Saturday, 9 February 2013

BAWANG PUTIH URBAN - bab 15


 BAB 15

PRANG!!!DONG!!!PRANGGGG!!!


Bunyi bising di dapur menyebabkan Tengku Khairudin terpaksa meninggalkan tikar sejadahnya begitu sahaja. Jeritan Putih membuatkan hati tengku Khairudin berdebar – debar. Sementara berlari turun ke bawah, bunyi bising itu makin kerap bunyinya. Putih yang sedang berdiri di atas meja itu membaling cawan plastic ke arah hamster milik Shey Imm yang terlepas. 

Terbeliak mata Tengku Khairudin melihatnya.

“tolong kejar bos! Kalau tak mati saya punya hamster ni” jerit Shey Imm sambil membongkok dan berlari ke sana ke mari.  

“Eee kenapa kau bela tikus ni Shey Imm?’ soal Putih. Dia menjerit lagi apabila Shey Imm memegang hamster yang berjaya ditangkapnya. Shey Imm cepat – cepat membawanya masuk ke dalam bilik.

“Dah turun” arah Tengku Khairudin.

“Takutlah!”  Putih menggigit kukunya. Tengku Khairudin terus mencempungnya turun dari meja makan.

“Hish.. suka – suka pegang anak dara orang” jeling Putih.

“Anak dara?.. huh!” cebik Tengku Khairudin.

“apasal kau jeling aku macam tu?” soal Putih. Dia merapati Tengku khairudin. Malas mahu melayan Putih yang sudah hilang ingatan itu, tengku Khairudin terus naik ke atas. Dia membiarkan Putih membebel – bebel di situ.

Shey Imm memandang eddy dan tengku Khairudin bersilih ganti.

“Hei.. kenapa?” soal Shey Imm. Eddy yang sering datang ke rumah mereka juga buntu bagaimana mahu mengembalikan ingatan Putih seperti sediakala. Belum sempat mereka memulakan perbincangan, Putih sudah pun mendapatkan mereka dengan beg di tangan.

“Nak pergi rumah aku” kata Putih. Tengku Khairudin memandang Shey Imm.

“Hei...hei... ni, ni... mata ni, aku tahu mata kau ni macam nak kutuk aku kan?” Putih menuding jarinya ke mata Tengku Khairudin. Sangat hampir!.

“Putih nak pergi mana ni?” soal tengku Khairudin .

“Kau bawakan kereta ni. Nanti aku tunjukkan jalan” arah Putih. Mahu atau pun tidak, mereka bertiga terpaksa mengikut sahaja kehendak Putih seperti yang dinasihatkan oleh doktor pakar.

Setelah sampai ke tempat yang di tuju, Tengku Khairudin sedikit hairan. Itu rumah lamanya. Rumah arwah ibunya yang kini didiami Loma , Maya dan Miza. Putih keluar dari kereta.

“Punah.. Bos! Mereka semua tak tahu apa – apa pasal Putih. Kan, auntie Loma baru balik dari kampungnya setelah sebulan di sana” terang Shey Imm. Tengku Khairudin menelan air liur. Putih terus mengetuk pintu. Tengku Khairudin, eddy dan Shey Imm hanya memerhati dari belakang.

Loma membuka pintu rumahnya. dia sedikit terkejut kerana sejak Putih berkahwin, tidak pernah sekali pun dia mengunjunginya di rumah itu.

“Eh.. makcik buat apa kat rumah ibu saya ni?. Makcik ni penyewa ke?” soal Putih. Mata Loma direnungnya.

“KKau cakap apa ni Bawang oiiiii.. hai, dah kahwin ni langsung tak ingatkan aku pula” geleng Loma. Miza juga keluar. Maya tiada di rumah kerana sudah mula bekerja.

“Wah, makcik.. siap tinggal dengan orang gaji Indonesia lagi” Putih memandang Miza pula.

“Keluarlah makcik! Jangan duduk rumah arwah ibu saya ni” Putih terus menarik tangan Loma keluar. Miza terpaksa masuk campur. Dia menarik tangan ibunya sekuat hati. Putih tidak berputus asa. Tangan Loma ditarik hingga berjaya mengeluarkan Loma dari rumah ibunya.

“Ni kenapa dengan bini kau ni!!!!!” jerit Loma.

“Hello... makcik Bedah, dia bukan suami saya. Dia kawan saya sahaja” jawab Putih.

“Siapa suruh kau panggil aku bedah ha!!!! Nama aku Loma...Loma!!” Loma menggigil geram dan kemudian dia memandang Putih dengan wajah yang ragu – ragu.

“Korang dah bercerai ke?” soal Loma.

“Choiiiiiii!!!!!!!!!” jerit Eddy, Shey Imm dan tengku Khairudin

“Loma?.. kehkehkehekeh” gelak Putih. Loma merenungnya.

“Apasal kau gelak?” soal Loma.

