BAB 8
Darren puas mencari kelibat Sutera. Rasa bersalah
benar – benar menyelubungi jiwanya. Dia yakin Sutera sedang marah dan sedih.
Darren memusingkan stering kereta di sebuah kawasan perumahan. Dia menekan brek
kereta apabila terpandangkan beg tangan milik Sutera di bawah pokok yang
rendang. Darren menghampiri. Terdengar suara Sutera membebel – bebel seperti
marah. Darren memasukkan kedua belah tangannya di dalam kocek. Memandang Sutera
yang sedang mematahkan beberapa ranting pokok.
“Memang aku patah – patahkan saja tangan kau Darren. Kau ingat aku ni babun? Kambing?
Keldai? Yang kau nak marah – marah?. Kau ni kejam betul!” Sutera duduk bersila
di bawah pokok.
“Maafkan saya” kata Darren. Sutera terperanjat.
Cepat – cepat dia berdiri.
“Ni datang sini buat apa?.. menyibuk saja!. Kalau
ada hati nak marah dan tuduh saya macam – macam pergi balik. Pergi!. Saya pun
nak letak jawatan saya yang memang ishhhh...” jeling Sutera. Dia terpandangkan
tangan Darren yang masih di kocek seluarnya.
“Eleh... tak payah nak bergaya sangatlah!” jelingnya
lagi. Darren cepat – cepat menarik keluar tangannya dari kocek. Dia
menghampiri.
“Jangan nak dekat – dekat!. Ingat! Pak Kudus cakap
apa???. Jangan sentuh anak dia ni” marah benar Sutera kali ini. Darren menarik
nafas dalam – dalam.
“Tak bestnya merajuk dekat taman permainan’ usik
Darren. Sengaja mahu memancing senyuman di wajah Sutera.
Sutera memerhati sekeliling. Dia terdiam.
“Ok, maafkan saya atas semua tuduhan tu. Saya minta
maaf. Mungkin saya agak tertekan tadi. Awak buat apa yang awak nak buat sebagai
hukuman untuk saya” kata Darren.
“Hukuman apa?” jeling Sutera. Tajam benar jelingan
itu.
“Masa awak marah tadi, apa yang awak nak buat pada
saya?”
“Tumbuk!”
“Ok.. tumbuk sekarang” arah Darren. Makin
menghampiri. Sutera berundur.
“Nak tumbuk apa?” soal Sutera pula. Darren senyum.
“Tumbuklah apa yang nak tumbuk tapi... jangan di
muka” Darren mengangkat kening.
Sutera memandang Darren bermula dari kepala kemudian
turun ke dada , perut dan makin ke bawah. Cepat – cepat Darren bersuara.
“Ha.. situ pun tak boleh!”
“Tumbuk lengan sajalah!” kata Sutera. Darren
melangkah hampir di hadapan Sutera. Air liur ditelan. Jantungnya sudah pun
tidak tentu hala. Sutera menggenggam penumbuknya dengan kemas. Dia merenung
mata Darren. Dengan kuat Sutera menumbuk lengan Darren berkali – kali.
“Fuh... sakitnya!.. sudahlah oi... sudah!
Sakitlah!!!” jerit Darren dan terus berlari. Mengelak dari tumbukan Sutera yang
semakin kuat. Sutera tidak peduli. Dia mengejar Darren dan menumbuk belakang
badan Darren pula.
“Sudah... mati saya nanti!” jerit Darren. Sutera
berhenti mengejar. Tangannya juga sakit tetapi hatinya puas. Biar padan dengan
muka Darren. Sutera duduk di bawah pokok. Termengah – mengah. Darren datang dan
duduk di sebelahnya.
“Dah.. pergi balik!” halau Sutera.
“Biarlah saya di sini” senyum Darren.
“Pergi balik. Jangan sibuk. Saya nak duduk sini
sebentar”
“Saya pun” Darren kenyit mata. Sutera mengeluh. Dia
menyedut air kotak di tangan. Darren memandang dengan muka kasihan.
“Kenapa?”
“Sikit air” Darren buat muka kasihan dengan mata
yang terkebil – kebil.
“Nah..... sesedut saja” Sutera menghulurkan air
kotak itu kepada Darren tetapi dia kemudiannya mengambil semula air kotak yang
sudah pun berada di tangan Darren.
“Awak tak minum susu. Nanti saya belikan yang lain”
Sutera bangun. Tangannya ditarik Darren supaya duduk semula. Darren sedikit
terharu. Semua tentang dia difahami Sutera dengan baik.
“Tak apa.. nanti kita pergi makan. Nasib baik awak
senang dipujuk” sengih Darren. Sutera terdiam. Ya lah... kenapa aku senang
sangat kena pujuk ni. Kalau tidak, mahu berkulat orang lain nak pujuk
aku..fikir Sutera. Darren bersandar sambil memicit – micit lengannya yang masih
terasa sakitnya.
