Sunday, 30 December 2012

CINTA POOPULAR D&S - bab 11


BAB 11

Sutera mengekori Darren ke tandas. Darren menoleh ke belakang.

“Ish.. sampai ke tandas pun nak ikut ke?” berkerut dahi Darren. Sutera menggigit bibirnya.

“Tak payahlah pergi main paintball dengan Durina tu!” kata Sutera. Menarik tangan Darren.

“Saya terkencing di sini baru tahu!” ugut Darren.

“saya suka!!” sengih Sutera.

“Ish! Gila!” Darren menjeling dan terus masuk ke dalam tandas. Sutera masih menanti.

“Pergilah jauh – jauh. Saya tak boleh hmmmm kalau awak ada di pintu tu!!!” jerit Darren dari dalam. Sutera terus pergi. Darren membuka pintu tandas. Mengintai sama ada Sutera masih ada ataupun tidak. Darren tersengih. Cemburu juga minah ni!!

Sutera duduk di sebelah Zie. Sepupu yang lebih kepada kawan itu sudah tahu mengapa muka Sutera monyok begitu. Dia baru sahaja diberitahu oleh Darren yang dia mahu membawa Sutera melakukan aktiviti paragliding di Bukit Jugra hujung minggu ini. Zie tidak mahu memberitahu Sutera awal – awal.  Biar sutera resah memikirkan Durina yang langsung tiada di hati Darren. Darren keluar. Sutera kembali mengekorinya.

“La... ada lagi!” kata Darren.

“Saya tak sukalah Encik darren pergi main paintball dengan Durina. Encik darren kan ada saya.. buat apa nak pergi dengan dia. Dia tu lembik macam puding roti!. Saya ni yang patut Encik Darren bawa tau!”. Masih memujuk.

“Sedapnya kata orang puding roti” kata Darren.

“Saya merajuk nanti Encik Darren!” ugut Sutera.

“Merajuklah!” kata Darren selamba. Dia memandang Sutera yang sudah merah mukanya.

“Saya ni susah nak dipujuk tau” sambung Sutera.

“Alah..sedangkan Sutera Aqila yang lagi kuat merajuk tu pun saya senang – senang je settle kan. Inikan pula awak!”ujar Darren. Terlepas kata!. Sutera memandang kosong.

“Siapa?” soal Sutera.

“Sutera Aqi..” Darren terdiam. Menyedari kesilapannya. Sutera mengambil nafas sebentar. Tunduk dan cuba menjadi setenang mungkin. Darren menggeleng kepala. Meraup wajahnya.

“Sayang...” panggilnya lembut. Sutera cuba tersenyum manis walaupun kemanisannya tidak keliahatan.

“Sorry.. terlepas. Saya tak sengaja” Darren memandang Sutera.

“Eh.. tak apalah!. Hm.. saya keluar dululah!” Sutera keluar. Jantungntya berdegup pantas . Hatinya sedikit tersentap. Ya.. nama itu sudah sebati dalam diri Darren, tidak mustahil untuk dia menyebutnya sekali sekala.. tetapi alangkah bagusnya jika tidak di depanku, bisik hati kecil Sutera. Dia naik ke studio tarian. Duduk di atas lantai dengan lutut ke atas. Sutera meletak perlahan dahinya ke atas lutut. Pedih!. Dia tahu Darren sedikit pun tidak berniat untuk melukakan hatinya tetapi itu fitrah.. dia hanya seorang wanita!. Pintu studio terbuka. Darren menghampiri Sutera. Duduk di sebelahnya. Bersila.

“Memang agak pedih.. tapi itu yang terpaksa kita lalui sebelum cinta kita betul – betul utuh. Saya kesal kerana menyebut nama dia di hadapan awak.saya bencikannya. Benci melukakan perasaan Sutera Indah yang saya sayang hanya kerana menyebut nama seorang lagi Sutera” Darren menoleh. Sutera masih tunduk. Tidak mengangkat kepalanya walaupun sedikit. Darren memegang bahu Sutera. Mengangkat sedikit tubuh itu dengan perlahan – lahan. Dia nampak akan titik jernih itu. Sedang mengalir di pipi Sutera. Mata Sutera masih belum dibuka. Darren mengesatnya dengan jari.

