Wednesday, 17 October 2012

TERIMA KASIH BEB - BAB 25


***MINTA MAAF SEKALI LAGI YA....

Suasana hotel lima bintang milik Dato Kamal agak sibuk kerana dalam proses menyiapkan dewan dan hidangan sempena hari lahir Amy yang ke 25.ikri menguruskannya seperti yang di pinta oleh dato Kamal.

“Fikri dah cari chef terbaik di Malaysia ni?’ soal Dato Kamal. Turut sama meninjau persiapan pekerja – pekerjanya.

“Ya....chef terbaik papa!” senyum Luqman. Dato Kamal mengangguk.

“Papa nak jumpa dia ke?” soal Fikri pula. Dato Kamal menggeleng. Dia mahu pulang ke pejabat sebentar. Qaseh juga turut membantu Fikri di dewan.

Fikri ke dapur hotel. Dia menepuk bahu Luqman yang begitu sibuk menyediakan kek untuk isterinya sendiri.

“Nasib baik papa aku tak masuk dapur tadi” sengih Fikri. Luqman ketawa.

“Kalau kau tak gatal mulut, tak adalah dia masuk” jeling Luqman. Berguaru.  Fikri mengangguk setuju.

Fikri keluar dari dapur. Mahu memantau perkara lain pula. Hiasan dewan juga perlu diberi keutamaan. Fikri perlu menyiapkannya sebelum jam 9 malam ini. Dia mahu semuanya sempurna untuk adiknya itu.

Amy menunggu di rumah bersama – sama Mak Biah.d dia yang sudah pun berpindah semula di rumah sejak tiga hari lepas hanya duduk tanpa membuat apa – apa kerja. Hatinya tidak enak. Berdebar – debar.  Sebentar lagi abangnya akan menjemput mereka berdua.

Fikri tiba dengan suit hitam yang sangat kemas. Nampak segak. Amy senyum mengulum.

“Macam nak kahwin saja” Amy menapar lembut pipi Fikri.

“Hai.. kahwin pakai baju melayu lah!” sengih Fikri. Amy ketawa dan masuk ke dalam kereta bersama – sama Mak Biah.

“Tak jemput ibu Luqman?” soal Amy. terbeliak mata ikri mendengar pertanyaan adiknya.

“Nak mampus?. Nanti Puan Kalsom baling kek ke muka papa, papa pula curah air ke kepala Puan Kalsom” jawab Fikri. Mak Biah dan Amy ketawa. Amy tiba di lobi hotel. Memang sangat sempurna dekorasinya. Amy masuk ke dalam dewan. Dalina, Gibran, Nora dan Encik Johan juga ada di situ. Amy terus memeluk Dalina. Rindu benar pada Dalina yang sudah lama dia tidak ketemu.

“Amy... lina rindu betul!” jerit Dalina. Gibran menggeleng kepala. Pening dengan sikap mereka berdua yang masih keanak – anakan.

“Amy juga!. Uncle Johan... terima kasih untuk segalanya” air mata Amy bergenang. Encik Johan menyentuh pipi Amy.

“Jangan menangis sayang. Hari lahir untuk diraikan... bukan untuk ditangisi. Uncle mahu lihat tawa Amy bukannya air mata Amy” ujar Encik Johan. Amy mengangguk faham.

“Besar betul kek kau tu” tunjuk Nora. Peduli apa kek itu sebesar mana... yang dia mahu hanyalah Luqman!.

Semua tetamu sudah hadir. Pengacara majlis membuat meminta Amy pergi ke tempat dimana keknya yang besar itu ditempatkan. Fikri, Lina dan Nora mengiri Amy. sampai sahaja di di hadapan kek 3 tingkat yang besar itu, hatinya berdegup kencang. Kek coklat yang dikelilingi buah strawberry itu direnung. Amy mencalit sedikit krim di bawah kek itu. Rasa mentega kacang. Amy memejam matanya. Menyentuh dadanya yang sudah pun berombak. Dia terus meluru ke dapur hotel. Semua yang berada di situ berpandangan sesama sendiri. Fikri dan Lina mengejar Amy.

Amy masuk ke dalam dapur. Semua chef dan pembantu dapur memandang Amy yang tiba – tiba masuk ke tempat mereka bekerja.

“Mana  chef Luqman?” soalnya. Mereka semua diam membisu. Luqman cepat – cepat menyorok di sebalik dinding. Tersorok dari pandangan mata Amy.

“Mana chef Luqman?!!!” jerit Amy. dia seperti sudah hilang pertimbangan. Fikri memegang bahu Amy. cuba menenangkannya. Amy menepis dengan geram.

