happy beday Aryssa.... maaf atas kekurangan,,
GELI – GELI CINTA ARYSSA NAJWA..
Telefon bimbit dimasukkan kembali ke dalam beg sandang. Dengan
shawl putih yang dililit kemas, Aryssa Najwa menapak masuk ke dalam pusat
membeli – belah itu. banyak barang yang harus dibelinya untuk menampung barang
keperluan yang hanya tinggal sisa – sisa.
Kakinya bagai terpaksa diangkat untuk ke sana. Iyalah... orang
sepatutnya hari – hari cuti begini bersenang – senang di rumah tetapi dia
terpaksa mencari ikan bilis, ikan masin, telur masin dan segalam macam masin
yang ada kat dunia ini.
Tangannya membelek sebungkus gula – gula di hadapannya.
“Ada diabetes ke?” soal seorang lelaki. Berdesup kepala Aryssa
menoleh. Amboi. Amboi jantan ni....
ingat kalau orang makan gula – gula tu ada diabetes ke?. Ku tomoikan juga
kepala dia ni karang. Harap muka sahaja handsome tapi otak macam siput sedut.
Aryssa cuba mempamerkan wajah semolek yang boleh.
“Huishhhhhhh... beli gula – gula untuk ternakan semut – semut
hitam saya dirumah” sengih Aryssa. Lelaki tadi mengangguk.
“Rumah tak bersih.... sebab tu banyak semut” terbeliak mata
Aryssa mendengar komen minta kena debik itu. tak bersih?. Sehari berkali – kali
aku menyapu sampah, tu tak termasuk mop lantai sampai berkilat lagi tu... ni
pakwe siapa yang celupar tak ingat ni?. Aryssa mengintai – nginta ke belakang
lelaki itu.
“Cari siapa?” soalnya.
“Cari tuan awak, Awak kan saka tauke mall ni. Suruh jaga harta
benda tuan awak?”
Hanya sengih panjang yang diberikan sebelum dia pergi
meninggalkan Aryssa di situ kerana dipanggil sesorang. Aryssa menggeleng
kepala.
Diabtes?.. rasa nak hempuk je!
***********************
“Ah.... jangan katakan angin.,.. kipas angin pun sanggup abang
belikan”
“Oh.. abang sakaku!!!” Aryssa memeluk batang pisang dan ‘saka’ pula memeluk pokok kelapa sebelum buah kelapa itu jatuh dan mengenai kepalanya. Aryssa terus terjaga dari mimpinya.
Tiga kali! ,.... sudah tiga kali Aryssa bermimpi bercinta
dengan ‘saka’. Aryssa ke dapur dan terus meneguk air masak yang dituang ke
dalam gelas.
Nama dia pun aku tak tahu..... macam mana boleh bercinta?
Mimpi salah masuk chanel ni.... Aryssa masuk semula ke dalam bilik dan menyambung
tidurnya.
Esok lebih banyak kerja berbanding asyik terfikirkan pasal si
Saka ni... aishhhh..
********************
“Encik Azharie!” panggil pekerja di bahagian stor. Azharie
atau lebih senang di panggil Ayie mendapatkan pekerjanya.
“Semua saya dah kira. Dan ini laporannya. Encik Azharie tak
payahlah buat kerja ni. Macam tak kena sahaja. patutnya Encik di pejabat kira
keuntungan”
Ayie menyambut kata – kata pekerjanya itu dengan gelak besar.
Dia duduk di kerusi plastik berhampiran stor.
“Kak Nah... saya ni tengah tunggu seorang perempuan. Entah
kenapa saya tunggu kehadirannya di sini hari – hari” Ayie garu kepala.
“Siapa nama dia?” soal Kak Nah dan turut sama duduk di hadapan
Ayie.
“Diabetes!”
“Apa. Apa ke buruk sangat nama dia tu Encik Azhari?” Kak Nah
gelak besar.
“Sebab tu nak jumpa dia sebab tak tahu nama lagi. Saya suka
orangnya... simple dan ceria. Akak tahu dia panggil saya saka?”
Berderai lagi tawa kak nah.
“Hari ni pun dia tak datang. Takpelah Kak Nah... pergi buat
kerja, saya nak tengok yang lain pula” Ayie terus berdar. Dia membetulkan
uniform pekerja agar lebih kemas terletak di tubuhnya.
