JANNAH BUAT JANNATUL ASYIQIN
Gelak tawa Jannatul Asyiqin membuatkan Adam turut sama
tertawa. Tawa Janna yang sedikit lucu itu memang menjadi bahan jenaka buat
Adam. Sudah banyak kali Janna merajuk hanya kerana tawanya itu dikutuk oleh
sang suami.
“Ha... abang nak kutuk Janna lah tu!. Pantang tengok orang
ketawa messti renung begitu” Janna mencubit pipi Adam dan menggoyangkannya.
Adam berhenti ketawa. Pintu yang baru sahaja diketuk oleh seseorang itu
membuatkan pasangan itu bangun daripada sofa dan berjalan menuju ke pintu.
Sebaik sahaja daun pintu di buka, seorang wanita cantik sudah tersenyum manis.
“Bang...”
Janna memandang Adam yang kelihatan teruja bertemu dengan
saudara jauhnya itu. nama sahaja saudara jauh tetapi mereka amat rapat sekali. Sayangnya,
ketika Janna dan Adam berkahwin dua bulan lepas, Imma masih bekerja di
Australia. Kini dia pulang untuk menguruskan syarikat arwah papanya.
Pipi Adam ditepuk – tepuk, melihatkan tangan Imma yang
semakin nakal mengusik tubuh suaminya, Janna berdehem lembut. Namun begitu dia masih
tersenyum.
“Oh.. ini isteri kau, la.... awak tahu tak yang kami berdua pernah bercinta?”
Imma masuk ke dalam tanpa dipinta. Saat dia melintasi Janna, matanya sempat
mengerling tajam.
“Ye ke?”
Adam mengalihkan pandangan matanya sebaik sahaja wajahnya itu ditatap dengan mata yang mengecil oleh Janna. Imma terus duduk di sofa. Dengan langkah yang tenang, Janna turut duduk di situ.
Adam mengalihkan pandangan matanya sebaik sahaja wajahnya itu ditatap dengan mata yang mengecil oleh Janna. Imma terus duduk di sofa. Dengan langkah yang tenang, Janna turut duduk di situ.
“Seronok ya.... dah
bertemu kembali” entah mengapa timbul rasa benci tatkala melihat cara Imma merenung Adam. Macam nak telan
sahaja rupanya. Adam hanya mendiamkan dirinya. Biarlah Janna dengan apa yang
bermain di fikirannya waktu itu. malam nanti akan diterangkan segala – galanya.
Hampir dua jam mereka berbual berdua. Janna hanya menjadi
mendengar tanpa rela. Imma bijak.. ceritanya banyak terarah pada kisah
percintaan mereka yang lalu. Berani sungguh wanita itu mahu menyuntik racun
cemburu di hatiku.... Janna tunduk menahan marah. Tak mengapa.. komunikasi itu
penting dan itulah yang akan dia lakukan untuk rumahtangganya yang masih pucuk.
***************
Malam yang dingin disimbahi hujan itu membuatkan Adam tidak
keluar ke mana – mana. Hatinya masih tidak tenang kerana dia tahu apa yang
sedang bermain di benak fikiran Janna. Sejak dari tadi Janna tidak mengeluarkan
sepatah perkataan langsung. Adam mengeluh. Dia perlu berterus terang kali ini.
nampaknya Imma masih tidak mampu melupakannya.
Tangan Janna disentuh. Tiada penarikan atau pun penolakan di
situ. Janna hanya membiarkannya sahaja. dia mengangkat wajahnya sedikit dan
memandang sepasang anak mata milik Adam yang bewarna coklat itu.
“Abang minta maaf.
Ya, kita berkahwin hanya setelah mengenali satu sama lain hanya tujuh
bulan sahaja. Banyak yang abang tak ceritakan mengenai kekurangan abang yang
terpaksa sayang terima. Sayang... kisah dulu adalah sesuatu yang sepatutnya di
ambil sebagai ikhtibar. Abang memang pernah terlanjur dengan Imma sewaktu abang
melawatnya di Australia beberapa tahun yang lepas. Memang ada rasa cinta antara
kami sejak dari dulu lagi” perlahan – lahan Adam menerangkannya. Tangan kirinya
tidak lepas daripada membelai rambut ikal milik Janna.
“Tetapi... sekarang Allah hadiahkan abang satu anugerah yang
sangat bermakna dan terlalu tinggi nilainya untuk abang. Anugerah itu seorang
wanita yang sangat baik budi pekertinya... selayak wanita syurga” senyuman Adam
mulai terukir. Memang ada sedikit rasa pedih di hati Janna tetapi apabila
mengenangkan cinta Adam terhadapnya selama ini, Janna mengangguk dengan
senyuman yang penuh ketenangan biarpun hakikatnya hati dan perasaannya tidak
setenang itu
“Jagalah Janna sepertimana Abang mahu mendapatkannya di
akhirat nanti”
Adam terus memeluk tubuh Janna. Rambutnya dibelai dan satu
kucupan singgah ke kepala isterinya.