“Cakap abang.... mana suami Amy?” soalnya. Air matanya sudah jatuh membasahi pipinya.

Amy memang sudah tidak dapat mengawal emosinya. Diambilnya pinggan kaca di tepinya. Dibaling dengan kuat ke dinding. Semua yang berada di situ sangat terkejut. Beberapa orang pembantu sudah pun keluar dari dapur. Yang tinggal hanya Fikri, Lina dan Luqman yang masih bersembunyi.

Amy membaling pula beberapa biji gelas. Luqman memang terkejut. Kali ini dia benar – benar yakin Amy sangat tertekan. Jiwanya terlalu sakit!.

Amy terjelepok di lantai. Tunduk sambil menangis teresak – esak. Luqman keluar perlahan – lahan dan merapatinya dari belakang. Tangan kirinya memeluk dada Amy. Amy terkejut. Cepat – cepat dia menoleh. Air matanya makin laju apabila memandang suaminya di hadapan mata. Amy memegang kedua – dua belah pipi Luqman.

“Abang .... abang sayangkan Amy lagi?” soal Amy. Luqman mengangguk. Jarinya mengesat air mata yang jatuh ke pipi Amy.

“Amy salah.. Amy minta maaf. Amy sangat cintakan abang. Kalau abang tahu, Amy tak pernah sekakli pun melupakan abang. Jangan tinggalkan Amy..Amy.....” Amy sebak. Tidak dapat meneruskan bicar. Luqman terus menarik Amy ke dakapannya. Bibir Amy terkunci. Didakap Luqman membuatkan hatinya tenang. Jiwanya tenteram.

“Abang cintakan sayang.... dunia dan akhirat!” bisik Luqman. Amy menangis tetapi kali ini tagisannya tangisan gembira.

Fikri memandang Lina dan tersenyum puas. Dato Kamal yang baru sampai terdiam melihat anak dan menantunya berpelukan. Dato Kamal terus ke dewan semula. Melayan tetamu seperti tiada apa yang berlaku. Dia memberi pelbagai alasan kepada para tetamu.
Dia tidak tahu mengapa dia tidak rasa mahu marah atau pun naik angin. Melihatkan Amy seperti sangat bahagia di dalam dakapan Luqman membuatkan langkahnya terhenti di situ. Membiarkan anaknya melepaskan rindu yang terlalu lama dipendam akibat dari kedegilannya sendiri.

Encik johan menepuk lembut bahu Dato Kamal. Dia mengahsiahkan senyuman buat sahabat lamanya itu.

“Biarkanlah mereka bahagia, Luqman. Percayalah, kau tidak akan kehilangan Amy malahan dia akan lebih menyayangi dan menghargai kau. Kau akan lebih bahagia apabila menatap wajah cucu kau yang bakal lahir suatu hari nanti. Waktu itu Amy akan ceritakan pada anak – anaknya betapa kau menyayangi dia” senyum Encik Johan. Dato kamal terdiam. Kali ini dia tidak rasa mahu menengking Encik johan tetapi dia tersenyum setelah beberapa saat mendiamkan diri.

Fikri menghampiri Luqman dan Amy setelah mendapat arahan dari dato Kamal.

“Papa suruh kau tukar baju. Kemudian iringi Amy ke dewan” arah Fikri. Luqman agak tidak faham dengan arahan Fikri.

“Papa ingin kenalkan kau dengan semua tetamu. Kek belum potong. Aku pun nak rasa gak kek mentega kacang kau tu” senyum Luqman. Amy menggenggam jari jemari Luqman.

“Mari sayang..” ajak Amy.

“Habis tu kaca yang pecah merata – rata ni siapa nak kutip?” soal Luqman. Amy terus tersenyum. Dia memandang pembantu dapur yang menggaru – garu kepala. Banyak kerja yang perlua dia lakukan.

“Kita bersihkan dulu. Kasihan mereka semua” sengih Amy.

“tahu taka pa!. Tadi mengamuk macam gorilla hilang anak” usik Luqman. Amy menjuihkan bibirnya.

“Minta maaf ya semua. Saya akan bersihkan dengan chef Luqman” trerang Amy. mereka ketawa.

“Dengan chef Luqman ya?.... che Luqman tak buat semua ni. Biar isteri chef Luqman yang buat” usik Luqman lagi sekali. Amy ketawa. Dicubitnya pipi Luqman.

Setelah menukar baju, Luqman dan Amy masuk ke dalam dewan.  Pengacara majlis memperkenalkan Luqman sebagai suami Amy. agak riuh dewan ketika itu. Mereka semua tidak tahu anak bongsu Dato kamal sudah pun menjadi suri kepada Luqman. Wajah Luqman nampak tenang. Amy memandang papanya yang hanya tersenyum. Membalas pandangannya. Amy menggerakkan bibirnya

“terima kasih papa” gerakan bibir Amy itu membuatkan hati Dato kamal merasa sesuatu yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Begitu indah dan sayu hingga tidak dapat digambarkan dengan kata – kata.

