Sunday, 6 January 2013

cinta popular D&S - bab 15


hehehehe... tertinggal lak yang ini. padanlah ramai yang komen sedih... check balik rupanya yang lagi satu page x masuk. kiranya kenalah buat bab lagi satu.. soriiiiiii sesangat


BAB 15

Darren menelefon Zie agar memberhentikan keretanya. Sutera melarang tetapi Zie mengambil keputusan untuk memberi peluang untuk Darren. Kaki Darren melangkah menghampiri kereta Zie. Pintu kereta dibuka. Tangan Sutera ditarik perlahan dan pipi Sutera disentuh.

“Perlukah awak jadikan semua itu alasan untuk pergi dari hidup saya setelah awak mengikatnya dari lepas ke tangan wanita lain. Saya Cuma perlukan kepercayaan awak. Semua kata mustahil untuk saya melupakan cinta saya terhadap dia tetapi itu tidak mustahil sebab awak selalu di sisi saya ketika susah senang. Saya cintakan awak! Cintakan awak Sutera!. Hanya ada satu Sutera sahaja kini dalam hati saya. Hanya Sutera Indah” terang Darren. Bahu Sutera digenggam kemas.

“Naik kereta saya sekarang. Kita pulang ke Kuala Lumpur dan awak perlu tahu sesuatu” Darren memanggl Zie.

“Awak juga perlu ikut sekali” arah Darren. Zie mengangguk faham. Sepanjang perjalanan Sutera asyik menangis. Puas Darren memujuknya. Darren tahu agak sukar untuk membuktikan cintanya itu selepas apa yang berlaku tadi. Dia terpaksa membongkarkan sesuatu yang dia rahsiakan daripada Sutera selama ini. pembantu rumahnya juga di arahkan menunggunya di luar rumah.

Mereka telah tiba di Kondo milik Darren. Mak Jiha tersenyum manis memandang Darren dan Sutera.

“Dah tiba masanya?” soal Mak Jiha. Darren mengeluh. Pintu rumah dibuka. Semua lampu dipasang. Zie masih berdiri di sisi Sutera. Darren membuka sebuah kamar besar di dalam rumahnya. Darren memasang lampu. Mak Jiha menepuk bahu Sutera agar masuk ke dalam bilik itu. Sutera melangkah. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat bilik itu dihias dengan cantik dan menarik. Warna bilik itu sangat tenang dan romantik. Lampu chandelier yang cantik menerangi ruang bilik yang besar dan kelihatan mewah itu. Sutera menghampiri sebuah bingkai gambar besar. Itu gambar dia!. Ya.. gambar candid yang cantik sekali. Warna hitam putih memberi kesan yang agak klasik pada gambar itu. Itu gambar dia dan Darren sewaktu menari bersama di sebuah majlis anugerah tidak lama dahulu. Gambar Sutera memegang leher Darren dan tersenyum manja. Mata mereka yang bertentangan membuatkan gambar itu seperti sebuah hasil cinta yang sangat indah. Sutera memandang perabot yang sangat mewah. Seperti kamar tuan puteri.

“Itu untuk Sutera. Darren mahu melamar Sutera dalam bilik ni. Darren kata nak melamar masa hari lahir Sutera dua bulan lagi. Jambangan bunga dan belon pun kami tak siapkan lagi. Semua ini hasil kreativiti Darren. Dia mahu menghiasi kamar pengantin kamu berdua dengan tangannya sendiri” terang Mak jiha. Darren duduk di atas katil. Sutera menghampiri Darren. Duduk melutut sambil memegang lutut dan tangan Darren.

Darren mengangkat kepalanya. Sutera senyum. air matanya mengalir. Darren mengesatnya daripada terus mengalir. Makcik Jihan  dan Zie turut sama menangis.

“Semua ini untuk awak.. Sutera Indah. Untuk kita bina cinta kita bersama. Mak Milah juga tahu semuanya. Kalau tidak, masakan saya boleh dapat teddy bear awak yang ada di rumah ayah awak?”

Sutera menoleh. Itu teddy bear kesayangannya. Dijaga rapi sehingga tiada siapa dibenarkan menyentuhnya. Sutera menangis lagi. Kepalanya diletak di atas lutut Darren. Kepala Sutera diusap.

“Sebenarnya semua barang Aqilla sudah lama saya suruh Ummi buang tapi ummi tak sampai hati. Tak perasankah awak setiap kali saya pulang ke Perlis bersama awak saya akan tidur di bilik yang lain?” Darren mula menerangkan segalanya.

“Dia sejarah saya dan seperti yang awak tahu tiada siapa yang boleh melupakan sejarah kita sendiri tapi hati, cinta dan hidup saya sekarang untuk awak. Apabila saya katakan yang saya cintakan awak.... itu bukan dusta. Saya memang cintakan awak!” tutur Darren. Sutera mengangkat wajahnya.

Darren bangun. Keluar dari bilik itu dan kemudiannya mendapatkan Sutera kembali.

“Saya mahu rancang yang lebih indah dan lebih manis daripada ini tapi saya rasa saya perlu melakukannya sekarang. Kalau kita tidak diikat, rasa sangsi itu masih ada dan akan  tetap ada dalam fikiran awak, sayang” kata Darren. Sutera mengesat air matanya.

“Sutera Indah... sudikah awak mengindahkan hidup saya dengan menjadi isteri saya yang sah?” lamar Darren. Cincin berlian berbentuk hati itu dihulurkan. Sutera menangis lebih kuat. Dia duduk sambil menutup wajahnya dengan kedua belah tangan. Zie menghampiri.

“Dia ikhlas dan dia perlukan jawapan untuk itu, Sutera” kata Zie. Darren masih menunggu.

“ya..sayang. saya terima untuk menjadi wanita di sisi Darren Mikail” jawab Sutera. Darren menyarungkan cincin di jari Sutera. Tangan Sutera dikucup. Dia memimpin tangan Sutera keluar dari bilik itu.

“Mak Jiha, Darren akan ambil ummi esok dan Mak jiha perlu ada untuk majlis merisik kami” kata Darren. Mak Jiha tersenyum dan mengangguk setuju. Apa sahaja untuk Darren dan Sutera!.

Zie pulang dahulu. Sutera dan Darren masih berbual di dalam kereta. Darren merenung wajah Sutera.

“Awak banyak menangis sejak kebelakangan ini kan?”

“Saya menangis sebab saya rasa awak seolah – olah akan pergi dari hidup saya” kata Sutera pula. Menjawab pertanyaan Darren.

“Sayang pulang dulu.... mandi dan berehat cukup – cukup. Esok sebelum saya ke Perlis, saya mahu jumpa dengan Pak Kudus dengan Mak Milah ya?”

“Saya?” soal Sutera.

“Saya apa?” Darren tidak faham.

“Saya tak nak jumpa ke?” Sutera sudah mula mengusik.

“Awak hak saya.. nanti awak tu sentiasa ada di mata saya , sayang” senyum Darren. Sutera ketawa. Dia keluar dan terus pulang. Darren lega kerana akhirnya Sutera mampu untuk tersenyum setelah banyak air matanya yang tumpah.


2 comments:

  1. Yay! Mereka dah nak nikah.. hehehe. sweet juga darren tu ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... kkan best izzatul heppi ;)
      sweet ala lolipop gitu!

      Delete