BAB 3
Hani menjemput Azan di rumahnya.
beribu pesanan yang keluar dari mulut Hajah Zakiah. Hani turut sama mengenai
tempiasnya. Ekor mata Hani membuatkan Azan naik rimas. Sebaik sahaja mereka
berdua masuk ke dalam kereta Hani, Azan awal – awal lagi sudah cari pasal.
“Bagi aku pandu kereta. kau tu
bukan pandai sangat”
“Kalau kau rasa tak nak kena
cepuk dengan aku baik kau diam. Ini kereta aku, bukan kereta kau. Jadi, stering
ni pun stering aku. Kalau kau boleh pandu tanpa stering, aku boleh bagi” renung
Hani. Azan terdiam.
“Macam manalah dulu aku boleh
jatuh cinta dan terus bertunang dengan kau yang senget ni” rungut Azan. Kereta masih
belum dihidupkan enjinnya. Hajah Zakiah dan haji Saleh memandang antara satu
sama lain.
“Kereta rosak ke abang haji?”
soal Hajah Zakiah. Haji Salleh menggaru – garu kepalanya.
“Hmmm.. enjin otak anak kamu yang
rosak. Tak nampak tangan diorang tu?. Macam bertengkar saja rupanya” Haji Saleh
terus duduk di tangga. Hajah Zakiah juga begitu.
“Kalau Si Azan tu tak gatal –
gatal bernikah kat luar negara dulu, taklah si Hani tu mengamuk” kata Haji
Saleh. Hajah Zakiah mengeluh. Kereta mereka mula bergerak.
“Jalan punnn...” kata Haji Saleh
dan Hajah Zakiah hanya senyum kelat.
Mata hani tidak mahu mencuri
pandang wajah yang sememangnya lebih kacak dari dulu. Dia peduli apa!. Kacak –
kacak pun duda. Walaupun duda berhias, tapi pada pandangan mata Hani... tak
berhias mana pun!.
“Kau tak rindukan aku?” soal
Azan.
“Diamlah!”
“Amboi. Garangnya. Dulu tak
garang pun macam ni walaupun memang tak lembut. Tapi suka juga minah garang –
garang ni. Lebih agresif” sengih Azan. Hani terus menekan brek kereta. hampir
terhantuk kepala Azan dibuatnya.
“Gila ke apa?” marah Azan.
“Aku tahu tak hati aku ni sakit. Kau
tahu sakitnya seperti apa?. Seperti kau menoreh – noreh hati aku ni dengan
pisau potong pokok getah dan sakitnya mengalir ke bawah. Kau kutip dan leburkan
jadi tayar basikal!” marah Hani.
“Erk...” Azan mengerutkan
keningnya.
“Merosakkan bahasa betul” Azan
menggeleng kepala. Hani menghentak stering kereta. tangannya mencapai beg
tangan yang di letak di belakang. Dia membuka beg tangannya dengan hati yang
panas.
Terbeliak mata Azan apabila Hani
mengeluarkan pisau lipat dari dalam begnya. Matanya dibulatkan. Macam nak gugur
jantung Azan. Takut juga kalau – kalau
Hani mengelarnya dengan pisau dan mencampakkannya ke dalam laut seperti yang do
tontonnya di berita.
“Yang kau tergigil – gigil ni
apahal?. Nah ambil balik pisau khat kau yang kau bagi masa harijadi aku masa
darjah enam dulu. Dah tak ada maknanya bagi aku” marah Hani.
Azan terus mengambilnya. Dia cepat
– cepat membuka tingkap dan membalingnya ke luar. Mata Hani semakin besar. Dipukul
– pukulnya badan Azan dengan beg tangan yang masih dipegangnya.
“Nampak sangat kau memang dah
lupakan aku, Azan!!!” jerit Hani.
“Apahal pula?” soal Azan.
“Kau tak ingat, kau ada tulis
nama kau dan aku di pisau tu. Kau kata kalau pisau tu hilang, maknanya hati kau
juga turut hilang kerana kecewa. Sekarang kau yang buang sendiri” geram Hani.
Azan membetulkan duduknya. Dia menepuk dahi.
“Laa.... kisah darjah enam yang
kau cerita. Kenapa tak cerita masa kau suruh aku ambil pacat kat punggung kau
masa kau darjah dua dulu?. Segala parut aku boleh nampak!. Sekarang ada lagi
kot” kata Azan selamba.
“Kurang asam betul kau ni”
menggigil – gigil Hani menahan marah. Azan merenungnya. Dia akhirnya senyum
sendiri.
“Kau makin cantik, sayang”
ujarnya dengan lembut.
“Apa?” kemarahan Hani sedikit
kendur.
“Wajah kau makin cantik” puji
Azan. Hani memegang pipinya. Dia senyum.
Hani menghidupkan enjin keretanya
semula. Bibirnya tidak henti – henti mengukir senyuman. Azan mencebik. Baru kena
puji sikit dah cair, itulah perempuan!.
Mereka berdua makan tengahari
bersama sebelum meneruskan perjalanan pulang. Tanpa sebarang pesanan, Hani
terus meninggalkan Azan setelah menghantarnya ke rumah sewa.
“Jantan gila!” kata Hani. Dia terus
memandu pulang. Ingin tidur dengan lena. Tidak mahu memikirkan Azan yang memang
tidak wajar untuk difikirkan setiap masa.
