Tuesday, 27 May 2014

cerpen: SAYANGI AKU... SUAMIKU

Sayangi aku...

Amira menutup kembali foto album yang mengembalikan semua memorinya. Zarul.... hebat pada nama tetapi bukan pemiliknya. Kalaulah cintanya teguh sudah tentu Amira tidak disakiti emosinya. Pernah suatu ketika Amira sendiri yang ke pejabat agama apabila suaminya ditangkap akibat berkhalwat dengan seorang artis ternama. Hancur lebur hatinya saat itu.

Perhubungannya bersama artis tersebut putus begitu sahaja. peluang adalah hak semua insan.... itu yang tertanam di jiwa Amira. Zarul perlu diberi pluang kali kedua. Cintanya tak pernah pudar walaupun hatinya tercalar berkali – kali. Makan minum Zarul, tempat tidur Zarul dijaga bak mereka baru berkahwin. Segalanya sempurna. Tidak pernah Zarul ke pejabat dengan perut yang masih kosong. Tidak pernah juga dia ke pejabat dengan baju yang tidak bergosok. Amira melakukannya kerana cinta..... cinta yang entah masih ada atau tidak dalam diri Zarul. Mujur Zarul tidak pernah menengkingnya apatahlagi naik tangan.

“Mira... abang nak keluar” Zarul membuka pintu bilik. Amira membetulkan duduknya.

“Dengan siapa?” soal Amira. Zarul tidak menjawab sebaliknya terus turun. Berdiam diri... tanda  - tanda dirinya dikhianati lagi. Zarul tidak akan pernah berbohong pada Amira. Dia akan membisukan mulutnya sahaja. tidak mampu menjawab perkara yang dia yakin melukakan hati Amira.

Zarul membuka pintu kereta tetapi ditahan oleh Amira.

“Abang... jangan buat hal lagi” Amira memujuk Zarul.

“Mira sayang abang. Mira tak sihat ni.... tolong” pipi Zarul dielus lembut dan Zarul terus menutup kembali pintu keretanya.

“Mira demam ke?” dahi Amira di rasa dengan telapak tangan kirinya.

“Bukan sakit di situ tapi di sini....” Amira memegang dadanya. Zarul mengeluh dan mengatur langkahnya masuk kembali ke dalam rumah. Telefon  bimbitnya berbunyi. Zarul memandang telefon di tangannya dan kemudiannya memandang Amira.

Serta merta air mata Amira menitis. Dia yakin.... sangat yakin Zarul di lamun cinta lagi. Zarul terus naik ke atas. Tidak sanggup melihat wajah Amira lagi.

Malam itu Amira tidur diulit air matanya sendiri. Memandang Zarul di sebelah yang seudah pun terlena.

‘pernahkah diri ini merobek walau seinci rasa kasih antara kita?. Tak sempurna lagikah Amira sebagai isteri abang?. Amira cuma manusia biasa..... terlalu biasa untuk menjadi yang istimewa’

                                 **************

Bagai direntap jantungnya apabila melihat Zarul sedang memilih barangan dapur bersama seorang wanita. Gelak tawa mereka bagaikan peluru yang terbenam jauh ke dalam hatinya.  Amira terkaku. Zarul langsung tidak menyedari kehadiran Amira di situ.

Wanita itu menoleh dan menggoncang lengan Zarul.

“Mira......”

Zarul dan Amira berbalas pandangan. Air mata yang jatuh itu dibiarkan lepas. Tiada upaya untuk mengesatnya lagi. Amira tidak mampu marah ataupun tersenyum. Hatinya hancur.... berkali – kali. Zarul mendapatkan Amira yang masih berdiri.

“Mira...”

“jauh abang..... orang sedang pandang kita. Mira tak mahu orang burukkan abang. Biarlah hati Mira yang mendidih ni sejuk sendiri. Tak guna abang pujuk...... tak layak memujuk hati Mira sebab abang yang melukakannya. Pergi” ujar Amira yang hanya memandang wanita itu daripada tadi.

Amira terus pergi meninggalkan suaminya. Satu barang pun tidak dibelinya. Dia hanya pulang dengan air mata. Tiada satu pun barangan yang disenaraikan itu berjaya di bawa pulang.

                                    **************

Zarul pulang ke rumah. Pintu bilik dibuka. Dia terus memeluk tubuh Amira.

“Maafkan abang, sayang! Abang masih cintakan sayang seperti dahulu. Kasih sayang abang takkan kurang” Zarul memegang kedua belah pipi Amira.

