Monday, 16 June 2014

CERPEN : HANYA KERANA DIA DIBERI HAK 2

HANYA KERANA DIA DIBERI HAK 2

Zaril masih tidak mahu melepaskanku. Katanya dia tidak mampu hidup tanpaku biarpun punya insan lain di sisinya. Allah pemilik segala takdir. Jiha tidak mampu untuk mengahwini Zaril kerana katanya rasa kasih sayangku sebagai seorang kakak akan padam setelah dia mengahwini Zaril. Pasti akan datang segala pancaroba yang akan melunturkan sedikit demi sedikit kasih sayang kami.

Suraya Imani tersenyum bangga kerana katanya Zaril tidak mampu memilih wanita lain untuk  mengurangkan rasa cinta Zaril buatnya. Perempuan gila!. Memang pada aku dia gila... perempuan mana yang segila dia tamakkan kasih sayang.

Aku bertemu dengan Ustazah Hasnah. Aku kuatkan hati atas nasihat yang dia berikan bautku. Ya... Zaril bukan hakku sepenuhnya. Dia hak Tuhan yang maha pencipta dan sudah tentu Allah berhak menentukan segelanya walaupun tanpa kerelaanku. Siapa aku untuk menentang takdir yang Allah tetapkan buat kami?. Aku hanya memegang satu daripada seribu kata – kata nasihat itu. senjata terbaikku adalah doa seorang isteri yang solehah. Jika aku tidak mampu menjadi isteri yang baik, ku pohon agar aku menjadi hambaNya yang baik. Redha di atas segala ketentuannya.

Zaril pulang ke rumah dengan senyuman. Pinggangku dirangkul agak lama, satu kucupan yang ku kira satu kucupan rindu melekat lama di pipiku.

“Abang rindukan Alissa. Sangat – sangat rindu”

Pipinya aku sentuh. Itu adalah perasaanku yang telah dia rampas. Harapan kerinduan yang kadangkala tidak mampu untuk dia penuhi. Sungguh... hatiku luluh mendengarnya. Aku cuba melepaskan rangkulan yang masih teguh melingkari pinggangku. Dia memejamkan mata dan dahinya terus jatuh ke bahuku.

“Biarkan abang memeluk sayang lebih lama. Jangan leraikan pelukan ini,sayang”

Aku terkesima. Zaril benar – benar emosi pada waktu itu. Sayang... akulah wanita paling sedih jika kau terluka tetapi kelukaan itu bukannya datang daripadaku. Aku leraikan juga pelukannya.

Zaril merenungku.

Kedua belah pipiku disentuh. Renungan sayunya menerbitkan beberapa perasaan tidak enak dalam diriku. Adakah kerana Suraya Imani?.

“Abang tak mampu hidup dalam kepura – puraan lagi. Abang tak mampu mengangguk. Mengiyakan bahawa abang bahagia bersama dia” sekali lagi tubuh ini dipeluknya.

Aku tersenyum biarpun tidak pasti senyuman itu atas sebab apa!.

Aku menenangkan Zaril dan dia kelihatan sedikit tenang dengan air koko panas yang aku buatkan untuknya.

“Abang, Alissa nak ambil Bella di tadika” senyumku lantas mencapai kuci kereta.

                                 *************

Bella membaca A B C dengan kuat di dalam kereta. aku menoleh dan tersenyum. Sampai sahaja di rumah, punyalah Bella gembira sebaik sahaja melihat kereta Zaril ada di luar. Dia terus keluar dan berlari mendapatkan ayahnya. Leher Zaril dipaut dan bertalu – talu kucupan Bella singgah ke pipi Zaril. Tubuh Bella diangkat dan digeletek hingga Bella ketawa tak henti – henti. Sebaik sahaja tawanya berakhir, aku duduk berhadapan dengan dua insan kesayanganku itu. Bella mula buka mulut.

“tadi cikgu marah Bella’ adunya.

“Kenapa?” Zaril mula menyoal. Tubuh Bella diangkat dan diletakkan ke atas ribaannya.


“Tadi kan ibu, cikgu tanya Bella siapa nama mama. Semua orang beritahu nama mama mereka. Bella sebut nama Mama Suraya sebab kan ayah suruh panggil dia mama. Bila cikgu tanya pada Bella yang Bella sayang mama ke tidak... Bella geleng kepala”

Zaril terkedu.

“Cikgu marah Bella tapi kemudian Bella kata ibu Bella cuma satu. Bella panggil dia mama sebab ayah yang suruh. Bella tak suka mama. Bila ayah dengan mama, ayah tak mahu dekat dengan Bella dan ibu. Semalam hari lahir ibu pun ayah tak balik” Bella terus berlari ke atas sambil memeluk beg sekolahnya. Zaril menekup wajahnya. Tunduk menekur lantai.