“Ya sayang.... kita akan sama – sama ke Jannah seperti mana
namamu”
Janna memegang kedua belah pipi Adam. Beberapa titis air
matanya mengalir membasahi pipi. Raut wajah itu diteliti dengan penuh rasa
cinta.
“Janna cintakan abang dan abanglah lelaki yang ingin sekali
Janna temani di syurga nanti. Janji pada Janna yang abang tak akan ulanginya
lagi. Jika ada kekurangan pada Janna yang masih tidak mampu memuaskan zahir dan
batin abang, katakan sahaja. sesungguhnya isterimu ini akan melakukan apa
sahaja demi senyumanmu sayang. Jika sentuhan Janna tidak cukup untuk buat abang
selesa beradu, katakan.. akan Janna mengubahnya agar menjadi sentuhan paling
menyamankan abang”
“Tak... tak sayang. Janna dah cukup sempurna buat abang dan
janna telah mendidik iman abang agar menjadi teguh. Biarpun abang masih belum
mampu melihat apa itu syurga tetapi hadirmu telah membuatkan abang rasa seolah –
olah mendampingi syurga... syurga indah yang Allah ciptakan buat abang di bumi
ini. Yang sentiasa mengingatkan abang setiap saat kelewatan abang menyembah
Allah yang Esa. Yang setiap malam mengalunkan bacaan Al – Quran buat menjadi
alunan indah di dalam istana kita... istana kita berdua.
******************
Masuk kali ini sudah lebih sepuluh kali Imma datang kerumah
dan bercerita tentang masa lampaunya bersama Adam. Dia bijak... dia hanya akan
datang apabila Adam bekerja. Dia mahu meracun sedikit demi sedikit fikiran
Janna.
“Hentikannya Imma. Kalau kau kalau terus begini kau akan
merana nanti” Janna senyum. Imma sedikit berang.
“Kau cemburu?. Cemburu sebab aku dah rasa setiap inci tubnuh
Adam sebelum kau?”
Terpejam mata Janna saat itu. dia diambeberapa ketika
sebelum bersuara kembali.
“Aku tak mahu tubuh suami aku dijilat oleh api neraka hanya
kerana wanita tiada nilai seperti kau. Apa yang telah kau sentuh dan pegang sebelum
dia menjadi suami aku adalah urusan kau, dia dan Allah. Jangan gunakan kenangan
penuh dosa kau tu untuk meruntuhkan rumahtangga kami. Terima kasih kerana
mengucapkan tahniah kerana aku hanya dapat ‘bekas’ kau sahaja tetapi bagi
aku.... aku yang layaknya mengucapkan kata simpati pada kau, kerana sudah kau
beri apa yang terbaik pun dia masih meninggalkan kau dan datang kepada aku ,
Imma” Janna beriak tenang. Tudungnya yang ditiup angin itu dipandang Imma
dengan geram.
“ya... kau memang layak dapat barang second hand” sinis
senyumannya yang menyenget itu. Janna turut sama tersenyum.
“Ya... second hand.... tapi kau lebih teruk kot sebab
berebut untuk menjadi third hand”
Imma merenung tajam.
“Kau akan rasa apa yang aku rasa” Imma terus keluar
meninggalkan Janna yang hanya duduk di situ sambil meneguk air kosong. Biarlah...
Aku punya Allah yang memiliki setiap apa yang kau miliki, Imma......
*************
Sudah sebulan Imma tidak datang ke rumahnya. Hari itu Adam
mengajak Janna ke rumah Imma. Atanya ada kejutan tetapi ditolak oleh Janna. Tidak
sanggup mendengar cerita – cerita penuh dosa itu lagi. Jannah membetulkan baju Adam dan dengan nakal dia membuka semula
tali pinggang yang dipakai oleh Adam.
“Sayang... abang nak cepat. Malam – malam lah” pujuk Adam.
Janna tersenyum malu. Tangannya memakaikan semula tali pinggang Adam.
“Ala.... mesti terbalik... nanti abang nak buka susah. Kenapa
suka sangat letak sebelah kirinya kepalanya” . hidung Janna dipicit sedikit
kuat.
“Biarlah...” Janna ketawa.
Dia kemudiannya mengiringi Adam ke keretanya. Setelah melambai
suaminya itu pergi, Janna bari di atas katil dan akhirnya tertidur.
Tepat jam 8 malam...
Panggilan daripada Gibran, adik bongsu Adam benar – benar membuatkan
Jannah hampir terduduk. Dia menangis semahu – mahunya di tepi meja. Dikumpulnya
kekuatan untuk naik bersiap seelum Gibran tiba untuk menjemputnya.
