita dah pandai berkirim salam ye”
Fatah gelak sendiri.
“Anak kita..... kalaulah betul” Hanna membungkam di hadapam
Fatah. Kesal pula Fatah mengeluarkan bicara yang sebegitu.
“Sampai hati Min........” Hanna merungut lagi. Ya... mereka
memang saling mengenali walaupun tidak rapat. Bagi Hanna, Yasmin yang
sememangnya rapat dengan kedua ibubapa Fatah menggunakan kebaikan itu untuk
merampas Fatah daripadanya.
“Bila nak bercerai?” telus soalan Hanna. Fatah terdiam.
Bercerai.....mampukah aku. memang aku dingin padanya tetapi
adakah mampu lidahku lancar menurunkan talaq buat Yasmin?. Fatah meraup
wajahnya. Dia senyum memandang Hanna
“Hanna tahu kan setahun sahaja lagi. Sabar ya” tangannya lantas
menghulurkan dokumen yang sudah pun ditandatangani.
“Tak kesi...”
Pintu yang terbuka itu membuatkan ayat Hanna tergantung
begitu sahaja. wajah tenang Yasmin menyuntik amarah dalam jiwanya. Ikut akal...
siapa yang tak marah jika kekasih lama bakal tunang kembali dan terus
merampasnya kembali?.
“Hanna...” tegur Yasmin. Shawl kuning lembut yang menutupi
auratnya kelihatan kemas lilitannya. Hanna tidak menjawab tetapi sebaliknya
terus pergi. Fatah memandang Yasmin.
“Dah nak pukul lima. Abang kan suka makan beriyani gam?. Min
tahu tempat yang sedap tau?” Yasmin menghampiri. Fatah menarik nafas dalam - dalam.
“Abang ada hal”
Jawapan itu membuatkan Yasmin terdiam. Agak lama dia hanya
berdiri tegak memandang Fatah yang hanya meneruskan kerjanya.
“Min balik dulu, abang”
Fatah memandang sekali lalu dan mengangguk. Melihatkan Yasmin
keluar dengan kelopak mata yang digenangi air mata, Hanna senyum simpul. Dia yakin
Fatah masih meletakkan dia di atas. Yasmin perlu tahu cinta Fatah sudah mati
buatnya, fikir Hanna.
******************
Yasmin tidak sihat. Dia hanya membelikan sebungkus beriyani
gam buat Fatah dan dihidangkannya elok – elok di atas meja. Dia tidak mampu
berdiri lebih lama. Dengan tubuh yang lemah sebegitu, dia perlukan rehat.
Yasmin baring di sofa dengan memeluk lututnya. Akhirnya dia
tertidur di situ. Fatah yang baru pulang dari pejabat ingin naik ke tingkat
atas tetapi apabila terpandangkan Yasmin yang baring sambil memeluk tubuh,
timbul pula rasa kasihan. Lagipun, hujan lebat di luar. Dia ingin terus tidur
sesudah solat Isyak nanti, takkan mahu dibiarkan Yasmin sendirian di bawah.
Fatah menyingsing lengan bajunya. Tubuh Yasmin diangkat dan dicempung
masuk ke dalam bilik Yasmin sendiri. Pasangan suami isteri itu mempunyai bilik
masing – masing. Itu kehendak Fatah. Sebaik sahaja meletakkan tubuh Yasmin ke
atas katil, Fatah menyelimutkan isterinya itu. dia berdiri dan matanya
tertancap pada raut wajah yang pernah dicintainya dahulu. Fatah mengalihkan
pandangannya ke luar tingkap.
Fatah keluar dari bilik yasmin. Dia tidak mahu lama di situ. Satu
persatu kenangan manis antara mereka akan bermain di ruangan mata.
******************
Fatah hanya mahu bersarapan di rumah. Yasmin gembira
mendengarnya. Dibuatkannya Fatah nasi lemak ayam rempah selepas sahaja solat
subuh. Selepas sahaja sipa memasak, Yasmin terus mandi dan bersiap agar
kelihatan cantik di hadapan mata Fatah.
