Tuesday, 15 April 2014

MY BOSS LIYANA LEIAH

selamat hari lahir buat member group FB waniza aisa.. Liyana Leiah.... semoga diberkati Allah dan gembira selalu. maaf atas kekurangan,,., love you...

Lutfi sedikit kelam kabut kerana lambat untuk menghadiri temuduga. Mujurlah keretanya tidak meragam pada waktu itu dan kebetulan pula jalan tidak sesak seperti selalu.  Dia berpuas hati kerana tiba awal sepuluh minit daripada waktu temuduga tersebut. Lutfi membetulkan tali lehernya sambil menekan butang lif. Seorang wanita cantik menghampirinya. Nampaknya dia juga mahu ke tingkat atas.

“Saya ada temuduga... nasib baik sempat. Alah... bos saya lelaki . Jadi taklah cerewet agaknya” senyum Lutfi. Wanita itu tidak menjawab sebaliknya hanya memandang ke atas. Memandang nombor yang tertera di atas  lif.

“Amboi.. sombong!. Kalau saya jadi bos suatu hari nanti, jangan harap saya nak ambil awak bekerja  dengan saya” jeling lutfi.

Wanita itu menggeleng kepala dan terus masuk ke dalam lif. Dokumen di tangan Lutfi terjatuh secara tiba – tiba. Dia tunduk untuk mengutip dukomen – dokumen yang jatuh. Wanita itu teru menutup pintu lif tanpa menunggu Lutfi yang sudah pun berang dengan wanita tersebut.

Sampai sahaja di dalam pejabat syarikat itu, Lutfi masih lagi merungut. Mengutuk perbuatan wanita tadi yang dirasakan sangat sombong. Akhirnya dia dipanggil masuk dahulu ke bilik temuduga sebelum menunggu majikan mereka menemuduga Lutfi.

Hmm.. penyambut tetamu ni baik... buat isteri ni, mesti anak aku soleh dunia akhirat!. Dia duduk di situ sambil memandang jarum jam yang sentiasa bergerak.

                                ***********************
Derapan kaki yang kedengaran dari luar bilik temuduga menyentap ketenangan di hati Lutfi. Untuk memegang jawatan sebagaiEksekutif akaun dia perlu yakin pada dirinya sendiri. Ketar bibirnya membayangkan seorang lelaki berkarisma yang akan menemuduganya sebentaar nanti. Tali leher dibetulkan agar kelihatan sentiasa segak.

Pintu bilik temuduga dibuka. Ada dua orang yang masuk ke dalam pada ketika itu. seorang lelaki dan seorang lagi wanita yang kelihatan anggun dengan pakaian pejabatnya. Lutfi mengerutkan keningnya. Ceh... perempuan berlagak ni setiausaha kat sini rupanya...... fikir Lutfi dan masih lagi sempat menghulurkan salamnya pada Encik kamarul yang ramah dengan senyuman. Lutfi kemudiannya menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat pada wanita itu.

Terpaksalah... kalau ikutkan aku hantukkan aje kepala aku kat kepala dia.. sengih Lutfi sendiri.

“Selamat pagi bos” senyum Lutfi. Encik Kamarul tersenyum memandang wanita di sebelahnya.

Ternyata Lutfi benar – benar memikirkan Encik Kamarul yang akan menjadi majikannya nanti.

“Hmm Ahmad Lutfi... saya..” belum sempat Encik Kamarul menghabiskan ayatnya, Lutfi mula memotong.

“Encik ni bos dan ini setiausaha kan?. Encik Kamarul..saya dah kenal setiausaha Encik tadi. Dia yang tutup pintu lif cepat – cepat. Kalau tidak, dah lama saya sampai” senyum Lutfi. Cuba menjadi ramah tetapi silapnya masih sempat mengutuk. Doanya agar dia akan mendapat jawatan itu di atas keramahannya dan semoga Encik Kamarul tahu perempuan itulah menyebabkan dia tidak dapat datang lebih awal.. Encik Kamarul tunduk menahan tawa.

“Ini Cik Liyana Leiah .... CEO Syarikat ini dan saya cuma pembantuya sahaja. Pengurus syarikat ini.

“Ha????”

“Ya... Saya Liyana.... B.O.S awak!”

Lutfi menepuk dahinya. Menyesal sungguh. Selepas waktu makan tengahari Lutfi hanya menundukkan wajahnya setiap kali Liyana melintasi mejanya. Sengaja Liyana memberikannya jelingan aling dasyat untuk lelaki itu kenang.

