Friday, 1 March 2013

SERI CINTA DR SARAWAK - bab 12&13


BAB 12


 Seri menangis sendirian di pantry. Semua hanya membisu. Hartini tidak rasa itu waktu yang sesuai untuk memujuk Seri yang sudah pun bengkak matanya. Fuad masih belum pulang dari perjumpaan dengan Lina Shaari, tuan punya syarikat LinaKz Shaari barkery di Subang Jaya selepas makan tengahari tadi.

Apa sebab dan mengapa tangisan Seri itu bagai tidak mampu berhenti pun mereka semua tidak mengerti. Izzatul ada ternampak Seri berbual dengan seorang lelaki di hujung restoran itu tetapi tidak sangka pula pertemuan Seri dengan lelaki itu boleh menyebabkan air matanya tumpah.

“Kau pulang dulu. Lagipun kerja kau tinggal sedikit sahaja. Aku boleh cover” pujuk Hartini. Seri mengesat air matanya dan terus bangun dari bangk. Dia mengemas mejanya sebelum keluar dari pejabat. Seri mendail nombor telefon Aida. Aida dan rakannya Nur Hijab yang menjalankan perniagaan butik berjenama Hijab Kalbu & Aidaz butik menerima kahadiran Seri yang wajahnya sudah sembab kerana terlalu banyak menangis. Nur Hijab yang masih belum mengenali Seri dengan lebih rapat itu memberikan ruang untuk Seri dan Aida berbual dan meluah perasaan tanpa gangguan.

Seri bercerita panjang lebar. Aida mengangguk- angguk tanda faham. Aida termenung seketika. Seri menunggu respon dari Aida.

“Itu saja?. Muahahahhahahahaha!!!!!” Aida gelak besar. Seri merenung Aida dengan renungan yang tajam.

“Aku tak main – main Aida” celah Seri.

“Kisah lama biarkan berlalu. Walaupun aku angin dengan si Fuh..fuhhh itu tapi aku rasa dialah lelaki terbaik untuk kau, bukan Arjuna. Perlukah kau melepaskan lelaki sebaik dia untuk kembali denganArjuna yang hanya mencari kau setelah sekian lama... dia bekas tunang, Seri. Bekas tunang!!!” tekan Aida. Seri menangis lagi. Nur Hijab mengeluh. Masalah cinta yang tak berkesudahan!.
                               *************
Fuad tahu semuanya?......
Terkejut besar seri apabila Fuad menyoalnya mengenai Arjuna yang berjumpa dengannya semalam. Terkial – kial Seri mahu menjawabnya. Dia bukannya tidak cintakan Fuad. Memang lelaki itu yang dicintainya tetapi dirasakan kejam apabila meyintai lelaki sebaik Fuad sedangkan hatinya masih ada sisa – sisa cinta terhadap lelaki bernama Arjuna itu.

Arjuna sudah pun bercerai dan menjadi keutamaan baginya untuk mendapat Seri kembali. Bukan tidak diterangkan malah sudah beberapa kali Seri menghalau Arjuna agar menjauhinya. Hatinya menjadi serba salah apabila Arjuna cuba memutarbelitkan kata – katanya. Seri benar – benar rasa bersalah bila Arjuna mengungkitkan mengenai perasaan Fuad yang akan terluka apabila mengetahui bahawa masih ada sisa cinta untuknya di hati Seri. Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan.

Disebabkan rasa bersalah itulah, Seri mahu Fuad meninggalkannya walaupun pada hakikatnya dia yang meninggalkan Fuad.

Fuad tidak lagi sanggup menunggu lama untuk mendengar walau sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Seri.

Malah hatinya sangat kecewa apabila mengetahui tentang pertemuan merka berdua melalui Arjuna sendiri.

