hehehehe... tertinggal lak yang ini. padanlah ramai yang komen sedih... check balik rupanya yang lagi satu page x masuk. kiranya kenalah buat bab lagi satu.. soriiiiiii sesangat
BAB 15
Darren
menelefon Zie agar memberhentikan keretanya. Sutera melarang tetapi Zie
mengambil keputusan untuk memberi peluang untuk Darren. Kaki Darren melangkah
menghampiri kereta Zie. Pintu kereta dibuka. Tangan Sutera ditarik perlahan dan
pipi Sutera disentuh.
“Perlukah
awak jadikan semua itu alasan untuk pergi dari hidup saya setelah awak
mengikatnya dari lepas ke tangan wanita lain. Saya Cuma perlukan kepercayaan
awak. Semua kata mustahil untuk saya melupakan cinta saya terhadap dia tetapi
itu tidak mustahil sebab awak selalu di sisi saya ketika susah senang. Saya
cintakan awak! Cintakan awak Sutera!. Hanya ada satu Sutera sahaja kini dalam
hati saya. Hanya Sutera Indah” terang Darren. Bahu Sutera digenggam kemas.
“Naik
kereta saya sekarang. Kita pulang ke Kuala Lumpur dan awak perlu tahu sesuatu”
Darren memanggl Zie.
“Awak juga
perlu ikut sekali” arah Darren. Zie mengangguk faham. Sepanjang perjalanan
Sutera asyik menangis. Puas Darren memujuknya. Darren tahu agak sukar untuk
membuktikan cintanya itu selepas apa yang berlaku tadi. Dia terpaksa
membongkarkan sesuatu yang dia rahsiakan daripada Sutera selama ini. pembantu
rumahnya juga di arahkan menunggunya di luar rumah.
Mereka
telah tiba di Kondo milik Darren. Mak Jiha tersenyum manis memandang Darren dan
Sutera.
“Dah tiba
masanya?” soal Mak Jiha. Darren mengeluh. Pintu rumah dibuka. Semua lampu
dipasang. Zie masih berdiri di sisi Sutera. Darren membuka sebuah kamar besar
di dalam rumahnya. Darren memasang lampu. Mak Jiha menepuk bahu Sutera agar
masuk ke dalam bilik itu. Sutera melangkah. Alangkah terkejutnya dia apabila
melihat bilik itu dihias dengan cantik dan menarik. Warna bilik itu sangat
tenang dan romantik. Lampu chandelier yang cantik menerangi ruang bilik yang
besar dan kelihatan mewah itu. Sutera menghampiri sebuah bingkai gambar besar. Itu
gambar dia!. Ya.. gambar candid yang cantik sekali. Warna hitam putih memberi
kesan yang agak klasik pada gambar itu. Itu gambar dia dan Darren sewaktu
menari bersama di sebuah majlis anugerah tidak lama dahulu. Gambar Sutera
memegang leher Darren dan tersenyum manja. Mata mereka yang bertentangan
membuatkan gambar itu seperti sebuah hasil cinta yang sangat indah. Sutera
memandang perabot yang sangat mewah. Seperti kamar tuan puteri.
“Itu untuk
Sutera. Darren mahu melamar Sutera dalam bilik ni. Darren kata nak melamar masa
hari lahir Sutera dua bulan lagi. Jambangan bunga dan belon pun kami tak siapkan
lagi. Semua ini hasil kreativiti Darren. Dia mahu menghiasi kamar pengantin
kamu berdua dengan tangannya sendiri” terang Mak jiha. Darren duduk di atas
katil. Sutera menghampiri Darren. Duduk melutut sambil memegang lutut dan
tangan Darren.
Darren
mengangkat kepalanya. Sutera senyum. air matanya mengalir. Darren mengesatnya
daripada terus mengalir. Makcik Jihan dan Zie turut sama menangis.
“Semua ini
untuk awak.. Sutera Indah. Untuk kita bina cinta kita bersama. Mak Milah juga
tahu semuanya. Kalau tidak, masakan saya boleh dapat teddy bear awak yang ada
di rumah ayah awak?”
Sutera
menoleh. Itu teddy bear kesayangannya. Dijaga rapi sehingga tiada siapa
dibenarkan menyentuhnya. Sutera menangis lagi. Kepalanya diletak di atas lutut Darren.
Kepala Sutera diusap.
“Sebenarnya
semua barang Aqilla sudah lama saya suruh Ummi buang tapi ummi tak sampai hati.
Tak perasankah awak setiap kali saya pulang ke Perlis bersama awak saya akan
tidur di bilik yang lain?” Darren mula menerangkan segalanya.
“Dia
sejarah saya dan seperti yang awak tahu tiada siapa yang boleh melupakan
sejarah kita sendiri tapi hati, cinta dan hidup saya sekarang untuk awak. Apabila
saya katakan yang saya cintakan awak.... itu bukan dusta. Saya memang cintakan
awak!” tutur Darren. Sutera mengangkat wajahnya.
Darren
bangun. Keluar dari bilik itu dan kemudiannya mendapatkan Sutera kembali.
“Saya mahu
rancang yang lebih indah dan lebih manis daripada ini tapi saya rasa saya perlu
melakukannya sekarang. Kalau kita tidak diikat, rasa sangsi itu masih ada dan akan tetap ada dalam fikiran awak, sayang” kata
Darren. Sutera mengesat air matanya.
“Sutera
Indah... sudikah awak mengindahkan hidup saya dengan menjadi isteri saya yang
sah?” lamar Darren. Cincin berlian berbentuk hati itu dihulurkan. Sutera
menangis lebih kuat. Dia duduk sambil menutup wajahnya dengan kedua belah
tangan. Zie menghampiri.
“Dia ikhlas
dan dia perlukan jawapan untuk itu, Sutera” kata Zie. Darren masih menunggu.
“ya..sayang.
saya terima untuk menjadi wanita di sisi Darren Mikail” jawab Sutera. Darren
menyarungkan cincin di jari Sutera. Tangan Sutera dikucup. Dia memimpin tangan
Sutera keluar dari bilik itu.
“Mak Jiha, Darren
akan ambil ummi esok dan Mak jiha perlu ada untuk majlis merisik kami” kata
Darren. Mak Jiha tersenyum dan mengangguk setuju. Apa sahaja untuk Darren dan
Sutera!.
Zie pulang
dahulu. Sutera dan Darren masih berbual di dalam kereta. Darren merenung wajah
Sutera.
“Awak
banyak menangis sejak kebelakangan ini kan?”
“Saya
menangis sebab saya rasa awak seolah – olah akan pergi dari hidup saya” kata
Sutera pula. Menjawab pertanyaan Darren.
“Sayang
pulang dulu.... mandi dan berehat cukup – cukup. Esok sebelum saya ke Perlis,
saya mahu jumpa dengan Pak Kudus dengan Mak Milah ya?”
“Saya?”
soal Sutera.
“Saya apa?”
Darren tidak faham.
“Saya tak
nak jumpa ke?” Sutera sudah mula mengusik.
“Awak hak
saya.. nanti awak tu sentiasa ada di mata saya , sayang” senyum Darren. Sutera
ketawa. Dia keluar dan terus pulang. Darren lega kerana akhirnya Sutera mampu
untuk tersenyum setelah banyak air matanya yang tumpah.
Yay! Mereka dah nak nikah.. hehehe. sweet juga darren tu ya kak
ReplyDeletehehehehe... kkan best izzatul heppi ;)
Deletesweet ala lolipop gitu!