“Abang nak keluar pukul 10 nanti” kata Fatah tanpa memandang
wajah Yasmin yang hanya tersenyum. Yasmin menuangkan air teh ke dalam cawan
tetapi sebaik sahaja cawan diserahkan ke tangan fatah, Yasmin menongkat
tangannya di atas meja. Sebelah lagi tangannya memegang perut dan kelihatan
seperti sedang menanggung kesakitan. Kain lapik meja makan digenggam dengan
kuat. Fatah berdiri dan terus merangkul pinggang Yasmin.
“Min kenapa?” fatah menyentuh pipi Yasmin yang wajahnya
berkerut. Yasmin hanya menggeleng kepala. Dia cuba tersenyum dan cuba berjalan tetapi
tidak mampu. Fatah tidak mahu banyak soal lagi. Tubuh Yasmin didukung dan
dibaringkan ke sofa.
“Min kenapa?. Min sakit perut kenapa?” wajah fatah pucat. Disentuhnya
perut Min tetapi masih tiada jawapan. Fatah memegang kedua belah pipi Yasmin
yang cuba untuk tersenyum.
“Sakit sebab tak makan agaknya” Yasmin berbohong.
“Kenapa Min tak makan?. Min suka macam ni... Abang kata
daripada dulu lagi... makan! , Min degil tau. Min tahu tak abang takut kalau
jadi apa – apa pada Min” luah Fatah. Yasmin terkedu. Air matanya mengalir.
“Ambilkan ubat Min dalam laci tepi katil. Botol putih” pinta
Yasmin dan Fatah terus berlari naik ke atas.
Sebaik sahaja yasmin menelan pilnya tidak sampai 15 minit,
kesakitannya beransur kurang. Fatah merenungnya. Benar..... Fatah benar – benar
takut!. Dia bimbang jika terjadi apa – apa pada Yasmin. Menggigil tangannya
saat melihat Yasmin semakin lemah begitu. Dia pernah lihat perkara yang sama
dahulu. Yasmin yang sedang bersiar – siar dengannya tiba –tiba menekan perut
kesakitan. Malah, darah mengalir di kakinya. Selepas itu Yasmin menghilang
entah ke mana. Kehilangan Yasmin membuatkan Fatah menderita sehinggalah Hanna
datang merawatnya walaupun bukan seratus peratus. Hari itu Fatah membatalkan
semua rancangannya. Dia menjaga Yasmin dengan baik. Bubur dan segala keperluan
Yasmin disediakan malah yasmin tidak dibenarkan untuk membuat sebarang kerja.
**************************
Hanna tiba – tiba mengamuk dengan Yasmin di bilik Fatah yang
masih belum pulang daripada mesyuarat di pejabat Dato Akhil. Dia mahu meluahkan
segala – galanya. Yasmin mendengar semua apa yang terbuku di hati Hanna dengan
tenang.
“Kau cerita seolah – olah kau sahaja mangsa dalam kisah ni”
Yasmin memandang Hanna.
“Ya! Ya... memang hanya aku yang menjadi mangsa. Terseksa
atas cinta mengarut kau tu. Kau telah pun jauh meninggalkan Fatah dan kenapa
harus kau kembali?. Apa salah aku pada kau, Yasmin?. Kalau kau mahukan dia dan
tidak mampu untuk melepaskan dia pergi kenapa kau pergi daripada sisinya?”
Hanna memegang dadanya. Menahan sakit di hati. Nisa yang masih memegang dokumen
tidak tahu mahu menenangkan yang mana satu. Air mata Yasmin hanya mengalir.
Tiada penafian mahupun pembelaan.
“Dia memang asalnya bersama aku kan?” tenang sahaja suara
Yasmin.
“Ya... tapi kenapa kau pergi?. Sesudah kau pergi baru dia
bersama aku dan....... kali ini kau datang lagi dan terus berkahwin dengannya.
Manusia apa kau ni Yasmin?” Hanna tidak dapat mengawal perasaannya. Yasmin
menarik nafas dalam – dalam. Fatah yang baru tiba hanya memerhati. Dia tidak
mampu masuk campur.
