Saturday, 10 May 2014

IREEN IR... - BAB 6

BAB 6

“Lambat lagi?” Irsyad mengerling jam tangannya. Ireen yang bari tiba cuma menggenggam tali begnya kuat – kuat. Harapannya agar Irsyad tidak terus memarahinya. Bukan lambat sampai sejam pun, 59 minit jer!.

Ireen menjuihkan bibirnya. Nak buat apa lagi?. Itulah wajah paling sesuai untuk dipamerkan buat Irsyad agar kemarahannya lega.

Dia fikir, sebaik sahaja dia melintasi Irsyad, kemarahan lelaki itu akan tamat begitu sahaja?. silap besar.

“Ireen ... tunggu!”

Ireen mengerutkan wajahya. Adeh... apa lagi?????. Bagilah aku makan dulu. Dah lah tadi tak sempat sarapan. Aku mengamuk kang!!!.

“Resit pada Puan Norma awak tak bagi ye, semalam?” soalan Irsyad membuatkan kepala Ireen bagai sudah menerima isyarat yang dia bakal dimarahi.  Nasib badan....

“Ala... Puan Norma tu yang sibuk sangat nak balik awal. Saya baru nak tulis huruf A”

“Nampak sangat menipu” Irsyad geleng kepala.

“Ehhhhh... apa pula?”

“Pagkal nama Puan Norma tu huruf N”.

Bibirnya terus terjuih lagi. Kalau di tarik dah boleh buat hamparan karpet!.

“masukkan balik bibir tu... masukkkan balik. Sekarang!” Irsyad mahu ketawa tetapi dia yakin Ireen tidak akan menghormatinya jika dia senang menempah gurau dengan wanita itu.

“Macam mana nak masuk balik bibir?. Dah bibir kat sini saja kan”

“Saya kata yang terjuih tu.. jangan nak minta simpati lagi. Lain kali orang beli apapun kena bagi resit. Tak profesional langsung”

“bagi resit pun nak pro segala” bibir semakin dijuihkan

“masukkan balik yang terjuih tu!”

“Seksi betul bila Encik Irsyad sebut juih – juih macam tu”

“Gila!” Irsyad memicit – micit kepalanya.

“Sebutlah lagi... juih...juih....juih”

“Ireen!”

Terus tubuhnya terduduk di bangku. Pen dihadapan dicapai walau tak punya kertas untuk menjadi bahan contengan. Irsyad tidak mahu tunggu lama dan dia terus masuk ke dalam biliknya. Huda tersenyum lebar. Macam manalah kalau dia bersalin nanti, mesti haru dibuatnya.

                              *********************


Danial berbisik – bisik telinga Irsyad dan kemudiannya akan diselangi gelak tawa oleh mereka berdua. Ireen yang sedang menghidang laksa asam di atas menja mengerling irsyad dan abangnya yang masih lagi terkekeh – kekeh ketawa. Datin Rosnah di dapur juga turut sama ketawa. Ireen sedikit keliru. Apa yang mereka ketawakan sangat?.

“Danial... tak mahu begitu sayang, malu adik tu nanti” Datin Rosnah bersuara. Air tembikai laici di bawa ke ruang tamu dan diletakkannya betul – betul di hadapan Irsyad.

“Ala... Danial cuma cerita adik tidur lasak. Kadang – kadang kain sampai ke perut. Nasib baik pakai seluar paras lutut kat dalam... itu belum tidur ternganga lagi” Danial menerangkannya dengan wajah yang selamba. Langsung tidak memandang wajah Ireen yang sudah pun merah padam. Kalau bukan Danial tu abangnya, sudah tentu Danial akan bermandikan kuah laksa waktu itu juga.

“Uish.... lasaknya” Irsyad bukan main lagi layan kepala Danial. Dia memandang Ireen seketika. Senyuman yang diberikan sangat menyakitkan hati. Senyuman mengejek!.

“Pakcik nak kahwin dengan adik saya?” soalan Danial membuatkan air yang baru diteguk oleh Ireen dan Irsyad tersembur mengenai wajah Danial yang duduk ditengah – tengah mereka. Danial memandang wajah Datin Rosnah dengan wajah yang sedih dan terus masuk ke bilik tidurnya. Sudah pasti dia merajuk. Ireen cepat – cepat berlari masuk ke dalam bilik tidur Danial. Satu tumbukan lembut mengenai lengan Danial.

“Amboi gatal!”

“Abang tanya pakcik tu saja” Danial mencebik. Lengan yang baru sahaja ditumbuk itu dikesat berkali – kali.

“Pakcik apa mendenya!. Dia muda tiga tahun daripada abang tau” Ireen menekup wajahnya dengan bantal kepala Danial. Malu!!!!. Mana nak letak muka dia lagi?. Irsyad tentu fikir lain nanti.

“Adik tak nak atuk tu?” Danial menyoal lagi

“Atuk mana pula?”

“Atuk kat depan tu lah. Abang suka dia. Adik suka?” Danial menyikat rambutnya dan tersenyum memandang wajahnya di hadapan cermin.

