BAB
12
Seri menangis sendirian di pantry. Semua hanya
membisu. Hartini tidak rasa itu waktu yang sesuai untuk memujuk Seri yang sudah
pun bengkak matanya. Fuad masih belum pulang dari perjumpaan dengan Lina Shaari,
tuan punya syarikat LinaKz Shaari barkery di Subang Jaya selepas makan
tengahari tadi.
Apa
sebab dan mengapa tangisan Seri itu bagai tidak mampu berhenti pun mereka semua
tidak mengerti. Izzatul ada ternampak Seri berbual dengan seorang lelaki di
hujung restoran itu tetapi tidak sangka pula pertemuan Seri dengan lelaki itu
boleh menyebabkan air matanya tumpah.
“Kau
pulang dulu. Lagipun kerja kau tinggal sedikit sahaja. Aku boleh cover” pujuk
Hartini. Seri mengesat air matanya dan terus bangun dari bangk. Dia mengemas
mejanya sebelum keluar dari pejabat. Seri mendail nombor telefon Aida. Aida dan
rakannya Nur Hijab yang menjalankan perniagaan butik berjenama Hijab Kalbu
& Aidaz butik menerima kahadiran Seri yang wajahnya sudah sembab kerana terlalu
banyak menangis. Nur Hijab yang masih belum mengenali Seri dengan lebih rapat
itu memberikan ruang untuk Seri dan Aida berbual dan meluah perasaan tanpa gangguan.
Seri
bercerita panjang lebar. Aida mengangguk- angguk tanda faham. Aida termenung
seketika. Seri menunggu respon dari Aida.
“Itu
saja?. Muahahahhahahahaha!!!!!” Aida gelak besar. Seri merenung Aida dengan
renungan yang tajam.
“Aku
tak main – main Aida” celah Seri.
“Kisah
lama biarkan berlalu. Walaupun aku angin dengan si Fuh..fuhhh itu tapi aku rasa
dialah lelaki terbaik untuk kau, bukan Arjuna. Perlukah kau melepaskan lelaki
sebaik dia untuk kembali denganArjuna yang hanya mencari kau setelah sekian
lama... dia bekas tunang, Seri. Bekas tunang!!!” tekan Aida. Seri menangis
lagi. Nur Hijab mengeluh. Masalah cinta yang tak berkesudahan!.
*************
Fuad
tahu semuanya?......
Terkejut
besar seri apabila Fuad menyoalnya mengenai Arjuna yang berjumpa dengannya
semalam. Terkial – kial Seri mahu menjawabnya. Dia bukannya tidak cintakan
Fuad. Memang lelaki itu yang dicintainya tetapi dirasakan kejam apabila meyintai
lelaki sebaik Fuad sedangkan hatinya masih ada sisa – sisa cinta terhadap
lelaki bernama Arjuna itu.
Arjuna
sudah pun bercerai dan menjadi keutamaan baginya untuk mendapat Seri kembali. Bukan
tidak diterangkan malah sudah beberapa kali Seri menghalau Arjuna agar menjauhinya.
Hatinya menjadi serba salah apabila Arjuna cuba memutarbelitkan kata – katanya.
Seri benar – benar rasa bersalah bila Arjuna mengungkitkan mengenai perasaan
Fuad yang akan terluka apabila mengetahui bahawa masih ada sisa cinta untuknya
di hati Seri. Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan.
Disebabkan
rasa bersalah itulah, Seri mahu Fuad meninggalkannya walaupun pada hakikatnya
dia yang meninggalkan Fuad.
Fuad
tidak lagi sanggup menunggu lama untuk mendengar walau sepatah perkataan pun
yang keluar dari mulut Seri.
Malah
hatinya sangat kecewa apabila mengetahui tentang pertemuan merka berdua melalui
Arjuna sendiri.
