TUAN DANIAL KEPALA BATU
BAB 1
Tengku Ismahanim pulang
ke rumah dan terdampar di atas lantai terrazzo banglo milik papanya, Tengku
Khalil. Adik bongsunya, Tengku Hatta tersengih memandang satu – satunya kakak
yang dia ada itu. sudah kali kedua!. Buat
kerja tak masuk akal semata – mata mahu mencari suami yang penyayang dan
beriman.
“Bangun Tengun
Ismahanim” arah Tengku Khalil yang menarik tangan anak sulungnya itu agar tidak
terbaring begitu. Tengku Ismahanim bangun dan duduk pula di sofa.
“Jadi?” soal Tengku
Hatta. Is menggeleng.
“Apa yang kurangnya
lagi?” soal Tengku Hatta.
“Tendang tikus.
Pengotor. Kuat kentut!” awab Is selamba. Berserai tawa mereka semua. Tengku
Hatta membayangkan anak Tan Sri Zainal yang kelihatan sempurna itu rupa –
rupanya berlainan sungguh daripada apa yang terlihat di hadapan mata selama
ini.
“Kentut pun masuk
senarai, sayang?” Tengku Khalil menghulurkan air sejuk buat puterinya. Is
meneguknya seperti sudah lama tersesat di dalam gurun Sahara.
“Kentut Is masih boleh
terima tapi baunya.... dia suka makan telurlah papa. Setiap hari itu yang dia
nak makan, ada ayam pun masih mahukan telur. Dah... Is nak tidur. Penat panjat
pagar melarikan diri tadi”
Mata Tengku Khalil
terbeliak. Tengku Hatta bantai gelak. Itu kakak atau abang?. Keliru sungguh!.Panjat
pagar rumah Tan Sri Zainal?. Kerja gila!. Tengku Khalil menggeleng kepala.
Biarlah dia tidur. Nanti kalau bangun, ada seorang lagi calon yang dirasakan
sangat sesuai untuk anak perempuannya. Tengku Khalil senyum penuh makna...
**********************
Pada malamnya, Is duduk
bersenang – lenang bersama – sama papanya. Arwah ibunya sudah lama tiada sejak
dia berusia 15 tahun lagi. Tengku Hatta masih di surau.
“Anak Tuan Hashim.
Namanya Tuan Danial Lulusan Universiti Malaya. Kacak dan pandai menguruskan
perniagaan. Tuan Hashim cuma ada dia dan satu perlu anak papa tahu.... dia
kepala batu. Hmm... sama macam Is” Tengku Khalil menyerahkan tab yang terpampang
wajah Tuan Danial di skrin.
“Hmmm... papa tak rasa
Is macam orang gila ke pergi menyiasat siapa yang akan Is kahwini?. Is tak mahu
silap piihlah papa. Is mahu kenal dia dalam – dalam sebelum buat keputusan”
Tengku Khalil hanya
ketawa. Lantak kamulah... kamu yang nak kahwin!.
"Tengku Ismahanim
pasti?" soal Tengku Khalil. Is senyum. Mestilah jadi... nak juga aku tengok
calon yang papa pilih tu. Dua calon sebelum ni hampeh!.nampak baik pekertinya di luar, dalam rumah segala
tikus pun ditendangnya.
"Ok... tapi
Tengku Ismahanim jangan buat kerja banyak - banyak" jari telunjuk Tengku
Khalil membuahkan tawa pada anaknya.
"Ops... jangan
beritahu pada Tuan hashim juga. Anak beranak tak boleh simpan rahsia kan?"
Is memeluk papanya. Belakang badan Is ditepuk – tepuk perlahan.
"Suka hatilah.
pelik papa dengan kamu ni. belajar tinggi - tinggi nak jadi orang gaji
suami"
"Ops.. sorry
belum tentu ok?. kalau dia pun tendang kucing... Is batalkan sahaja"
Meletus tawa Tengku
Khalil sekali kali. Kalau asyik dibatalkan sahaja, tak kahwinlah Is tu sampai
ke tua. Memang niatnya bagus, mahu berhati – hati tetapi rasa penatnya, tak
usah cerita.
