Friday, 16 May 2014

CERPEN BEDAY: ZARLINA INI HANYA BUATMU

JIKA KAU TAHU ZARLINA INI HANYA BUATMU.....

PERNAH KETIKA RINDU ITU BERTANDANG....
MENJENGUK RESAH AGAR AKU MENCARI DI MANA DIRIMU..ZAR...
AKU KE KIRI DAN KE KANAN HANYA KERANA MU... ZAR..
AKU MAKAN SARDIN SETIAP BULAN HANYA UNTUK MU... ZAR
AKU MINUM AIR KOSONG KADANG – KADANG  MILO... HANYA UNTUKMU..ZAR...
HANYA UNTUK MENGUMPUL DUIT DEMI KESENANGANMU.... TUNGGU AKU YA ZAR.....
TUNGGU  HISHAM DEMI ZARLINA.....

Zarlina senyum sendiri. Dia melipat kembali surat yang sudah pun hadir di sisinya empat bulan yang lepas. Untuk apa Hisham?. Tak pernah aku impikan istana untuk kita berteduh.... cukup sekadar kau meneduhiku dengan rasa cintamu. Tahukah kau.... tidak menatap wajahmu itu adalah satu penyeksaan buatku?.

“Ina...” melati menepuk bahu Zarlina perlahan. Pen di tangan diletak ke atas meja. Report bulanan sudah siap di sediakan.

“Ni.... “ Melati menghulurkan sekotak kecil hadiah buatnya.

“Apa ni?”

Melati memuncungkan bibirnya. Zarul yang sedang meneliti laporan hanya menundukkan wajahnya. Zarlina menolak secara lembut.

“Kenapa?. Masih tunggu Hisham?. Ina.. entah – entah dia dah kahwin dengan minah Salleh kat sana tu. Baik kau layan yang betul – betul berada di depan mata” Melati mengomel. Zarlina tersenyum. Ah.... Melati hanya pandai berbicara. Bukankah lebih elok dia yang mencuri hati Zarul. Pandai – pandai pula nak satukan aku dengan Zarul sedangkan dia tahu aku dan Hisham masih dalam ikatan.

“Aku percayakan Hisham”

“Jangan percaya lelaki” Melati menggeleng kepala. Zarlina senyum lebar sambil menoleh seketika Zarul di situ.

“Habis... Zarul tu pondan ke?”

Erk.... terdiam Melati. Salah memberikan kata – kata nasihat. Dia akhirnya berlalu meninggalkan Zarlina yang hanya menggelengkan kepalanya.

Kau tak pernah tahu betapa aku mencintai dia...., Melati

                               ***********

Surat sampai lagi. Zarlina terus membukanya. Memang cara Hisham begitu. Baginya surat yang ditulis dengan tangan lebih bermakna daripada e-mail yang boleh ditaip dengan mudah.

Zarlina tersenyum. Gambar Hisham sedang tersenyum di hadapan sebuah taman di Cape town membuatkan rindu Zarlina sedikit terubat.

HAI ZAR...
SAYA DAH TAK MAKAN SARDIN.
SAYA DAH PANDAI MASAK TAU. KAWAN SAYA ALBERT AJAR SAYA MASAK. NANTI KALAU SAYA BALIK MALAYSIA, SAYA AKAN KENYANGKAN AWAK SAMPAI TAK BOLEH BERJALAN. SAYANG..... SAYA RINDUKAN ZAR!. JANGAN PERNAH ZAR LEPASKAN CINTA KITA YA.... TIDAK LAMA SAHAJA LAGI SAYA AKAN PULANG KE PANGKUAAN ZAR.

WAJAH ZAR SENTIASA DI DALAM MINDA SAYA...
TAK PERNAH ADA WANITA DI SINI YANG MAMPU MEMBERIKAN SAYA SNYUMAN SEINDAH SENYUMAN ZAR.

RINDUKAN SAYA YA.... KERANA SAYA BERHAK DIRINDUI OLEH KEKASIH HATI SAYA SENDIRI....