“Takkan kurang?. Kasih sayang yang dahulunya 100% kini di bahagi dua. Itu bukan kurang ke  abang?” soal Amira. Zarul menumbuk dinding biliknya. Marah pada diri sendiri yang tidak mampu melawan godaan.

“Abang...daripada abang buat dosa ke hulu ke hilir begitu...... kahwin sahaja. lepaskan Mira!”

Terduduk Zarul mendengarnya. Lepaskan Amira? . wanita yang membelainya siang dan malam?. Itu adalah mustahil. Walaupun dia mencintai Yana tetapi untuk meninggalkan Amira tidak sesekali. Zarul memeluk tubuh Amira erat – erat. Dia mengucup dahi Amira dan rambut yang sentiasa berbau harum itu dicium.

“Jangan buat abang begini”

Amira menolak perlahan tubuh suaminya.

“Hati ini dah tak punya rasa cinta buat Amira” Amira menepuk perlahan dada Zarul.

“Tak.. sayang.... abang cintakan Mira”

“Jangan kata cinta kalau tiada kesetiaan kerana sebahagian daripada cinta itu adalah kesetiaan, abang” Amira terus masuk ke dalam bilik mandi dan menguncinya. Dia bersandar di pintu dan akhirnya terjelepok ke lantai.

Zarul juga bersandar di luar pintu bilik mandi.

“Tak pernah abang hilangkan walau satu peratus pun cinta abang pada Mira, sayang. Abang terlalu lemah untuk menidakkan rasa cinta abang pada Yana. Abang memang nak beritahu yang kami mungkin akan berkahwin tapi abang takut Mira tak boleh terima.” Zarul mencengkam rambutnya.

“Kalau hak berkahwin itu ada pada wanita sekalipun... Mira takkan seskali menduakan abang”

Kata – kata Amira memukul ego Zarul. Tiada sahutan lagi. Yang kedengaran hanya esak tangis Amira.

‘sayang.... abang tetap cintakan sayang seperti dulu.... masih sama , sayang’

                         ***************

Amira membentang sejadah di bilik solat. Dia memandang jam dinding yang sudah pun menuju ke angka 3 . Amira memulakan solat hajat. Memohon agar rumahtangganya selamat. Harapannya agar Allah menyedarkan kembali betapa dia dan Zarul saling mencintai. Ini kali kedua... sejujurnya dia sudah tidak sanggup menghadapinya lagi. Walau punya rasa cinta tetapi kesakitan hati itu juga mampu mengaburi semua sinar cinta yang masih teroancar di dalam hatinya.

Tangannya diangkat. Memohon doa pada yang Esa.

“Ya Allah.... aku cuma isteri yang punya kekurangan melebihi suamiku. Jika tidak, syurga itu tidak akan berada di telapak kaki suamiku dan segala perbuatanku tidak memerlukan izinnya. Ya Allah... janganlah kau jauhkan aku dari syurgaku. Aku tahu dia semakin jauh dariku. Bau syurga itu semakin hilang .. tak mampu ku hidu seperti selalu. Jika aku isteri yang baik buatnya.... kekalkanlah kami hingga ke syurgamu Ya Allah. Jika wanita itu adalah teman yang baik untuknya di dunia dan di akhirat, kau tabahkanlah hatiku. Kuatkan aku agar tidak tercari – cari lagi mana arah bauan syurga itu. aku yakin.... jika dia bersama wanita itu , aku akan ditinggalkan jauh ke belakang dan seterusnya hilang. Malah kehilanganku juga tidak akan dia rasai.”

“Ya Allah...... bahagiakanlah suamiku dunia dan akhirat dan didiklah hatiku ini agar mnjadi seorang yang pemaaf agar aku mampu memaafkan lelaki yang paling aku cintai. Aku tak pernah kesal akan kekuranganku kerana semua ini adalah kehendakmu. Terima kasih Ya Allah kerana sudi meminjamkan dia walaupun cuma untuk lima tahun”

Air matanya masih mengallir. Entah mengapa sukar sekali mahu disekat.

Amira masuk semula ke dalam bilik. Wajah Zarul yang sedang tidur lena di renung. Mungkin tak lama lagi wajah ini akan pergi jauh. Tak mampu untuk dia tatap dan sentuh lagi.