*****************
Pintu rumah Tuan
Hashim diketuk berkali – kali. Dengan seluar jeans dan t-shirt lengan panjang berwarna hitam, Is yakin dia
tidak kelihatan seperti anak orang kenamaan. Nasiblah kau Hatta, akak pinjam
t-shirt kau.....
Pintu dibuka dan
wajah lelaki yang dilihatnya semalam menjongketkan kening. Is terdiam.
Uishhhh.... kacak lagi di luar berbanding yang aku tengok semalam. Kalau macam
ni, jadi orang gaji seumur hidup pun tak mengapa. Is tersengih – sengih.
“Maaf .. tak nak
beli kerang!” kata Danial dan ingin menutup pintu rumahnya.
Ha... ni aku tak
berkenan!. Sombong ya amat dia ni. Papa ni pun, suka sangat ke menantu sombong
macam dia ni?. Kalaulah Hatta tahu baju dia macam baju penjual kerang, mesti
mengamuk punyalah!. Pandai Is... dia memberi upah kepada pembantu rumah Tuan Hashim yang lama agar berhenti kerja dan
bekerja di rumahnya. malahan gaji pembantu rumah Tuan Hashim itu pun dinaikkan
20% berbanding sebelumnya.
Tuan Hashim tak
banyak bicara. Pesannya agar Is jujur dalam pekerjaan dan angan buat apa yang
dia tak suka. Danial tak menyampuk langsung. Setelah beberapa ketika, Danial
terus ke pejabatnya.
Kak Hasnah, seorang
lagi pembantu rumah Tuan Hashim menunjukkan bilik di tingkat bawah.
”Sebelum ni
pembantu rumah yang lalu sebilik dengan akak tapi Tuan Hashim mahu kita tidur
berasingan. Ini biliknya. Hmm... saya lupa pula nak beritahu Tuan Danial sebab
ini bilik lepak dia” terang Kak Hasnah.
Memandangkan tiada
sesiapa di dalam rumah itu, Is mahu mandi dahulu. Setelah membersihkan badan,
dia mencari – cari baju untuk dipakai dan sebaik sahaja dia mahu memakai baju,
pintu biliknya dibuka. Matanya dan mata Danial bertentangan. Tergamam. Mata
Danial tidak static di situ tetapi mula memandang ke bawah dada Is.
Baru Is sedar yang
dia masih belum berbaju.
“Arghhhhhhhhhhhhhhh..
keluarrr!!!!!!!!” jerit Is. Dia lantas mengambil tuala di atas katil untuk
menutup dadanya.
“Wooo wooooo.....
mana aku tahu kau tengah buat apa kat dalam” Danial terus menutup pintu bilik
kuat – kuat. Senyuman terukir. Belum sempat dia menapak, Is sudah pun menarik tubuhnya hingga tersandar ke dinding.
“Baik kau cakap
..kau nampak apa?” dia menudingkan jari telunjuknya begitu hampir dengan mata
Danial. Takkan nak cakap apa yang dia nampak!. Danial tunduk menggosok
hidungnya. Senyuman tidak mampu untuk disembunyikan lagi.
“Kau cakap!. Kau
jangan nak cerita kat orang ye....” ugut Is. Dengan sekali tarikan, kini Is
beralih di tempat Danial. Is Tersandar ke dinding. Danial senyum lagi.
“Kau tak malu ke
tanya apa yang aku nampak?” bisik Danial. Muka Is merah padam.
“Hmmmm..... wow!!!”
“Apa?.. Sini kau
Danial!!!!!!!!” jerit Is sekuat hatinya. Danial hanya ketawa dan berlalu dengan
kunci yang bermain –main di tangan.
“Tuan Danial nak
tambah susu ke dalam kopi ni?” soal Hasnah. Danial terus tersenyum. Mengerling
Is yang sedang menyusun majalah di dalam almari.
“Tak pe..... dah
puas tengok dah pagi tadi”
KELEPUK!!!!!