“Nama makcik pun buruk macam nama saya. Dahlah, saya nak naik dulu. Makcik kemas barang – barang makcik ya. Saya nak rumah saya balik. Mungkin nanti saya nak pindah sini lagipun tak manis saya tinggal dengan dia yang bukan muhrim ni” terang Putih dan terus masuk ke dalam. meninggalkan Loma dan Miza yang terpinga – pinga.

“Kenapa dengan dia tu? . meroyan?” soal Loma.

“Dia kemalangan. Hilang ingatan. Ada yang dia ingat dan ada yang dia tak ingat. Dia tak tahu pun saya ni suami dia. Dah jenuh saya tunjuk video, surat nikah dan semuanya. Dia tak percaya. Dia kata mafia besar macam saya boleh ugut Tok Kadi buat surat nikah palsu” Tengku Khairudin mengeluh. Loma menepuk dahinya.

“Habis! Dia nak halau aku?” soal Loma.

“Nanti saya pujuk dia” kata Shey Imm. Setakat ini hanya Shey Imm yang boleh melembutkan hati Putih. Dia banyak mendengar kata – kata Shey Imm berbanding orang lain. Tidak berapa lama kemudian, Putih turun semula.

“Eh, makcik Loma ni dan perempuan indon ni bukan ke adik saya punya orang gaji?. Saya ada adiklah.. nama dia.... nama dia....mayo!. ha.. Mayo!” senyum Putih.

“Kau ingat anak tu mayonis yang bubuh kat salad tu?. Nama dia Maya lah” jeling Loma.

“Mayolah!” bantah Putih.

“Maya! Nur Maya!”

“Nur Mayo” tegas Putih. Kali ini Loma terduduk di kerusi laman. Dia memicit – micit kepalanya. Eddy memujuk Loma agar sedikit beralah dengan Putih.

“Tak apalah, makcik dan kau bibik, jaga Mayo baik – baik. Nanti suruh Mayo jumpa saya ya” pesan Putih.

“Bibik?!!!” geram betul Miza mendengarnya.  Mahu sahaja ditonyoh – tonyoh mulut adik tiri yang sudah pun hilang ingatannya. Bibik Joy keluar sambil tersenyum – senyum. suka benar dia melihat Putih mengenakan majikan yang loghat benar seperti Miza dan Loma.

“Kita balik ya?” pujuk Tengku Khairudin. Putih berpaling. Rumah lama Khir di pandang dengan kerutan seperti dapat merasakan sesuatu.

“Khir apa khabar?” soal Putih. Semua tersentak . lebih – lebih lagi Tengku Khairudin. Eddy menggaru – garu kepalanya dan sesekali memandang wajah Tengku  Khairudin yang sedikit kecewa.

“Putih ingat Khir?” soal Loma.

“Iyalah. Kan dia jiran Putih dulu.. IShhh.. jangan panggil Putihlah.. panggil...” Putih seperti berkira – kira.

“Banyaklau kau punya tak sedap! Mak kau yang bagi nama tu tahu tak!” jerkah Loma. Putih terkejut dengan jeritan Loma tadi dan dia terus merenung Loma dengan tajam.

“Orang gaji Mayo ni lebih – lebih pula marah aku” rungutnya dan terus masuk ke dalam kereta. Loma menepuk dahi. Dia duduk termenung di kerusi lama. Kasihan pula dengan Tengku Khairudin yang terpaksa melalui keadaan itu.

“Gila ke apa tu?” soal Miza.

“Hilang ingatanlah” jeling Loma. Miza mengangguk – angguk faham.

           
                                                  ****************



Putih duduk termenung di hadapan kolam ikan. Tengku Khairudin yang masih kecewa dengan ingatan Putih terhadap Khir hanya memandangnya dari jauh.  Dia dapat melihat kesugulan pada wajah Putih. Dia faham. Dia tahu dan dia pasti Putih sedih. Putih sentiasa berusaha untuk mengingati semuanya kembali tetapi apalah dayanya... 

“Nak pergi mana – mana?. Abang bawakan” tegur Tengku Khairudin dan melabukan punggungnya di sebelah Putih.

“Janganlah ber’abang’ dengan aku. Tak mesralah rasanya. Aku hanya panggil abang pada suami aku sahaja” jawabnya.

Tengku Khairudin mengeluh. Dia berdiri untuk meninggalkan Putih sendirian untuk  menenangkan fikirannya.

“Kita pergi pasar malam. Nak makan jagung bakar” senyum Putih. Tengku Khairudin senyum dan mengangguk.


Sudah setengah jam dia menunggu Putih di bawah. Tengku Khairudin naik ke atas. Dia membuka pintu bilik Putih perlahan – lahan. Kelihatan Putih sedang merenung shawl berwarna biru muda di tangannya. Ada riak sedih di wajahnya. Tengku Khairudin menghampiri dan duduk betul – betul di hadapan Putih.  

