BAB 7
“Jendul...jendul” bisik Tengku Khairudin. Putih yang sedang
tidur dengan pusingan 90 darjah itu masih belum mahu terjaga. Menggeleng Tengku
Khairudin melihat posisi tidur Putih yang tunggang terbalik.
“ingatkan masa jaga saja dia ganas, masa tidur pun sama juga!”
kata Tengku Khairudin sendiri.
“jendul!” jerkah Tengku Khairudin. Kelam kabut Putih bangun
dari tidurnya.
“Kau apasal jerit – jerit pada aku ha.. selipar!!!!!!” marah
Putih. Hampir gugur jantungnya tadi.
“Bangun sembahyang subuh berjemaah dengan aku” ajak tengku
Khairudin. Putih senyum. tidak sangka Tengku Khairudin agak beriman orangnya.
“Apa yang kau sengih tu jendul!” marah tengku Khairudin.
“Kenapa kau panggil aku jendul ha?”
“Laa... kau tak perasan ke dahi kau tu jendul?” sengih Tengku Khairudin.
Putih menjeling dan kemudian matanya terbeliak.
“Siapa suruh kau masuk bilik aku ?”
Tengku Khairudin buat endah tak endah. Dia terus ke bilik
solat. Setelah Putih siap mandi, mereka bersembahyang subuh bersama. Sesudah
berdoa, Tengku Khairudin berpusing menghadap Putih tetapi dengan selamba Putih
terus bangun tanpa bersalaman dengannya.
“Amboi mak aih.... ini sudah lebih. Kalau pun tak nak aku
sentuh kau, sekurang – kurangnya selepas solat salamlah aku jejaka yang malang
ni”
Putih berpatah balik. Dia menggunakan kain telekungnya untuk
melapik kulitnya dari terkena kulit Tengku Khairudin.
“Aku pening! Pening!!!!” kata tengku Khairudin sebaik sahaja
Putih keluar dari bilik itu.
Tengku Khairudin bersiap – siap untuk ke pejabat. Dia
memandang dirinya di cermin besar. Senyuman mula terukir.
“Dah kahwin kau Khai... tapi dah kahwin pun masih teruna” dia
menggeleng kepala. Tengku Khairudin membetulkan tali lehernya tetapi dia mula
memikirkan sesuatu. Dia terus menarik tali lehernya ke tepi sehingga tali leher
itu senget dari kedudukan sepatutnya. Sengaja dia buat begitu. Dia mahu Putih
membetulkan tali lehernya seperti isteri yang lain. Seperti yang dilihatnya di
kaca televisyen.
Putih menyiapkan sarapan bihun goreng dan kuih donat di atas
meja. Sengaja Tengku Khairudin berdehem dengan kuat agar Putih melihat tali
lehernya yang senget. Sewaktu Putih menuangkan air untuknya, tangannya mula
mencapai kuih donat yang jauh darinya. Tangan mereka bersentuhan. Putih
mengelak. Tengku Khairudin cuba sekali lagi. Mata Putih mengecil. Dia memandang
tepat ke wajah Tengku Khairudin.
“Gatal!” marah Putih.
“Apa?. Aku nak ambil kuih donut ni. Jauh sangat”
“Kuih donut kau aku dah siap letak kat piring tepi kau
sajalah, itu pun tak nampak?. Sengaja nak sentuh – sentuh”
Tengku Khairudin mencebik dan terus menyuap bihun ke dalam
mulutnya.
“Kenapa leher ni macam ketat saja?” kata tengku Khairudin
sambil matanya menjeling ke arah Putih yang masih tidak memberi sebarang
respon. Tengku Khairudin mengeluh. Selesai makan, dia terus keluar memakai
kasut. Dia menoleh ke belakang. Masih hampa!. Dia berjalan ke kereta.
“Khai..” panggil Putih.
Tengku Khairudin tersenyum. Dia menggigit bibir. Dengan wajah
yang manja dia memandang Putih.
“Nak apa Putih?” soal Tengku Khairudin.
“Balik nanti jangan lupa beli asam jawa” kata Putih. Kali ini
Tengku Khairudin rasa seperti mahu terjun sungai. Dia membuka pintu kereta.
