Tuesday, 31 July 2012

TERIMA KASIH BEB! - bab 7


BAB 7


  Mak Biah menjemput Luqman, Jiji dan Lela ke rumah tanpa pengetahuan Amy. Dia mahu mengenali pekerja – pekerja Amy dengan lebih rapat. Ini juga cadangan Fikri. Dia hanya memebenarkan adiknya itu pulang ke rumah papa mereka pada hari minggu sahaja. Dia mahu menemukan Luqman dengan Mak Biah. Amy tidak tahu yang Fikri juga amat rapat dengan mak Biah sejak akhir – akhir ini. Amy bangun awal. Dia menjemur pakaian dan menanam pokok bunga ros kuning di hadapan rumah.

“Cik Amy!!!” jerit lela dan Jiji serentak. Hampir terpelanting penyedok tanah di tangan Amy kerana terlalu terkejut.

“Apa yang kamu berdua buat di rumah saya ni?’ soal Amy. Dia masih tecegat di situ tanpa membukakan pintu pagar buat Jiji Dan Lela.

“Pertama.... Mak Biah yang ajak kami makan tengahari bersama di rumah Cik Amy yang cantik ni” kata Lela. Amy mengangguk.

“Kedua... kami bukan berdua tapi bertiga” terang Jiji pula.

Jari telunjuknya menuding ke arah Luqman yang tersenyum dari jauh. Tangan kirinya di masukkan ke dalam kocek. Dia bersandar di keretanya. Amy terkejut. Dengan segera dia mencampak penyodok di tangannya. Dia merapikan rambutnya yang agak tidak kemas.

“La... dah sampai dah tetamu kita” jerit Mak Biah dari pintu.

Pintu pagar automatik terbuka. Lela dan jiji terus masuk ke dalam. Amy berpeluh. Dahinya menitis peluh. Luqman menghampiri Amy. Peluh yang menitis di dahi Amy di kesat dengan sapu tangannya.

“Air mata kena kesatkan, peluh pun sama juga. Manja sangat Cik Amy ni” kata Luqman
kemudian terus meninggalkan Amy yang terpinga – pinga.

“Mak Biah ni...” geram Amy.

“Duduklah dulu. Saya nak naik ke atas” ujar Amy. Dia sempat mengerling Luqman sebelum menaiki anak tangga.

“Sempat lagi tengok kau, Luqman.” Bisik Jiji.

“Awak ni prihatin betul!” Luqman ketawa kecil.

“Hari ini mak Biah masak sedap – sedap. Tapi mungkin tak sesedap Luqman masak” usik Mak Biah.

Luqman senyum. Hati Mak Biah sejuk melihat perwatakan Luqman yang sopan dan nampak bertanggungjawab. Dia yakin Luqman penyayang. Dia sempat mengintai mereka berdua sewaktu Luqman mengesat peluh yang mengalir di dahi Amy tadi.

Amy mandi. Dia merapikan diri untuk kelihatan cantik di hadapan Luqman. Setelah selesai, Amy turun ke bawah mendapatkan tetamu – tetamu yang tidak diundangnya.

“Amboi... cantiknya Cik Amy!. Cantik untuk kami ke untuk Luqman saja ni” usik Jiji.

Amy menelan air liur. Mulut pekerjanya yang dua prang ini memang celupar. Tapi mereka sangat baik hati.

“Cik Amy kalau tak mandi macam tadi pun tak mengapa. Tetap cantik” senyum Luqman. Wajah Amy merah padam.

“Saya tak kawan dengan awak lah!” bisik Amy.

“Kenapa?. Sebab cemburu pasal datin ranggi tu?” soal Luqman. Juga berbisik. Amy menjeling.

“Apa yang dibisikkan tu?’ soal Mak Biah. Air dihidangkan di hadapan mereka semua. Dia asyik memerhatikan wajah Luqman yang tenang.

“Ala... biasalah makcik!. Urusan rumahtangga!” jawab Lela sambil meneguk air.

“Oh... ya ke?. Tak apalah. Yang dua orang tak ada urusan rumahtangga ni, mari tolong makcik ke dapur” ajak Mak Biah. Lela dan Jiji mengerti maksud mak Biah. Cepat – cepat mereka ke dapur.