“Atok pula... tadi pakcik!. Melampau betul abang ni”
 Danial gelak besar dan terus baring. Tidak lama selepas itu dia tertidur begitu sahaja. Ireen ke ruang tamu untuk melayan Irsyad yang datang untuk menjenguk keluarganya.

Tersentuh juga Ireen dengan kebaikan Irsyad terhadap mama dan abangnya. Irsyad nampak ramah dnegan mereka berdua tetapi kenapa dengannya asyik nak marah sahaja?. kalau disoal pun bukannya Irsyad mahu menjawabnya jadi Ireen hanya diamkan sahaja. majikan tetap benar walau dalam keadaan apa sekalipun. Tertanya – tanya juga Ireen akan Irfan yang menghilang begitu sahaja. Irsyad langsung tidak pernah membuka mulut mengenai abangnya.

                                    ****************

Hari Sabtu itu mereka terpaksa datang ke galeri kerana mahu mengemas seluruh ruang pameran. Seorang pelukis tersohor menyewa galeri milik Irsyad untuk mempamerkan karya – karya terbarunya.

Belum apa – apa lagi, Ireen sudah buat silap. Angin sahaja Irsyad dibuatnya.

“saya tak perlu ada untuk membuat Encik Irsyad gembira” matanya menyorot ke lantai. Tidak mahu menentang wajah yang statik di hadapannya. Irsyad memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Buat seketika pandangannya dilemparkan sejauh mungkin. Irsyad diam.

“Apapun.... saya gembira kerana kenal lelaki yang serius namun murah hatinya. Lebih baik saya berundur pergi daripada saya dipecat. Itu lebih baikkan?. Maaf atas segala kesalahan yang telah saya lakukan itu Encik Irsyad. Tak pernah terlintas untuk merampasnya daripada Encik Irsyad” muka Ireen masih seperti tadi. Huda sedikit tercengang. Irsyad memandang huda dan terus menggelengkan kepalanya.

“Huda... baik kau nasihatkan dia supaya jangan melalut pagi – pagi macam ni. Suruh dia sapu nasi lemak yang jatuh ni kemudian buat kerja seperti biasa. Itulah, lain kali jangan mengada – ngada nak rampas makanan orang. Ingat satu lagi perkara... saya buka Irfan yang terlalu banyak gurauannya. Sapu nasi yang tumpah ni. Ishhhh.... pening!” Irsyad melintasi tubuh Ireen yang hanya menjuihkan bibirnya. Huda ketawa besar. Dipegang perutnya agar tidak bergegar anak di dalam kandungannya. Ireen... Ireen.... nasi tumpah je pun. Ayat mcam nak pergi tinggalkan kekasih. Sampai sahaja ke dalam biliknya, Irsyad meraup wajahnya sebelum tersenyum lebar. Sengal!

Ireen merungut sendiri sambil menyapu nasi lemak yang terjatuh ke lantai. Dia tetap menyalahkan Irsyad kerana tidak memberinya sebungkus nasi lemak terlebih dahulu. Dengan perempuan pun tak nak mengalah! . nasib baik bos... kalau tidak memang dah lama aku lesing!!!.

Seharian mereka tidak bercakap. Entah mengapa terasa rindu pula mahu mendengar leteran Irsyad seperti selalu. Ireen masuk ke dalam bilik melukis Irsyad. Perlahan – lahan sengaja dia melepaskan bulu ayam di kaki Irsyad. Tiada respon. Ditepuknya tagan seolah – olah sedang menepuk nyamuk, itu belum lagi dia berdehem berkali – kali hanya semata – mata mahu Irsyad memadangnya. Malangnya... semuanya tidak berhasil!.


Nak buat macam mana lagi?. Rasa macam hari itu bosan bagi Ireen. Ya... dia rindukan kata – kata marah Irsyad. Kenapalah galeri itu senyap bagai di landa garuda. Ireen termenung di hadapan galeri. Selepas beberapa ketika dia senyum sendiri...

“Adoi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Ireen sekuat yang boleh.

“adeh...adeh....’ Ireen mengurut buku lalinya. Irsyad yang berlari keluar terus mendapatkan Ireen. Matanya terus tertumpu pada buku lali Ireen yang sedang digosok – gosok.

“kenapa Ireen?”

“sakit... terjatuh tadi. Terseliuh kot. Ireen cuba bangun tapi tak boleh” Irsyad membelek buku lali Ireen.

‘Boleh jalan tak? Sebelah je kan?” mata Irsyad melihatkan kerisauannya. Ireen senyum lebar sewaktu tunduk. Tak boleh senyum depan dia... malu!.

“Dua – dua Encik Irsyad” Ireen memalingkan wajahnya ke sisi. Terus tubuhnya dicempung Irsyad masuk ke dalam galeri.

“Encik Irsyad pakai minyak wangi mahal ye......”

Soalan itu terus menjadi jawapan pada ‘kesakitan’ Ireen itu. Irsyad mengetap bibirnya. Geram!.

Terus tubuh Ireen dilepaskan.

“Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... Encik Irsyad sakit!” Ireen berdiri. Dirampasnya selipar dari tangan Irsyad. Mata irsyad terbeliak. Ok aje Si Ireen ni berjalan... terkena aku!!!.

“Sakit tahu tak!. Kalau dah tahu pun tak boleh letak baik – baik? Kalau retak tulang punggung ni, Encik Irsyad nak bertanggungjawab ke?”

“Awak yang tipu kan?”

Ah... malas nak layan!. Ireen meninggalkan Irsyad sendirian di situ. dia terus masuk ke dalam bilik rehat untuk merehatkan pinggangnya yang sakit. 

                                         *****************

Tak sampai hati pula Irsyad melihat Ireen yang membuat kerja dengan tangan yang sentiasa memegang pinggangnya. Mungkin terlalu sakit agaknya. Irsyad merapati Ireen yang hanya membuat kerjanya. Kali ini Irsyad memanggil lembut nama Ireen.

“Sakit ke Ireen?” soal Irsyad.
Ireen tidak mahu menoleh tetapi hanya menggelengkan kepalanya.

“Habis... kenapa asyik pegang pinggang?”

Ireen berhenti buat kerja. Dia memandang tepat wajah Irsyad. Boleh pula dia tanya aku sakit atau tidak?. Punyalah dia lepaskan aku sampai jatuh gedebuk tadi!. Rasa macam nak belasah pun ada. Nasib baik bos!.

“Ok.. sekarang saya pegang lutut!” Ireen memegang lututnya dan tertonggeng – tonggeng berlalu daripada situ. Irsyad terdiam. Nak kata apa lagi?. Nanti dia pegang pula hujung jari kaki pula. Nak jalan macam mana?.

Huda gelak besar. Entahlah sejak Ireen ada, segalanya berubah. Galeri yang dahulunya hanya dimeriahkan n bunyi tin cat minyak yang dibuka katup kini boleh dengar suara anak dara terpekik terlolong dan ketawa besar.

Ireen membersihkan tangannya. Jujur..... Irsyad tak suka Ireen begitu. Dia menghampiri Ireen.

“Awak nak melukis?..jom” pelawa Irsyad.

“Tak payahlah...”

“Saya nak beritahu awak... saya pujuk sekali sahaja. kalau masih tak makan pujuk, silalah pujuk diri sendiri” Irsyad berlalu. Cepat – cepat Ireen berlari dan menarik lengan baju Irsyad ke bilik melukis. Irsyad tergamam.,

“Macam nak tarik suami masuk...” Irsyad berdehem. Tengkuknya digosok berulang kali. Senyuman Ireen tok sah cerita. Berbunga – bunga!. Irsyad duduk dan menepuk kerusi yang berada betul – betul di hadapan kanvas yg masih kosong.

“Nak lukis apa?” soal Ireen.

“Suka hati”

“Encik Irsyad jadi model boleh?”

Permintaan mengarut. Tak kuasa Irsyad nak duduk tak bergerak – gerak untuk mejadi model lukisan pekerjanya sendiri.

“Jangan nak mengarut. Belajar asas dahulu”

“Ala... mesti suruh lukis epal. Tak sukalah macam ni. Tak ada pun Encik Irsyad lukis gambar saya sebagai hadiah. Sebulan lagi hari jadi saya” Ireen angkat – angkat kening.

“Tak ingin pun saya lukis gambar awak. Bukan cantik pun”

“Amboi!.....” Ireen geram. Dia bangun. Geram pula dia pada Irsyad. Dia memandang sekeliling. Mahu membuka salah satu lukisan karya Irsyad dan memberi komen paling pedas buat lelaki itu. dia menuju ke hujung bilik lukisan.

“Eh,.,. Ireen jangan...”

Belum sempat pun Irsyad menghabiskan kata – katanya, lukisan wajah Ireen sedang ketawa terpampang jelas pada pandangan mata mereka berdua. Ireen tergamam. Dia menelan air liur berkali – kali sebelum menoleh ke belakang. Irsyad terus keluar dan pintu ditutup. Ireen tersandar ke dinding dan akhirnya sekuntum senyuman terukir juga tapi Irsyad.....

Bunyi deruman enjin kereta Irsyad membuatkan Ireen berlari untuk mengintainya melalui tingkap. Nampaknya Irsyad pergi begitu sahaja. Huda yang baru sahaja masuk menggeleng kepala. Dia pasti ada sesuatu yang berlaku sebaik sahaja Irsyad keluar dengan wajah yang merah padam.

Huda menutup kembali potret wajah Ireen.

“Hadiah ke... jika sesuatu benda itu telah dilihat terlebih dahulu sebelum waktunya?”

“Maksud Kak Huda?”

“itu hadiah hari lahir Ireen. Kalau Ireen nak tahu sebuah potret yang Irsyad hasilkan berharga ribuan ringgit. Dia habiskan masanya setiap malam untuk menyiapkan potret ini. Ireen..Ireen...” Huda berlalu dan Ireen terduduk tanpa kata selama hampir sejam di dalam bilik itu.



2 comments: