BAB 7
Mak Biah
menjemput Luqman, Jiji dan Lela ke rumah tanpa pengetahuan Amy. Dia mahu
mengenali pekerja – pekerja Amy dengan lebih rapat. Ini juga cadangan Fikri.
Dia hanya memebenarkan adiknya itu pulang ke rumah papa mereka pada hari minggu
sahaja. Dia mahu menemukan Luqman dengan Mak Biah. Amy tidak tahu yang Fikri
juga amat rapat dengan mak Biah sejak akhir – akhir ini. Amy bangun awal. Dia
menjemur pakaian dan menanam pokok bunga ros kuning di hadapan rumah.
“Cik Amy!!!” jerit lela dan Jiji serentak. Hampir
terpelanting penyedok tanah di tangan Amy kerana terlalu terkejut.
“Apa yang kamu berdua buat di rumah saya ni?’ soal
Amy. Dia masih tecegat di situ tanpa membukakan pintu pagar buat Jiji Dan Lela.
“Pertama.... Mak Biah yang ajak kami makan tengahari
bersama di rumah Cik Amy yang cantik ni” kata Lela. Amy mengangguk.
“Kedua... kami bukan berdua tapi bertiga” terang
Jiji pula.
Jari telunjuknya menuding ke arah Luqman yang
tersenyum dari jauh. Tangan kirinya di masukkan ke dalam kocek. Dia bersandar di
keretanya. Amy terkejut. Dengan segera dia mencampak penyodok di tangannya. Dia
merapikan rambutnya yang agak tidak kemas.
“La... dah sampai dah tetamu kita” jerit Mak Biah
dari pintu.
Pintu pagar automatik terbuka. Lela dan jiji terus
masuk ke dalam. Amy berpeluh. Dahinya menitis peluh. Luqman menghampiri Amy.
Peluh yang menitis di dahi Amy di kesat dengan sapu tangannya.
“Air mata kena kesatkan, peluh pun sama juga. Manja
sangat Cik Amy ni” kata Luqman
kemudian terus meninggalkan Amy yang terpinga –
pinga.
“Mak Biah ni...” geram Amy.
“Duduklah dulu. Saya nak naik ke atas” ujar Amy. Dia
sempat mengerling Luqman sebelum menaiki anak tangga.
“Sempat lagi tengok kau, Luqman.” Bisik Jiji.
“Awak ni prihatin betul!” Luqman ketawa kecil.
“Hari ini mak Biah masak sedap – sedap. Tapi mungkin
tak sesedap Luqman masak” usik Mak Biah.
Luqman senyum. Hati Mak Biah sejuk melihat
perwatakan Luqman yang sopan dan nampak bertanggungjawab. Dia yakin Luqman
penyayang. Dia sempat mengintai mereka berdua sewaktu Luqman mengesat peluh
yang mengalir di dahi Amy tadi.
Amy mandi. Dia merapikan diri untuk kelihatan cantik
di hadapan Luqman. Setelah selesai, Amy turun ke bawah mendapatkan tetamu –
tetamu yang tidak diundangnya.
“Amboi... cantiknya Cik Amy!. Cantik untuk kami ke
untuk Luqman saja ni” usik Jiji.
Amy menelan air liur. Mulut pekerjanya yang dua
prang ini memang celupar. Tapi mereka sangat baik hati.
“Cik Amy kalau tak mandi macam tadi pun tak mengapa.
Tetap cantik” senyum Luqman. Wajah Amy merah padam.
“Saya tak kawan dengan awak lah!” bisik Amy.
“Kenapa?. Sebab cemburu pasal datin ranggi tu?” soal
Luqman. Juga berbisik. Amy menjeling.
“Apa yang dibisikkan tu?’ soal Mak Biah. Air
dihidangkan di hadapan mereka semua. Dia asyik memerhatikan wajah Luqman yang
tenang.
“Ala... biasalah makcik!. Urusan rumahtangga!” jawab
Lela sambil meneguk air.
“Oh... ya ke?. Tak apalah. Yang dua orang tak ada
urusan rumahtangga ni, mari tolong makcik ke dapur” ajak Mak Biah. Lela dan
Jiji mengerti maksud mak Biah. Cepat – cepat mereka ke dapur.
“Saya tak payah ke dapur?” soal Luqman. Mak Biah
menggeleng.
“Selesaikan masalah rumahtangga tu dulu” kata Mak
Biah dan terus ke dapur.
Luqman membisu. Sesekali dia memandang wajah Amy.
Solekan yang ringkas dan nampak natural itu membuatkan wajah Amy semulajadi
cantik. Tidak keterlaluan.
“Saya minta maaf” kata Luqman. Memulakan bicara. Amy
menoleh.
“Kenapa pula?” soal Amy.
“Buat awak cemburu”
“Mana ada cemburu!”
“Ya?. Bukan cemburu semalam?. Pergi sampai tak balik
kafe?” soal Luqman.
“Mestilah. Awakkan chef saya”
“Chef?. Itu saja?” soal Luqman lagi. Amy mengangguk.
“Kalau begitu, saya mahu datin yang pakai subang
besar tu.” Usik Luqman. Amy memukul paha Luqman.
“La.... kata tak cemburu!. Biarlah saya jadi anak
ikan. Jangan kata anak ikan, anak katak pun saya sanggup” senyum Luqman.
“Tak boleh!. Awak saya punya!” kata Amy dan terus
bangun. Dia mahu berlalu. Sakit hati melayan Luqman.
“Terima kasih beb.... baby!” tutur Luqman. Langkah
Amy terberhenti. Dia berpaling. Menghampiri Luqman.
“gatal!. Oh... nak mengurat majikan di rumahnya
sendiri ya?. Cukup berani.... i likeeee beb!” Amy mencuit batang hidung Luqman
dan berlari ke dapur.
“Ini.. kenapa berlari?’ soal Mak Biah.
“Ala Makcik!... kalau filem Hindustan, masa ni dah
kena menyanyi dan menari dah. Lepas tu tukar – tukar baju. Mula – mula taman
bunga, kemudian pergi ladang getah!” celah Lela.
“Betul tu... itu belum bab tergolek dan mandi hujan
lagi tu!” kata Jiji pula. Amy mencubit lengan mereka berdua. Luqman masuk ke
dapur.
“Nak saya bantu makcik?” soal Luqman. Mak Biah
senyum.
“boleh ke?” soal mak Biah.
“Biar saya masak. Mak Biah dan yang lain – lain
pergi ke ruang tamu. Berbual” ujar Luqman. Mereka semua mahu beredar.
“Cik Amy tunggu sini. Saya nak ajar masak” kata
Luqman. Mak Biah ketawa. Amy masam mencuka.
“Esok Cik Amy perlu masak untuk Luqman juga” kata Jiji.
Amy duduk di kerusi. Jiji dan Lela
mengajak Mak Biah berkaraoke. Bukan main galak lagi mereka bertiga menyanyi.
“Cik Amy tolong ..” belum sempat Luqman meneruskan
ayatnya, Amy mencelah.
“Tiada ‘cik’ lagi ya, sayang. Amy saja” tuturnya
lembut. Luqman berdehem. Agak janggal.
“Cik... eh .. Amy tolong ambilkan bawang putih,
merah, sedikit halia, jintan halus dan jintan manis” arah Luqman.
“Ini? “ soal Amy. Dia menujukkan buah pelaga di
tapak tangannya.
“bukan sayang.. itu buah pelaga” kata Luqman. Amy
senyum lebar. Dia merenung Luqman.
“kenapa?” soal Luqman.
“Awak panggil saya sayang....” ujarnya manja.
“Saya juga panggil kucing saya sayang” jawab Luqman
selamba. Amy mendengus.
Dia berdiri di sebelah Luqman yang sedang menggaul
ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
“Nak masak apa?” soal Amy.
“Masak kicap ayam... kegemaran Amy” jawab Luqman.
“seronoknya. Kalau macam ni, saya upah awak jadi
tukang masak sekali di rumah saya” gurau Amy.
Luqman gembira melihat Amy yang banyak ketawa pada
hari itu. Keceriaannya membuatkan hati Luqman menjadi lapang dan terhibur.
Sesekali dia mencuri pandang wajah Amy yang bersih dan mulus itu.
“nanti Amy tolong tumbukkan semua bahan tadi dengan
serbuk kunyit ya.” Arah Luqman.
“Ala... kisar saja kan senang” rengek Amy. Dia
sengaja mahu bermanja dengan Luqman. Dia harus memanfaatkan masa yang berharga
ini sebaik yang boleh.
“macam mana nak jadi isteri saya kalau malas begini?”
sengaja Luqman memancing Amy. merah padam Amy mendengar kata – kata yang keluar
dari mulut Luqman.
Luqman menumis semua bahan tadi. Dia menyiapkan satu
persatu juadah untuk mereka semua. Dia juga mereneh sup ayam buat Mak Biah.
Amy menyendeng – nyendeng. Hampir ketawa luqman dibuatnya. Sengaja Amy mahu
memikat Luqman walaupun di dapur.
“Ni yang tergesel – gesel macam kucing miang ni
kenapa?” soal Luqman. Senduk kayu di letak ke dalam bekas dan dia menghadap Amy
yang tersengih – sengih. Luqman ketawa. Di selitnya rambut Amy yang terjuntai
ke bawah di celah telinga Amy. Renungan mata Luqman mendebarkan jiwa Amy. dia
menyentuh dadanya.
“Kenapa?... berdebar – debar di renung lelaki kacak
macam saya?” usik Luqman. Muka Amy merah padam.
“Perasan! Perasan! Perasan!” kata Amy. Dia
berpaling. Malu dengan Luqman.
“Tak payah nak malu sangatlah Amy.... macam kelakar
saja wajah awak bila malu begini” kata Luqman. Amy mengerutkan keningnya.
“Saya nak belajar masak pizza dari awak boleh?” soal
Amy.
“Takkan nak belajar di sini. Saya nak pulang awal.
Nanti di kafe saya ajarkan awak ya?” jawab Luqman.
Dia terus menghidang makanan di meja makan. Mak Biah
menghampiri. Sup ayam, ayam masak kicap, sayur campur dan ulam – ulaman sudah
terhidang dengan kemasnya. Mak Biah menghidu aroma masakan yang amat lazat.
“Baunya pun dah sedap. Rasanya tentu lebih sedap”
Mak Biah mengangkat ibu jarinya. Luqman ketawa. Jiji dan Lela terus duduk
walaupun belum di pelawa.
Amy memegang tangan Luqman.
“Kenapa?” soal Luqman.
“Terima kasih..”
“beb...by” sambung Luqman sambil ketawa kecil.
“ya... menghormati wanita yang amat bermakna dalam
hidup saya” senyum Amy.
“Malam nanti kita pergi funfair lagi!!!” kata Amy.
“Tak nak.... “ cepat – cepat Luqman membantah.
Amy memasamkan mukanya. Berpura – pura merajuk.
Luqman mengenyit mata ke arah mak Biah yang ketawa terkekeh – kekeh mengintai
mereka berdua. Dia mahu Luqman memujuknya. Sengaja mahukan perhatian dari
lelaki yang sudah menambat hatinya.
“Baiklah... tapi tak nak funfair. Dah macam orang
gila terjerit – jerit!” kata Luqman. Cepat – cepat Amy senyum. Dia masih belum
melepaskan tangan Luqman. Geli hati Luqman melihat telatah Amy yang sentiasa
mahu dimanjakan.
“Kita pergi jungle tracking dengan Lela dan Jiji”
cadang Luqman. Amy bertepuk tangan.
Luqman ketawa lagi. Dia akan terus ketawa apabila
bersama Amy. dia tidak tahu kenapa tetapi gadis comel di hadpannya ini memang
sentiasa membuatkan bibirnya mengukir senyum.
“Cepatlah datang makan! Nanti habis pula lauk pauk
yang sedap – sedap ni” jerit Lela. Luqman dan Amy cepat – cepat ke meja makan.
Bimbang jika semua makanan di habiskan oleh Lela yang sememangnya kuat makan
itu.
Setelah Luqman, Jiji dan Lela pulang, mak Biah
mendapatkan Amy di biliknya. Amy yang sedang mengemas almari pakaiannya
tersenyum – senyum memandang Mak Biah.
“Mak Biah suka melihat Amy gembira begini” Mak Biah
menggosok lembut belakang badan Amy.
“Mak Biah sukakan Luqman?’ soal Amy.
Mak Biah mengangguk. Sudah tentu dia sukakan lelaki
yang mampu membuatkan anak perempuannya itu tersenyum, ketawa dan gembira
selalu. Nampak kematangan di dalam diri Luqman dalam melayan kerenah Amy. Mak
Biah sentiasa berdoa agar lelaki sebaik Luqman akan menjadi suami Amy sehingga ke akhir hayatnya.
**************************
Selepas pulang dari bank, Amy terus duduk di hadapan
Jiji yang sedang sibuk mengelap meja. Di tenungnya wajah jiji dalam – dalam.
Jiji agak hairan dengan sikap pelik Amy sejak dari pagi tadi.
“Cik Amy ni kenapa?. Demam? Tersengih – sengih!”
Jiji mengerutkan keningnya yang agak tebal. Amy ketawa. Dia mengeluarkan satu
kunci dari beg tangannya. Dahi Jiji masih berkerut. Amy terus meluruskan jari
telunjuknya ke arah tempat parking kereta. Sebuah kereta kancil berwarna perak
kelihatan di situ. Siap di ikat dengan reben merah.
“Bodoh betul tuan punya kereta tu, ada pula diikat
dengan reben, nak suruh kereta dia pergi kahwin kot!” bebel Jiji. Lela menghampiri.
Amy menepuk dahinya.
“Saya belikan kereta itu untuk Lela dan awak pergi
kerja. Senang!. Tak payah susah – susah naik bas, kena hujan dan panas” kata
Amy. Lela dan Jiji terlopong. Dia memandang kereta kancil itu dan kemudiannya
memandang Amy yang masih merah wajahnya kerana di panah mentari yang agak terik
pada petang itu.
“Untuk kami?” soal Lela. Amy mengangguk. Mereka berdua
terus memeluk Amy dengan kuat sehingga Amy sukar untuk bernafas. Luqman yang
sudah tahu akan niat Amy itu hanya ketawa besar melihat reaksi Jiji dan Lela
yang sangat teruja itu.
“jangan bawa kereta macam pelesit sudah, ya!” Amy memberi
amaran.
Gembira tidak terkata mereka berdua mendapat majikan
sebaik Amy. Tidak sampai hati pula Amy melihat mereka berdua berhujan dan berpanas.
Dia mahu Jiji dan Lela tahu dia amat menghargai mereka sebagai pekerja dan juga
rakan. Lela dan Jiji tekun bekerja. Hinggakan meja yang sudah bersih itu pun,
di bersihkannya sekali lagi. Luqman menggeleng.
“Kalau ya pun gembira, janganlah nampak sangat nak
bodek Cik Amy” kata Luqman. Sengaja mengusik mereka berdua. Lela dan Jiji
ketawa besar.
“Mana tahu lepas ni dia bagi BMW dia pula” kata
Lela.
“Jangan harap!!!” jerit Amy dari tempat mesin wang. Berderai
ketawa Luqman apabila melihat wajah Lela dan Jiji yang monyok mendengar usikan
Amy tadi.
Seorang lelaki muda berkulit hitam manis menghampiri
Amy dengan senyuman yang manis. Dia memandang Amy dengan satu pandangan yang
penuh dengan harapan.
“Ya, boleh saya bantu?” soal Amy.
“Kak, saya Eric. Saya yang telefon akak hari tu
tentang kerja sebagai pembantu chef di kafe ni” terangnya. Amy mengangguk.
“Awak dah habiskan semua urusan awak?” soal Amy.
Eric mengangguk.
“Jadi bila boleh bekerja?” soal Amy.
Eric tidak dapat menjawab soalan Amy dengan tenang. Dia
agak tidak selesa apabila Jiji dan Lela berdiri di sebelahnya. Renungan mata
mereka berdua itu membuatkan Eric menjadi gerun. Dia malu di renung sebegitu.
“Jiji, Lela!. Pergi buat kerja. Amboi.... gatal ye”
kata Amy.
“Kami pun nak kenal” kata Lela.
“Berapa umur kau?” soal Jiji. Dengan takut – takut Eric
menjawab
“21 tahun”. Lela dan Jiji terkejut.