“Saya tak payah ke dapur?” soal Luqman. Mak Biah menggeleng.

“Selesaikan masalah rumahtangga tu dulu” kata Mak Biah dan terus ke dapur.

Luqman membisu. Sesekali dia memandang wajah Amy. Solekan yang ringkas dan nampak natural itu membuatkan wajah Amy semulajadi cantik. Tidak keterlaluan.

“Saya minta maaf” kata Luqman. Memulakan bicara. Amy menoleh.

“Kenapa pula?” soal Amy.

“Buat awak cemburu”

“Mana ada cemburu!”

“Ya?. Bukan cemburu semalam?. Pergi sampai tak balik kafe?” soal Luqman.

“Mestilah. Awakkan chef saya”

“Chef?. Itu saja?” soal Luqman lagi. Amy mengangguk.

“Kalau begitu, saya mahu datin yang pakai subang besar tu.” Usik Luqman. Amy memukul paha Luqman.

“La.... kata tak cemburu!. Biarlah saya jadi anak ikan. Jangan kata anak ikan, anak katak pun saya sanggup” senyum Luqman.

“Tak boleh!. Awak saya punya!” kata Amy dan terus bangun. Dia mahu berlalu. Sakit hati melayan Luqman.

“Terima kasih beb.... baby!” tutur Luqman. Langkah Amy terberhenti. Dia berpaling. Menghampiri Luqman.

“gatal!. Oh... nak mengurat majikan di rumahnya sendiri ya?. Cukup berani.... i likeeee beb!” Amy mencuit batang hidung Luqman dan berlari ke dapur.

“Ini.. kenapa berlari?’ soal Mak Biah.

“Ala Makcik!... kalau filem Hindustan, masa ni dah kena menyanyi dan menari dah. Lepas tu tukar – tukar baju. Mula – mula taman bunga, kemudian pergi ladang getah!” celah Lela.

“Betul tu... itu belum bab tergolek dan mandi hujan lagi tu!” kata Jiji pula. Amy mencubit lengan mereka berdua. Luqman masuk ke dapur.
“Nak saya bantu makcik?” soal Luqman. Mak Biah senyum.

“boleh ke?” soal mak Biah.

“Biar saya masak. Mak Biah dan yang lain – lain pergi ke ruang tamu. Berbual” ujar Luqman. Mereka semua mahu beredar.

“Cik Amy tunggu sini. Saya nak ajar masak” kata Luqman. Mak Biah ketawa. Amy masam mencuka.

“Esok Cik Amy perlu masak untuk Luqman juga” kata Jiji. Amy duduk di kerusi. Jiji dan  Lela mengajak Mak Biah berkaraoke. Bukan main galak lagi mereka bertiga menyanyi.

“Cik Amy tolong ..” belum sempat Luqman meneruskan ayatnya, Amy mencelah.

“Tiada ‘cik’ lagi ya, sayang. Amy saja” tuturnya lembut. Luqman berdehem. Agak janggal.

“Cik... eh .. Amy tolong ambilkan bawang putih, merah, sedikit halia, jintan halus dan jintan manis” arah Luqman.

“Ini? “ soal Amy. Dia menujukkan buah pelaga di tapak tangannya.

“bukan sayang.. itu buah pelaga” kata Luqman. Amy senyum lebar. Dia merenung Luqman.

“kenapa?” soal Luqman.

“Awak panggil saya sayang....” ujarnya manja.

“Saya juga panggil kucing saya sayang” jawab Luqman selamba. Amy mendengus.

Dia berdiri di sebelah Luqman yang sedang menggaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.

“Nak masak apa?” soal Amy.

“Masak kicap ayam... kegemaran Amy” jawab Luqman.

“seronoknya. Kalau macam ni, saya upah awak jadi tukang masak sekali di rumah saya” gurau Amy.
Luqman gembira melihat Amy yang banyak ketawa pada hari itu. Keceriaannya membuatkan hati Luqman menjadi lapang dan terhibur. Sesekali dia mencuri pandang wajah Amy yang bersih dan mulus itu.