Penantian satu penyeksaan!.
**************************
Aryssa memberhentikan keretanya di simpang jalan menghala mall
di mana ‘saka’ bekerja. Stering kereta diketuk – ketuk dengan jari jemarinya.
Bibirnya digetap. Maria yang duduk di sebelahnya sedikit pelik. Mahu atau
tidak, dia akan bertanya juga...
“Kau kenapa Aryssa?. Nak pergi mall tu ke?. Jom lah” ajak
Maria. Aryssa masih seperti tadi. Tidak menjawab walaupun sepatah perkataan.
“Ah.... lambat betul nak jawab. Aku nak keluar. beli karipap
kat makcik tu” Maria keluar meninggalkan Aryssa yang masih lagi berperang
dengan perasaannya.
“Hai..lah... saka! Memang kau ni saka betul agaknya. Macam
mana aku boleh mimpi kau berkali – kali?. Mimpi bercinta pula tu!” Aryssa
sengih.
“Wei... apsal aku sengih ni!!!” mulutnya ditampar perlahan.
Maria menggeleng kepala sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
“Nak aku tamparkan lagi kuat ke?”
Aryssa tidak peduli .. dia perlu buat pusingan U untuk masuk
ke dalam mall itu. buat – buatlah aku nak beli barang... Aryssa sengih sengih
sendiri.
Dia dan Maria berjalan
beriringan. Wajah Aryssa bagai mencari sesuatu.... fikir Maria walhal Aryssa
sedang mencari saka kacak yang tiba – tiba muncul dalam hidupnya.
“Diabetes!!!!”
Jeritan seorang lelaki terus mematikan langkah Aryssa. Aku nak
happy ke nak mengamuk sekarang ni?. Memang aku happy dia ada tapi bab dia
panggil aku diabetes tuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... hish!. Aryssa menoleh. Wah...
saka hari ni pakai baju melayu lah.......
“Saka.... saka dah bertaubat ke?” sengih Aryssa. Maria
mengangguk. Dia faham kini, mengapa sahabatnya itu resah. Ayie menghampiri mereka
berdua. Terserlah keceriaan pada wajahnya dan begitu juga Aryssa.
“Diabetes nak beli gula – gula lagi ke?”
Maria gelak besar. Bila masa pula kawan aku ni kena diabetes!.
“Eh.. tak... saka tak pergi melahap telur mentah ke?” soal
Aryssa selamba. Ayie tergamam.
Memang aku ni nampak macam jin ke?. Mereka berpandangan tanpa
sepatah bicara. Ayie menggosok – gosok tengkuknya dan sesekali menghadiahkan
senyuman.
“Saya Ayie....”
“Aryssa Najwa...”
“Perghhhhhhhhhhhhhhh nama macam novelis!” usik Ayie.
“memang pun” Maria menyampuk. Ayie memandang Aryssa tak
berkedip – kedip matanya. Aryssa yang
sedang ditenung itu mulai gelisah.
“Aryssa datang sini nak beli apa?” soalan Ayie buat Aryssa
buntu. Nak beli apa? Semuanya sudah ada. Nak tipu memanglah tak boleh sebab
Maria serumah dengannya.
“Kau nak beli apa?” kali ini kening Maria bertaut....
Aryssa meliar matanya. Mencari sesuatu untuk dijadikan
jawapan. Dia terpandangkan syampoo rambut dan terus disebutnya.
“Eh... kan baru beli semalam?” Maria kacau daun!. Ayie sengih
panjang. Dia merapati Aryssa dengan kening yang terangkat – angkat.
“Awak datang nak mengurat saka handsome ni ye.....”
“Mana ada!” sangkal Aryssa cepat – cepat. Amboi mak aih...
lebarnya senyuman Ayie. Tu belum lagi kakinya terkuis – kuis. Sesekali dipandang
macam jantan merenyam pun ada.
“Jom beli sardine” Aryssa mencuba lagi tetapi Maria tetap
bendul!.
“Wei... kau tak makan sardinlah... nak beli buat apa?” Aryssa
menggenggam penumbuk. Pecah juga muka anak Pak Seman ni karang...
