BAB
10
Fuad
menelek – nelek wajahnya di hadapan cermin. Rambutnya disentuh dan diubah
gayanya. Fuad kemudiannya mencebik.
“Tak
kacaklah... macam mana nak tahu Si Seri tu suka rambut macam mana?” soal fuad
sendiri. Dia cuba untuk menelefon Seri tetapi hasratnya dibatalkan. Tak
macholah.... fikirnya lagi. Siti Sulaiha dan Zalina yang sedang menunggu
abangnya di bawah terjerit – jerit memanggil Fuad.
“Cepatlah
abang!!! Kata nak belanja makan ni!” Zalina naik ke atas.
“Hish..
sibuk sajalah. Selama ini pun abang yang belanja kamu berdua makan. Itu pun nak
kecoh” jeling Fuad. Siti Sulaiha yang baru saja naik ke atas memandang sikat di
tangan Fuad.
“Ala...
tak payah nak kacak – kacak sangatlah abang oi.. perut kami ni tak kisah pun
abang tu botak ke apa!” rungut Siti Sulaiha. Fuad cepat – cepat menyikat
rambutnya. Dia terus keluar dari rumah bersama adik kembarnya.
“Kita
nak makan di mana?” soal Zalina tersengih – sengih.
“Tak
awal sangat ke bang?. Baru pukul 9 pagi ni?” Siti Sulaiha memandang wajah Fuad
yang hanya buat selamba.
“tempat
ni jauh, bila dah sampai nanti tepat – tepat saja waktu makan tengahari” jawab
Fuad. Kereta mereka bergerak.
“Kalau
nak makan saja – saja kenapa suruh kami pakai baju kurung?” Zalina semakin
pelik. Tiada jawapan yang keluar dari mulut Fuad. Siti Sulaiha menoleh ke
belakang dan Zalina hanya menjungkitkan bahunya.
Setelah
agak lama Siti Sulaiha menyedari sesuatu.
“Macam
jalan nak ke Port Dickson saja, bang?” Siti Sulaiha dan Zalina memandang Fuad
dengan pandangan yang tajam.
“Hahhahaha...
memang pun!” gelak Fuad.
“Habis,
yang suruh pakai baju kurung ni kenapa?. Ada ke orang mandi pakai baju kurung?”
geram Siti Sulaiha.
“Sebab
tak nak bagi korang mandilah, abang suruh pakai baju kurung” sengih Fuad.
Zalina dan Siti Sulaiha memukul – mukul lengan Fuad.
“Hei...
nanti abang tinggalkan dekat sini baru korang tahu. Korang tuuu....kalau dah
mandi nanti macam dugong dapat air tau tak!. Penat abang tejerit -jerit macam
orang gila cari korang sana sini” jawab Fuad. Yang pastinya, adik kembarnya
sudah merajuk.
Fuad
tersenyum lebar memandang Seri dan rakan – rakannya yang sedang duduk lepak di
bawah pokok. Nampaknya Lya dan Jannah sudah bersedia untuk bermandi manda.
“Fuh....fuh...fuh..adeh
tercekik aku!” ejek Lya. Fuad hanya gelak besar.
“Dah
tahu nak tercekik, janganlah bawa Qai sayang kau tuuuuu” sengaja Fuad
memuncungkan bibirnya ke arah Qai yang sedang berlari membawa pelampung.
“Apa
barang berenang pakai pelampung. Tak ganas langsung!” kutuk Fuad. Lya sakit
benar mendengarnya. Qai bersalaman dengan Fuad.
“Kau
pun terjebak ke Qai?. Dia usung kau ke sana ke mari?” soal Fuad sambil matanya
mengerling memandang Lya.
“Dia
takut mati kerinduan kalau tak jumpa aku, Fuad” jawab Qai dan mereka berdua
bantai gelak.
“Awak
mainlah pelampung tu sorang – sorang. Mari jannah” Lya terus menarik tangan
Jannah. Qai menepuk dahi.
“Aduhai...
kau lah ni Fuad!” Qai ketawa dan terus pergi mendapatkan buah hatinya. Fuad
senyum dan cuba mendapatkan Seri yang sedang menuangkan air buatnya. Matanya tertumpu
kepada Doktor Irsyad yang sedang berbual mesra dengan Irna.
“Ini
program berdating secara berkumpulan ke?” soal Fuad. Seri mengangguk.
“Tapi
kita tak boleh datinglah” Fuad mencebik.
“Kenapa
pula?” Seri pelik. Fuad memuncungkan mulutnya kea rah Siti Sulaiha dan Zalina
yang duduk di hujung tikar dengan muka yang mencuka.
“Kenapa
adik akak muram saja ni?” soal Seri.
“Ni
ha.... kekasih akak ni. Dia tak kata pun nak mandi kat PD. Dia suruh kami pakai
baju kurung. Kalaulah tahu dah lama kami letak.....eh! Siti, ingat tak kita
pernah letak baju kat bonet belakang masa abang tak jadi nak bawa kita ke
Sunway Lagoon?.” Zalina menepuk – nepuk paha Siti Sulaiha.