“nanti Amy tolong tumbukkan semua bahan tadi dengan serbuk kunyit ya.” Arah Luqman.

“Ala... kisar saja kan senang” rengek Amy. Dia sengaja mahu bermanja dengan Luqman. Dia harus memanfaatkan masa yang berharga ini sebaik yang boleh.

“macam mana nak jadi isteri saya kalau malas begini?” sengaja Luqman memancing Amy. merah padam Amy mendengar kata – kata yang keluar dari mulut Luqman.

Luqman menumis semua bahan tadi. Dia menyiapkan satu persatu juadah untuk mereka semua. Dia juga mereneh sup ayam buat Mak Biah. Amy menyendeng – nyendeng. Hampir ketawa luqman dibuatnya. Sengaja Amy mahu memikat Luqman walaupun di dapur.

“Ni yang tergesel – gesel macam kucing miang ni kenapa?” soal Luqman. Senduk kayu di letak ke dalam bekas dan dia menghadap Amy yang tersengih – sengih. Luqman ketawa. Di selitnya rambut Amy yang terjuntai ke bawah di celah telinga Amy. Renungan mata Luqman mendebarkan jiwa Amy. dia menyentuh dadanya.

“Kenapa?... berdebar – debar di renung lelaki kacak macam saya?” usik Luqman. Muka Amy merah padam.

“Perasan! Perasan! Perasan!” kata Amy. Dia berpaling. Malu dengan Luqman.

“Tak payah nak malu sangatlah Amy.... macam kelakar saja wajah awak bila malu begini” kata Luqman. Amy mengerutkan keningnya.

“Saya nak belajar masak pizza dari awak boleh?” soal Amy.

“Takkan nak belajar di sini. Saya nak pulang awal. Nanti di kafe saya ajarkan awak ya?” jawab Luqman.

Dia terus menghidang makanan di meja makan. Mak Biah menghampiri. Sup ayam, ayam masak kicap, sayur campur dan ulam – ulaman sudah terhidang dengan kemasnya. Mak Biah menghidu aroma masakan yang amat lazat.

“Baunya pun dah sedap. Rasanya tentu lebih sedap” Mak Biah mengangkat ibu jarinya. Luqman ketawa. Jiji dan Lela terus duduk walaupun belum di pelawa.
Amy memegang tangan Luqman.

“Kenapa?” soal Luqman.

“Terima kasih..”

“beb...by” sambung Luqman sambil ketawa kecil.

“ya... menghormati wanita yang amat bermakna dalam hidup saya” senyum Amy.

“Malam nanti kita pergi funfair lagi!!!” kata Amy.

“Tak nak.... “ cepat – cepat Luqman membantah.

Amy memasamkan mukanya. Berpura – pura merajuk. Luqman mengenyit mata ke arah mak Biah yang ketawa terkekeh – kekeh mengintai mereka berdua. Dia mahu Luqman memujuknya. Sengaja mahukan perhatian dari lelaki yang sudah menambat hatinya.

“Baiklah... tapi tak nak funfair. Dah macam orang gila terjerit – jerit!” kata Luqman. Cepat – cepat Amy senyum. Dia masih belum melepaskan tangan Luqman. Geli hati Luqman melihat telatah Amy yang sentiasa mahu dimanjakan.

“Kita pergi jungle tracking dengan Lela dan Jiji” cadang Luqman. Amy bertepuk tangan.

Luqman ketawa lagi. Dia akan terus ketawa apabila bersama Amy. dia tidak tahu kenapa tetapi gadis comel di hadpannya ini memang sentiasa membuatkan bibirnya mengukir senyum.

“Cepatlah datang makan! Nanti habis pula lauk pauk yang sedap – sedap ni” jerit Lela. Luqman dan Amy cepat – cepat ke meja makan. Bimbang jika semua makanan di habiskan oleh Lela yang sememangnya kuat makan itu.

Setelah Luqman, Jiji dan Lela pulang, mak Biah mendapatkan Amy di biliknya. Amy yang sedang mengemas almari pakaiannya tersenyum – senyum memandang Mak Biah.

“Mak Biah suka melihat Amy gembira begini” Mak Biah menggosok lembut belakang badan Amy.