“Saya
hanya untuk awak... itu pada saya. Tapi saya tak pasti untuk awak. Jika mencintai
dia boleh mengembalikan senyuman awak.. pergilah Seri. Saya tak sanggup
berhadapan dengan Seri saya yang sudah hilang serinya kerana menangisi cinta
lelaki lain. Beri saja saya masa untuk mengubati hati saya” ujar Fuad. Matanya tidak
mampu memandang mata Seri yang masih digenangi air mata.
“Fuad...
awak tak tahu. Dia pernah dan awak juga pernah..”
“Saya
pernah tapi dia tetap ada di hati awak Seri. Janganlah awak berhenti kerja
hanya kerana ini. selepas ini kita hanya antara majikan dan pekerjanya sahaja. Janganlah gusar
dan bimbang. Tidak akan pernah sekali pun saya cuba menarik awak kembali ke
dalam hati saya”
Tangan
Fuad disentuh. Fuad menariknya kembali.
“Jangan
disentuh rasa cinta ini lagi”
Langkah
yang di atur semakin hilang rentaknya. Fuad hanya menunggu Seri masuk ke dalam
kereta. sudah tiba saatnya dia perlu menghantar Seri pulang sekaligus
menamatkan segala tentang mereka.... tiada istilah kekasih untuk mereka yang
sudah pun menapatkan rasa kasih itu.
Sepanjang
perjalanan pulang, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Fuad. Wajahnya
memang nampak tenang tetapi tidak di matanya. Tidak ada lagi mata yang
membayangkan rasa cinta yang melimpah ruah. Fuad benar – benar kecewa.
Seri
keluar dari kereta. Fuad juga begitu. Bonet kereta dibuka. Lya yang ada di situ
menghampiri mereka berdua.
‘Kau
nak bagi aku hadiah ke Fuad?” soal Lya . mahu bergurau dengan Fuad. Hanya
senyuman tawar yang diberikan. Tiada usikan seperti dahulu
“Ini
set cadar dan comforter gambar bunga tulip ungu yang awak nak cari sangat tu. Saya
tempah. Ada tertulis sekali nama awak di situ. Selepas ni tak payah risau kalau
hilang. Ini yang terakhir dari saya. Selamat tinggal Seri Sarawak” mata Fuad
merenung tepat ke dalam anak mata Seri yang sedang menangis tanpa henti itu.
Lya tergamam. Dia tidak tahu apa yang berlaku tapi dia sangat yakin ianya
sesuatu yang sangat menyedihkan.
Fuad
memandang Lya dengan senyuman yang nampak begitu ikhlas.
“Lya..
maafkan segala usikan saya terhadap awak selama kita kenal ni. Sejujurnya,
usikan itu hanya tanda gurauan. Tiada langsung niat saya mahu menyakiti hati
awak. Saya doakan awak dengan Qai akan kekal jodohnya. Jaga diri awak dan
wanita saya ini dengan baik ya” pesan Fuad.
Lya
masih tergamam. Dia dapat merasai kepedihan di hati Fuad. Sebaik sahaja fuad
pergi, Seri terduduk sambil memegang comforter yang baru sahaja diserahkan oleh
Fuad sebentar. Comforter yang diceritakan empat bulan yang lepas. Tidak sangka
Fuad masih mengingatinya. Masih mengambil berat tenatang segalanya.
Lya
memimpin tangan seri naik ke atas. Seri membuka zip beg comfoter itu. BUnga
tulip berwarna ungu dengan namanya yang tertera di setiap tangakai bunga tulip
itu benar – benar membuatkan hati Seri luluh.
Lya
duduk sambil memeluk lututnya sendiri.dia merenung Seri yang sedang memeluk
comforter. Irna masuk. Diela dan Adahlah juga turut duduk di tepi Seri.
“Tentang
itu?” soal Irna. Seri mengangguk. Tidak mampu untuk bersuara.
“Saya
rasa dialah orangnya. Tak kiralah dia di tempat ke berapa yang pernah di
singgah di hati awak. Siapa dia dan dimana letak cintanya di hati awak...hanya
awak yang tahu. Awak yang meninggalkannya pu awak sudah rasa seteruk ini..
bayangkan dia yang ditinggalkan di saat dia mahu melamar awak jadi isterinya”
ujar Lya. Mereka semua mengangguk.