“A’ahhh...
baru ingat, baju biru aku tu dalam tu rupanya. Puas aku cari” Zalina dan Siti
Sulaiha terus merampas kunci kereta dari tangan Fuad. Mereka bersorak sakan.
Fuad hanya mampu mengeluh.
“kenapa
zalim sangat?” soal Seri sambil menghulurkan air kepada Fuad.
“Hmmm...
tengok sajalah nanti”
Fuad
meneguk air teh itu dan matanya membulat. Dipandangnya air teh yang masih
banyak di dalam cawan.
“Teh
ni guna air laut ke?” soal Fuad. Seri mengambilnya dan meneguknya sedikit. Cepat
– cepat Putih mencari air kosong.
“Irna
yang buat tadi. Ni mesti tersalah ambil sebab tak sabar nak jumpa Irsyad ni”
senyum Seri. Fuad menggeleng kepala.
“Jom
kita mandi” ajak Fuad.
“Tak
mahu” senyum Seri.
“Nak
tengok gak awak mandi heheheh” senyuman meleret di wajah Fuad itu membuatkan
Seri tergelak besar.
“Bye
abang!!!!!!!” jerit Zalina dan Siti Sulaiha yang sudah pun berlari melepasinya.
“Nampak
tu!” Fuad menepuk dahi. Siti Sulaiha dan Zalina dah macam orang tak pernah
jumpa air. Seri menepuk bahu Fuad.
“Jom!”
ajak Seri.
“Mari
sayangku... walaupun tidak dapat mandi di rumah kita itu namun aku gembira
kerana dapat mandi bersamamu di dalam lautan cinta ini” Fuad mengenyit mata.
Seri ketawa dan terus berlari meninggalkan Fuad.
“Tungguuuu
sayangkuuuuu” jerit Fuad. Beberapa mata yang memandang hanya tersenyum dan ada
juga yang menggeleng kepala apabila melihat Fuad yang berlari secara slow
motion!.
Irna
tidak dapat mengawal bibirnya dari asyik tersenyum. Irsyad ketawa. Dia mengintai
wajah kesayangannya.
“Tahu
tak apa yang membuatkan saya tertarik pada Irna selain senyuman Irna yang manis
ni?” soal Doktor Irsyad. Irna menggeleng kepala. Masih tidak mahu menentang
mata Doktor Irsyad.
“Sifat
pemalu yang ada diri awak” Doktor Irsyad berkata jujur.
“Saya
seperti yang lain juga. Tiada beza” jawab Irna. Sesekali memandang mata Irsyad
yang dari tadi hanya terpaku memandangnya.
“Hanya
saya yang tahu apa lainnya awak dari mereka yang lain. Kematangan awak
menyerlahkan lagi keperibadian seorang wanita yang saya idam – idamkan”
“Tak
sangka seorang lelaki yang pandai bermain dengan pisau bedah pandai juga
bermain dengan kata – kata” kata Irna.
“Tidak
perlu jadi sasterawan atau ahli seni hanya untuk menerangkan isi hati, Irna”
Perghhh....
hati Irna kembang kuncup. Kalaulah boleh dia melompat dan terjerit – jerit,
sudah pasti dia akan melakukan itu.
“Saya
mahu melamar awak!” kata Doktor Irsyad spontan. Kali ini Irna seperti tidak
cukup nafas. Matahari sudah menjadi bulan padanya, langit yang biru berubah
menjadi warna pelangi. Lidahnya kelu tidak mampu untu berkata.
“Sudikah
awak Irna?” soal Doktor Irsyad lagi. Masih tiada jawapan, yang ada hanya
senyuman manis.
“Ala..
dia setuju lah tuuuuu” tiba – tiba terdengar Diela menyampuk. Irna memerhati
sekeliling. Matanya terbeliak apabila melihat Diela dan Tina sibuk mencari
ketam yang tidak mungkin ada di situ.
“Kau
buat apa ni???” soal Irna. Mukanya merah padam. Doktor Irsyad menekup mukanya
dan hanya tergelak kecil.
“Kita
skodeng ketam kak! Diela yang ajak” jujur Tina dengan muka yang tidak bersalah.
“Dia
bukan ajak skodeng ketam tapi dia ajak skodeng akak” geram Irna.
“Hek
eleh.. kak kalam, tak perlu menjadi pencari ketam untuk mencari ketam” kata
Diela.
“Dan
Kak.. tak perlu berdiam diri jika menerima lamaran kerana berdiam itu membawa
maknanya berbeza. Kalau kak kalam tak nak, kami nak juga” gelak Tina dan terus
berlari bersama – sama Diela. Tidak semena- mena, kaki Diela tersadung. Dia jatuh
tertiarap dan Tina yang juga hampir dengannya turut tertiarap sama. Doktor
Irsyad dan Irna bantai gelak. Puas hati aku!!!!.. sengih Irna.