“Asam jawa tu yang dia sibuk! Suami dia tak sibuk!” bebel
Tengku Khairudin.
Bahunya ditepuk. Tengku Khairudin menoleh. Tangan Putih terus
membetulkan tali leher yang sengaja di sengetkan tadi. Kolar baju juga
dikemaskan dengan baik. Tengku Khairudin tidak dapat menahan bibirnya dari
tersenyum. Putih menjeling dan terus mahu masuk ke dalam rumah.
“terima kasih jendulku!!!” jerit Tengku Khairudin dari dalam
kereta. Putih terus menghempas pintu rumah. Nasib baik suami, kalau tidak
memang aku lenyek – lenyek dengan batu!!.
*******************************
Putih mahu buat kuih lapis untuk Tengku Khairudin. Menurut bonda,
kuih kegemaran tengku Khairudin adalah kuih lapis. Dia membuka pati sirap
dengan pisau. Tidak semena – mena pati sirap itu tertumpah ke bajunya. Habis
baju, tangan dan kakinya terkena sirap yang tumpah itu. Kebetulan Maya mahu
datang ke rumahnya, jadi Putih menelefon maya agar membeli sebotol pati sirap
di kedai yang berdekatan. Putih rimas. Dia mahu ke biliknya untuk menyalin
pakaian. Pintu rumah terbuka luas. Putih menoleh ke belakang. Dia memandang
wajah Tengku Khairudin yang pucat lesi memandang bajunya yang penuh dengan
warna pati sirap.
“Ya Allah..” kata Tengku Kahirudin. Putih mengangkat kening.
Masih tidak faham.
“Kenapa kau berdarah macam ni?” tengku Khairudin melepaskan
bungkusan asam jawa dari tangannya. Putih memandang bajunya. Dia faham sekarang
apa yang bermain di benak fikiran Tengku Khairudin.
“Arghhh.. aduh..... arghhhhhh” Putih seperti mahu rebah.
Tangannya dihulurkan ke hadapan. Seperti mahu meminta pertolongan. Cepat –
cepat tengku Khairudin menyambutnya dari jatuh.
“Kau ni kenapa?. Kena pisau ke apa ni. Jom kita pergi
hospital”
Putih menarik tangan Tengku Khairudin.
“jika terjadi.. oah...kalau terjadi...apa – apa pada aku..
arghhhh sakitnya!!!!!” mukanya berkerut – kerut seperti terlalu sakit. Tengku Khairudin
benar – benar cemas.
“Arghhhhhh... sakitnya!!!!! Selamat ting....argghhhhh”
“Kak Putih.. ni Maya beli pati sirap baru. Yang Kak putih
tumpahkan tu kenapa” kata Maya yang baru sahaja tiba dari belakang mereka.
Putih menepuk dahi dan dia cuba untuk tersenyum. Tengku Khairudin memegang
tumpahan pati sirap yang sangat mudah meresap itu.
“Kau kan jendul....” muka Tengku Khairudin berubah namun
tangannya masih mengampu tubuh Putih.
“Hmmm... suprise!!!” itu sahaja yang mampu Putih katakan.
Tengku Khairudin geram. Dia terus menggigit telinga Putih hinggakan isterinya
itu terjerit – jerit. Selepas melepaskan pelukannya itu, Tengku Khairudin terus
masuk ke dalam biliknya. Putih menggosok – gosok telinganya. Dia bangun
menghampiri Maya yang ketawa terkekeh – kekeh.
“Kau ni kacau betullah!. Baru nak kenakan Si selipar tu”
jeling Putih.
“Ye ke?. Atau seronok kena peluk dengan abang Khai?” usik
maya. Putih tidak mahu menajwab. Dia mengambil bungkusan asam jawa yang
dijatuhkan tengku Kahirudin tadi.
Jenuh Putih mengetuk pintu. Tengku Khairudin tidak mahu keluar
juga. Dia memerap dalam bilik sejak dari tadi. Maya sudah pun pulang. Putih
mengambil kunci bilik Tengku Khairudin di dalam laci. Dia membukanya. Kelihatan
Tengku Kahirudin sedang menghadap komputer ribanya.
“Aku ada buat kuih lapis, sedap!” kata Putih.
“Ada aku kisah, jendul?”