“Kannnnnnnnnnnn..... kalau mengaku lagi saya suka. Rasa
dihargai wanita yang manis lagi cun. Bukan senang. Cuba mengaku. Saya mengaku
yang dah beberapa hari saya tunggu awak. Tak percaya tanya pekerja saya.. Kak
Nah!!!” jerit Ayie dan Kak Nah yang sedang memeriksa barang itu terkedek –
kedek menghampiri.
“jap... pekerja?” soal Aryssa.
“Ye Encik Zaharie?”
“Pekerja?” ulang Aryssa lagi.
“Encik Zaharie ni anak boss kami. Anak tuan punya mall tapi
apa penyakit entah nak pakai macam kami.” Gelak kak Nah. Aryssa menggeleng
kepala.
“Tak mahulah anak orang kaya. Saya ingat pekerja biasa” Aryssa
mengatur langkah untuk pergi. Jenuh Ayie berlari mendapatkan Aryssa.
“ooo... kalau saya ni pekerja, awak nak lah?” tersengih –
sengih ayie.
“selalunya anak boss mesti playboy” berkerut hidung Aryssa.
“Alallalaaa.... belum apa – apa dah cemburu. Nanti abang tak
mengurat awek lain. Abang mengurat Aryssa sorang”
“Geli tau tak!!!!”
“Ele... geli... tapi cinta” selamba sahaja Ayie menuturkan
ayat penuh perasan itu. akhirnya terukir juga senyuman Aryssa. Rasa nak lempang
sahaja melihat muka Ayie yang tersenyum gatal seperti itu.
“Tak nak beli sardine?” perli Ayie dan satu tumbukan kasar
hinggap ke lengannya.
“wauuuuu.... bertenaga... i like!!!”
Berderai tawa mereka di situ. Aryssa pusing kepalanya.
Senangnya jatuh cinta dengan si sengal Ayie ni. Jujur, dia tak sukakan lelaki
yang terlalu serius. Lagipun Ayie cukup segala – galanya. Setakat sengal tu,
Aryssa masih boleh layan lagi.
****************
Temujanji Aryssa yang kedua......
Terpaksa Aryssa menunggu Ayie di food court mall agak lama.
Dia membawa mangkuk tingkat yang berisi lauk pauk yang dimasak sendiri di
rumah. Mahu Ayie merasa masakannya yang lazat. Setelah setengah jam menunggu
akhirnya Ayie tiba bersama seorang wanita.
Tanpa rasa bersalah Ayie mempersilakan wanita bernama Sofea itu turut
menyertai mereka bersama.
“Boleh dia makan sekali
tak?”
Aryssa memandang wajah wanita itu yang terliuk lentok
tubuhnya. Jari jemarinya bermain – main di meja makan dan yang lebih
menyakitkan hati apabila rapat benar kedudukan dia dan Ayie. Nak mengamuk?
Sorry... itu bukan Aryssa. Dahlah kau lambat, datang pula bawa minah nenek
sotong ni. Ok....
“Silalah makan...” Aryssa angkat kaki dan terus berlalu. Ayie
tergamam. Salah ke?. Dia menyoal diri sendiri. Dalam pada terkial – kial dia
mahu mengejar Aryssa, pintu lif sudah pun tertutup. Ayie datang semula pada
Sofea.
“Bukan salah Fea... patutnya abang kenalkan dulu yang Fea ni
adik abang” Sofea menggeleng kepala sambil sambil menyuap nasi lemak ayam
dengan kangkung goreng itu ke dalam mulut.
“Pandai dia masak... bang” puji Sifea tanpa memandang Ayie.
“Ish...... meh sini balik!!!” Ayie mengemas semua mangkuk
tingkat dan membawanya pergi. Sofea yang sedang makan terpinga – pinga di situ
apabila mangkuk di hadapannya diangkat pergi. Beberapa pekerja di situ mula
ketawa kecil.
Arghhhhhhhhhhhhhhh... abang!
******************
Nombor telefon bimbit Aryssa di dail. Ayie yakin Aryssa masih
di tempat parking di atas bangunan. Aryssa memang suka parking di tempat
terbuka.
“Nak apa?” jawab Aryssa.
Lega betul Ayie waktu itu.
“Tunggu saya kat sana” arah Ayie dan bergegas naik ke bumbung
mall. Dia tersenyum memandang Aryssa yang sedang bermain – main dengan kunci
keretanya.
