Friday, 2 May 2014

ROOM 12 AM - BAB 1 (tamat di blog)

ROOM  12 AM
Nalissa menyusun kesemua bajunya di dalam almari. Setelah tertidur hampir lima jam sejak dia tiba di Hotel 12 AM. Pelik namanya kan?. Apapun, dia dan Chacha sudah pun keletihan dan yang pastu perut yang berkeroncong harus diisi dahulu.

Nalissa mengintai ke luar jendela. Gelap!. Dia mengerutkan kening. Black out?. Dia dan Chacha berpandangan sesama sendiri.

“Sunyi sahaja. aku takut nak keluar” Chacha bersila di katil Nalissa. Termenung seketika Nalissa dibuatnya. Dia memandang telefon di tepi katil. Nalissa mendail 101 untuk terus ke meja khidmat pelanggan.

“Saya mahu makan malam untuk dua orang ya”

Tiada jawapan. Tut....tut...tut....
Nalissa terdiam. Tiba – tiba pintu diketuk. Chacha terus mengintai dari dalam. seorang pekerja hotel yang berbaju melayu dan bersongkok hitam tunduk menunggu pintu dibuka. Sebaik sahaja pintu dibuka, sedulang makanan diserahkan. Chacha cuba untuk melihat wajah pekerja hotel tersebut tetapi entah mengapa sukar sekali untuk dicuri pandang.

Nalissa tergamam.

“Kita baru dua tiga saat minta..macam mana dah dapat?” termenung Nalissa seketika memandang dulang berisi roti bakar dan kopi panas itu. Chacha turut sama termenung.

“kau tak rasa macam kita sahaja ke yang duduk dalam hotel ni?. Sebuah kereta pun tak ada masa kita baru – baru sampai dulu melainkan.....”

“sekumpulan pemuda –pemudi yang berpakaian macam zaman dulu – dulu kan?” Nalissa menyampuk kata – kata Chacha sebentar tadi.

“Aku ingat mereka tu ada program yang temanya zaman dulu – dulu” sempat lagi Nalissa tersenyum. Tiba – tiba terdengar geduk berbunyi. Nalissa semakin menghampiri Chacha.

Mereka berdua sudah seram sejuk. Mahu keluar tidak berani jadi terpaksalah mereka menjamah apa yang ada.

“Makan ye nak” senyum seorang nenek di cermin tingkap. Nalissa yang terkejut mengangguk dan sempat lagi mempelawa nenek tua itu makan tetapi hanya gelengan yang diterima.

“Kau sahut cakap nenek tu kenapa Nalissa” Chcha sudah menggeletar tangannya. Roti bakar itu dicampak ke dulang bercorak kayu itu.

“Ish... takkan nak biadap pula” Nalissa menggeleng kepala.

“Kau tahu tak kita di tingkat berapa ni Nalissa... Tingkat lima! Dan diluar tiada ruang pun kucing lintas. Kalau kau campak roti ni keluar, roti akan jatuh terus ke tanah” bibir Chacha terketar – ketar.

“Cucu dah perasan ye?” soalan itu hanya mampu didengari tetapi tidak sanggup untuk mereka berdua menoleh. Nak pergi tutup tingkap?. Jangan harap. Hanya selimutlah yang menjadi pendinding mereka waktu itu. selimut itu diselubung dan mereka berdua berpelukan.

“Cu..... tak nak tolong nenek?’ nenek tua itu rupa – rupanya masih di situ. tidak sanggup untuk mata mereka menjamah rupa nenek tua itu. hanya doa yang mereka panjatkan agar hari berlalu menjadi lebih cerah. Akhirnya mereka berdua tertidur dilantai sambil berpelukan.

                                   ************

Pintu hotel yang diketuk cepat – cepat di buka. Seorang pekerja hotel muda dengan seluar berwarna hitam tersenyum ke arah mereka berdua.

“Room service” senyumnya. Nalissa cepat – cepat mengintai ke luar jendela. Banyak pula kereta yang bersusun di situ. siap terdengar puji gelak tawa kanak – kanak yang bermain di kolam renang itu. Nalissa kebingungan.

Pekerja yang bernnama Intan itu memandang dulang bercorak kayu di meja mereka berdua. Wajah Nalissa dan Chacha yang kebingungan cukup untuk membuatkan dia tahu perkara sebenar. Sambil menghampar cadar yang baru Intan mula bersuara.

“Ada nenek datang ke malam tadi?”

Nalissa dan Chacha terkejut. terus tangan Intan dipegang.

“Adik tahu?” Nalisaa menggosok – gosok belakang tengkuknya.