“Tudung ni cantik sangat. Macam ada yang bermakna tapi aku tak tahu pakai. Selalu Shey Imm bagi aku tudung yang sarung saja tapi aku suka yang begini. Aku tak tahu..” Putih megangkat wajahnya. Tengku Khairudin senyum. Ya sayang, tudung itu aku yang hadiahkan untukmu....

Tengku Khairudin mengambil shawl itu dari tangan Putih. Perlahan – lahan dia meletakkan shawl itu di kepala Putih. Dia melilitnya dengan penuh rasa cinta. Sesekali Tengku Khairudin memejam matanya. Sebak!. Itu yang dia rasakan. Kerongsang hadiah darinya di ambil dan dipakaikan di bawah dagu Putih. Tengku Khairudin mengemaskannya dengan senyuman. Ada takungan air jernih di kelopak mata Putih. Tengku Khairudin merenung mata itu.

“Maafkan aku jika aku masih tidak mampu mengingati kau tapi kau harus tahu insan pertama yang ingin aku ingati kembali adalah kau. Aku tahu mungkin ada yang penting di antara kita sebelum ini. selagi aku belum mampu mengingati kau, maafkanlah aku...” kata Putih. Tengku Khairudin terus bangun dan masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik dikunci. Dia duduk di kerusi meja kerjanya dan hanya memejamkan mata walaupun ada titik – titik jernih yang sudah pun mengalir.

Putih masih duduk dan merenung wajahnya di cermin meja solek. Pipinya di sentuh. Cara Tengku Khairudin tadi, agak membuatkan sebahagian dari hatinya tersentuh.

“Dia pasti tahu.. dia pasti kenal .. dia pasti seseorang yang istimewa buatku tapi apalah daya aku....” Putih tunduk. Dia keluar dari biliknya dan turun ke bawah. Tengku Khairudin sudah pun menunggunya di dalam kereta. mereka membisu sepanjang perjalanan. Tengku Khairudin tidak mahu berbicara walaupun sepatah perkataan kerana di saat itu air matanya boleh jatuh bila – bila masa sahaja.

“Aku panggil kau TK saja ya?. Mak kau yang kau panggil Bonda tu ada datang jenguk aku semalam. Dia penuh dengan sifat keibuan kan” Putih memulakan perbualan.

“TK?... Taik kucing?” gurau Tengku Khairudin.

“Eh.. taklah.. Tengku Khairudinlah” senyum Putih.

“Apa – apa sajalah Putih” jawab tengku Khairudin sambil berjalan beriringan dengan Putih. Lagi beberapa langkah sahaja mereka akan sampai ke tapak pasar malam itu.

“Ramainya orang” kata Putih. 

“Dah nama pun pasar” jawab tengku Khairudin. Putih agak tidak selesa apabila bahunya dilanggar dan sesekali dia mencari kelibat tengku khairudin. Tangannya di sentuh dan jari jemarinya digenggam kemas.

“Mana boleh sentuh aku!” marah Putih. Tengu Khairudin menarik tangan Putih ke tepi jalan. Dia perlukan ruang yang selesa untuk bercakap sesuatu dengan Putih.

“Allah tidak mengharamkan aku dari menyentuh kau dari atas hingga ke bawah. Semuanyanya milik aku. Setiap inci tubuh kau aku diberikan hak untuk menyentuhnya, Putih. Yakinlah dengan aku yang kau milik aku, Putih. Tidakkah kau nampak yang aku langsung tidak mengambil kesempatan bagi pandangan mata kau?. Aku hanya memegang tangan kau.... hanya menggenggam jari jemari isteri aku” terang tengku Khairudin. Putih terdiam. Rasa bersalah pula Tengku Khairudin pada saat itu.

“Aku tak mahu kau hilang. Aku mahu kau selamat dan tidak jauh dari aku” tambah Tengku Khairudin lagi. Putih mengangguk dan mereka terus berjalan. Tengku Khairudin lega kerana Putih boleh menerima kata – katanya.

Sekurang – kurangnya untuk malam itu hati Putih sedikit lembut walaupun tengku Khairudin tahu hari esok pasti berlainan caranya.

4 comments:

  1. Replies
    1. kan kan..
      tapi takper....
      sebenarnya kalau ikutkan jauh lagi baru putih ni nak pulih tapi bila baca komen cam kesianlah pulak kay korang hihihi.
      tapi khai tak derita sgt nanti sebab ada hikmahnya Putih jd gitu.
      baby mio tunggu ya.. cian adik akak ni
      terima kasih banyak2 ya.. :)

      Delete
  2. sedihnya.. bila nak pulih ya cik putih? kasihan kat suami awak tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. izzatul...
      takper... nanti x lama lagi putih pulih k :)
      terima kasih banyak ya adik Izzatul:)
      selamat bercuti yek.... hepi holiday!!!!

      Delete