“Aku cintakan dia....” Yasmin tunduk.
“Ya.. aku tahu!. Aku dan kau sama – sama mencintai dia tapi
kau seksa aku. kau tak adil” Hanna terduduk di sofa. Yasmin senyum.
“Tak lama sahaja lagi Hanna... selepas ini kau boleh mendakap
dia. Kau boleh mendapatkan cintanya yang aku tak pernah dapat walaupun aku
sudah menjadi haknya. Kau boleh menyentuhnya walaupun aku sendiri tidak mampu
menyentuhnya. Kau ....” Yasmin memandang ke siling. Air matanya mengalir lagi.
Fatah tersandar ke dinding. Ya... aku tak pernah menyentuhnya...
“Tak lama.... sabar sahaja Hanna. Kau akan bahagia bersama
dia kerana memang kau adalah makna kebahagiaan pada dirinya. aku tak pernah
kejam. Kalaulah......kau tahu....” Yasmin mengambil beg tangannya dan dia menapak
lemah keluar daripada bilik pejabat Fatah. Dia keluar tanpa menoleh kiri dan
kanan. Pandangannya kabur. Sangat kabur hinggakan....
“Yasmin!!!!!” Fatah menjerit daripada belakang dan merangkul
tubuh Yasmin yang hampir jatuh ke lantai.
“Call ambulans!!!” jerit Fatah.
*******************
“Kanser serviks”
Terduduk Fatah mendengar penjelasan doktor yang merawat
Yasmin. Doktor Naz yang merupakan doktor peribadi pada keluarnya juga
menerangkan segala – galanya. Barulah Fatah tahu cerita sebenar. Yasmin menghilang
kerana dia tahu yang dia tidak mampu membahagiakan Fatah dengan keadaannya
sebegitu. Dia tidak mahu Fatah tahu yang dia sakit dan mahu Fatah membencinya
agar fatah dengan mudah melupakannya. Perkiraan Yasmin silap. Semakin dia
menjauhi Fatah, dia semakin terseksa sehinggalah dia membuat keputusan mahu
bersama Fatah untuk detik – detik terakhirnya.
Dia mahu mengahwini Fatah kerana itu sahaja cara untuk
menghalalkan sentuhan antara dia dan Fatah. Sejak dia berhijrah , segalanya di
ambil berat. Namun, kembalinya ke Malaysia
hanya membuatkan Fatah membencinya.... itu fikir Yasmin.
“Dia tak mahu buat perubatan selanjutnya.” Kata Doktor Naz. Atah
menangis di bangku sambil menekup wajahnya. Kenapa Min seksa abang...... kenapa
Min harus pergi. Bagaimana pun keadaan Min, kita tetap akan bersama.
“Hanna tahu kisah ini sebelum Yasmin berangkat ke luar
negara lagi” Doktor Naz yang merupakan ayah saudara kepada Hanna membocorkan
satu – satunya rahsia yang hanna pegang.
“kalau dia teruskan rawatan.. adakah dia akan semakin pulih?”
“InsyaAllah sebab dia masih diperingkat awal sebenarnya. Pembedahan
akan dilakukan dan kita akan buat apa yang terbaik. Bagi pihak Fatah pula...
doa banyak – banyak” nasihhat Doktor Naz. Fatah mengangguk.
Atas persetujuan Fatah, Yasmin akan menjalani pembedahan dua
hari lagi. Sementara itu fatah yang menjaga Yasmin bersama – sama ayah Yasmin,
Encik Murad.
*********************
“Kalaulah mama dia ada lagi, tentu dia tak sanggup lihat Min
begini” Encik Murad mengesat air matanya. Fatah menggosok perlahan belakang
badan Encik Murad. Keluarga Fatah juga turut sama menziarahi Yasmin yang masih
belum sedar. Encik Murad menyuruh Fatah pulang ke rumah untuk berehat seketika.
Setelah dipaksa barulah Fatah pulang.