“Mak Biah sukakan Luqman?’ soal Amy.

Mak Biah mengangguk. Sudah tentu dia sukakan lelaki yang mampu membuatkan anak perempuannya itu tersenyum, ketawa dan gembira selalu. Nampak kematangan di dalam diri Luqman dalam melayan kerenah Amy. Mak Biah sentiasa berdoa agar lelaki sebaik Luqman akan menjadi suami Amy sehingga ke akhir hayatnya.


                                  **************************

Selepas pulang dari bank, Amy terus duduk di hadapan Jiji yang sedang sibuk mengelap meja. Di tenungnya wajah jiji dalam – dalam. Jiji agak hairan dengan sikap pelik Amy sejak dari pagi tadi.

“Cik Amy ni kenapa?. Demam? Tersengih – sengih!” Jiji mengerutkan keningnya yang agak tebal. Amy ketawa. Dia mengeluarkan satu kunci dari beg tangannya. Dahi Jiji masih berkerut. Amy terus meluruskan jari telunjuknya ke arah tempat parking kereta. Sebuah kereta kancil berwarna perak kelihatan di situ. Siap di ikat dengan reben merah.

“Bodoh betul tuan punya kereta tu, ada pula diikat dengan reben, nak suruh kereta dia pergi kahwin kot!” bebel Jiji. Lela menghampiri. Amy menepuk dahinya.

“Saya belikan kereta itu untuk Lela dan awak pergi kerja. Senang!. Tak payah susah – susah naik bas, kena hujan dan panas” kata Amy. Lela dan Jiji terlopong. Dia memandang kereta kancil itu dan kemudiannya memandang Amy yang masih merah wajahnya kerana di panah mentari yang agak terik pada petang itu.

“Untuk kami?” soal Lela. Amy mengangguk. Mereka berdua terus memeluk Amy dengan kuat sehingga Amy sukar untuk bernafas. Luqman yang sudah tahu akan niat Amy itu hanya ketawa besar melihat reaksi Jiji dan Lela yang sangat teruja itu.

“jangan bawa kereta macam pelesit sudah, ya!” Amy memberi amaran.

Gembira tidak terkata mereka berdua mendapat majikan sebaik Amy. Tidak sampai hati pula Amy melihat mereka berdua berhujan dan berpanas. Dia mahu Jiji dan Lela tahu dia amat menghargai mereka sebagai pekerja dan juga rakan. Lela dan Jiji tekun bekerja. Hinggakan meja yang sudah bersih itu pun, di bersihkannya sekali lagi. Luqman menggeleng.

“Kalau ya pun gembira, janganlah nampak sangat nak bodek Cik Amy” kata Luqman. Sengaja mengusik mereka berdua. Lela dan Jiji ketawa besar.

“Mana tahu lepas ni dia bagi BMW dia pula” kata Lela.

“Jangan harap!!!” jerit Amy dari tempat mesin wang. Berderai ketawa Luqman apabila melihat wajah Lela dan Jiji yang monyok mendengar usikan Amy tadi.
Seorang lelaki muda berkulit hitam manis menghampiri Amy dengan senyuman yang manis. Dia memandang Amy dengan satu pandangan yang penuh dengan harapan.

“Ya, boleh saya bantu?” soal Amy.

“Kak, saya Eric. Saya yang telefon akak hari tu tentang kerja sebagai pembantu chef di kafe ni” terangnya. Amy mengangguk.

“Awak dah habiskan semua urusan awak?” soal Amy. Eric mengangguk.

“Jadi bila boleh bekerja?” soal Amy.

Eric tidak dapat menjawab soalan Amy dengan tenang. Dia agak tidak selesa apabila Jiji dan Lela berdiri di sebelahnya. Renungan mata mereka berdua itu membuatkan Eric menjadi gerun. Dia malu di renung sebegitu.

“Jiji, Lela!. Pergi buat kerja. Amboi.... gatal ye” kata Amy.

“Kami pun nak kenal” kata Lela.

“Berapa umur kau?” soal Jiji. Dengan takut – takut Eric menjawab

“21 tahun”. Lela dan Jiji terkejut.