SAYA SAYANG ZAR SANGAT – SANGAT...... BYE SAYANG!.

Zarlina ketawa. Dilipatnya kembali surat itu dan dimasukkan ke dalam kotak cantik yang dibuat khas untuk surat – surat pemberian Hisham. Gambar Hisham pula di masukkan ke dalam bingkai gambar.

                       *********

Zarul mengirim lagi sebuah kotak yang berisi entah apa barang didalamnya melalui Melati. Seperti biasa, hadiah itu akan ditolak mentah – mentah. Kali ini Melati bagaikan angin satu badan. Apa kurangnya Zarul?

“Kau ni mengharap pada tiang yang entah kukuh atau pun tidak”

“Aku cuma berharap pada Allah. Tak pernah pula aku berharap pada tiang. La.... Melati, baru aku tahu selama ni kau berharap pada tiang. Jangan tiang seri sudah.... berhantu!” gurau Zarlina.

“suka lari tajuk” Melati menjeling pulang.

“La... kita tengah baca buku ke... siap bertajuk – tajuk segala?. Hmm... aku suka buku yang tajuknya Pak Belang dan anak ikan. Kau pernah jumpa?” Zarlina mengelip kertas yang berada di tangannya.

Sengaja dibiarkan hati Melati menggelegak. Bukannya dia tidak tahu akan kisah sms Melati buat Hisham. Kejujuran Hisham dalam percintaan menyelamatkan dua hati itu daripada menjadi mangsa hasutan Melati.

Sekali lagi Melati pergi dengan perasaan marah!.

Ina sekarang.... tak boleh dinasihat!.. gerutu hatinya

                             *************


Zarlina menyidai kain di belakang rumah. Sudah lama tidak pulang ke kampung. Rindu juga pada Nana dan ibu ayah. Sudah sehari dia berada di sana. Nana  berlari mendapatkan Zarlina dengan senyuman,

“Kak... cepat!!! Tengok siapa datang” tangan Zarlina ditarik kasar. Terlepas bakul yang berisi sehelai sahaja kain batik itu lagi. Kakinya terpaksa mengikut kelajuan larian Nana. Tiba sahaja di ruang tamu, Zarlina tergamam. Hisham tersenyum manis memandangnya.

“Suprise...”

Zarlina ketawa. Ada titis air mata yang keluar.  Kerinduannya terubat kini. Ibu dan ayahnya turut sama ketawa.

“Ina.... Hisham nak paksa ayah buat kenduri kahwin di rumah kita lagi lima bulan” seloroh Pakcik Mustazar.  Kenyitan nakal Hisham membuatkan Zarlina bertambah yakin bahawa lelaki itu tidak pernah melukakannya.

Selepas makan tengahari bersama, Zarlina dan Hisham duduk berdua di luar rumah. Hisham bagai tidak mahu melepaskan langsung pandangannya.

“Saya rindu awak, Zar” luah Hisham. Zarlina angguk.

“Saya pun”

Hisham membelek jari jemarinya sendiri.

“Minggu hadapan ibu bapa saya akan datang ke sini untuk pertunangan kita tapi saya terpaksa pulang ke Cape Town dahulu. Nak uruskan semuanya sebelum kembali semula ke sini untuk menjadi suami pada Cik Zarlina yang cantik manis ni” usik Hisham.

“Mengada!” jeling Zarlina.

“Oh... zar!!!. Jelingan ini yang saya rindukan. Jeling lagi..” pinta Hisham.

“Tak mahulah!. Mengada awak ni tau....”

“Ala... jeling seminit je.... tolong, sayang!. Buat bekal saya pulang ke sana”

Zarlina gelak besar. Mahu sahaja dicubit lengan Hisham. Dia sedikit susut berbanding dulu. Mungkin sakit kerinduan...

“Kenapa dah susut ni?” Zarlina memandang Hisham dari atas hingga ke bawah. Hisham sengih. Perasan juga dia.... nampak sangat sayangkan aku!.