Irna
keluar dari bilik Seri. Setelah beberapa ketika dia masuk semula ke dalam bilik
Seri. Dia menghulurkan sebuah kotak cincin berbaldu merah di hadapan mata Seri.
Lya tidak dapat menyekat air matanya. Diela menutup wajahnya dengan bantal. Dia
juga turut sama menangis. Seri membuka kotak cincin itu. Kelihatan sebentuk
cincin berlian yang sangat cantik bentuknya. Dia membelek – beleknya. Ada tulisan
di belakang cincin itu.
Seri
untuk fuad
Seri
tidak dapat mengawal perasaannya.
“Dia
bawa kami semua ke kedai cincin ini untuk pilih apa yang paling cantik untuk
awak. Untuk tugas itu sahaja dia turut belikan kami cincin ini. walau tak
berharga puluhan ribu ringgit seperti ini” terang Irna.
“Sayangnya...
Seri itu bukan untuk Fuad” tambah Adahlah.
“Tapi
saya dah pun kehilangan dia” tangis Seri.
“Ya...
atas kehendak awak sendiri. Yang tak pasti siapa cinta awak sebenarnya” kata
Irna.
“Fuad....fuad...”
sebut Seri. Dia membenamkan wajahnya ke bantal.
“Masa
yang diberi masih boleh dikejar.” Kata Lya.
“Dia
tidak akan terima Seri lagi!!!!”
Irna
dan Lya mengeluh..... kesilapan cinta selalu berlaku pada pemain cinta itu
sendiri.
Pada
malam itu Fuad langsung tidak mahu makan. Zalina dan Siti Sulaiha mengetuk
pintu bilik Fuad berkali – kali. Tiada jawapan. Pintu rumah diketuk dan Siti
Sulaiha membukanya. Mata Siti Sulaiha terbeliak. Zalina yang mendengar jeritan Siti Sulaiha
terus berlari turun mendapatkan Siti Sulaiha. Fuad juga begitu.
Wajah
Fuad pucat lesi. Dia cuba menyelamatkan adiknya. Dia dipegang dengan kuat. hidungnya
di tutup dengan kain yang telah ditabur dengan serbuk kloroform. Tidak sampai
beberapa saat, Fuad pengsan.
BAB 13
Kepala
Fuad masih pusing. Kepalanya masih berat. Dia memandang sekeliling. Agak terkejut
apabila melihat agak ramai orang di rumahnya. dia cuba gagah berdiri. Mencari Zalina
dan Siti Sulaiha.
“kami
kat sini, abang” kata Siti Sulaiha yang lengkap berbaju kurung. Fuad menoleh ke
belakang. Kelihatan seorang lelaki separuh abad yang berserban putih memandangnya
sambil tersenyum.
“Biasalah
gugup, nikah pertama kali ya?” soal lelaki itu. Fuad menoleh semula ke kanan.
Hartini dan kakak sepupunya Ziela Mazmi turut tersenyum memandang ke arahnya.
“Kak
Ziela buat apa kat sini?” soal Fuad.
“Sampai
hati Ad nak nikah tak panggil kak Ziela” usik Ziela Mazmi. Tangannya di tarik
oleh Arjuna, abang Seri.
“Kau
dah rosakkan adik aku kan?. Kau kahwin sekarang. Kalau ikut hati aku, memang
aku tetak kau sampai terbelah” jegil Arjuna.
“Rosak?.
Seri?” soal Fuad.
“Ya
abang. Nikahkan kami, dia dah sentuh Seri” Seri menghampiri mereka berdua. Mata
Fuad terbeliak.
“Bila
masa pula kita...”
“Kahwin
kan kami cepat sebelum dia lari, abang” gesa Seri. Arjuna mengangguk, dia terus
menarik tangan Fuad. Malam itu sekali lafaz sahaja Fuad sudah pun bergelar
suami yang sah kepada Seri Murni.