“Abang betul – betul lupa” Zaril menyentuh pahaku. Apa yang harus aku buat... marah? Herdik? Merajuk?... semuanya tiada guna.

“Tak mengapa. Dah terlalu biasa dilupakan” jawabku ringkas dan terus ke dapur. Aku tahu dia kecewa dengan dirinya sendiri tetapi kadang kala dia perlu juga dihunuskan dengan kata – kata yang pedih. Agar dia sedar aku juga punyai hak untuk menuntutnya.

Zaril termenung di sofa sendirian.

                        ****************

Kali ini kesabaranku sudah sampai ke puncaknya. Suraya Imani datang ke rumah dan mula buat kecoh. Dia pertikaikan giliran kami. Tidakkah dia sedar sudah dua minggu dia mengikat  Zaril tanpa melepaskan suamiku itu walaupun sehari buat aku dan Bella.

Bella yang berdiri di tangga sambil memeluk patung beruangnya ku suruh masuk ke dalam bilik. Zaril masih di pejabat. Suraya Imani hilang rasa sabarnya apabila Zaril menelefonnya sebentar tadi kerana mahu membawa kami sekeluarga ke Bali untuk bercuti. Sudah lama dia tidak membawa Bella bercuti. Tanpa mempelawa dia duduk aku terus melancarkan kata – kata pedih buatnya.

“Suraya Imani... alangkah bagusnya jika kau beriman seperti mana nama yang telah ayah kau berikan itu” aku mula hilang kesabaran. Jiha selalu berkata andai Suraya Imani sudah sampai memijak kepala, aku harus dengan tangkas menangkap kaki itu dan mencampaknya jauh hingga terasa akan kesakitan di hati.

Suraya Imani berdiri.

“Kak Alissa... saya pun tak pernah nak berbulan madu di Bali, ini pula akak , Bella dan abang mahu ke sana bertiga?. Suraya ni apa? Tunggul?”

Aku senyum sinis. Dia berbicara soal tunggul di hadapan aku yang bersabar dengannya lebih setahun itu?. Waktu itu tidak pula dia fikir benda yang sama.

“Itu hak Bella. Kalau kau nak protes, boleh protes pada suami kau. Bukan aku yang ajak tapi dia. Dia mahukan aku dan dia berbulan madu seperti mana kami berbulan madu di Bali dahulu. Lagipun Zaril kata dia rindukan masakan seorang isteri. Tak sangka pula berminggu – minggu Zaril di sana, dia cuma makan di luar. Kalau dulu aku terasa cemburu kerana kau lebih muda daripada aku, mungkin pada pandangan mataku kau punya kelebihan yang berganda – ganda taranya berbanding aku tapi bila aku lihat Zaril merungut mengenai cara kau menjaga dia, aku ketawa Suraya!. Aku ketawa...  kerana terasa rugi mencemburui manusia yang  tiada apa – apa untuk aku cemburukan. Aku dan Bella akan ke sana. Nak bantah atau apa... sila usulkan pada Zaril. Oh ya... sila keluar. aku tak senang punya tetamu seperti kau”

Suraya terus keluar. Dia merengus. Geram dengan  kata – kataku tadi. Lantak! Itu sahaja yang mahu buat sekarang. Aku perlu memperjuangkan hak Bella. Zaril adalah ayah Bella dan perlu untuk aku menuntut hak kebahagiaan milik anakku itu. apa sahaja demi Bella!.

                                         **************

Aku hanya memandang tanpa bicara saat Suraya Imani mengamuk di pejabat Zaril. Aku lihat Zaril menggenggam tangannya mengawal rasa marah. Sudah Zaril katakan selepas kami pulang bercuti, dia akan membawa Suraya Imani pula tetapi kesabaran yang sifar di dalam diri maduku itu membuatkan Zaril semakin bosan dan tertekan.

“Akak nak lebih dalam segala hal!” bentak Suraya Imani dan kali ini aku pula yang menjadi mangsa. Aku hanya tersenyum. Buat apa aku memperbodohkan diri terpekik terlolong sepertinya. Beg tangan aku capai dan mula mengatur langkah untuk keluar dari situ. tidak sampai beberapa langkah, hatiku ingin sekali berpatah balik dan aku benar – benar lakukannya. Kali ini aku berdiri betul – betul di hadapannya.