****************************
Hari pertama Azan bekerja sebagai
jurutera binaan sedikit memenatkan. Dia yang baru sahaja mahu membeli kereta
terpaksa menumpang Hani pergi dan balik. Dia menunggu agak lama di hadapan
pejabat sebelum Hani datang menjemputnya.
Muka Hani masam mencuka apabila
terpaksa berkejar ke sana sini. Tugas mengambil Azan sedikit membebankannya. Sebaik
sahaja Azan masuk ke dalam kereta, Hani terus merungut.
“Kau tahu tak yang jalan ke
tempat kerja kita bertentangan?. Susahlah macam ni. Aku nak kena bangun awal
dan pulang juga awal semata – mata nak ambil kau”
Azan menyinga mendengarnya. Dia terus
membuka pintu kereta.
“Vee..tunggu i” jeritnya.
Hani terkejut. Dia mengintai. Rupa
– rupanya rakan sekerja Azan dengan rela hati mahu menumpangkannya. Azan terus
menutup pintu kereta. Hani perlu bertindak. Walau apa pun, Azan masih lagi
tunangannya. Dia keluar dan mengejar
Azan yang sudah pun berdiri menghadap Vee yang ketawa mesra. Hani menarik
tangan Azan.
“Woi.. apa ni?” soal Azan.
“Masuk kereta!. aku hantar kau
balik” kata Hani.
“tadi kau juga yang merungut. Vee
ni dari tadi ajak aku tumpang dia. Ni apa masalah kau sebenarnya?” Azan cuba
menarik tangannya tetapi genggaman tangan Hani begitu kuat.
“Balik aku kata!” Hani terus
menarik tangan Azan ke keretanya. Vee terpinga – pinga.
“Perempuan gila manalah yang Azan
ni kawan?” Vee menggeleng kepala.
Hani terus menekan pedal minyak
keretanya. Dia membisu sepanjang perjalanan pulang. Azan memicit – micit kepalanya.
Pening dengan Hani!.
“berhenti!!!” arah Azan. Hani memberi
signal dan terus berhenti di tepi jalan.
“Aku tak tahu kau sayang aku atau
pun tidak?. Kau benci aku tapi cinta terserlah di mata kau. Kau buang aku tapi
bila ada orang lain nak kutip aku macam tadi, kau kutip aku balik. Kau ingat
aku ni apa, Hani?. Memang tak faham dengan kau ni” rungut Azan. Dia melonggarkan
ikatan tali lehernya.
Hani tunduk. Setelah beberapa
ketika dia hanya berpaling. Memandang ke luar.
“Kau tak rasa sebab tu kau tak
faham. Bagaimana kau nak faham sedangkan kau menciptakan segala rasa benci,
resah dan keliru ini. aku mencintai seorang lelaki yang telah mengkhianati aku
walaupun pada zahirnya dia tidak begitu.
Sentuh atau tidak, itu bukan persoalannya Azan. Saat seorang lelaki
melafazkan akad untuk mengambil seorang wanita itu sebagai penemannya ke syurga
adalah sesuatu yang sangat suci. Saat yang penuh bermakna itu aku angankan
bersama kau sedangkan kau sudah pun melaluinya bersama wanita lain” Hani cuba
menyekat air matanya.
“Kau mahu aku tersenyum tanpa
rela di hadapan kau?. Merelakan rasa sakit ini tanpa sebarang penawar?. Kau mahu
aku ketawa setelah tahu apa yang telah terjadi?. Aku pernah menyoal kau jika
aku berkahwin dengan lelaki lain, apa yang kau akan rasa bukan?. Kau takkan
merasainya kerana aku tidak sekejam kau untuk melukai perasaan cinta yang telah
kau hadiahkan untuk aku. Hadiah yang terlalu bernilai buat aku yang selalu
mencintai kau, Azan” luah Hani. Dia mengesat air matanya.
Azan tergamam. Ya, itu salahnya
tetapi Hani perlu tahu.. kerana mencintai Hani adalah sebab mengapa dia hanya
menyentuh isterinya itu sewaktu upacara membatal air sembahyang sahaja. Malah,
tidak terdetik langsung di hatinya untuk mencuba menyemai kasih dan sayang. Cinta,
kasih dan sayangnya hanya untuk hani.
“Kalaulah kau tahu siapa kau di
hati aku, Hani... tidak akan tergamak kau menangis di hadapan aku dengan alasan
hati kau hancur terluka” balas Azan.
“Dan kalaulah kau tahu betapa
dalamnya cinta aku terhadap kau, takkan tergamak pun untuk kau melafazkan akad di
hadapan kadi untuk menikahi dia. Maafkan aku jika aku tidak mampu menjadi Hani
yang dulu tapi kau perlu tahu cinta Hani tetap seperti dulu” jawab Hani.
Dia meneruskan perjalanan. Azan
turun dari kereta dengan keluhan yang berat. Agak hampa apabila Hani tidak mahu
menolehnya apatah lagi menghadiahkan senyuman manis seperti dulu.
huhuhu!!! part ending dia nak nangis ni...sob sob sob...
ReplyDeleteambillah tisu ini Ina...
Deleteakak jual 20 sen sehelai..
nak sekali package, akak tolong nyanyi nak? hehhee
terima kasih Ina... banyak2 kasih.
akak suka sngt Ina selalu komen kat sini.
<3 u!
sedihnya sian hani.
ReplyDelete