Dato Kamal terus mengambil microphone dari tangan pengerusi majlis.

“Luqman adalah suami kepada Amy hanissa.. anak saya. Tidak perlulah dipersoalkan bila dan di mana mereka berduna bernikah. Yang lepas biarkan berlalu. Yang penting mereka melakukan perkara yang sah.. tidak dilaang oleh hokum agama. Di hadapan semua hadirin ... saya akan menjemput anda semua di waktu terdekat ini untuk menghadiri majlis persandingan kedua – dua anak saya. Doakan mereka gembira. Silalah menjamu selera.” Ucap dato kamal. Dia turun dan menghampiri Luqman.

“terima kasih mengajar papa apa erti kasih sayang yang sebenar. Papa sedar kesilapan papa pada Amy dan Luqman. Darah yang mengalir dalam tubuh papa ini terdapat juga darah luqman, orang yang pernah papa hina. Maafkan papa sekali lagi. Terimalah Amy kembali dan kita hidup dengan bahagia sebagai sebuah keluarga” Dato kamal menggenggam erat tangan Luqman.

“Maafkan Luqman juga, papa kerana ada ketika Luqman bersikap agak tidak wajar dengan papa sebsagai bapa mertua Luqman” kata Luqman. Mereka berdua berpelukan. Semua yang adadi situ bertepuk tangan. Sebahagian darioada mereka yang tahu cerita mengenai Dato kamal dan Luqman berasa lega.... semuanya sudah berakhir. Amy terus memeluk papanya. Diciumnya pipi dato kamal.

“Papa adalah papa terbaik di dunia ni’ senyum Amy.

Mata Dato kamal berkaca. Benar kata Encik Johan, Amy lebih menyayanginya dan rasanya sungguh indah dan manis. Dato kamal menarik nafas lega.

Qaseh menghampiri Fikri. Dicuitnya lengan Fikri dengan wajah yang manja.

“Akhirnya...” kata Qaseh. Ikri mengerutkan keningnya.

“Apa yang akhirnya?” soal Fikri. Berpura – pura tidak mengerti apa – apa.

“kita akan disatukan juga” senyum Qaeh.

“Hmm... gatallah tu!” cebik Fikri. Qaseh ketawa. Begitu juga dengan Fikri.

“majlis harijadi paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga!” balas Amy dan terus memeluk Luqman yang sedikit sebanyak cukup terkejut dengan kejadian pada malam itu. Namun begitu, dia cukup bersyukur kerana dapat mendakap Amy ke dalam pelukannya semula.  J

10 comments:

  1. wah...bestnya...tenQ writer..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama - sama Rohana Januddin...
      terima kasih juga untuk awak kerana
      sudi baca TKB ni...
      juga kerana sudi komen :))
      cayang awak :))

      Delete
  2. wani ni dah ending ker???? sweetnya happy ending akhirnya....sob..sob..sob..suka awak lah...ehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalam cinta...
      saya lagi suka kat awak!!!
      banyak sampai penuh hati saya ni :))
      cayang awak :))

      Delete
  3. best sangat! mcm2 perisa ada, kak.. akhirnya bahagia juga mereka berdua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. tq Izzatul dalam masa sehari leh habis.. bagus lah! cayang Izzatul ler :)

      Delete
  4. salam... walaupun cerita nie dah lama...godek2 archive nie smlm dan terus marathon...cerita nya best ... suka sgt2...fuh lega, ketemu juga endingnya... thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa...
      pandai awak ye sj kihkih..
      saya pun x terfikir nak letak kat layout TKB nih.
      terima kasih banyak2 SJ.... muah!!! :) <3

      Delete
  5. best sangat...marah, sedih, suka...semua ada...puas hati...tagi geram ngan akak sebab wat amy(saya punya nickname) nangis sama ngan amy dan luqman tu...dah habis ek...pehal pun suka sangat coz happ ending...

    ReplyDelete
  6. Yeayyy...hepy ending..seyes suka gila ngn cita ni...marathon nk bc smpai abis..sehari..hihi..wlaupn dh lma kn.. Ada novel kn, xsempt nk bc versi cetak lg.le kn.. Byk tu dugaan diorg,smpai rsa kt dlm hti ima ni..mcm nk nangis..setia wlau apa pn yg jd.. Tenkiu penulis,luv u..hihi

    ReplyDelete