“Sakit sangat?” soal Sutera. Darren ketawa kecil.
“Saya kan lelaki hebat, apa sangat kena tumbuk
dengan perempuan lembik macam awak ni”
“Nak kena lagi ke?” soal Sutera. Geram.
“Ish.. tak mengapa. Saya tak mahu tangan awak sakit”
dalih Darren. Sutera ketawa. Dia tahu Darren sakit.
“saya minta maaf ya” kata Darren lagi.
“Berapa kali nak minta maaf?” Sutera membetulkan
ikatan rambutnya. Darren terus merampas getah rambut dari tangan Sutera.
“Biarlah lepas bebas...” kata Darren perlahan.
“Macam anak burung pula nak lepas bebas” Sutera
menggeleng kepala.
“Awak tahu, bila awak lepas rambut begini, muka awak
nampak lain. Kalau diselit sebelah lagi begini lebih cantik” Darren menyelit
sebelah rambut Sutera ke belakang. Dia terpandangkan tahi lalat kecil yang
berganda di leher Sutera. Darren memandang mata Sutera. Tepat!. Agak lama
mereka berpandangan sesama sendiri sehinggalah kepala Darren terkena bola
akibat ditendang oleh kanak – kanak yang bermain di kawasan permainan itu.
Darren menggosok – gosok kepalanya. Sutera ketawa besar. Tidak tahan melihat
Darren yang menahan sakit sambil memengang kepalanya. Salah seorang dari mereka
datang mengambil bola.
“Sorry bang. Tak sengaja” kata budak lelaki itu.
Darren yang sedang tunduk kesakitan itu mendongak.
“wah....darren lah!!!!!” jerit budak lelaki itu.
“Woi.... Darren lah!!!!” jeritnya kepada kawan –
kawan yang lain. Darren tergamam. Mereka datang mengelilingi Darren.
“Abang buat apa kat sini bang?” soal budak lelaki
yang bernama Joy itu. Darren Cuma memberi alasan sahaja mengambil angin luar.
“Dah pukul empat ni, jom main bola bang” ajak mereka
yang lain.
“Jom!!!!” jerit Sutera. Darren membeliakkan matanya.
Darren memang tidak pandai bermain bola sepak. Dia lebih sukakan sukan air.
Malah dia pernah dimarahi arwah ayahnya kerana tidak mahu bersama – sama teman
lain bermain bola di padang kampung mereka. Sutera terus menarik tangan Darren.
“Saya tak tahu main, Sutera” bisik Darren.
“Ha!!!!” Sutera terkejut.
“Awak ni lelaki ke perempuan tak pandai main bola?”
soal Sutera. Dia ketawa besar. Darren duduk mencangkung memandang budak – budak
itu yang terjerit – jerit memanggilnya.
“Abang ni tak pandai...”
“Ish... apa pula! Jom!” Darren berdiri. Membetulkan
bajunya. Sutera mencebik.
“Abang jaga gol sajalah” kata Darren. Mereka
mengangguk.
“Akak nak jadi apa?”
“Stricker lah!!” sengih Sutera. Darren ketawa.
Memperkecilkan Sutera. Geram betul Sutera melihat Darren yang menekan perut
memtertawakannya. Sutera senyum sinis. Permainan bermula.
Joy menendang bola dan di terima oleh budak lelaki
lain. Kemudiannya bola itu dapat di kaki Sutera. Dia dan beberapa budak lelaki
itu sudah berpakat. Sutera mengenyit mata. Dengan bola yang dibawa, Sutera
menghampiri pintu gol yang dijaga Darren. Kelam kabut Darren ke kiri dan kanan.
Sutera mengumpul semua tenaganya dan terus menendang bola itu tepat mengenai
perut Darren. Akibat senak, Darren menekan perutnya. Dia terus keluar dari
padang meninggalkan Sutera dan mereka yang lain. Sutera mengejar Darren.
“Awak saja kan?” marah Darren.
“Tak sengajalah. Yang Encik Darren pergi angkat
tangan kenapa?” Sutera mempertahankan dirinya. Sebenarnya dia memang mahu
kenakan Darren tapi tidaklah sampai sakit begitu. Mungkin tendangannya terlalu
kuat. Darren pergi ke keretanya. Sutera mengekori Darren.
“Ok.. saya minta maaf. Kita 0 – 0 ok?” Sutera
mencantumkan kedua belah tangannya meminta maaf. Darren menjeling dan terus menghidupkan
enjin keretanya. Budak – budak lelaki tadi memandang mereka berdua dengan
terpinga – pinga. Sutera terus masuk ke dalam kereta Darren.
“Lain kali jangan buat lagi. Bukan semua lelaki main
bola” kata Darren.
“memang semua lelaki.. Encik Darren je yang tak
main” sengih Sutera. Darren terdiam. Dalam perjalanan ke sebuah restoran,
Darren masih menekan perutnya. Sutera mula bergurau.