“Saya hanya untuk awak... itu pada saya. Tapi saya tak pasti untuk awak. Jika mencintai dia boleh mengembalikan senyuman awak.. pergilah Seri. Saya tak sanggup berhadapan dengan Seri saya yang sudah hilang serinya kerana menangisi cinta lelaki lain. Beri saja saya masa untuk mengubati hati saya” ujar Fuad. Matanya tidak mampu memandang mata Seri yang masih digenangi air mata.

“Fuad... awak tak tahu. Dia pernah dan awak juga pernah..”

“Saya pernah tapi dia tetap ada di hati awak Seri. Janganlah awak berhenti kerja hanya kerana ini. selepas ini kita hanya antara majikan dan pekerjanya sahaja. Janganlah gusar dan bimbang. Tidak akan pernah sekali pun saya cuba menarik awak kembali ke dalam hati saya”

Tangan Fuad disentuh. Fuad menariknya kembali.

“Jangan disentuh rasa cinta ini lagi”

Langkah yang di atur semakin hilang rentaknya. Fuad hanya menunggu Seri masuk ke dalam kereta. sudah tiba saatnya dia perlu menghantar Seri pulang sekaligus menamatkan segala tentang mereka.... tiada istilah kekasih untuk mereka yang sudah pun menapatkan rasa kasih itu.

Sepanjang perjalanan pulang, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Fuad. Wajahnya memang nampak tenang tetapi tidak di matanya. Tidak ada lagi mata yang membayangkan rasa cinta yang melimpah ruah. Fuad benar – benar kecewa.

Seri keluar dari kereta. Fuad juga begitu. Bonet kereta dibuka. Lya yang ada di situ menghampiri mereka berdua.

‘Kau nak bagi aku hadiah ke Fuad?” soal Lya . mahu bergurau dengan Fuad. Hanya senyuman tawar yang diberikan. Tiada usikan seperti dahulu

“Ini set cadar dan comforter gambar bunga tulip ungu yang awak nak cari sangat tu. Saya tempah. Ada tertulis sekali nama awak di situ. Selepas ni tak payah risau kalau hilang. Ini yang terakhir dari saya. Selamat tinggal Seri Sarawak” mata Fuad merenung tepat ke dalam anak mata Seri yang sedang menangis tanpa henti itu. Lya tergamam. Dia tidak tahu apa yang berlaku tapi dia sangat yakin ianya sesuatu yang sangat menyedihkan.

Fuad memandang Lya dengan senyuman yang nampak begitu ikhlas.

“Lya.. maafkan segala usikan saya terhadap awak selama kita kenal ni. Sejujurnya, usikan itu hanya tanda gurauan. Tiada langsung niat saya mahu menyakiti hati awak. Saya doakan awak dengan Qai akan kekal jodohnya. Jaga diri awak dan wanita saya ini dengan baik ya” pesan Fuad.

Lya masih tergamam. Dia dapat merasai kepedihan di hati Fuad. Sebaik sahaja fuad pergi, Seri terduduk sambil memegang comforter yang baru sahaja diserahkan oleh Fuad sebentar. Comforter yang diceritakan empat bulan yang lepas. Tidak sangka Fuad masih mengingatinya. Masih mengambil berat tenatang segalanya.

Lya memimpin tangan seri naik ke atas. Seri membuka zip beg comfoter itu. BUnga tulip berwarna ungu dengan namanya yang tertera di setiap tangakai bunga tulip itu benar – benar membuatkan hati Seri luluh.

Lya duduk sambil memeluk lututnya sendiri.dia merenung Seri yang sedang memeluk comforter. Irna masuk. Diela dan Adahlah juga turut duduk di tepi Seri.

“Tentang itu?” soal Irna. Seri mengangguk. Tidak mampu untuk bersuara.

“Saya rasa dialah orangnya. Tak kiralah dia di tempat ke berapa yang pernah di singgah di hati awak. Siapa dia dan dimana letak cintanya di hati awak...hanya awak yang tahu. Awak yang meninggalkannya pu awak sudah rasa seteruk ini.. bayangkan dia yang ditinggalkan di saat dia mahu melamar awak jadi isterinya” ujar Lya. Mereka semua mengangguk.