“Pandang saya Sutera” arah Darren. Sutera membuka mata tetapi masih belum mampu memandang Darren.

“Biarkan saja saya ya!. Tak ada apa – apa. Saya yang terlalu emosi. Kalau Encik Darren sebut nama adik doraemon pun saya menangis juga” senyum Sutera. Cuba berguurau. Darren langsung tidak senyum apatah lagi ketawa dengan gurauan Sutera.

“Lawak awak tak kelakar tapi menyedihkan hati saya” kata Darren. Sutera menoleh. Dia sneyum lagi.

“Saya bawa awak ke suatu tempat tapi kena cepat sebab pukul 5 nanti kena pergi ke pertandingan nyanyian. Jadi juri jemputan” senyum Darren. Sutera mengangguk.

“Senyum sikit untuk saya” pinta Darren. Sutera senyum.

“Hmm.. pandai anak papa!” usik Darren.

“Bukan papa lah.. ayah” pintas Surera.

“Tak best lah panggil ayah” balas Darren semula sambil menuruni anak tangga.

“Ya lah... papa dan mama. Habis kalau ayah dengan apa?” sambung Darren. Menghampiri meja Zie.

“ayah dengan ibulah” jawab Sutera. Darren ketawa.

“Kalau panggil appa pun best” Darren senyum.

“Habis nanti saya dipanggil apa pula?” Sutera memandang Darren. Zie dan Suzie hanya memandang mereka berdua. Bersilih ganti.

“Amma!!!” sengih Darren.

“Hei.. nanti kejap! Anak siapa nak panggil appa amma ni?” soal Suzie.

“Anak kami” jawab Darren selamba dan terus menarik tangan Sutera keluar. Zie ketawa. Suzie menggeleng kepala.

“Kahwin pun belum lagi nak ada anak!. Entah – entah nanti mandul!” kata Suzie selamba. Zie menampar perlahan pipi Suzie. Zie terus menelefon seseorang.

Darren membuka pintu kereta. belum sempat Sutera masuk, sebuah van terus mendekati mereka dan Sutera di tangkap masuk ke dalam van. Darren terkejut. Dia terus mengekori van putih itu dengan cepat. Sewaktu tiba di sebuah bukit, Darren dapat memintas van itu yang bergerak agak perlahan. Darren turun. Dia terus membuka pintu van. Tangan Sutera di tarik keluar. Lelaki botak yyang sedang duduk di bahagian hadapan di tarik Darren dengan kasar. Satu tumbukan hinggap ke pipinya. Muka Darren merah padam. Pemandu van itu cuba melerai tetapi dia juga ditumbuk hingga terjatuh. Beberapa orang lelaki dan wanita yang datang entah dari mana cuba menghalang. Teruk lelaki botak itu dikerjakan.

“Darren..sabar Darren..” kata lelaki botak itu.

“Berani kau sentuh dia!. Kalau kau sentuh pun aku dah marah inikan pula kau mengasari dia seperti tadi. Kau ingat dia tu apa??” tengking Darren. Satu lagi penumbuk hinggap pipi kanan lelaki botak itu. Sutera terpaksa masuk campur.

“Encik Darren... ini bukan betul!!!” jerit Sutera. Menarik tubuh Darren. Dia masih mencengkam leher lelaki botak itu. Beberapa jurukamera merakam tindakan kasar Darren itu. Seseorang yang dikenali Darren datang meleraikannya.

“ini i Bad!. You dalam rancangan GERAM.. rancangan ni just nak kenakan you saja” pujuk Bad. Darren masih memandang tajam wajah lelaki itu. Naa Hamid, sepupunya yang bekerja di stesen  televisyen itu juga turut sama menenangkan Darren. Tangan Darren ditarik dengan kuat. Darren yang memang baik dengan Naa Hamid melepaskan cengkamannya.

“Aku minta maaf. Aku tak tahu meraka akan buat begini” pujuk Naa Hamid.

“Kan aku dah beritahu yang kau perlu berjaga – jaga dalam minggu ni” Naa Hamid cuba memutarkan kembali ingatan Darren. Lelaki botak tadi di hantar ke klinik. Muka Darrren masih ketat. Memandang Sutera yang berdiri kaku di sebelahnya.

“Awak tahu rancangn ni?’ soal Darren. Sutera mengangguk.