“Apa? Baru 21 tahun?. Alah.... jadi kau ni budak
bawah umur lagi lah... mana layak nak berpacaran dengan kami berdua” kata Lela
dengan yakin.
“Siapa yang nak berpacaran dengan akak. Taste saya
bukan dengan orang tua” jawab Eric. Terbeliak biji mata Lela dan Jiji
mendengarnya.
“Jangan ambil dia Cik Amy.. tak berkaliber dan tiada
potensi memajukan kafe” kata Jiji dengan penuh yakin. Amy mahu ketawa.
“Mereka ni siapa Cik Amy?” bisik Eric.
“Pembantu saya” jawab Amy. Eric mencebik. Lela dan
Jiji terus pergi. Malas mahu layan lelaki bawah umur, menurut pada pandangan
mereka berdua. Mereka fikirkan Eric yang bertubuh besar itu sudah berusia 26
tahun ke atas. Niat mereka untuk memikat Eric terbantut sama sekali.
Eric akan bekerja pada esok hari. Dia akan memulakan
tugas sebagai pembantu Luqman. Amy gembira Luqman tidak akan terlalu penat. Dia
menghampiri Luqman yang sedang menaburkan cheese mozzarella ke atas doh pizza.
Amy mencebik.
“Kenapa mencebik begitu?” soal Luqman.
“Kata nak ajar. Tapi dah buat dulu” kata Amy.
“Ini untuk pelanggan, sayang. Untuk Amy malam nanti
ya” pujuk Luqman.
“Panggil apa tadi?’ soal Amy.
“Sayang...” ulangi Luqman. Amy ketawa.
“Panggil apa tadi?” soal Amy sekali lagi. Luqman
membisu. Tidak mahu menjawabnya.
“Cakaplah... panggil apa tadi?’ soal Amy lagi. Luqman
tidak menjawab sebaliknya dia terus melakukan kerjanya seoalh – olah Amy tiada
di situ.
“Tak apa... sombong ya. Nanti saya tak kawan baru
tahu!” ugut Amy.Luqman ketawa.
“Awak ni majikan yang kejam. Mengganggu ketenteraman
pekerjanya sendiri!” kata Luqman. Amy tahu dia mengangganggu Luqman ketika ini.
Dia terus keluar meninggalkan Luqman di dapur. Jam di tangan sudah menunjukkan
angka 9.45. Lagi beberapa minit kafenya akan di tutup. Hanya tinggal dua orang
pelanggan di situ. Amy yang keletihan terus bering di bilik rehat sementara
menunggu pelanggan terakhir mereka pulang. Amy akhirnya tertidur.
“Sayang...” panggil Luqman. Dia menggerak – gerakkan
bahu Amy. Tiada respon.
“Sayang...”panggil Luqman lagi. Suaranya di
tinggikan sedikit. Amy yang terkejut itu, terus menampar Luqman dengan kuat. Merah
pipi Luqman di tampar percuma oleh Amy. Tersedar apa yang berlaku, Amy terus
memegang pipi Luqman.
“Maafkan Amy. Tak sengaja!!!!” Amy menggosok – gosok
pipi Luqman.
“Ganasnya sayang saya ni...” kata Luqman. Amy ketawa.
“Jangan kejut macam tu lagi. Amy terkejut!” kata
Amy.
“Kata nak belajar buat pizza” kata Luqman. Tangannya
masih memegang pipi yang di tampar Amy tadi.
“Ok. Saya ikut ya” jawab Amy dan dengan kelam kabut
terus ke dapur. Dia membuka kain bandana yang diikat dikepala Luqman dan memakainya pula di
kepalanya. Luqman ketawa. Dia mengetatkan ikatan kepala Amy.
“Sekarang kita buat doh ya” kata Luqman. Amy
mengangguk dan bersungguh – sungguh. Habis pipinya terkena tepung dan beberapa
bahan lain. Luqman menggeleng kepala. Diambilnya kain dan dibersihkannya wajah
Amy yang comot itu.
“Macam, budak – budak. Kalau orang nampak ni, tak
ingin orang singgah ke kafe ni” usik Luqman. Amy mencebik.
“Pipi saya gatallah!” Amy menyuakan pipinya. Luqman
menggarukannya dengan berhati – hati.