“Apa? Baru 21 tahun?. Alah.... jadi kau ni budak bawah umur lagi lah... mana layak nak berpacaran dengan kami berdua” kata Lela dengan yakin.

“Siapa yang nak berpacaran dengan akak. Taste saya bukan dengan orang tua” jawab Eric. Terbeliak biji mata Lela dan Jiji mendengarnya.

“Jangan ambil dia Cik Amy.. tak berkaliber dan tiada potensi memajukan kafe” kata Jiji dengan penuh yakin. Amy mahu ketawa.

“Mereka ni siapa Cik Amy?” bisik Eric.

“Pembantu saya” jawab Amy. Eric mencebik. Lela dan Jiji terus pergi. Malas mahu layan lelaki bawah umur, menurut pada pandangan mereka berdua. Mereka fikirkan Eric yang bertubuh besar itu sudah berusia 26 tahun ke atas. Niat mereka untuk memikat Eric terbantut sama sekali.



Eric akan bekerja pada esok hari. Dia akan memulakan tugas sebagai pembantu Luqman. Amy gembira Luqman tidak akan terlalu penat. Dia menghampiri Luqman yang sedang menaburkan cheese mozzarella ke atas doh pizza. Amy mencebik.

“Kenapa mencebik begitu?” soal Luqman.

“Kata nak ajar. Tapi dah buat dulu” kata Amy.

“Ini untuk pelanggan, sayang. Untuk Amy malam nanti ya” pujuk Luqman.

“Panggil apa tadi?’ soal Amy.

“Sayang...” ulangi Luqman. Amy ketawa.

“Panggil apa tadi?” soal Amy sekali lagi. Luqman membisu. Tidak mahu menjawabnya.

“Cakaplah... panggil apa tadi?’ soal Amy lagi. Luqman tidak menjawab sebaliknya dia terus melakukan kerjanya seoalh – olah Amy tiada di situ.

“Tak apa... sombong ya. Nanti saya tak kawan baru tahu!” ugut Amy.Luqman ketawa.

“Awak ni majikan yang kejam. Mengganggu ketenteraman pekerjanya sendiri!” kata Luqman. Amy tahu dia mengangganggu Luqman ketika ini. Dia terus keluar meninggalkan Luqman di dapur. Jam di tangan sudah menunjukkan angka 9.45. Lagi beberapa minit kafenya akan di tutup. Hanya tinggal dua orang pelanggan di situ. Amy yang keletihan terus bering di bilik rehat sementara menunggu pelanggan terakhir mereka pulang. Amy akhirnya tertidur.

“Sayang...” panggil Luqman. Dia menggerak – gerakkan bahu Amy. Tiada respon.

“Sayang...”panggil Luqman lagi. Suaranya di tinggikan sedikit. Amy yang terkejut itu, terus menampar Luqman dengan kuat. Merah pipi Luqman di tampar percuma oleh Amy. Tersedar apa yang berlaku, Amy terus memegang pipi Luqman.

“Maafkan Amy. Tak sengaja!!!!” Amy menggosok – gosok pipi Luqman.

“Ganasnya sayang saya ni...” kata Luqman. Amy ketawa.

“Jangan kejut macam tu lagi. Amy terkejut!” kata Amy.

“Kata nak belajar buat pizza” kata Luqman. Tangannya masih memegang pipi yang di tampar Amy tadi.

“Ok. Saya ikut ya” jawab Amy dan dengan kelam kabut terus ke dapur. Dia membuka kain bandana yang diikat  dikepala Luqman dan memakainya pula di kepalanya. Luqman ketawa. Dia mengetatkan ikatan kepala Amy.

“Sekarang kita buat doh ya” kata Luqman. Amy mengangguk dan bersungguh – sungguh. Habis pipinya terkena tepung dan beberapa bahan lain. Luqman menggeleng kepala. Diambilnya kain dan dibersihkannya wajah Amy yang comot itu.

“Macam, budak – budak. Kalau orang nampak ni, tak ingin orang singgah ke kafe ni” usik Luqman. Amy mencebik.

“Pipi saya gatallah!” Amy menyuakan pipinya. Luqman menggarukannya dengan berhati – hati.