“Alah.... cemburu pula... itu adik sayalah...” cepat – cepat Ayie menceritakan hal yang
sebenarnya. Bagai di warnakan.... muka Aryssa merah. Malu tak terkata. Nampak sangat aku cemburu haish!.
“Jom makan.. kita makan kat tepi tu pun best”
Mereka berdua duduk di hujung . Di bawah bumbung kawasan masuk
mall. Ayie membuka mangkuk tingkat itu dan menghulurkannya pada Aryssa. Bekas
sofea tadi terus dimakannya.
“Uishhhhhhhhhhhhhhhh sedapnya!. Lagi – lagi ditambah perisa
cemburu” usik Ayie tanpa memandang wajah Aryssa. Pinggangnya dicubit. Ayie
gelak kegelian,
“Apasal?”
“gelilah... kat pinggang jangan pegang... geli” Ayie sengih.
Aryssa gelak sendiri. Macam perempuan!. Geli – geli bagai!.
“Kalau dengan awak.... pegang kat mana pun geli” gelak Ayie.
Sengaja menambah malu pada wajah Aryssa. Banyaklah dia punya geli. Suka pula
Aryssa melihat Ayie makan masakannya. Tak sia – sia dia memasaknya tadi.
“Anak kita msti gemuk” biara Ayie lagi. Erk..... Aryssa
termalu. Dia tunduk memandang bekas makanannya. Dia ni.... ada pula cakap pasal
anak. Baru dua kali jumpa!.
“Saya seorang berterus terang. Apa saya nak kata., saya kata.
Macam..... saya cintakan awak,Aryssa” matanya bercahaya memandang tepat anak
mata Aryssa.
“Ish... tak mahulah cerita macam ni... geli!” Aryssa cuba
mengelak. Ayie senyum. entah mengapa perasaan malu Aryssa benar – benar
membuatkan dia semakin mencintai wanita itu. sebelum ini, ramai perempuan yang
tergila – gilakannya tetapi hanya dipandang sebelah mata. Aryssa.. membuatkan
matanya terbeliak tak tertutup langsung!. Jatuh cinta tahap ekstrem....
**************
Sungguh..... Aryssa rasa disayangi oleh lelaki yang sentiasa
mencintainya. Kasih sayang Ayie tak berbelah bahagi sungguh pun diwarnai dengan
penuh rasa humor. Apa yang tidak dikutuknya... warna kereta Aryssa, cara Arysa
memandu semuanya dijadikan bahan humor. Kadangkala sakit juga hati tetapi tak
mengapalah..asalkan Ayie menyayanginya.
Dalam pada mereka mengemudi rasa bahagia, muncul semula Uzair
yang pernah mengusik perasaan cinta Aryssa. Dan yang lebih merumitkan apabila
Uzair kini juga bekerja dengan bapa Ayie. Mereka berada di dalam satu bumbung. Setiap
kali Aryssa datang untuk berjumpa dngan Ayie, pasti Uzair akan menempel.
Ayie yang masih tidak tahu akan kisah lalu mereka menganggap
Uzair sengaja mahu mengusik Aryssa. Ayie cuma tersenyum lebar setiap kali Uzair
mengusik mahu merampas cinta itu daripada genggamannya. Kening Aryssa yang
bertaut itu meyakinkan Uzair yang dia perlu berusaha lebih kuat untuk
mendapatkan Aryssa kembali.
********************
Aryssa berdiri di hujung food court menanti Ayie yang belum
tiba. Uzair menghampiri dengan senyuman yang pernah mencairkan hati Aryssa. Resah
Aryssa dibuatnya.
“Ayie masih belum tahu kan yang kita pernah bercinta?” Uzair
mula memancing resah di jiwa Aryssa.
“Yang lepas ..... jangan kau ungkit. Kau yang pergi dan
sekarang jangan ganggu aku dan Ayie” Aryssa mula bertegas. Tali beg tangannya
digenggam kuat. Kalau tak kerana masih ada rasa hormat, memang dah pecah kepala
Uzair dihentak dengan kerusi sebelahnya.
“Kalau aku ceritakan?”
“hei Uzair.....sekali pun kulit kau dan aku tidak bersentuhan.