“Jom lah makan” cuba untuk memujuk Tengku Khairudin.
“Malas” jawab Tengku Khairudin tanpa memandang wajah Putih.
“Eh, tak nak sudahlah!. Aku masak nak bagi kau makan tau. Aku
ambil resepi dari bonda semata – mata nak bagi kau suka makan di rumah. Kau
ingat aku ni orang gaji kau?. Nak ajak makan sampai susah begini. Kau nak
makan, kau ambil sendiri. Air semua aku dah buat. Menyampah! Menyampah!
Menyampah kat kau” marah Putih.
“Eleh.. kau sayang” cepat –cepat Tengku Khairudin menidakkan
kata – kata Putih.
“Malas nak layan!” Putih terus keluar. Pintu bilik Tengku
Khairudin di tutup agak kuat. Komputer ribanya ditutup. Dia mengeluh.
“Apa salahnya dia pujuk aku lama sikit?. Aku pun nak manja –
manja. Ini asyik marah aku saja...” rungut Tengku Khairudin. Dia keluar dan
makan kuih lapis itu sendirian. Bibirnya mengukir senyum. Putih pandai
masak.... pujinya!
Bonda tersenyum melihat anak dan menantunya tiba dengan
senyuman lebar. Tangannya dicium dengan penuh rasa hormat oleh Putih. Beberapa
orang gajinya diarahkan agar menyiapkan makan malam buat Putih dan anaknya.
Tengku Khairudin memberi isyarat mata agar Bonda mengikutnya ke dapur.
“kenapa dengan anak bonda ni?’ soal Bonda.
“Bonda ajaklah Putih tidur sini malam ni” arah Tengku Khairudin
sambil membelek – belek jari Bonda.
“Laa... ini kan rumah Khai, takkan bonda nak ajak pula. Tidur
sajalah!” pelik benar bonda mendengarnya.
“kalau Bonda ajak lagi best” sengih tengku Khairudin. Bonda
menggeleng kepala. Dia tidak tahu apa sebabnya tapi bagus juga, dia boleh
berbual lebih lama dengan Putih.
“Putih tidur di sini malam ni” kata Bonda. Putih menelan air
liur. Sudah pastinya dia akan tidur sebilik dengan Tengku Khairudin.
“Ish.. tak apalah bonda. Khai nak balik saja” Tengku Khairudin
mula berpolitik. Bonda mengerutkan keningnya. Tadi bukan main lagi suruh ajak
tidur tapi sekarang dia pula mengelak sedangkan Putih tidak berkata apa pun.
“Boleh ya sayang” pujuk Bonda. Dengan spontan Tengku Khairudin
memeluk bahu Putih. Darah Putih seperti mahu terpancut keluar kerana terlalu
marah dengan tindakan Tengku Khairudin yang seperti mahu mengambil kesempatan.
Putih dan tengku Khairudin masuk ke dalam bilik bersama –
sama. Putih menjeling Tengku Khairudin yang seolah olah turut sama terpaksa
tidur sebilik dengannya. Putih mengambil bantal. Tengku Khairudin mengambil
bantal dari tangan Putih.
“ini bantal aku” kata Tengku Khairudin. Putih menariknya
kembali.
“Suka hati akulah. Dalam bilik ni banyak lagi bantal tau!”
“Tapi itu aku punya. Kalau macam tu kau ambil saja bantal
lain” kata Tengku Khairudin dan terus baring sambil memegang hujung bantalnya.
Putih mahu menariknya tetapi tidak mampu. Dia naik ke atas katil dan cuba
merebutnya kembali. Berlaku pula perebutan bantal di atas katil. Kekuatan tengku Khairudin itu tidak mampu
membuatkan Putih dapat merebut bantal itu semula. Putih terus menggeletek tapak
kaki Tengku Khairudin.
“Ambil kau!!!” jerit Putih. Tengku Khairudin bangkit semula.
Dengan sengaja dia memeluk belakang badan Putih. Dia meronta – ronta minta
dilepaskan. Rontaan yang kuat itu membuatkan mereka berdua jatuh dari katil. Tengku
Khairudin tertiarap di atas badan Putih. Pintu bilik yang tidak berkunci itu
dibuka oleh Bonda.