“Kenapa perlahan sangat?” soal Amy. Manja.

“Saya tak mahu pipi yang comel itu terluka....” jawab Luqman. Amy terdiam.

“Awak tak akan lukakan hati saya juga kan?’ soal Amy. Luqman mengangguk.

“Awak ni kekasih saya ke?. Setahu saya kita tak pernah secara rasmi menjadi pasangan kekasih! Awak pandai – pandai panggil saya sayang!” bebel Amy.

“Kenapa awak tak halang? Awak juga selalu saja nak dekatkan diri dengan saya. Cemburu.... pula tu!” balas Luqman.

“Ok... dengan ini saya merasmikan hubungan cinta kita ini dengan tebaran doh pizza saya yang pertama. Lepas ini kita akan makan sebagai lambang cinta kita.. ok?” kata Amy. Luqman hanya menurutinya. Tersenyum. Amy terus menebarnya dan cuba meniru gaya tebaran Luqman yang professional.

“Kita kasi terbang lepas tu tangkap doh ni” kata Amy dengan yakin. Luqman mahu menghalang tetapi belum sempat dia mahu menahannya, doh itu sudah pun singgah ke mukanya. Amy terkejut. Dia menekup mulutnya. Wajah Luqman tidak kelihatan kerana ditutupi doh pizza buatan Amy. perlahan – lahan Amy menarik doh tersebut dari wajah Luqman.

“Sorry sayang.... tak sengaja” Amy menggigit bibirnya.

“Siapa nak makan sekarang ni?” soal Luqman.

“Alah... kena muka awak. Lagipun muka awak bersih. Saya boleh makan. Tak apa! Saya cuba lagi!” kata Amy dengan yakin. Dia cuba melambung doh itu dan kali ini terus jatuh ke lantai. Amy melompat – lompat geram. Dia tidak puas hati. Selama ini dia lihat Luqman dengan mudah menebar dan melambung doh itu setiap hari. Luqman mengambil doh itu dan membuangnya.

“kenapa buang?” soal Amy. Luqman memandang ke dalam anak mata Amy.

“Saya tak mahu sayang saya makan benda kotor. Nanti sakit. Biar saya yang buat” kata Luqman. Amy menggaru – garu kepalanya.

“Taka pa...saya buat tapi tak lambung – lambung. Saya buat macam lempeng. Awak duduk luar, biar saya buat” kata Amy. Luqman keluar. Membiarkan Amy dengan pizzanya yang entah jadi atau pun tidak. Hampir 45 minit menunggu, Amy keluar dengan pizza pertamanya. Luqman mahu ketawa melihat pizza yang herot berot, sedikit hangus dan  taburan cendawan dan cheese yang berselerak.

“Makanlah.... tanda cinta kita ni. Nama pizza ni... beb...by pizza!” sengih Amy. Luqman hanya mengangguk. Dia mengambil kepingan pizza itu dan di suapnya ke dalam mulut Amy.

“Hmmm... sedap!” kata Amy. Luqman ketawa. Kali ini dia menyuap ke dalam mulutnya pula.

“Boleh tahan pizza beb...by awak ni. Terima kasih beb...by, buatkan pizza kita yang pertama” ucap Luqman. Amy ketawa berdekah – dekah.

“Nampak sangat tipu. Tak sedap langsung!” cebik Amy.

“Tau tak apa. Lain kali cuba lagi. Selalunya apabila kita cuba berkali – kali, hasilnya akan jadi lebih baik sayang” senyum Luqman. Amy mengangguk sambil tangannya memilih kepingan daging dan cendawan butang untuk di makannya. Doh yang hangus itu di biarkannya sahaja. Luqman memerhatikan Amy menyuap makanan ke dalam mulutnya. Manja. Luqman tetap makan pizza yang disediakan oleh Amy walaupun hasilnya tidak sesedap yang di harapkan. Yang penting baginya, Amy gembira!

2 comments:

  1. good writing...keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak - banyak ya :)
      kerana sudi membaca karya saya yang x seberapa ini.
      terima kasih juga kerana menambah semangat saya utk terus
      menulis..... cayang awak banyak2 ;)

      Delete