BAB 3
Yin terus memandu
pulang ke rumahnya. banyak kali tangannya menekan punat blackberrynya namun
Dina dan Hisham masih gagal di hubungi.
Setibanya dia di rumah,
anginnya sudah naik satu badan. Tak pasal – pasal pintu menjadi mangsanya.
Terkejut mereka yang ada di situ. Mama dan papanya gelak sendiri. Ada hal lah
tu!.
Sementara Dina dan
Hisham pula sedang enak menjamu selera di sebuah restoran tidak jauh dari situ.
“Abang tengah uruskan
kes apa sekarang ni?’ Dina memandang Hisham yang baru sahaja habis menyedut
minuman. tiada apa yang boleh dibualkan, itu sahajalah soalan yang paling sesuai bagi Dina.
“Suami nak isteri
kembali taat”
“Abang yang belah
mana?” soal Dina.
“belah kapak!” Hisham
senyum. ish!! Aku tanya betul – betul dia main – main pula. Dina menentang mata
Hisham.
“kapak apa?” soal Dina.
“kayu”
“Kayu apa?” – dina
“Api” – Hisham
“Api pa?” – dina
“Api cinta... Dina pada
abang” – Hisham
“Erk.... nak pergi
tandas.” – dina
“Tadi dah pergi dah.
Kenapa? Ada masalah perpaipan ke?”
“Gila!” – dina
“Gila bayang... dina
gila bayang pada abang tapi abang tak kisah.. macam Aiman!” senyum Hisham.
“Aiman memang tak kisah
tapi dina ni kisah!” mata yang galak itu menjeling tajam. Uish!.. menggetarkan
sukma!..sengih Hisham.
Setelah habis memenuhi
tuntutan tekak, Hisham terus membawa Dina pulang ke rumahnya. sampai sahaja di
hadapan rumah Dina, Hisham menghela nafas lega. Yin tak ada untuk mengacau!.Dina
sedikit pelik!. Bukankah sepatutnya dia dibawa ke rumah Hisham untuk mengambil keretanya semula?. Tanda tanya itu segera dijawab walaupun belum
terluah melalui peti suaranya.
“Esok Abang Hisham
ambil Dina ya?”
“Sajalah tu,.... taktik
mengurat!” berani pula Dina berguarau begitu dengan Hisham. Lantaklah!. Tak
mungkin Hisham marah... memang kenyataan pun. kalau tak mengurat namanya apa? pemurah?.
“Abang tak suka
mengurat kawan adik abang sendiri. Tak ada challenge!. Confirm dapat” senyum
Hisham. Kurang asam!... hati Dina terdetik rasa geram. Dengan muka yang berlagak
Hisham sengaja memandang wajahnya sambil mengenyit – ngenyit mata.
“Dalam beg Dina ada spray
cili api kampung piau punya. Nak rasa?” Dina berpura – pura mencari sesuatu di
dalam beg tangannya. Cepat – cepat Hisham menyentuh tangan Dina. Niatnya mahu
menahan Dina daripada mengeluarkan spray yang sebenarnya tak wujud pun.
Terdiam. Tiba – tiba
Dina membatu. Hisham ingin menarik semula tangannya tetapi Dina terus
mencengkam tangan peguam itu dengan kuat. Hisham memandang tepat anak mata
Dina. Terpana?... mungkin!.
“Tahu takut. Ok, Dina
lepaskan” Dina menlirik manja.
“Tak payah lepaslah...
biar aje kat situ” jawab Hisham. Sengaja menguji Dina pula. Padan dengan muka!.
Nak dugalah kononnya. Dia tetap lelaki...
“Abang tak mulakan...
Dina yang tahan tangan abang. Macam tak nak abang lepaskan saja.
Kenapa?..... rasa bahagia sampai ke awan biru?” Hisham berdehem dua tiga kali.
“Ok.. Dina tak lepas!”
kata Dina yakin.
Gulp! . Hisham menelan
air liur. Dalam malu – malu Si Dina ni boleh tahan juga orangnya!. Cepat – cepat Hisham
mengalah. Dina yang merasakan dia sudah menewaskan Hisham tersenyum puas. Riak wajahnya
menyenangkan Hisham.
“Dina tahu tak Dina
sangat menawan?” tiba – tiba Hisham menjadi lebih serius berbanding tadi yang
banyak merepek. Dina terkunci kata – kata dan hanya mahu mendengar sahaja.
“Abang....” renungan
Hisham makin dalam. Dina menantikan kata – kata seterusnya. Jantungnya yang
berdebar itu tidak teratur rentaknya. Masih menanti....
“Dina..” – Hisham
“Ya abang...”
Hisham senyum lagi
kemudian tunduk buat seketika.
“abang tak tahu
tapi....” Hisham menggigit bibirnya dan Dina masih menanti.
“Abang,,,,,,
(BERSAMBUNG)
kehkehekhekhkeheke
Alaaaaa...tergantunglah plak.....
ReplyDeleteTp kalau fill in d blank... Saya nak buat ayat nie...
Abang, tu pencegah maksiat dtg, mcmana nie...???
Blh???hahahahahaha
best...
ReplyDeletebaru nak syok baca tp tergantunglah pulak...
ReplyDelete