Muka cantik tapi part jeling menjeling tu yang aku lemah sikit ni... gerutu hati Lutfi

Lantaklah.,... aku kerja sahajalah diam – diam. Kalau dia lalu aku buat – buat tengok kaki ke... dokumen ke.. apa ada hal!

“Lutfi!”

“ye ye....” tak sempat pun nak tengok kaki sendiri. Dokumen apatah lagi.

“masuk bilik” arah Liyana dan hanya di sambut dengan anggukan yang lemah. Buat apa nak ajak aku masuk bilik ni. Kikikiki berdebar pula rasanya, sengih Lutfi. Intan di sebelahnya menggeleng kepala. Parah budak ni!.

“Ingat masuk bilik tu buat apa.. main dam haji?” perli Intan. Lutfi menjeling dan terus masuk ke dalam bilik Liyana. Sibuk sahaja!. besok – besok kalau aku jadi bos, engkaulah orang pertama yang aku pecat.

“Jadi pekerja yang baik” pesanan ringkas itu membuatkan Lutfi ketawa. Liyana membetulkan duduknya, dia menunggu sehingga Luti selesai ketawa.

“Apa yang  kelakar?”

Gulp. Lutfi terdiam.

“Jawablah..” Liyana menyoal lagi dan kali dia mula mendesak. Lutfi ke depan dan ke belakang. Wajah Liyana takut untuk ditentangnya.

“jawab!” jeritan liyana membuatkan mulutnya lancar menjawab setiap apa yang ditawakannya tadi.

“Ye lah.... nampak sangat sebenarnya Cik Liyana nak jumpa saya. Kalau setakat nak beritahu kerja betul – betul tu, boleh je kalau Cik Liyana call”

Liyana merenungnya. Lutfi berdehem. Dengan senyuman manis Liyana menyuruh Luti keluar.

“Kan dah kata dia suka aku..” sengih Lutfi.

“Apa awak cakap?” Liyana berdiri. Cepat – cepat Lutfi keluar.

Selamat.....

                         ********************************

Hari berganti hari.. Liyana semakin suka memerhatikan Lutfi dan begitu juga sebaliknya. Kadangkala sengaja Liyana keluar untuk membuat salinan dokumen sendiri walhal selama ini semua kerja itu dilakukan oleh Intan. Yang untung pada waktu itu ialah Intan dan apabila Liyana sedang membuat salinan di mesin photostate Lutfi pula akan ke sana untuk membuat salinan juga walaupun langsung tiada apa yang harus dibuat salinan. Drama mengurat bos!. Apabila bertentangan mata, dua – duanya akan tunduk malu. Seluruh pejabat sudah perasan akan hal ini .

Liyana mahu menduga kerana Lutfi sehingga waktu itu tidak pernah meluahkan perasaannya. Berkomplot dengan Ehsan dirasakan jalan yang terbaik. Sepupu yang otaknya separuh masak itulah sahaja jalan yang dia ada. Luti terlalu berdiam diri. Liyana tidak sukakan hubungan yang hanyaa berlandaskan ikatan cinta tanpa perkahwinan. Prinsipnya.... kalau dah suka sama suka kahwin sahaja dan bajai cinta kemudiannya.

Petang itu Ehsan masuk ke dalam pejabat dengan wajah ketat. Ditolaknya pintu bilik Liyana dengan kuat. Lutfi yang  waktu itu ada berhampiran turut masuk ke dalam. Dia tidak mahu Liyana diapa – apakan. Pada pemikirannya lelaki itu mungkin samseng.

“kau jangan sentuh dia” Lutfi menudingkan jari telunjuknya. Ehsan memandang Liyana yang cuba menyembunyikan senyumannya.

“Kau jangan apa – apakan dia!” jerit Lutfi. Ehsan berlagak kuat.

“Siapa kau yang nak sibuk sangat ni?”

“Aku cintakan dia dan aku tak mahu orang lain sentuh dia selain aku!!” mereka yang lain tersenyum. Siapalah yang tak kenal pada sepupu bos mereka yang kerap kali menyertai rombongan syarikat mereka.

‘kau tak malu jatuh cinta dengan bos kau sendiri ke?’ Ehsan menyingsing lengan bajunya. Overlah pula mamat ni!. Liyana getap gigi. Amboi.. tambah dialog sendiri nampak!.