“Kenapa perlahan sangat?” soal Amy. Manja.
“Saya tak mahu pipi yang comel itu terluka....”
jawab Luqman. Amy terdiam.
“Awak tak akan lukakan hati saya juga kan?’ soal
Amy. Luqman mengangguk.
“Awak ni kekasih saya ke?. Setahu saya kita tak
pernah secara rasmi menjadi pasangan kekasih! Awak pandai – pandai panggil saya
sayang!” bebel Amy.
“Kenapa awak tak halang? Awak juga selalu saja nak
dekatkan diri dengan saya. Cemburu.... pula tu!” balas Luqman.
“Ok... dengan ini saya merasmikan hubungan cinta
kita ini dengan tebaran doh pizza saya yang pertama. Lepas ini kita akan makan
sebagai lambang cinta kita.. ok?” kata Amy. Luqman hanya menurutinya. Tersenyum.
Amy terus menebarnya dan cuba meniru gaya tebaran Luqman yang professional.
“Kita kasi terbang lepas tu tangkap doh ni” kata Amy
dengan yakin. Luqman mahu menghalang tetapi belum sempat dia mahu menahannya,
doh itu sudah pun singgah ke mukanya. Amy terkejut. Dia menekup mulutnya. Wajah
Luqman tidak kelihatan kerana ditutupi doh pizza buatan Amy. perlahan – lahan Amy
menarik doh tersebut dari wajah Luqman.
“Sorry sayang.... tak sengaja” Amy menggigit
bibirnya.
“Siapa nak makan sekarang ni?” soal Luqman.
“Alah... kena muka awak. Lagipun muka awak bersih. Saya
boleh makan. Tak apa! Saya cuba lagi!” kata Amy dengan yakin. Dia cuba
melambung doh itu dan kali ini terus jatuh ke lantai. Amy melompat – lompat geram.
Dia tidak puas hati. Selama ini dia lihat Luqman dengan mudah menebar dan
melambung doh itu setiap hari. Luqman mengambil doh itu dan membuangnya.
“kenapa buang?” soal Amy. Luqman memandang ke dalam
anak mata Amy.
“Saya tak mahu sayang saya makan benda kotor. Nanti sakit.
Biar saya yang buat” kata Luqman. Amy menggaru – garu kepalanya.
“Taka pa...saya buat tapi tak lambung – lambung. Saya
buat macam lempeng. Awak duduk luar, biar saya buat” kata Amy. Luqman keluar. Membiarkan
Amy dengan pizzanya yang entah jadi atau pun tidak. Hampir 45 minit menunggu,
Amy keluar dengan pizza pertamanya. Luqman mahu ketawa melihat pizza yang herot
berot, sedikit hangus dan taburan
cendawan dan cheese yang berselerak.
“Makanlah.... tanda cinta kita ni. Nama pizza ni...
beb...by pizza!” sengih Amy. Luqman hanya mengangguk. Dia mengambil kepingan
pizza itu dan di suapnya ke dalam mulut Amy.
“Hmmm... sedap!” kata Amy. Luqman ketawa. Kali ini
dia menyuap ke dalam mulutnya pula.
“Boleh tahan pizza beb...by awak ni. Terima kasih
beb...by, buatkan pizza kita yang pertama” ucap Luqman. Amy ketawa berdekah –
dekah.
“Nampak sangat tipu. Tak sedap langsung!” cebik Amy.
“Tau tak apa. Lain kali cuba lagi. Selalunya apabila
kita cuba berkali – kali, hasilnya akan jadi lebih baik sayang” senyum Luqman.
Amy mengangguk sambil tangannya memilih kepingan daging dan cendawan butang
untuk di makannya. Doh yang hangus itu di biarkannya sahaja. Luqman
memerhatikan Amy menyuap makanan ke dalam mulutnya. Manja. Luqman tetap makan
pizza yang disediakan oleh Amy walaupun hasilnya tidak sesedap yang di
harapkan. Yang penting baginya, Amy gembira!
good writing...keep it up
ReplyDeleteterima kasih banyak - banyak ya :)
Deletekerana sudi membaca karya saya yang x seberapa ini.
terima kasih juga kerana menambah semangat saya utk terus
menulis..... cayang awak banyak2 ;)