Setelah setengah jam, mereka sampai di hadapan rumah Imma.
Rumah yang dipenuhi oleh orang – orang surau itu dipandang
daripada jauh. Adik iparnya, Gibran berhenti melangkah. Dia memandang Jannah
yang terhenti langkahnya. Mata Janna memandang kereta milik Adam dan Imma yang diparking tidak jauh
daripada situ.
“Perlukah akak melangkah lebih jauh daripada ni, Gibran?”
ada getaran pada nada suaranya. Gibran menelan air liur. Luluh melihat air mata
Janna yang sudah pun bergenang. Gibaran meraup wajahnya.
“apapun.... akak kena hadapinya. Hadapinya dengan tabah
kakak yang paling Gib.... sayangi” Gibran juga tidak dapat menahan air matanya.
Pandangan mereka mulai kabur dek air mata.
Janna memjam matanya. Kain baju muslimahnya digenggam dengan
kuat.
Berikan aku ketabahan buat kali ini Ya Allah biarpun aku tak
layak untuk memintanya. Aku lemah.. sangat lemah wahai penciptaku. Hingga tak
mampu mengangkat walaupun sebelah kakiku masuk ke dalam rumah itu. jika boleh
kupinta undurkan waktu..... akan kupinta agar dia tidak bertemu dengan aku agar
tiada dosanya yang tergantung untuk memohon kemaafan daripadaku.
“Kak.....”
“Halalkan sahaja apa yang haram” Janna berpatah balik.
Maafkan akak.... maafkan akak... akak juga nipis
kesabarannya. Senipis kulit bawang...
Gibran terpaksa juga menarik lengan baju janna.
‘Hadapinya....... tak mampu untuk akak lari selagi akak
bergelar isteri kepada abang”
Janna hampir longlai kakinya. Pohon rendang dijadikan tempat
bersandar. Ya... dia perlu hadapinya. Sebaik sahaja memberi salam..... matanya
hanya terus memandang Adam yang sedang menongkat dahi dengan kedua belah tangannya. Imma
kelihatan biasa. Tiada perasaan malu ataupun kesal. Imma senyum.
Kau dah berjaya ya.... tersenyum kerana mengalahkan iman
seorang lelaki.
“Abang....” Janna tidak melenting. Adam mengangkat wajahnya.
Tiada kata yang mampu dia ungkapkan. Adam hanya merenung mata Jannah dan
menggeleng lemah. Janna merenung agak lama anak mata Adam di hadapannya.
“Saya tak kisah... kahwinkan kami pun tak mengapa” jawab
Imma tiba – tiba. Dia sedikit gentar apabila dua pasang mata itu berpandangan
antara satu sama lain.
Adam tidak mahu membela dirinya. Untuk apa?. Adakah semua di
situ akan percaya bahawa Imma yang memperdayanya ke sana?. Perlukah dia
pertahankan dirinya apabila Imma sengaja tidak berpakaian dalam dan sengaja memakai baju terbalik?.
“Dia buat apa pada kau, Imma?” soal Janna. “
Dia dan aku dah terlanjur. Dia yang desak”
“Sudah?. Maksud aku dah pun melakukannya?” Janna memandang
tajam.
“Ya.... “ Imma sengaja menyentuh dadanya agar Janna boleh
lihat dengan jelas di sebalik kain satin itu yang dia tidak berpakaian dalam.
Janna senyum.
“Kau tak berpakian dalam?” soal Janna terus. Mereka yang lain
sedikit malu dengan soalan Janna.
“Dah dia buka” jawab Imma sedikit berang.
“Maaf pak imam.... kalau dia tak malu pun nak tunjuk yang
dia tak berpakaian dalam dengan Pak Imam , rasa- rasanya malu tak dia untuk
menggoda suami saya yang pelajaran agamanya tidak setinggi Pak Imam?”
Semua di situ terdiam.
“Hakikatnya mereka berkhalwat. Kahwinkan sahaja” celah salah
seorang pemuda di situ. Janna ketawa kecil.
“Suami saya tak salah... saya berani jamin dengan nama Allah”
Adam dan mereka di situ terkejut. Ya Allah... setenang ini
hatinya demi cinta kami.... sesunggunya kau Maha Penyayang ya Allah.
“Demi Allah... setiap kali saya yang memakaikannya tali
pinggang, ianya akan terbalik.suami saya akan memakai kepala tali pinggang itu
di kanan tetapi saya akan memakaikannya di sebelah kiri .” Janna memegang
tangan Adam dan tersenyum. Baju Adam diselak sedikit. Benar..... tali pinggang
itu kepalanya masih di sebelah kiri. Adam memejam matanya. Padanlah tiada
langsung rasa dia mahu pergi buang air
setelah empat jam meninggalkan rumah. Rupa – rupanya Allah mahu memelihara
iman dan maruahnya.