“Suraya... akak takkan mengalah kali ini” bisikku dan tersenyum sinis. Aku lihat ada getar pada bibirnya. Ku kira Zaril juga mendengarnya kerana aku lihat dia tersenyum memandangku. Ya... aku akan pertahankan cinta kami!.

“Tak payah nak ugut bunuh diri segala. Akak cuma akan buat kenduri tahlil untuk Suraya. Itupun kalau diterima bumi. Allah tak pandang pun orang yang bunuh diri. Lagi – lagi kalau perempuan yang busuk hatinya seperti kau ni”

“Sayang!!!!!!” rengek Suraya Imani. Mahu minta Zaril mempertahankan dirinya tetapi Zaril terus memimpin tanganku keluar. Aku tidak mahu keluar tetapi sebaliknya meminta agar Zaril membiarkan aku dan suraya Imani bicara berdua. Zaril keluar dan menunggu aku.

Aku berdiri dan Suraya Imani pula duduk. Kerusi ditepinya ku tarik agar dapat menghadap Suraya Imani.

“Aku beri kau lebih setahun setengah untuk memperbaiki hubungan kita. Aku tak pernah merungut mahupun masuk campur mengenai hal antara kau dengan abang Zaril tapi... aku silap rupanya memberi kau peluang untuk bersamanya. Aku kira kau mampu membahagiakan Abang Zaril. Mengisi segala kekurangan yang tak mampu aku beri. Jika kau cuma memeningkan kepala abang Zaril, memusnahkan senyumannya... untuk apa aku berikan kau peluang?. Kau akan menambah kekusutan di jiwanya sahaja. Suraya Imani,  aku akan rebut hak aku seratus peratus. Kalau kau mahu berubah, berubahlah daripada sekarang, jangan sampai kau terlewat untuk menyambut tangan Abang Zaril yang akan aku rentap!” aku senyum sinis dan terus keluar.

Aku tak sangka Suraya Imani  sanggup membaling kepalaku dengan mug yang terletak elok di atas meja Zaril. Bunyi jeritanku membuatkan Zaril  masuk ke dalam biik pejabat. Darah sudah pun mengalir keluar. tubuhku yang longlai dipangku dengan segera.  Mataku mulai kelabu dan aku tak tahu apa yang terjadi selepas itu.

                           ***************

Aku membuka mata perlahan – lahan. Bella dan Zaril tersenyum memandangku. Kepalaku yang berbalut membuatkan aku yakin kecederaan pada kepalaku agak teruk.

“Ibu... lepas ni ayah tinggal dengan kita hari – hari” Bella memeluk tubuhku. Lantas mataku menyambar wajah Zaril.

“Abang tak perlukan wanita lain di sisi abang. Dia menyakiti abang jika dia menyakiti Alissa. Kita bina hidup baru ya, sayang. Ampunkan semua dosa abang pada Alissa.berikan abang peluang untuk membuktikan bahawa cinta ini cuma milik sayang seorang” jujur Zaril. Air mata ini menitis. Setelah agak lama baru dapat aku rasa sentuhan cinta lelaki bernama Zaril.

“Mama masuk penjara’ ujar Bella.

“Dia bukan mama bella. Cuma ibu... cuma ibu, sayang’ bisik Zaril.

Zaril, aku tak merasa rugi menanti cintamu kembali padaku selama bertahun kerana apa yang aku dapat hari ini lebih indah daripada apa yang pernah kau berikan buatku... akan aku jaga rumahtangga ini hinggakan matamu tidak lalu untuk memandang cinta wanita lain seperti dulu.


4 comments:

  1. Huhhhhhhh mengeluh panjang kak ita

    penat menanti kesudahan... so seperti ulang tayang kehidupan sebenar.. begitu la kesudahan dan imbuhan kepada "yg busuk hati, yg tamak haloba, yg terlupa Allah miliki semua percaturan"... kesyahduan... kemenangan kepada "yang sabar, yg sentiasa berdoa, yg mengerti bahawa apa yg di miliki itu hanya pinjaman"

    Suka pengolahan azi yg akhirnya senyuman Lissa, Zaril dan Bella bersatu di bawah rahmat Ilahi.. Harga pengorbanan tulus penuh takzim serta sabar seorang ibu, isteri bernama Lissa... adalah kebahagian.. tetapi perlu percaya bahawa kebahagiaan sebenar adalah hanya pinjaman.. sentiasa mengingati Allah InsyaAllah Lissa berada di jalan benar...

    Buat Suraya Imani.. ingatlah merampas juga merosak kebahagiaan insan lain bergelar perempuan... biasanya kebahagiaan hnya sekilas cahaya kilat... hbis hujan... kilat hilang...

    Tahniah Azi

    love
    kak ita

    ReplyDelete