Friday 11 October 2013

PEMERINTAH SYURGA CINTA - bab 3

BAB 3

Yin terus memandu pulang ke rumahnya. banyak kali tangannya menekan punat blackberrynya namun Dina dan Hisham masih gagal di hubungi.
Setibanya dia di rumah, anginnya sudah naik satu badan. Tak pasal – pasal pintu menjadi mangsanya. Terkejut mereka yang ada di situ. Mama dan papanya gelak sendiri. Ada hal lah tu!.

Sementara Dina dan Hisham pula sedang enak menjamu selera di sebuah restoran tidak jauh dari situ.

“Abang tengah uruskan kes apa sekarang ni?’ Dina memandang Hisham yang baru sahaja habis menyedut minuman. tiada apa yang boleh dibualkan, itu sahajalah soalan yang paling sesuai bagi Dina.

“Suami nak isteri kembali taat”

“Abang yang belah mana?” soal Dina.

“belah kapak!” Hisham senyum. ish!! Aku tanya betul – betul dia main – main pula. Dina menentang mata Hisham.

“kapak apa?” soal Dina.
“kayu”

“Kayu apa?” – dina

“Api” – Hisham

“Api pa?” – dina

“Api cinta... Dina pada abang” – Hisham

“Erk.... nak pergi tandas.” – dina

“Tadi dah pergi dah. Kenapa? Ada masalah perpaipan ke?”

“Gila!” – dina

“Gila bayang... dina gila bayang pada abang tapi abang tak kisah.. macam Aiman!” senyum Hisham.

“Aiman memang tak kisah tapi dina ni kisah!” mata yang galak itu menjeling tajam. Uish!.. menggetarkan sukma!..sengih Hisham.

Setelah habis memenuhi tuntutan tekak, Hisham terus membawa Dina pulang ke rumahnya. sampai sahaja di hadapan rumah Dina, Hisham menghela nafas lega. Yin tak ada untuk mengacau!.Dina sedikit pelik!. Bukankah sepatutnya dia dibawa ke rumah Hisham untuk mengambil keretanya semula?. Tanda tanya itu segera dijawab walaupun belum terluah melalui peti suaranya.

“Esok Abang Hisham ambil Dina ya?”

“Sajalah tu,.... taktik mengurat!” berani pula Dina berguarau begitu dengan Hisham. Lantaklah!. Tak mungkin Hisham marah... memang kenyataan pun. kalau tak mengurat namanya apa? pemurah?.

“Abang tak suka mengurat kawan adik abang sendiri. Tak ada challenge!. Confirm dapat” senyum Hisham. Kurang asam!... hati Dina terdetik rasa geram. Dengan muka yang berlagak Hisham sengaja memandang wajahnya sambil mengenyit – ngenyit mata.

“Dalam beg Dina ada spray cili api kampung piau punya. Nak rasa?” Dina berpura – pura mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Cepat – cepat Hisham menyentuh tangan Dina. Niatnya mahu menahan Dina daripada mengeluarkan spray yang sebenarnya tak wujud pun.

Terdiam. Tiba – tiba Dina membatu. Hisham ingin menarik semula tangannya tetapi Dina terus mencengkam tangan peguam itu dengan kuat. Hisham memandang tepat anak mata Dina. Terpana?... mungkin!.

“Tahu takut. Ok, Dina lepaskan” Dina menlirik manja.

“Tak payah lepaslah... biar aje kat situ” jawab Hisham. Sengaja menguji Dina pula. Padan dengan muka!. Nak dugalah kononnya. Dia tetap lelaki...

“Abang tak mulakan... Dina yang tahan tangan abang. Macam tak nak abang lepaskan saja. Kenapa?..... rasa bahagia sampai ke awan biru?” Hisham berdehem dua tiga kali.

“Ok.. Dina tak lepas!” kata Dina yakin.

Gulp! . Hisham menelan air liur. Dalam malu – malu Si Dina ni boleh tahan  juga orangnya!. Cepat – cepat Hisham mengalah. Dina yang merasakan dia sudah menewaskan Hisham tersenyum puas. Riak wajahnya menyenangkan Hisham.

“Dina tahu tak Dina sangat menawan?” tiba – tiba Hisham menjadi lebih serius berbanding tadi yang banyak merepek. Dina terkunci kata – kata dan hanya mahu mendengar sahaja.

“Abang....” renungan Hisham makin dalam. Dina menantikan kata – kata seterusnya. Jantungnya yang berdebar itu tidak teratur rentaknya. Masih menanti....

“Dina..” – Hisham

“Ya abang...”

Hisham senyum lagi kemudian tunduk buat seketika.

“abang tak tahu tapi....” Hisham menggigit bibirnya dan Dina masih menanti.

“Abang,,,,,,

(BERSAMBUNG) kehkehekhekhkeheke


3 comments:

  1. Alaaaaa...tergantunglah plak.....
    Tp kalau fill in d blank... Saya nak buat ayat nie...
    Abang, tu pencegah maksiat dtg, mcmana nie...???

    Blh???hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. baru nak syok baca tp tergantunglah pulak...

    ReplyDelete