“Siapa yang beri akak kunci duduk di bilik ni?” soal Intan tenang. Ada seorang lelaki muda berpakaian baju melayu berwarna hitam. Dia terus beri kunci ni pada kami. Nak tanya apa pun tak sempat sebab dia dah tak ada lepas tu” jelas Chacha. Intan berdiri tegak.

“Keluar sahaja dari sini sebelum 12 tengah malam ni”

“Tapi kenapa?. Akak suka dengan susun atur perabotnya. Nampak klasik. Tak macam hotel – hotel lain”

Intan senyum lebar.

“Akak pernah intai bilik mereka yang lain?. Semuanya perabot moden tapi entah kenapa sejak saya bekerja di sini, inilah satu – satunya bilik hotel yang hanya mempunyai perabot klasik seperti ini malah.....” Intan menggigit bibirnya. Nalissa dan Chacha menunggu penjelasan selanjutnya.

“Inilah kali pertama bilik ini menerima tetamu sejak ianya di tutup oleh pihak hotel. Kami pun terkejut kenapa akak berdua boleh masuk ke sini sedangkan kami sendiri tak punya kuncinya. Sebagai pekerja terlatih, mahu atau tidak saya terpaksa juga mengemas bilik ini walaupun..”  Intan menggosok lengannya.

“Tak apalah.... keluarlah selagi boleh” nasihat Intan sebelum keluar. Chacha terpaku. Nalissa entah mengapa menjadi semakin suka dengan kamar itu. Banyak kali Chacha mengajaknya keluar daripada situ tetapi permintaannya di tolak. Nalissa bagaikan gembira walaupun hanya duduk terperap di situ. Chacha tidak sanggup meninggalkan sahabat baiknya sendirian di situ.

“nalissa ... tolonglah... keluar jom”

Nalissa menggeleng. Dia tersenyum sambil mengalunkan irama yang Chacha sendiri tidak pernah dengar. Irama lama yang mengasyikkan.

“Chacha... tahukah kau Abang Damak menungguku di sini setiap malam?” soal Nalissa dengan kerlingan manja. Chacha terus bersandar ke dinding. Damak?. Damak mana?. Nalissa tak punya kekasih hati pun. Bunga kemboja disematkan ke rambutnya.

“Nalissa mana kau dapat bunga tu?”

“Abang Damak beri tadi. Ah ah ah .... jangan bilang sama Abang Damak aku benar –benar merinduinya. Entah mengapa sejak kali mata mataku melihat tubuhnya yang sasa, hatiku berlagu indah bagai burung berkicauan. Tidakkah kau rasa sepertiku, Chacha? Soal Nalissa. Dia bermain – main dengan hujung rambutnya. Gayanya seperti sedang menyikat rambut walaupun tiada satu benda pun di tangannya.

“Chacha... jangan bilang nenek ya, aku di sini” Nalissa senyum sambil mencuit hidung Chacha yang menggigil ketakutan di sudut hujung. Geduk berbunyi lagi. Chacha mengerling jan di tangannya.... 12 tengahari. Doanya agar Intan mengetuk pintunya buat kali kedua. Saat itu dia akan berlari selaju mungkin dan pergi mendapatkan bantuan untuk Nalissa tetapi harapannya tidak kesampaian. Intan entah ke mana. Sedang Chacha duduk di sudut hujung dengan menggenggam seluarnya tiba – tiba Nalissa menutup pintu dan menerpa ke arahnya.

“Chacha.,.... nenek ada di luar. Jangan sesekali kau bilang aku ada di sini. Kau senyum sahaja tanpa bicara apa – apa ya?” Nalissa juga menyorok di belakang almari.

“Kemboja..... kemboja...” suara yang beralun – alun itu membuatkan Chacha hampir pengsan. Suara itu suara nenek malam tadi. Chacha hanya mampu memejam matanya seolah – olah tidur. Ketakutannya masih belum reda.

“Kemboja..... Damak itu cuma bisa olok – olok saja sama kamu, cu. Mari pulang ikut nenek!”

Chacha bagai diserang sakit jantung apabila melihat bayangan seorang perempuan cantik persis wanita zaman dahulu keluar dari biliknya dan terus menghilang. Nalissa terbatuk – batuk. Chacha memeluk Nalissa dengan kuat.

“Cha... sakitlah peluk aku macam ni” marah Nalissa....


“Nalissa .... kita mesti keluar dari sini sekarang juga!!” jerit Chacha. Dia tidak mahu Nalissa seperti tadi. Kemboja pasti akan mencari Nalissa lagi.... dan lagi....

No comments:

Post a Comment