Irna keluar dari bilik Seri. Setelah beberapa ketika dia masuk semula ke dalam bilik Seri. Dia menghulurkan sebuah kotak cincin berbaldu merah di hadapan mata Seri. Lya tidak dapat menyekat air matanya. Diela menutup wajahnya dengan bantal. Dia juga turut sama menangis. Seri membuka kotak cincin itu. Kelihatan sebentuk cincin berlian yang sangat cantik bentuknya. Dia membelek – beleknya. Ada tulisan di belakang cincin itu.

Seri untuk fuad

Seri tidak dapat mengawal perasaannya.

“Dia bawa kami semua ke kedai cincin ini untuk pilih apa yang paling cantik untuk awak. Untuk tugas itu sahaja dia turut belikan kami cincin ini. walau tak berharga puluhan ribu ringgit seperti ini” terang Irna.

“Sayangnya... Seri itu bukan untuk Fuad” tambah Adahlah.

“Tapi saya dah pun kehilangan dia” tangis Seri.

“Ya... atas kehendak awak sendiri. Yang tak pasti siapa cinta awak sebenarnya” kata Irna.

“Fuad....fuad...” sebut Seri. Dia membenamkan wajahnya ke bantal.

“Masa yang diberi masih boleh dikejar.” Kata Lya.

“Dia tidak akan terima Seri lagi!!!!”

Irna dan Lya mengeluh..... kesilapan cinta selalu berlaku pada pemain cinta itu sendiri.

Pada malam itu Fuad langsung tidak mahu makan. Zalina dan Siti Sulaiha mengetuk pintu bilik Fuad berkali – kali. Tiada jawapan. Pintu rumah diketuk dan Siti Sulaiha membukanya. Mata Siti Sulaiha terbeliak.  Zalina yang mendengar jeritan Siti Sulaiha terus berlari turun mendapatkan Siti Sulaiha. Fuad juga begitu.

Wajah Fuad pucat lesi. Dia cuba menyelamatkan adiknya. Dia dipegang dengan kuat. hidungnya di tutup dengan kain yang telah ditabur dengan serbuk kloroform. Tidak sampai beberapa saat, Fuad pengsan.





                                   BAB 13


Kepala Fuad masih pusing. Kepalanya masih berat. Dia memandang sekeliling. Agak terkejut apabila melihat agak ramai orang di rumahnya. dia cuba gagah berdiri. Mencari Zalina dan Siti Sulaiha.

“kami kat sini, abang” kata Siti Sulaiha yang lengkap berbaju kurung. Fuad menoleh ke belakang. Kelihatan seorang lelaki separuh abad yang berserban putih memandangnya sambil tersenyum.

“Biasalah gugup, nikah pertama kali ya?” soal lelaki itu. Fuad menoleh semula ke kanan. Hartini dan kakak sepupunya Ziela Mazmi turut tersenyum memandang ke arahnya.

“Kak Ziela buat apa kat sini?” soal Fuad.

“Sampai hati Ad nak nikah tak panggil kak Ziela” usik Ziela Mazmi. Tangannya di tarik oleh Arjuna, abang Seri.

“Kau dah rosakkan adik aku kan?. Kau kahwin sekarang. Kalau ikut hati aku, memang aku tetak kau sampai terbelah” jegil Arjuna.

“Rosak?. Seri?” soal Fuad.

“Ya abang. Nikahkan kami, dia dah sentuh Seri” Seri menghampiri mereka berdua. Mata Fuad terbeliak.

“Bila masa pula kita...”

“Kahwin kan kami cepat sebelum dia lari, abang” gesa Seri. Arjuna mengangguk, dia terus menarik tangan Fuad. Malam itu sekali lafaz sahaja Fuad sudah pun bergelar suami yang sah kepada Seri Murni.