“Ya Allah.. Khai!. Tak senonoh betul sampai atas lantai. Apa anak
bonda ni??” marah bonda. Putih menolak badan tengku Kharudin. Dia bangun sambil
membetulkan pakaiannya.
“bukan bonda. Putih terjatuh tadi. Khai cuba nak angkat Putih”
cuba memberi alasan.
“Itu bukan angkat tapi .. ish!!! Budak sekarang ni tak faham
betullah! Ada katil tapi..” bonda menggeleng kepala dan terus menutup pintu
bilik mereka. Putih geram benar dengan perangai Tengku Khairudin. Dia menggenggam
penumbuk. Hampir saja satu penumbuk hinggap ke muka Tengku Khairudin. Mata Tengku
Khairudin memandang tepat ke genggaman tangan Putih yang betul – betul berada
di hadapan matanya.
“Berdosa woooo.. tumbuk suami” kata Tengku Khairudin.
Nafas Putih turun naik.
“Sebab kau suamilah aku tak tumbuk. Kalau kau ni bukan suami
aku memang pecah muka kau” kata Putih yang masih memandang tajam mata Tengku
Khairudin. Pintu dibuka sekali lagi,
dengan pantas, Putih terus memeluk Tengku Khairudin.
“Laaa... tak sudah – sudah lagi ke?. Ni ha, selimut tebal. Ana
baru basuh siang tadi. Nanti sejuk pula menantu bonda ni.. panas.. panas..”
Bonda terus menutup pintu. Dia menggeleng kepala. Tengku Khairudin masih
memeluk erat tubuh Putih.
“Lepaslah!!!”
“Tak nak” kata Tengku Khairudin sambil tersenyum nakal.
“Lepas aku kata. Kalau tidak nahas kau” marah Putih. Tengku
Khairudin melepaskan pelukannya.
“Eleh.. macam aku nak peluk sangat kau Jendul!. Kau yang peluk
aku tadi kan? Dia yang gatal cakap aku pula” cebik Tengku Khairudin. Putih
menjeling. Dia mengambil bantal dan terus baring di sofa.
“Hei.. kau tak nak tidur dengan aku atas katil?” soal tengku
Khairudin.
“Tak naklah. Aku lebih rela tidur di tandas daripada tidur
dengan kau” kata Putih. Dia berpura – pura tidur hinggalah matanya itu tidak
terbuka lagi kerana terlalu lena.
Putih tersedar. Jam di tangannya pukul 3 pagi. Dia menggenyeh –
genyeh matanya beberapa kali. Badannya dirasakan sejuk. Dia membuka luas – luas
matanya. Dia memerhati sekelilingnya. Matanya terpandangkan shampoo rambut,
sabun mandi dan ubat gigi milik tengku Khairudin. Dia menggigil geram.
“Berani kau letak aku dalam bilik air... selipar!!!!!!!” jerit
Putih. Dia keluar dari bilik air. Dia memandang wajah Tengku Kahirudin yang
sedang tidur lena.
Kali ini Putih hilang
sabar. Dia menggoncang – goncang badan Tengku Khairudin dengan kuat sekali.
“Woi.. gila ke apa?”
Putih tidak peduli. Dia menarik tubuh Tengku Khairudin sekuat
hati hingga terjatuh ke bawah. Dia terus menggenggam kedua belah bahu Tengku
Khairudin dengan mata yang sangat menakutkan.
“Kau ni memang tak boleh buat..”
Krekkkk..!! Pintu terbuka dan Tengku Khairudin terus menarik
Putih ke dalam dakapannya.
“Ya Allah... tak habis – habis lagi?” Bonda memegang dadanya.
“Dah nak subuh ni.... korang ni.. entahlah.. macam nak pengsan
aku rasa. Bonda tengah sembahyang tahjud tadi. Dengar bunyi bising tak sangka
pula... ish... tak.. entahlah!!!” Bonda menutup pintu bilik Tengku Khairudin
kembali. Putih terus menggigit telinga
tengku Khairudin hinggakan dia terjerit – jerit.
Bonda yang baru sahaja melipat sejadah terkejut dan
beristighfar beberapa kali.
**********
Mereka bersarapan bersama. Bonda memandang mereka berdua
bersilih ganti. Ana menuang air ke dalam cawan Putih.