Amira memeluk perlahan tubuh Zarul. Kepalanya dietakkan di dada Zarul. Air mata yang masih lagi mengalir membasahi baju Zarul di bahagian dadanya sedikit. Zarul membuka matanya perlahan – lahan. Kedua belah tangannya mmeluk Amira dan kepala isterinya dikucup sebelum dia lena semula.

‘sayangilah aku....wahai suamiku’

                           *******************
Keesokan harinya, yana datang ke rumah mereka. Yana duduk dengan selesa di sofa rumah Amira. Memang berani perempuan itu datang untuk mminta izin. Malah, Zarul juga terkejut dengan kehadiran yana di rumahnya.

Zarul duduk di sebelah Amira. Sakit hati Yana apabila Zarul tidak memilih untuk duduk di sebelahnya.

“Nak apa?”

“Minta izin demi kebahagiaan Abang Zarul”

Jawapan yana membuatkan kening Amira bertaut. Kebahagiaan?. Kenapa? Selama ini tidak bahagiakah Zarul bersama dengannya.

“Abang zarul juga perlukan zuriat dia sendiri. Jangan penting diri” lancang sekali kata – kata Yana. Amira memejam matanya rapat – rapat.

“Apa ni Yana?” soal Zarul.

“Ye.. abang tak pernah kata apa – apa tapi yana perasan yang abang suka sangat dengan budak – budak. tempoh hari masa kita di taman permainan, abang sibuk melayan kanak – kanak kat sana” Yana mula menekan soal anak di hadapan Amira.

“Abang tak tak pernah merungut mengenai hal itu, yana!” kali ini Zarul pula berperang mulut dengan yana.

“Abang dah kenapa?” Yana berdiri. Sakit pula hatinya apabila ditengking di hadapan Amira.

“Balik... Yana” arah Zarul.

“Abang... jangan jadi hipokrit. Memang abang mahukan anak...” Yana cuba lagi.

“Balik!!!” suara Zarul memetir. Terkedu Yana di situ. terus dicapainya beg tangan dan terus keluar tanpa memandang Amira yang yang sudah lemah dek air mata. Pandangan Amira hanya ke hadapan. Tidak kuasa mahu pergi lagi. Itulah hakikat yang perlu dia hadapai. Ya.... Zarul mahukan anak!. Salahkah dia kalau masih belum mampu mengandungkan zuriat Zarul?. Dia tidak mempunyai apa – apa masalah. Zarul juga begitu. Allah itu Maha Berkuasa..... memberi itu hak Allah. Siapalah dia mahu mempertikaikannya. Zarul yang sedang berdiri di sisi Amira meraup wajahnya. Dia dapat rasakan kesengsaraan hati dan telinga Alira sewaktu mendengarnya. Itu memang Zarul..... dia memang sukakan kanak – kanak daripada dulu lagi. Selama ini jika berjalan dengan Amira, ditahankan sahaja keinginannya untuk mencuit pipi kanak – kanak comel berhampiran dengannya demi menjaga hati Amira. Tanpa memandang wajah Zarul, Amira menggenggam seluar Zarul yang masih berdiri dengan penuh rasa kesal dengan tindakan Yana.

“Kalau abang mahu Mira jadi lebih cantik.... Mira akan buat sampai Mira cantik. Kalau abang mahu Mira jadi suri rumah yang sempurna , Mira akan berusaha hingga abang tak mampu lihat sebarang cacat celanya tapi kalau abang nak anak...” Amira memjam matanya rapat – rapat. Bagai tersekat di kerongkong bait – bait ayat yang bakal dituturkannya itu.

“Kalau abang mahukan anak.... Mira tak mampu. Tiada kuasa untuk Mira lakukannya. Itu hak Allah.”

Zarul terus memeluk tubuh Amira.

“Tak,.. tak sayang.... jangan cakap macam tu. Allah....” Zarul mengucup bertalu – talu pipi Amira . kedua belah pipi Amira dipegang dan Zarul memandang tepat ke dalam anak mata Amira.

“Demi tuhan yang menciptakan kita....... walaupun abang tidak setia tetapi itu bukan alasan atas ketidaksetiaan abang. Abang yang terlalu lemah melawan godaan syaitan. Sayang..... abang berjanji selepas ni abang takkan buat sayang menangis lagi.... abang berjanji sayang” tubuh Amira dipeluk lagi.

Sungguh dia tidak sanggup melihat Amira seperti itu. dia tahu soal anak agak sensitif bagi Amira yang sudah pun melayari bahtera selama lima tahun bersama dengannya. Hari itu mata hatinya terbuka luas. Entah mengapa dia turut sama merasai kepedihan yang sama. Hatinya bagai dirobek – robek apabila mendengar kata – kata Yana.

Kun Faya Kun...

Tiba – tiba hati Zarul menjadi teguh apabila melihat setiap titis air mata Amira yang keluar. hilang segala cintanya buat Yana yang boleh dikira hanya kerana tuntutan nafsu. Dia akui tidak mampu hidup tanpa Amira.

Tiba – tiba tubuh Amira menjadi longlai. Terkejut Zarul dibuatnya. Terus tubuh yang terkulai itu di bawa ke klinik. Kali ini Zarul menyumpah dirinya sendiri berkali – kali.


Doktor Halina mendapatkan Zarul dengan senyuman.

“Zarul.... Amira hamil. Tahniah.....” Doktor Halina yang merupakan kenalan mereka juga turut sama gembira atas berita itu. dia yang banyak kali menjadi pendengar setia setiap keluh kesah Amira turut sama berdoa untuk kehamilan itu.

Zarul terkedu. Cuma kakinya sahaja yang melangkah kemas menghampiri Amira yang masih terbaring di katil.

“Sayang hamil...” bisik Zarul. Air matanya tumpah. Amira yang lemah hanya tersenyum. Dia memegang tangan Zarul dan meletakkannya di perut. Mereka berdua tersenyum.

“Anak kita tak bagi ayah dia pergi” senyuman yang sulami dengan tangisan itu membuatkan Doktor Halina juga berasa sedih. Dia tahu semuanya.

“Kalau sayang masih sama seperti sebelum ini pun...abang takkan pernah tinggalkan sayang” dahi Amira dikucup. Amira terpandangkan bingkai gambar tulisan ALLAH. Dia tersenyum. Kun fayakun.... terima kasih Tuhanku yang Maha Penyayang.....
                                       ***********



19 comments:

  1. best jugak... (Y)

    http://ashikakkoii.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Ashi...... sudi baca gak....
      nanti akak terjah blog awak ye

      Delete
  2. Dear Iza....

    Tersentuh hati naluri kak ita kala membaca cerpen ni.... betapa tabahnya seorang Amira... betapa kekar nya nilai cinta seorang isteri... walau berkali si suami tegar mencincang lumat hatinya... tetapi rasa cintanya pada suami tak pernah hilang

    “Kalau abang mahu Mira jadi lebih cantik.... Mira akan buat sampai Mira cantik. Kalau abang mahu Mira jadi suri rumah yang sempurna , Mira akan berusaha hingga abang tak mampu lihat sebarang cacat celanya tapi kalau abang nak anak...” Amira memjam matanya rapat – rapat. Bagai tersekat di kerongkong bait – bait ayat yang bakal dituturkannya itu.

    “Kalau abang mahukan anak.... Mira tak mampu. Tiada kuasa untuk Mira lakukannya. Itu hak Allah.”

    Sesungguhnya pengalaman itu mengajar kak ita masuk ke dalam hati watak... kak ita menunggu 6 thn ... dgn pelbagai cara... hingga bila Allah kata Kun Fa Ya Kun.. maka jadilah

    kak ita di anugerah kan Allah twin

    Tahniah Iza

    good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..... sekali Allah beri... lebih dari apa yang kita mahukan. kan.... bestnya dapat twin!!!!!! comel sungguh!. terima kasih ye sudi baca kak ita...... dan tahniah sebab izah yakin akak dan suami pasangan yang bertuah kerana dikurniakan kesabaran dan kasih sayang yang melimpah ruah.... hasilnya, Allah kurniakan twin yang sangat comel..... mesti rasa manis sekali......

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Sembah syukur pada pemilik alam... itu lah yg mampu kak ita lakukan .. sekarang twin akak dah berada di tahun 6... kedua2 puteri... nama pun kak ita bagi Puteri...

      Sesungguhnya setiap apa yg terjadi ada hikmah yg tersembunyi.. cuma tanya diri mampu atau tidak kita gelusurinya... kesabaran... peka juga tolarate dgn sekitar... berbincang dari hati.. serta pandai manage hati kita sendiri... jgn sesekali bertanya pada diri kita "kenapa" kerana bila kita bertanya seumpama kita tidak redha dgn ujian Allah... adalah lebih baik kita terus berdoa... meminta pada yg tahu "siapa kita" pada Dia yg menjaga "buku takdir" kita..