“Habis.... awek kat Cape town asyik cium, badan saya jadi susutlah.... asyik teruja je”

“Apa?” Zarlina menjeling lagi tetapi kali ini jelingan penuh rasa marah. Hisham gelak. Ditepuknya bahu Zarlina berkali – kali tetapi Zarlina masih tidak mahu memandangnya.

“Pandanglah sayang.... saya bergurau saja tau. Awek Cape Town tu, seinci pun tak dapat menandingi awak tau”

Eleh..... pandai pula ambil hati. tadi bukan main lagi mengusik!

Mereka berdua bersembang hingga ke petang. Nampak berseri wajah Zarlina apabila bertemu dengan cinta hatinya.

                                     **********

Zarlina mula bekerja semula. Cuti selama tiga hari itu dihabiskan dengan penuh rasa bahagia. Habis sahaja waktu pekerjaan, Melati sibuk mahu mengikut Zarlina pulang ke rumah. Katanya mahu bermalam di rumah Zarlina sahaja. walaupun hati Zarlina berat , namun untuk mengecewakan Melati tidak sekali.

Mereka berdua bersenang – senang di atas katil hinggalah Melati memulakan perbualan mengenai Hisham.

“Kadang – kadang aku rasa kau ni dah bodoh sebab asyik tunggu Si Hisham tu”
Berdesing telinga Zarlina mendengarnya.  Dia memandang tepat wajah Melati sebelum membalas kata – kata yang penuh sembilu itu.

“Jangan anggap aku ni tak punya perasaan, Melati!. Siapa kau untuk menentukan Hisham pantas bersama aku atau pun tidak?. Dia bukan meninggalkan aku tetapi hanya pergi seketika demi kerjayanya. Dia janji akan pulang dan aku yakin akan itu” Zarlina sudah hilang sabar.

“Mana kau tahu dia masih ingatkan kau?. Facebook? Aku tak pernah nampak pun dia menyatakan apa – apa pada kau, Ina!” Melati bingkas bangun. Katil Zarlina dijauhi sedikit. Tidak mahu duduk lagi di situ.

“Kau jangan terlalu berharap pada dia yang kau sendiri tahu betapa ramainya perempuan mahukan dia. Apa kurangnya Zarul?” melati masih belum mahu beralah. Zarlina memejam matanya rapat – rapat.

“Jangan sesekali kau tuturkan sesuatu tanpa kau ketahui kebenarannya, Melati”

“Benar apa?. Buktikan yang dia masih ingatkan kau?. Sms? Panggilan telefon?”

Zarlina membuka almarinya dan kotak cantik khas yang tertulis nama Hisham dibuka. Kesemua surat itu dilemparkan ke wajah Melati. Tergamam! Ya... sudah semestinya....

“Dia bukan Zarul yang memerlukan pengantara untuk meluahkan cinta. Dia bukan Zarul yang tidak berani menyatakan perasaan cinta pada aku secara depan. Dia bukan Zarul yang cuma pandai memberi kata pembayang di facebook untuk menyatakan cintanya. Hisham tidak selemah Zarul!. Aku perlukan lelaki yang mampu memeluk aku daripada terkena sebarang bahaya... bukannya hanya memandang daripada jauh. Baca kesemua 40  surat yang dia berikan pada aku!. sebulan dia akan utuskan 2  pucuk surat buat aku...... buat apa aku nak hebahkan pada kau... siapa kau?. Sahabat yang dalam diam – diam menghantar teks pesanan ringkas pada Hisham dan menyatakan cinta yang konon – konon suci tu?. Beberapa hari Lepas Hisham datang ke rumah ibu dan ayah aku. kami akan berkahwin lagi lima bulan”

Melati terduduk.
 Tanpa mahu  menyentuh surat – surat itu, dia pun  keluar dengan wajah kecewa. Melati masuk ke dalam kereta dan menghentak stering kereta sekuat hatinya.

“Kenapa kau masih mahukan dia, Hisham?. Apa kurangnya aku!!!!” jerit Melati dan terus memecut keretanya. Malu tidak terkata pada  teman sekerjanya itu.