Danial
menggosok belakang badannya. Sah dia
baling aku dengan bulu ayam !. Bukan
salah aku. aku pun terlupa bilik tu dah jadi bilik dia. Dah memang sebelum ni
aku masuk bilik tu kalau malas nak menapak naik atas. Uish.... marah pula.
Bukan aku yang paksa!. Mata Danial kecik besar.
Is membuat isyarat
seperti mahu mengerat leher Danial. Hanya tawa yang kedengaran sebagai jawapan.
Danbial yang mahu keluar semula untuk bertemu dnegan teman – temannya menyanyi
kecil sambil mengikat tali kasut.
“Indahnya pagi
kuuuu... sungguh indahnyaaaa.. terima kasih sayangku..oh indahnya”
KELEPUK!
“Eh, marah pula.
Orang menyanyi saja kan?” jeling Danial. Is menggigil menahan marah. Bodoh kau
ni tangan, kenapa tak kunci pintu!. Mendengar deruman enjin kereta semakin jauh
membuatkan Is lega. Biar jauh sikit, kalau dia ada dalam rumah ni mesti Is
asyik diperlinya.
***************
Danial menelefon
tuan Hashim sementara menunggu Borhan, teman baiknya tiba.
“papa kenapa bagi
tempat lepak Danial pada Is tu?. Lepas ni Danial nak lepak mana?”
Hanya ketawa yang
berdekah – dekah kedengaran.
“Danial... papa nak
pergi solat dulu, Assalamualaikum” Tuan Hashim terus meletak ganggang telefon.
Danial termenung. Peristwa pagi tadi menjengah fikirannya. Sekali lagi dia
ketawa sendiri.
****************
Danial lebih awal
daripada biasa. Setelah siap, dia turun ke bawah. Memandang Is yang sedang
membetulkan ikatan rambutnya. Danial dduk di meja makan tetapi matanya
memandang is yang sedang bekerja.
“Semalam pakai
tudung hari ni tak pula” tegur Danial. Is mencebik. Eleh... ustaz konon!.
“Kat luar saya
pakailah tudung wahai Tuan Danial yang gatal..... ini kat rumah buat apa nak
pakai?” soal Is kembali. Danial menggeleng kepala sambil tersenyum.
“nampak sangat awak
nak jadikan saya suami awak kan?” sandwich di belah dua dan di masukkan sedikit
demi sedikit ke mulutnya. Is mengerutkan dahinya.
“Ya... dalam rumah
tapi saya ni bukan muhrim awak. Papa pun bukan muhrim awak. Hmmm... melainkan
awak nak sangat saya ahwin dengan awak, lepas tu bolehlah saya tengok rambut
awak tu puas – puas. Sampai terbeliak pun boleh” gelak Danial.
Nasihat itu baik
tetapi cara Danial menasihati Is sangat menyakitkan hati. sesudah makan Danial
bangun dan mahu ke pintu utama. Air mop yang masih belum kering itu membuatkan
dia tergelincir dan jatuh terhentak. Is bantai gelak.
"Lain
kali mata tu letak kat lutut. Otak letak dekat siku!" Tuan Danial
menggosok - gosok punggungnya yang kesakitan.
"Itulah....
kaya sebab harta mak bapak!. bodoh bukan main. kalau mata dan otak boleh
tanggal, otak Tuan Danial tu saya campak bagi kucing kencing" Is
menjeling.
"Apa?...
awak ni memang tak sedar diuntungkan?. Ayah saya ambil awak kerja kat sini
supaya rumah saya kemas bukan membebel macam ni" Tuan Danial bangun.
"Ulang
sekali lagi?.... siapa yang upah saya?" sengaja menyoal lagi.
"Tuan
Hashim kan?... kalau macam..."
"Kenapa
Is?" suara Tuan Hashim membuatkan Is bertukar watak serta merta. Dia
tunduk mempamerkan wajah sayu.
"Saya
minta maaf tuan Danial... saya akan buat dengan betul" siap ditepuk -
tepuknya betis Tuan Danial lagi. Tuan Hashim terus keluar. Tuan Danial yanga
kegeraman terus menarik telinga Is dengan kuat.