Yang bersentuhan cuma hati sahaja . itupun sudah mati lama buat kau. Jadi,
jangan harap kau nak kata aku ni bekas kau ke apa..... parut pun kau tak layak
nak andaikan!. Pergi... jangan ganggu aku dan Ayie” Aryssa kini mula bertegas. Dia
tahu sikap Uzair yang tidak mahu mengaku kalah itu. dulu, dia juga yang
terkejar – kejarkan rakan sepejabatnya.... sekarang nak pulang pada Aryssa?. Maaf
banyak – banyak!.
Ayie mendekati mereka berdua dengan senyuman.
“Mari sayang... hari ni saya tak kerja. Kita keluar berjalan”
ajak Ayie. Uzair mendengus,
“Kau nak bawa tempat kita memadu cinta dulu ke?” soal Uzair. Panas
sahaja hati Aryssa waktu itu. memadu cinta?????? Bila masa pula aku dan dia
jadi lebah???.
Ayie kelihatan tenang. Dia mendekati Uzair dan menepuk – nepuk
bahu rakan sekerjanya.
“Aku dah tahu siapa dia di hati kau dulu. Maria dah ceritakan.
Dah... berhentilah buat kerja tak elok ni. Jangan ganggu kebahagiaan aku dengan
diabetes aku” Ayie merenung mata Uzair dalam – dalam.
Aryssa menampar belakang badan Ayie.
Dia suka bab mempertahankan dirinya tetapi bab diabetes
tu..... haish! Tak boleh ubah – ubah sampai sekarang.
Uzair terus menapak pergi. Apa lagi dia boleh buat. Ayie anak
majikannya. Senang – senang dia kena tendang dengan ayah Ayie. Aryssa berhenti
melangkah. Dia memandang Ayie yang menoleh memandangnya.
“Saya nak beritahu... yang saya masih dara”
Terbatuk – batuk Ayie mendengarnya. Nak ketawa pun ada.
“Saya tahu Uzair akan kata benda – benda tak elok pada saya. Baik
saya beritahu awal – awal” Aryssa tunduk.
“Tiba – tiba saya rasa jadi macam Ashraf muslim dalam filem
aku masih dara” pecah tawa Ayie. Muka Aryssa merah padam. Niatnya lain tapi
kedengaran lain pada Ayie. Malunya tak terkata. Ayie melangkah hampir
dengannya.
“Saya tak kisah awak tu ehem ehem ke tidak... yang saya tahu
awak tu cinta geli – geli saya” sengih Ayie. Berkerut dahi Aryssa.
“Cinta geli – geli?”
“Ya... cinta yang sentiasa buat saya tersenyum dan ketawa. Cuba
awak tengah geli... awak boleh buat muka masam? Tak bukan?. Walau awak tengah
marah macam mana pun, awak tetap akan ketawa”
Aryssa tergelak.
**************
Ayie membawanya ke rumah kedua ibubapanya yang sudah pun
menunggu Aryssa lebih awal di rumah. Terkejut besar Aryssa dengan layanan yang
diterimanya. Ibu bapa Ayie sangat baik dan ramah tamah. Sebelum mereka makan
malam, Ayie duduk di sebelah Aryssa bersaksikan kedua ibu bapanya dan Sofea.
“Sayang... saya mahu melamar awak menjadi suri dalam hidup
saya. Saya lelaki biasa yang banyak kekurangan tetapi saya akan memperbaikinya
sedikit demi sedikit agar menjadi lelaki
yang awak idamkan. Di hadapan kedua ibu bapa saya, saya melamar awak sebagai
tanda betapa seriusnya saya untuk mendapatkan cinta saya ini...sudikah awak
sayang?” soal Ayie.
Aryssa tergamam. Sofea gelak dan kedua ibu bapa Ayie senyum
bahagia. Akhirnya anak sulung mereka akan bernikah juga. Aryssa tak mampu untuk
berkata apa – apa lagi.... dia hanya mengangguk dan Sofea melonjak gembira.
“Kak Long.. esok masakkan nasi lemak ayam dengan kangkung
goreng macam hari tu. Abang tak bagi pun Fea makan habis hari tu”
Aryssa ketawa dan mengangguk setuju.
Akhirnya... dia berjumpa juga dengan lelaki yang bakal menjaga
diri dan maruahnya sepanjang hayatnya. Cintanya.... cinta geli – geli hanya
buat Azharie....
Best sesangat. ..sweet jer...
ReplyDeletewah...soo sweet..
ReplyDelete