Fuad
menarik tangan Seri tetapi apabila melihat Arjuna memandangnya terus tangannya
melepaskan tanganSeri.
“Apasal
lepas?. Dah sah! Suka hati korang lah” jeling Arjuna dan terus keluar.
“Awak
gila?”
“Ya..
gila” jawab Seri
“Saya
tak sentuh awak pun”
“Ya..
ada. Melalui hati dan cinta awak” jawab Seri.
“Awak
cintakan dia bukan saya!!” tegas Fuad.
“Awak!”
jawab Seri.
Fuad
menggaru – garu kepalanya.
“Gila!!!!!!”
Fuad menjerit sekuat hati. Semua orang masuk ke dalam rumah semula. Arjuna yang
sedang memotong tembikai yang dibawa Hartini tadi juga menerpa masuk. Fuad
terdiam apabila melihat pisau di tangan Arjuna.
“Kau
nak aku bunuh lepas tu campak kau dekat sungai ke?. Jaga kau!!!” gertak Arjuna.
Fuad tunduk tapi matanya sempat lgi mengerling Seri yang hanya tersenyum. Lya
mendapatkan mereka.
“Perkahwinan
paling ekspress dalam dunia ni. Rasa macam nak masukkan dalam suratkhabar je
besok” usik Lya. Doktor Irsyad tersenyum memandang Irna.
“Kuasa
cinta... anugerah Allah” kata Irna.
Fuad
menggeleng kepala. Dia ingin naik ke tingkat atas. Zalina dan Siti Sulaiha
menegahnya.
“Apahal
pula?. Korang dua orang ni.... memang nak kena!!” marah Fuad. Dia terus masuk
ke dalam bilik bawah. Matanya terbeliak.
“Ini
bilik pengantin mana kau suruh abang masuk ni?” jerit Fuad. Macam dah tak betul
saja rupanya.
“Bilik
tidur abanglah! Abang kan pengantin” sengih Siti Sulaiha. Lya ketawa berdekah –
dekah.
“Kau
nak aku kerat kepala kau?. Pergi masuk!!!” tengking Arjuna.
Mahu
atau pun tidak.... dia terpaksa masuk juga. Dia tidak tahu apa – apa. Yang dia
tahu esok dia akan soal Si Kembar dua orang itu dulu. Berani khianat aku... aku
abnag kau orang tahu tak!!!!!
kahwin juga akhirnya....lepas ni kisah cinta sapa pula kak iza???
ReplyDeletemestilah kisah dr irsyad dengan siapa tu?.. alah.. siapa yang dr irsyad tu suka ya?. lupa lak nama dia.. Irna ke Irni ntah. mestilah akak sambung kisah Irna, Lya dan Seri Ayu dulu... yng lain selepas tu. :)
Deleteterima kasih banyak ya Irna... ingatkan dah x nak baca karya akak dah hihihi :)
kelakar le.
ReplyDeletehikhikhuik..
Deleteterima kasih banyak ya adik baby mio :)
sayang..... baby mio!!
Hish akak ni ade pulak x nak baca dah..bengong ler kalau na dah x nak baca karya akak lagi...akak nak tahu every day na akan masuk blog ni every 2 hours tau..kalau x masuk mcm angau gila bayang dgn karya2 akak...dah tahap tegar dah ni tau akak...huhuhhu...dah xde ubat lagi dah melainkan akak rajin2 ler post kat dlm ni...hehehehe.....
ReplyDeletehahahahahaa....
Deleteterharu sgt bila membacanya!
terima kasih2 sangat ya Irna..
akak sayang.... Irna @kalam cinta akak ni :)
hisshhh ada pulak x nak baca dah..bengong ler na kalau dah tak nak baca karya akak ni. Akak nak tahu everyday na akan masuk blog akakni every 2 hours tau. kalau x masuk mcm angau gilabayang tau. dah tahap kronik dah ni. xde ubatnya melainkan akak rajin2 ler post new entry hehehehe....sayang akak.
ReplyDelete