Fuad menarik tangan Seri tetapi apabila melihat Arjuna memandangnya terus tangannya melepaskan tanganSeri.

“Apasal lepas?. Dah sah! Suka hati korang lah” jeling Arjuna dan terus keluar.

“Awak gila?”

“Ya.. gila” jawab Seri

“Saya tak sentuh awak pun”

“Ya.. ada. Melalui hati dan cinta awak” jawab Seri.

“Awak cintakan dia bukan saya!!” tegas Fuad.

“Awak!” jawab Seri.

Fuad menggaru – garu kepalanya.

“Gila!!!!!!” Fuad menjerit sekuat hati. Semua orang masuk ke dalam rumah semula. Arjuna yang sedang memotong tembikai yang dibawa Hartini tadi juga menerpa masuk. Fuad terdiam apabila melihat pisau di tangan Arjuna.

“Kau nak aku bunuh lepas tu campak kau dekat sungai ke?. Jaga kau!!!” gertak Arjuna. Fuad tunduk tapi matanya sempat lgi mengerling Seri yang hanya tersenyum. Lya mendapatkan mereka.

“Perkahwinan paling ekspress dalam dunia ni. Rasa macam nak masukkan dalam suratkhabar je besok” usik Lya. Doktor Irsyad tersenyum memandang Irna.

“Kuasa cinta... anugerah Allah” kata Irna.

Fuad menggeleng kepala. Dia ingin naik ke tingkat atas. Zalina dan Siti Sulaiha menegahnya.

“Apahal pula?. Korang dua orang ni.... memang nak kena!!” marah Fuad. Dia terus masuk ke dalam bilik bawah. Matanya terbeliak.

“Ini bilik pengantin mana kau suruh abang masuk ni?” jerit Fuad. Macam dah tak betul saja rupanya.

“Bilik tidur abanglah! Abang kan pengantin” sengih Siti Sulaiha. Lya ketawa berdekah – dekah.

“Kau nak aku kerat kepala kau?. Pergi masuk!!!” tengking Arjuna.

Mahu atau pun tidak.... dia terpaksa masuk juga. Dia tidak tahu apa – apa. Yang dia tahu esok dia akan soal Si Kembar dua orang itu dulu. Berani khianat aku... aku abnag kau orang tahu tak!!!!!


7 comments:

  1. kahwin juga akhirnya....lepas ni kisah cinta sapa pula kak iza???

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah kisah dr irsyad dengan siapa tu?.. alah.. siapa yang dr irsyad tu suka ya?. lupa lak nama dia.. Irna ke Irni ntah. mestilah akak sambung kisah Irna, Lya dan Seri Ayu dulu... yng lain selepas tu. :)
      terima kasih banyak ya Irna... ingatkan dah x nak baca karya akak dah hihihi :)

      Delete
  2. Replies
    1. hikhikhuik..
      terima kasih banyak ya adik baby mio :)
      sayang..... baby mio!!

      Delete
  3. Hish akak ni ade pulak x nak baca dah..bengong ler kalau na dah x nak baca karya akak lagi...akak nak tahu every day na akan masuk blog ni every 2 hours tau..kalau x masuk mcm angau gila bayang dgn karya2 akak...dah tahap tegar dah ni tau akak...huhuhhu...dah xde ubat lagi dah melainkan akak rajin2 ler post kat dlm ni...hehehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaa....
      terharu sgt bila membacanya!
      terima kasih2 sangat ya Irna..
      akak sayang.... Irna @kalam cinta akak ni :)

      Delete
  4. hisshhh ada pulak x nak baca dah..bengong ler na kalau dah tak nak baca karya akak ni. Akak nak tahu everyday na akan masuk blog akakni every 2 hours tau. kalau x masuk mcm angau gilabayang tau. dah tahap kronik dah ni. xde ubatnya melainkan akak rajin2 ler post new entry hehehehe....sayang akak.

    ReplyDelete