Zarlina senyum puas. Dia mengutip semula surat – surat yang bertaburan...

“Alaaaaaaaa.... sorry ye surat. Tadi tu berlakon jer.... ala... sayang ko surat!!!” Zarlina mengucup surat – surat pemberian Hisham. Tak lama sahaja lagi.... Hisham dan dia akan bersatu. Walaupun lima bulan namun begitu penantian itu tetap menyeksakan. Dia ingin berhenti kerja dan pulang ke rumah ibu bapanya. Selepas berkahwin, dia akan mengikut Hisham ke Dubai pula . kalau dia mahu, Hisham masih membenarkan Zarlina bekerja di sana. Tak sabar rasanya mahu meninggalkan melati dan Zarul yang sentiasa menjadi duri dalam hatinya.

                              ***********

Majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar. Kebahagiaan kini milik mereka berdua. Melati dan Hisham tidak datang pun ke majlis perkahwinan mereka berdua. Apa Zarlina kisah..... Melati bukanlah sahabat yang baik. Keutamaannya kini hanyalah Hisham... suaminya.

Malam itu Zarlina memeluk tubuh Hisham. Ya.. sayang.... terima kasih kerana menjadikan kesetiaan itu asas dalam hubungan kita. Saat ini, aku cuma mahukan kau... tidak yang lain. Zarlina menyentuh lembut pipi Hisham.

“Selamat pengantin baru, sayang...... sayanglah pengantin paling cantik yang pernah abang saksikan........ dan sayanglah satu – satunya pengantin pperempuan yang boleh abang dakap. Pengantin perempuan lain semuanya tak bagi abang peluk, nanti suami diorang pelangkung abang...” hidung Zarlina dicuit.

“Beranilah.... nak peluk wanita lain....”

Hisham gelak besar.

“Nak buat apa peluk yang lain kalau yang ini pun dah umpphhh!” Hisham mencubit manja kedua – dua belah pipi Zarlina. Mereka berdua duduk berlunjur di atas katil. Sengaja Hisham mengusik kaki Zarlina dengan kakinya.

“Aip... jangan kacau...” marah Zarlina.

Hisham menggoyangkan kakinya. Dia mengecilkan suaranya sedikit.

“Alah... awak ni.. saya cuit pun nak marah. Tahulah awak ada gelang”

Zarlina ketawa besar. Kali ini dia pula memainkan wataknya.

“Eleh... awak nak mengurat saya kan”

Hisham melarikan kakinya.

“Abang....” Zarlina tersenyum.

“Terima kasih” ucap Zarlina. Dahi zarlina dikucup agak lama dan tubuh isterinya ditarik lembut agar dapat bersandar ke dadanya.

“Sayang.,.... tanpa kesetiaan kita takkan dapat bersatu seperti ini. Zar tahu tak yang abang berdoa setiap malam agar hati Zar tidak berubah kerana jika Zar dah mencampak cinta abang keluar dari hati Zar... abang akan menjauhi Zar buat selama – selamanya dan.....”

Zarlina mendongak dan memandang mata Hisham.

“Abang akan mati hatinya kerana menjauhi Zar adalah perkara yang paling memeritkan. Zar membunuh abang jika Zar berhenti mncintai abang...”


Zarlina memeluk erat tubuh Hisham. Tak... tak sayang.... kini kau dan aku adalah satu. Setapak kau melangkah aku akan melangkah setapak bersama. Suka duka kita kini adalah satu dan engkau adalah raja dihatiku hingga rohku terpisah daripada jasadku......ZARLINA INI HANYA BUATMU, SAYANG!

3 comments:

  1. best3...huhu...smua cerpe dlm ni ad sprti khidupn sbnar...melati mghrapkn hisyam smpy sgup memaksa zarlina mnerima zarul...hmm..mcm2 ragam mnusia

    ReplyDelete
  2. best3...huhu...smua cerpe dlm ni ad sprti khidupn sbnar...melati mghrapkn hisyam smpy sgup memaksa zarlina mnerima zarul...hmm..mcm2 ragam mnusia

    ReplyDelete