“Salah ke kalau saya jatuh cinta dengan boss?” amboi bukan main selamba lagi kau ye... Lutfi. Ehsan, sudah menggenggam penumbuk. Agak – agaknya kalau kena satu penumbuk pengsan lelaki ni agaknya, fikir Ehsan.

“Wei...” Ehsan menghampiri tetapi Lutfi awal – awal menahan. Tapak tangannya mengenai dada Ehsan.

“Belakang sikit... aku tak selera nak pegang dada kau” lutfi menjeling.

“Oooo... kalau dada aku geli... kalau tapak kasut Liyana yang tertinggal tu kau kutip pulak” Ehsan mencebik. Teringat pula akan cerita Liyana [adanya tempoh hari yang Luti sanggup mengambil tapak kasutnya yang tertanggal sewaktu pulang daripada kerja dua hari lepas. Disimpannya di bawah meja... menurut kata Intan pula.

“Eh .... kau pergi balik tanam tomato ke... tanam terung ke... lagi ada faedah daripada kau nak lawan mulut dengn aku ni” Lutfi mengangkat – angkat kening.

“Apahal pula aku nak tanam terung?” Ehsan semakin naik angin.

“Sebab terung tu terung lah”

“Kau tak boleh ke suruh aku tanam buah lain?” Ehsan pula menggenggam penumbuk. Lutfi menjelirkan  lidahnya

“Habis kau nak tanam apa?” Lutfi menyoal sambil menarik kerusi keluar dan terus duduk di atasnya. Semua pekerja sudah menggeleng kepala dan ada juga yang menepuk dahi. Ternyata Ehsan tidak boleh di haraap. Mereka meneruskan kerja masing – masing. Apalah.. kerja mudah pun susuah nak buat!.

“Aku lagi suka tanam rambutan. Kat rumah ayah aku banyak. Rindu pula” Ehsan pula menarik kerusi. Mereka berdua rancak berborak.

“Wei.. kalau rambutan tu masuk dalam peti ais lagi sedap” Ehsan  mengangguk – angguk.

“Kalau buat jem tak sedap!” Lutfi pula menyambung.

Liyana menggenggam tangannya dengan kuat. Bagai mahu berasap telinganya. Apahal pula cerita pasal rambutan!!!!!!. Ehsan ni tak boleh bawa pakat.. sepupu tak boleh harap! Aku suruh buat Lutfi cuak dia pergi cerita pasal rambutan pulak!!!!!!

Kerana terlalu geram satu penumbuk hinggap ke belakang badan Ehsan. Dia yang pelupa orangnya dengan selamba membongkarkan rahsia Liyana.

“la... tumbuk orang pulak!!!. Tadi dia juga suruh datang sini cari Si Lutfi ni. Nak bagi Lutfi mengaku yang dia jatuh cinta ngan kau. Ini tumbuk aku pulak” Ehsan menjeling dan terus keluar daripada bilik Liyana. Marah benar dia nampaknya. Liyana mulai berasa malu lebih – lebih lagi apabila mata Lutfi bulat memandangnya. Cepat – cepat dia juga menyusul keluar. Siap kau Ehsan!!!!!.

Lutfi gelak. Uishh... tak sangka Liyana tu nak juga dengan aku ni.

                                  ******************

Sejambak bunga ros merah terletak elok di atas meja Liyana . senyuman mula terukir. Lutfi di luar buat – buat tidak tahu apa – apa.  Seperti biasa, Lutfi akan dipanggil masuk ke dalam biliknya tak kira ada sebab atau pun tidak. Kalau tiada sebab akan dicarinya juga alasan untuk dia berkomunikasi dengan Lutfi.

“Hmm.. awak tak gunakan cuti awak lagi” senyum Liyana. Luti mengerutkan dahinya. Ada ke cuti aku.. bukan baru masuk kerja tak sampai tiga bulan ke?’

“Ada ke?” Lutfi  mengagru – garu keningnya. Liyana mengerutkan dahi. Dia mengetuk – ngetuk pen di meja.

“Hmmm... awak diarahkan cuti” kata Liyana.

“kenapa pula?. Bukannya saya buat apa kat rumah lagip...” belum pun sempat menghabiskan ayatnya, Liyana sudah mencelah.

“Saya nak awak teman saya ke Port Dickson. Nak bertemu dengan kawan saya. Saya perlukan teman” Liyana terus menutup wajahnya dengan fail yang segera diambilnya tadi. Lutfi senyum.