Seri
Ayu hanya mahu bersiar – siar sahaja. Bermandi – manda bukanlah kegemarannya. Sedang
dia leka memerhatikan gelagat Lya yang berenang sambil ketawa melihat gelagat
Qai itu, dia di hampiri seorang lelaki yang tinggi orangnya. Senyuman lelaki
itu tadi dibalas dengan senyuman manis. Lelaki itu duduk di sebelahnya walaupun
agak jauh jaraknya.
“Tak
mandi?” soalnya.
“Tak.
Datang Cuma teman kawan – kawan serumah” senyum Seri Ayu.
“Awak?”
soal Seri Ayu.
“Dah
hari – hari tengok, kadangkala jemu pula” jawab lelaki itu tanpa emmandang
wajah Seri Ayu.
“Ooo..
tinggal di sini?”
“Ya..
saya usahakan resort saya di sana tu” tunjuk lelaki itu.
“nak
saya panggil awak saja ke? agaknya nama awak mahal harganya sampai tak boleh
beritahu saya” usik Seri Ayu.
“Nama
saya Bond... James Bond!” katanya selamba. Seri Ayu ketawa.
“James
Bond tak pakai seluar Hawaii macam ni” perli Seri Ayu.
“Nama
saya Izhar... cik Seri Ayu” senyum Izhar. Seri Ayu terkejut. Dahinya berkerut.
“Kalau
tak nak orang tahu nama, lain kali janganlah pakai jersi yang tulis nama
sendiri. Tulis je nama mak andeh ke, tipah tupai ke..” perli Izhar. Seri Ayu
ketawa. Dia berbual mesra dengan Izhar. Entah mengapa, dia senang sekali dengan
Izahr yang penuh dengan humor itu. Dia selesa kerana lelaki itu tidak pernah
menyentuh hal peribadinya dengan bertanyakan itu dan ini..
“Alamak...
kaki kejang!! Kaki kejang!!!” Fuad berpura – pura sakit. Seri kelam kabut. Dia sudah
tidak tentu hala.
“Macam
mana nak buat ni?” soalnya. Mukanya sudah merah. Seperti mahu menangis pun ada.
“Arghhhhhh..
sakitnya” beriya – iya Fuad berlakon. Lya, Qai, Rynieta dan Adahlah yang berada
di situ terus menghampiri Fuad yang sedang duduk di tepi pantai. Zalina dan
Siti Sulaiha mencebik.
“Abang
tu mengada – ngada. Kesian kak Seri” kata Zalina.
“Memang!”
jawab Siti Sulaiha.
Qai
dan yang lain mendapatkan Fuad dan cuba memegang kakinya. Fuad sempat mengenyit
mata ke arah Qai. Dengan senyuman tanda faham, Qai melepaskan kaki Fuad.
“Kejang
ni nak buat macam man?” Seri benar – benar risaukan Fuad.
“Kakiku
kejang kerana melihat kejelitaanmu, sayangku” Fuad senyum gatal sambil mengenyit
mata. Seri naik angin. Bukan Seri sahaja maah yang lain juga begitu melainkan
Qai yang sudah tahu lebih awal. Apalagi, Lya, Seri, Rynieta dan Adahlan terus
mengambil pasir dan ditonyohnya Fuad dengan geram. Seri menoyoh pasir ke muka
Fuad dengan mata yang tajam. Terjerit – jerit Fuad mengelak tetapi apala
dayanya.. walaupun hanya wanita, kalau dah berlima kalah juga dia akhirnya.
Siti Sulaiha dan Zalina ketawa berdekah – dekah.
“Padan
muka abang!!!!!!” jerit mereka berdua. Fuad monyok kerana ditinggalkan
sendirian di ditu..
haaipp kutuk kita ye kata kita x pandai buat air..sob..sob..sob..huk..huk..huk..smpai hati bukan sebab Dr Irsyad lah,sebab masa kita buat air tu x pakai spec hehehe mana nak nmpk gula dgn garam...pandai jer huhuhu..cinta sgt ker Irsyad tu pada Irna..pandai awak cari yer Ir dgn IR hehee.....saaayaang awak...muah...
ReplyDeletemestilah Irsyad sayang sangat sampaikan nanti cinta korang berdua jadi inspirasi tau...
Deletesuka lah tuu .. :)
sejujurnya awak adalah antara pembaca yang saya nantikan untuk memberi komen. x kisahlah kritikan atau kata2 semangat seperti hari ini.. sayang Irna!!!
alah malulah kita awak ckp mcm tu...hehehe ramai lagi pembaca mcm saya ni yg suka dgn karya awak mcm babymio dll....cumanya mereka x active nak post komen mcm saya. tapi mereka tetap menyukai karya awak...seee awak dah ada die hard fan hehehe....peace yoooo...
Delete