“Awak ingat saya ni apa?. Awak suka tengok saya macam ni?. Kalau awak sayangkan saya, awak takkan kenakan saya begini!!!” tengking Darren. Air mineral yang baru diberi oleh Naa Hamid tadi dihempas ke tanah. Sutera terkejut. Memegang lengan Darren. Tangan Sutera ditepis.

“i dah kata cara ni tak sesuai” kata Naa Hamid kepada Sutera dan penerbitnya

“Saya Cuma...”

“Diam!!!!” jerkah Darren. Sutera menangis. Darren memejam matanya. Kau tak tahu betapa takutnya aku tadi, Sutera. Takut kehilangan kau! Takut jika kau di apa – apakan. Kau nyawaku, kau semangatku!... kau tak faham aku, Sutera...

“Maafkan saya Encik Darrren” Sutera memegang tangan Darren. Dia merendahan diri. Melutut sambil memegang tangan Darren. Air matanya sudah mengalir. Kamera masih terpasang. Naa Hamid memegang bahu Darren. Tidak sampai hati dia melihat Sutera begitu.

“Awak buat saya hampir mati tadi. Awak betul – betul kejam, sayang” suara Darren mendatar. Naa Hamid senyum. Ya... dia tahu mengapa Darren mengamuk. Kalau tiada cinta dihati, masakan Darren yang agak penyabar orangnya itu boleh mengamuk sebegini rupa. Malah, dia dahulu selalu mengusik Darren.. hanya tawa yang Darren berikan sebagai balasan.

Darren terus meninggalkan Sutera di situ bersama krew penerbitan yang lain. Hatinya betul – betul sakit. Dia memberhentikan keretanya di tepi lebuhraya.

Naa Hamid memujuk Sutera.

“i dah kata tadi. I tahu sebab dia sepupu i. Membesar bersama. Sutera, sekurang – kurangnya you nampak betapa dia cintakan you” ujar Naa Hamid. Sutera tunduk. Menangisi kesalahannya sendiri.

“Tak mengapa. Tinggalkan saja saya di sini” senyum Sutera. Naa Hamid terpaksa menghormati permintaan Sutera. Dia juga perlu pulang ke stesen televisyen kerana banyak lagi kerja yang perlu dia lakukan.

Sutera duduk bersandar di pokok yang rendang. Meemluk lututnya sendiri. Masih menangis. Deruman enjin kereta Darren menyentak emosi Sutera. Dia tunduk semula. Rasa bersalah terhadap lelaki itu...

Darren merapati Sutera. Duduk di sebelah Sutera. Memandang air mata yang masih mengalir. Darren menyentuh kepala Sutera dan ditariknya kepala Sutera dengan lembut ke bahunya. Dia membelai rambut Sutera. Memujuk kembali wanita yang sering membuatkannya hilang akal dan hilang pertimbangan.

“Saya minta maaf” ujar Sutera tanpa memandang wajah Darren. Tiada jawapan yang diterima.

“Kalaulah awak tahu siapa awak dalam hati saya... “ kata Darren. Sutera membisu. Mengesat air matanya sendiri.

“Janganlah awak sentap rasa tanggungjawab dan cinta saya begini lagi. Saya boleh gila!...awak menikam hati saya hari ini Sutera.. walaupun tiada darah yang mengalir.”  Darren membisu seketika dan menyambung kata – katanya semula.

“Itu juga boleh mematikan jiwa dan kehidupan seorang lelaki yang sentiasa meletakkan awak palinng atas di hatinya” .

Sutera bangun. Memejam matanya. Darren bangun dan terus mendakap Sutera. Kemas. Sutera menyembamkan wajahnya.

“Saya cintakan awak... Sutera Indah!”....

6 comments:

  1. haha...like3...tq akk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesama dik :)
      terima kasih sbb sudi baca tau..

      Delete
  2. oowwhhh touchingnya..sedey betul...sob..sob..sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. janganlah sedey kalam...
      nantikan nak jual burger...
      time tu ler kalam kena ngurat habis - habisan hahahha

      Delete
  3. Best sangat-2 kak tq selamat tahun baru semoga tercapai apa yang di hajat amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih baby mio :)
      selamat tahun baru juga buat baby mio..
      semoga azam baby mio tercapai... amin!

      Delete