Pak Imam dan yang lain berpandangan sesama sendiri.
“Saya ke sini kerana menurut Imma ibunya iaitu mak saudara
saya mahu saya ke sini. Ada buah tangan dari kampung. Sebaik sahaja saya tiba
saya lihat pintu terbuka. Saya bimbang jika terjadi apa – apa. Saya naik ke
atas dan tak sangka Imma mengunci pintu dan mula menggoda. Demi Allah... tak
terkena walaupun sedikit silauan penuh nafsu itu ke jiwa saya. Tidak sampai beberapa
minit Pak Imam dan yang lain tiba.” Adam akhirnya bersuara. Pak Imam terdiam.
Sepatutnya dia menyelidik dahulu sebelum menjatuhkan
hukuman. Pak Imam terburu – buru. Kadangkala jawatannya sebagai seorang imam
membuatkannya sedikit yakin akan setiap keputusan yang dibuatnya.
“bukankah undang – undang agama islam itu sangat adil?. Perlukan
bukti kukuh yang diselidik hingga ke akar umbi” janna bersuara lagi.
“Maaf Puan.. saya saya benci dengan kaum – kaum yang suka
melakukan zina seperti ini” salah seorang pemuda yang beserban ke hadapan
memandang wajah Janna. Dengan senyuman tenang Janna bersuara..
““Wahai orang
beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan
kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu
terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Itu daripada Surah
Al-Maidah, ayat 8” jannah memandang lelaki itu yang sudah pun tertunduk malu
“Saya tidak
akan mengganggu Pak Imam untuk menyoal soasat suami saya tetapi saya minta...
biarlah serban di kepala itu sama tinggi tarafnya dengan akal dan pemikiran
seorang lelaki beriman seperti anda semua”
Terdiam mereka
di situ. Gibran tersenyum. Nampak kekuatan pada wajah kakak iparnya. Dia pula
mencelah.
“Rasanya....
Kak Imma sanggup ke bersumpah atas nama Allah yang Abang Adam sentuh akak?”
Imma
menggigil kegeraman.
Bagaikan
histeria Imma pada waktu itu menghalau semua yang berada di dalam rumah itu
supaya keluar. Janna senyum dan menggenggam erat tangan Adam. Dia berbisik.
“Allah
memberi satu rasa yang cukup dalam buat isterimu ini yakin bahawa cintamu itu
suci daripada dinoda oleh manusia sebegitu”
Adam
menangis. Dia menoleh Imma yang menangis tidak henti – henti.
“Aku maafkan
kau..... kerana rasa syukur aku dianugerahkan Allah isteri sebijak dan
bermaruah tinggi sepeti Jannatul Asyiqin. Kerana aku hanya mahu satu...
membina sebuah Jannah buat Jannatul
Asyiqin” tangan Janna dipimpin keluar biarpun air mata kesyukurannya masih
belum berhenti mengalir.
Tiba sahaja
di kereta, Janna menyentuh dada Adam.
“Sayang....
sayang dah pun binakan saya jannah di dunia ini. Jannah yang dindingnya
diperbuat daripada kasih sayang, tingkapnya daripada rasa percaya, bumbungnya
daripada keikhlasan dan suasana jannahnya yang penuh dengan rasa cinta. Hanya menunggu
insan di dalam kandungan ini sahaja lahir tidak lama lagi” Janna senyum sambil
memegang perutnya. Tidak mampu untuk
berkata apa lagi, tubuh isterinya itu terus didakapnya dan terdengar esak
tangis seorang lelaki yang sedang memeluk kunci untuknya ke syurga.
Terdiam
ReplyDeletesejuk2 diam....
Deleteterkasima... tiba2 kepala menyoal akal... mampukah den jadi macam Jannatul Aisyah?
ReplyDeleteden pun tak mampu..... huhuhuhu
Deletespeechless...
ReplyDeletewow!!!
ReplyDeleteBijaknya jannah...setiap yg berlaku hikmahnya memang tak terjangka
ReplyDeletetak tau nak kata apa....sangat terharu...hasil yang semakin baik dan saya amat bangga sis mampu hasilkan sebuah karya yang terbaik...(Y)
ReplyDeleteTerbaik cerpen ni. Sy tak pernah lg baca cerpen seperti ini...bnyk pengajarannya....Tahniah cik writer.
ReplyDeleteterdiam.. terkelu.. tersendu... terkesima.. ter apa lagi ekkkk...
ReplyDelete.
akan ku cuba menjadi Jannah... walaupun nanti pahit untuk ku telan kerana manis bakal ku tuai nanti di kemudian hari
Cayalah azi
best kak ami..
ReplyDeleteSsh nya kalo ada perempuan perangai x malu mcm nie...
ReplyDelete