“Ala.. bisalah bayi menendang. Nanti bila dia tidur
ok lah. Bapa mengandung memang selalu begini. Dah.. jangan kacau baby dalam
perut tu nanti kalau dia bangun kan dah senak. Itulah kenapa buat anak ramai –
ramai” sengih Sutera. Berkerut dahi Darren mendengarnya.
“Jaga pemakanan tu, bapa mengandung kena jaga
kesihatan baik – baik. Nanti bila nak lahir senang sikit.ni bila tarikh baby ni
lahir?” senyum Sutera.
“Tanyalah mak dia” jawab Darren selamba.
“mak budak ni tak bertanggungjawab betul biar suami
yang sarat mengandung bawa kereta sendirian ish..ish.” Sutera menggeleng
kepala. Darren menggetap bibirnya. Makin sewel budak ni!
“Habis tu mak baby ni asyik merajuk saja. Mana nak
jaga saya yang sarat menagndung ni. Dia pandai main bola saja. Jaga anak tak
reti. Kalau tahu sayang anak, janganlah tendang anak sendiri tadi” jawab Darren
selamba. Serta merta muka Sutera merah padam. Mulutnya terkunci.
“Mak baby kenapa diam?” soal Darren pula. Sutera
menutup telinganya.
“Mama.. mama.. nak mamam....” rengek Darren. Sengaja
didekatkan bibirnya ke telinga Sutera.
“Mama.. cepatlah.. mama... baby lapar ni” sambung
Darren lagi.
“Arghhhh... bisinglah!!” jerit Sutera.
“Ok... mak baby dah marah” kata Darren sambil
tersenyum. Sutera masih malu. Dia tidak berani memandang wajah Darren di
sebelahnya. Mahu saja ditempeleng Darren yang makin mengada – ngada itu. Darren
bersyukur rajuk Sutera sudah berakhir. Dia akan sedaya upaya menjaga hati
Sutera pada masa akan datang.
************************
Darren membawa Sutera ke studio rakaman untuk album
terbarunya. Darren mula menyanyi tetapi menurut komposer Nadhin, roh dan emosi
daam lagu cinta itu tidak sampai. Darren menyanyi lagi. Masih sama.
“kau ada inspirasi?. Makwe ke?. Bayangkanlah saja.
Kenapa Darren?. Selalu okay saja” soal Nadhin. Darren termenung. Sutera hanya
mendengar. Dia yang duduk di sebelah Nadhin tidak bersuara hanya tersenyum. Dia
sendiri lihat Darren sedikit gagal untuk menyanyi dengan penuh perasaan.
“Kita rehat sebentar. Lagi setengah jam kita mula
balik” Kata Nadhin. Darren duduk diam di kerusi. Memandang Sutera di
hadapannya. Wajah Sutera direnung agak lama. Tersipu – sipu Sutera dibuatnya.
Darren kemudiannya tunduk.
Selepas setengah jam, nadhin datang semula. Dia yang
dari tadi asyik memerhatikan mereka berdua mula beri cadangan yang membuatkan
Sutera sedikit tersentak.
“Sutera, kau masuk dengan Darren. Duduk depan dia.
Biar dia menyanyi depan kau. Konon – konon kaulah kekasih dia dalam lagu tu.
Nak cari perempuan cantik lain tak ada. Mak Munah jual nasi lemak bawah tu ada
lah tapi takkan Darren ada feel kot” sengih Nadhin. Darren terus masuk ke dalam
untuk recording. Sutera terpaksa berdiri di hadapannya. Darren mula menyanyi.
Dia terdiam. Recording dilakukan sekali lagi tetapi kali ini dia terus memegang
tangan Sutera.
“Beri saya satu perasaan yang belum pernah saya
temui” kata Darren dan kemudiannya terus menyanyi. Segalanya sempurna malah
Nadhin turut merakam kata – kata Darren untuk Sutera sebelum menyanyi tadi.
Nadhin tersenyum. Dia tahu siapa empunya badan yang memberi inspirasi buat
Darren. Mereka mendengarnya semula. Kata – katanya kepada Sutera juga didengar
dengan jelas.
“Nada suara kau romantik betul, jadi aku nak
masukkan ni dalam lagu seluruh cintaku ini” Nadhin ketawa besar.
Sutera masih membisu dari tadi. Dia sebenarnya
tergamam dengan apa yang telah Darren lakukan terhadapnya tadi. Memegang
tangannya. Menyanyi sambil memandang matanya... semua itu membuatkan Sutera
makin keliru. Dahulu dia menidakkan rasa cinta tetapi kini, seolah – olah
Darren mengusik kembali rasa cinta itu di hatinya. Cara Darren memegang
tangannya memang berlainan. Tangannya dibelai lembut dan di dalam studio rakaman
tadi Darren dan dia bagaikan bercinta walaupun hanya menerusi lagu. Sutera
sememangnya tidak pasti dan tidak faham apa sebenarnya perasaan Darren terhadap
diirinya.
No comments:
Post a Comment