"Oh...
propa awak yek.. ok, kau nak main - main kan.... awak nak mula bermain propa
mempropa ni kan.... awak boleh main" Tuan Danial mencabut sehelai rambut
Is.
"Nak
buat apa!!!" Is melompat kegeraman.
"Santau"
"Ha!!!!!"
takut juga Is jika dia benar – benar melakukannya. Mahu tak takut!.
Dia
mengintai ke luar. Danial meletak perlahan – lahan Is di atas meja luar dan
tersenyum. Is tergamam. Dia ni pelik!. Buang sajalah!. Yang letak elok – elok
tu kenapa?. Tak faham...tak faham....
******************
Danial
pulang dan kali ini senyumannya melebar saat melihat Is bertudung. Dia sengaja
melintasi Is di dapur. Kakinya semakin hampir dengan Is. Is yang sedang
memotong buah – buahan itu buat – buat tidak nampak. Semakin lama semakin rapat
tubuh Danial dengannya. Is ke tepi dua langkah. Danial mara dua langkah.
Perlahan – lahan kepala Danial menghampiri telinganya.
“Bagus!
Isteri solehah. Dengar nasihat suami” sengih Danial. Is terus memacakkan pisau
di tangannya ke atas kayu pelandas. Terkejut Danila waktu itu. mata Is memandang
tepat mata Danial.
“Apa suami –
suami?” mata Is terjegil.
“Tumbuk
nak?”
Danial
gelak. Makin suka pula dia melayan Si Is. Dia mengambil buah tembikai yang baru
sahaja dipotong itu dan terus di masukkan ke dalam mulutnya.
“Tak baik tumbuk
abang Danial tau. Nanti abang Danial nangis guling – guling dekat lantai” bisik
Danial dan kali ini is ketawa. Mengada – ngada sungguh!. Danial tersenyum dan
naik ke tingkat atas. Kak Hasnah perasan, sejak Is ada bukan main rajin Tuan
Danialnya itu pulang ke rumah. Kalau tidak.......
Hari itu
Danial hanya duduk di rumah. Tidak mahu ke mana – mana. Dia hanya mahu menonton
DVD filem kegemarannya. Kak Hasnah cepat – cepat membasuh tangan .Is pelik.
“kenapa
kak?”
“Tuan Danial
suka tengok DVD. Dia kalau tengok ajak akak dengan pembantu sebelum ni. Nampak
dia belikan apa untuk kami?. KFC, pop corn” Kak Hasnah teruja dan terus pergi.
DVD filem
komedi sudah pun bermula. Kak Hasnah punya gelak mak aih.... boleh runtuh
rumah. Danial ketawa apabila melihat Kak Hasnah ketawa begitu. Air soda
disedutnya dan matanya menangkap Is yang sedang berdiri memandang mereka dari
arah pintu dapur. Danial menoleh. Dia mengangguk dan menepuk – nepuk sofa di
sebelahnya. Is senyum. dia menggeleng.
“Sini.. Is”
panggil Danial. Sebaik sahaja Is melabuhkan punggungnya di sebelah Danial,
sebuah kotak KFC yang mengandungi burger zinger, potato wedges dan paha ayam di
dalamnya. Danial tidak memandangnya lagi selepas itu.
Senyuman
Danial sangat manis apabila melihat kak Hasnah ketawa sampai mahu terbalik.
Danial menggeleng kepala. Is dan dia berpandangan. Is membuka kotak zinger itu
dan makan dengan gembiranya. Buat pertama kali dia berasa sangat selesa di
sebelah Danial. Is menggigit potato
wedges itu sambil turut sama ketawa. Is yang ketawanya se spesis kak Hasnah
hampir jatuh ke dalam ribaan Danial akibat tak menahan akan rasa kelakarnya.
Danial gelak
apabila Is sudah malu yang teramat sangat. dia menjarakkan kedudukannya dengan
Danial. Kalau di rumah, Hattalah yang menjadi tempatnya untuk menepuk tampar.
No comments:
Post a Comment