Dia membuka pintu bilik Yasmin. Hatinya sebak. Jiwanya meruntun
pilu. Kesalnya tak sudah kerana menghukum Yasmin tanpa mengetahui perkara
sebenar. Diari putih di atas katil diambil dan diselak helaiannya
.
Air mata fatah menitis jatuh ke atas helaian diary milik
yasmin.... dibacanya sekali lagi akan luahan isterinya yang sedang terlantar di
wad kecemasan
‘hanya dirinya yang ada dalam diri ini. Membuatkan dia
membenciku adalah jalan terbaik untuk berjauhan daripadanya tetapi aku silap.
Walaupun dia kini membenci diriku, cintaku tetap sama. Setiap lenanya aku akan
temani biarpun tanpa dia sedari. Aku membetulkan selimut yang tidak menyelimuti
keseluruhan tubuhnya. Aku tak mahu dia sejuk... aku tak mahu dia sakit.
Aku mungkin bersalah kerana pulang untuk bersamanya lagi
tapi itu hanyalah untuk yang terakhir kali. Aku mahu mataku terpejam
dipangkuannya. Setahun kontrak diberi untukku tetapi Fatah kesayanganku tidak
pernah tahu yang aku sendiri mungkin akan pergi meninggalkannya tidak sampai
enam bulan. Ya Allah.... jika dia tidak mahu menyentuh aku seperti pasangan
suami isteri yang lain. Ku pohon..... ku pohon doaku yang terakhir ini kau
makbulkan. Buka hatinya ..... buka hatinya sekadar untuk mengucup
dahiku......hanya dahiku.....
Diary itu ditutup
kembali dan dipeluk oleh fatah. Perlahan – lahan tubuhnya jatuh kemas di atas
katil Yasmin. Fatah menangis semahu – mahunya. Dia tidak peduli lagi. Lelaki juga
punya hak untuk mengeluarkan air mata...... air mata cintanya buat Yasmin.
****************************
Perlahan – lahan mata Yasmin terbuka. Wajah pertama yang
dilihatnya adalah wajah Fatah!.
“Sayang....” panggil Fatah.
Yasmin menangis. Sayang.... itulah panggilan yang ingin
sekali aku dengari. Pembedahan sudah pun berjaya. Yasmin cuma perlu mendapatkan
rawatan susulan sahaja. Yasmin cuba untuk bergerak tetapi di tahan oleh Fatah.
Dahi Yasmin dikucup agak lama. Kali ini Yasmin menangis hingga terhenjut –
henjut bahunya.
“Kita bercinta kembali ya, sayang. Inilah air mata buat
terakhir kali. Abang berjanji akan membahagiakan sayang sehingga akhir nafas
abang” Fatah berbisik lembut ke telinga Yasmin. Pipi fatah disentuh lembut.
“Buat terakhir kali?” soal Yasmin.
“Ya.... tangisan buat terakhir kali....” Fatah mengucup lagi
dahi Yasmin. Saat itu, dijulatkan satu kepercayaan dalam cinta mereka. Dia akui
tidak sepatutnya dia menghukum Yasmin sebelum mendengar cerita yang sebenar.
“Cepat sembuh sayang........ nanti boleh balik ke bilik kita”
Yasmin mengangguk.
“Akhirnya Min boleh tidur dalam dakapan abang....”ujar Yasmin
“Oh... sayang!” Bertalu – talu ciuman Fatah singgah di
dahinya.
Ya.... buat terakhir kali juga aku merahsiakan sebarang
perkara daripadamu.... suamiku.
*sedih uhuhu .. cayalah kak! (y)
ReplyDeletesob sob sob...sedih...tahniah sis, penulisan yg bertambaik dr hari ke hari (Y)
ReplyDeleteidea yg balik...olahan dan plot tersusun,x de lompat katak .... teruskan ami...
ReplyDeletekekurangan typo sudah semestinya....hehehehehe..kalau dipanjangkan sikit je lagi...mahu menangisku disini - kak Sab
ReplyDeletebetul tu... nape la pendek sangat... Ami @ Azi suka sgt buat cerpen sentap... hbis belum masanya hbisss.s...
ReplyDeletetapi suka ngan idea ni
kak ita