“Ana. Nanti bila ada masa kemaskan bilik di sebelah bilik Khai
tu ya” kata Bonda.
“Kenapa tengku Puteri?” soal Ana.
“Nampak gayanya saya nak jadi nenda tak laman lagi. Ada seorang
tengku kecil yang akan singgah di sini nanti” perli Bonda tanpa memandang wajah
mereka berdua. Putih tunduk sambil
mententeramkan hatinya dari memijak kaki Tengku Khairudin yang sangat
hampir dengan kakinya. Siap kau selipar!!!!! ... Putih menjeling tajam.
*******************
Khir sudah menjual kesemua syer miliknya kepada tengku
Khairudin. Kini, syarikat hartanah itu milik Tengku Khairudin sepenuhnya.
Dia pulang dari pejabat dengan senyuman. Dia mahu mengkhabarkan
berita gembira itu kepada isterinya.
Sebaik sahaja membuka pintu rumah, Tengku Khairudin terus
mendekati Putih di bilik bacaan.
“Khir dah jual semua syernya pada aku. Sekarang aku pemilik
syarikat kita tu”
“Tahniah” senyum Putih dan terus keluar. Tengku Khairudin
mencebik. Dia masuk ke dalam biliknya untuk mandi dan bersolat maghrib di
masjid. Putih yang sedang berjalan
sambil menggigit buah epal itu terpaku langkahnya apabila melihat tengku
Khairudin keluar dari biliknya dengan berbaju melayu dan songkok. Tanpa cermin
mata. Tengku Kahirudin perasan akan renungan Putih itu.
Sengaja Tengku Khairudin melintasi Putih. Dia mengerling. Cepat
– cepat Putih menjatuhkan pandangannya. Tengku Khairudin berpatah balik dan
mengintai wajah Putih. Terkejut Putih dibuatnya.
“Apa?.Oh... terima kasih . biasa – biasa saja” senyum Tengku
Khairudin. Putih mengerut dahinya.
“Apa dia?. Aku tak kata apa pun” marah Putih. Tengku Khairudin
melangkah semula dan berundur lagi.
“Apa?. Yalah... memang dah kacak dari azali lagi. Aku redha
saja dengan kekacakan aku yang ketara ni.”
“Apahal kau ni Selipar?. Aku tak kata apa pun. Yang kau
perasan bagai ni kenapa ha?” soal Putih. Tengku Khairudin ketawa besar dan
terus keluar. Nampaknya dia tidak membawa keretanya ke masjid. Putih berlari
anak mengintai Tengku Khairudin di sebalik pintu.
“Handsome betullah dia pakai begitu. Mukanya sangat berseri.
Lemah lutut aku” gelak Putih.
“kena minum susu tu.. kurang kalsium. Sebab tu lutut lemah
bila tengok aku” ketawa Tengku Khairudin yang sedang mencangkung mengambil
seliparnya di bawah kerusi betul – betul di
tepi pintu. Mata Putih terbeliak. Dia terus menutup pintu rumah dengan
kuat.
“hahahhahahaha...hahahahhahaha..hahhahaha” sengaja Tengku
Khairudin ketawa seperti anak jin. Putih membuka semula pintu rumah mereka.
“Ha.. bagus, anak jin
pergi masjid. Biar dapat hidayah!!” jerit Putih.
“Erk.” Tengku Khairudin terus terdiam. Dia mengatur langkah
menuju ke masjid yang tidak berapa jauh dari rumahnya.
Ada pulak anak jin pergi masjid.
ReplyDeletehahahaha
Deletejin islam hihi
terima kasih baby mio :)
hai akak! Assalamualaikum.. :) ehem, cerita ni buat hati saya yg sakit, sembuh. buat airmata saya kering.. ketawa jadinya. hehe. alhamdulillah. Sukaaaa..
ReplyDeleteala... naper sedih2 ni izzatul.
Deleteakak harap hati adik akan sembuh dgn cepat ya :0
terima kasih banyak ya adik izzatul :) <3
hehehe hahahaha mmg lawak lah pasangan bercinta ni...
ReplyDeleteheheheh.. terima kasih banyak ya kalam...
Deletetertunggu2 gak.. mana cik irna ni
<3