      Kak ita kini bersyukur krn kesabaran juga keikhlasan akak menghadapi jalur kehidupan.. Allah masih lagi mengatur yang terbaik... Semoga ianya terus begini... Amin

      Ikhlas
      kak ita

      P/s: kak ita nampak iza ada paste kat Waniza Aisa komen akak tu.. huhuhuhu... rasanya ada yg kenal akak kat situ.. cuma mereka just diam

      Delete
    4. waaaaaaaaaaaaaaaaa.. kak ita member group den yeeeeeeeeeeeeeeee.....!!!!!! <3

      Delete
    5. Yezzaaaa

      cari yang like ada nama itaxxx... :)

      Delete
    6. Allah membiarkan Kita menahan keperitan dengan memohon keampunan Dan keredhaan dariNya. Allah menarik Dan mengambil sementara benda yang Kita inginkan kekal untuk Kita tp sebenarnya benda yg Kita inginkan kekal Allah SWT kekalkan sesuatu yg jangkau dek akal Kita manusia sehingga Kita sedar akan Kekuasaannya dan beristiqamah untuk memperbaiki kelemahan Kita yang lampau Dan bangkit tanpa mengeluh dengan apa yg ada.

      Delete
    7. Allah membiarkan Kita menahan keperitan dengan memohon keampunan Dan keredhaan dariNya. Allah menarik Dan mengambil sementara benda yang Kita inginkan kekal untuk Kita tp sebenarnya benda yg Kita inginkan kekal Allah SWT kekalkan sesuatu yg jangkau dek akal Kita manusia sehingga Kita sedar akan Kekuasaannya dan beristiqamah untuk memperbaiki kelemahan Kita yang lampau Dan bangkit tanpa mengeluh dengan apa yg ada.

      Delete
  3. sedih sgt.... kerana saya sedang mengalami nya.. hampir 90% cerita ini sama dgn saya..harap saya pn dapat happy ending macam ni.... ermmmm.. tapi ini semua cerpen.. tp saya realiti..moga Allah telah menyediakan yang lebih baik untuk saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mila.... jngan putus harap ya.... memang ini cuma cerpen tapi x mustahil ianya berlaku pada mIla. sudah tentu... percaya bahawa Allah itu Maha adil. akak punya anak tapi akak tak sesihat mereka yang lain. mungkin x sesihat Mila. sekurang2nya Mila tak perlu makan ubat seumur hidup Mila seperti akak. akak pernah rasa terlalu kecewa dngan apa yang akak hidapi... tapi bila akak fikir, kenapa akak harus memandang kekurangan berbanding kelbihan yang Allah telah berikan pada akak. Bila Mila diduga bermakna Allah memandang Mila. itu bermakna Allah sayangkan kita..... ibu saudara suami akak 11 tahun berkahwin... akhirnya punya juga seorang cahaya mata. Makcik akak, kakak kepada mak akak langsung x punya zuriat. dia tetap bahagia sehingga kini.... pandang kelebihan Mila........ tidak mendapat zuriat bukan kekurangan Mila tetapi belum dikehendaki Allah...... kuat ya Mila!!!!! milahidup bukan semata2 kerana manusia lain tetapi hidup kerana Allah juga...... Allah pandang Mila maknanya Allah mendengar keluh ksah Mila. akak doakan apa yang Mila doakan akan diperkenankan Allah... Amin...

      Delete
  4. ringkas je,tapi sngt menyentuh hati,tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ye MY Munie... sudi gak baca
      yippiiiiiiiiiiiii <3

      Delete
  5. Ok da nangis mmg realiti pun tp kena tabahlah semua benda payah ikutkn tapi kita wanita kena tahanlah .

    ReplyDelete
  6. padat,ringkas,sentap,ersentuh..Allah semua ada..ceritanya ibarat hidup

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Kak jijah aku sedihhh huwaa

    ReplyDelete
  9. Terasa sebak.. Knp berlaku dlm hidup ku ini.. 9 tahun nenanti.. Disaat ku tahu aku hamil..suamiku telh menghamilkn wanita lain.. Telah berkahwin tanpa pengetahuanku.. Hanya utk dptkn anak. Tapi Allah lebih tahu yg terbaik utkku.. Aku keguguran kerana tekanan.. Sanggup kau lukakan hatiku hanya utk penuhi impianmu seorg..

    ReplyDelete