“nak ajak saya dating ya?” Lutfi menarik sedikit fail itu dan jelas kelihatan wajah Liyana yang merah padam.

“Ala... Lutfi, awak tu lambat sangatlah!” gelak Liyana. Meletus tawa Lutfi. Bukannya lambat tapi segan.... kalau boleh malam ni juga dia bawa lari Liyana ke rumah Tok Kadi. Lutfi ketawa lagi. Begitu juga dengan Liyana. Tiba – tiba Lutfi berhenti daripada ketawa.

“kenapa?” soal Liyana.

“saya ni cuma pekerja biasa. Macam....”

“awak luar bias di hati saya... Lutfi” cepat – cepat Liyana mencantas fikiran Lutfi itu.

Terkedu seketika Lutfi waktu itu. ternyata Liyana lebih mementingkan cinta  berbanding kedudukan. Wanita itu begitu istimewa di matanya. Senyuman Lutfi melebar. Perlahan – lahan dia mendekati Liyana.

“Saya cintakan awak” luahan Lutfi membuatkan Liyana yang baru sahaja mahu berdiri itu terduduk kembali. Lutfi memicit hidung liyana agak kuat.

“bila awak begini... awak comel sangat” Lutfi gelak dan beredar. Sengaja mempermainkan emosi Liyana saat itu. matanya mengiringi langkah Lutfi keluar. Berbunga – bunga hati Liyana saat itu. mungkin Lutfi mampu membahagiakannya sepertimana dia mahu membahagiakan Lutfi.

                        ***************************

Dua bulan perhubungan itu berjalan dengan lancar. Akhirnya mereka disatukan di dalam majlis yang meriah dengan sanak saudara dan rakan taulan. Lutfi tidak sangka wanita yang hebat di matanya itu kini bakal berada di dalan dakapannya. Lutfi mencuit – cuit bahu Liyana yang sibuk melayan tetamu.

“Apa sayang?” soalan Liyana membuatkan lutfi pula bagai disirami air mawar. Indah dan harum sahaja rasanya. Lutfi terus menggenggam jari jemari Liyana di hadapan rakan – rakan mereka.

Ehsan tiba bersama tunangnya. Tangannya yang lebar itu menepuk bahu lutfi hingga terkehadapan tubuh pengantin lelaki itu. Liyana gelak. Tunangnya, Sue memeluk Liyana dan memberikan ucapan tahniah buat bakal sepupunya itu.

“Akhirnya dapat juga kau ya?. Tak sangka kau berjaya juga dapatkan Lutfi”

Liyana malu – malu. Sue pun satu, janganlah berkata begitu di hadapan Lutfi, malulah Liyana dibuatnya. Lutfi  apalagi berdekah – dekah dia ketawa.

Terasa seperti dia benar - benar seorang raja pada hari itu. raja yang bahagia di samping permaisuri yang berjaya memenangi hatinya dengan kecantikan dan kebaikan hati.

                                        **************

Liyana menyediakan makanan buat Lutfi setiap pagi, dan malam. Walaupun dia bos di pejabat tetapi di rumah, Lutfi dianggap sebagai bos besar di rumah. Kebahagiaan mereka berdua bertunjang rasa hormat antar satu sama lain. Luti benar – benar bahagia.

“Terima kasih sayang.... kerana tidak merendahkan kedudukan abang walau sekali pun” Lutfi mencium tangan Liyana yang hanya tersenyum manis.

“Abang.... walaupun di pejabat memang Liyana seorang majikan tetapi Liyana tetap anggap abang suami yang harus Liyana taati setiap masa.tiada istilah dipejabat Liyana bos, maka Liyana boleh buat apa sahaja pada abang sesuka hati kerana malaikat kiri dan kanan Liyana  tak memandang Liyana sebagai seorang majikan pada suaminya.  Liyana cuma ada  pejabat yang hanya sebesar itu walaupun Liyana majikan abang tetapi... abang adalah punca syurga buat Liyana. Abang lebih bos besar, maka selepas ini Liyana harap abang takkan simpan perasaan rendah diri itu lagi kerana Allah menciptakan pasangan itu untuk saling melengkapi. Liyana juga banyak kurangnya.... dan abang memenuhi setiap kekurangan itu” Liyana terus memeluk tubuh Lutfi.


Suaminya itu tersenyum dengan wajah yang sangat bahagia... ya... engkau juga melengkapi setiap kekurangan hidupku sayang.... Liyana Leiah.

1 comment: