Sunday, 27 January 2013

DIA WANITA EDISI TERHAD 2 - BAB 5


   BAB 5


Iqram masuk ke dalam dapur dan terus memegang bahu Jasmin yang sedang leka memasak bubur biji nangka buat Iqram.

“Sayang.. tadi abang nampak belon besar di atas langit masa abang pulang tadi” kata Iqram sambil tangannya sibuk membasuh pinggan yang baru sahaja diletak oleh jasmin ke dalam sinki.

“Belon apa bang?” soal Jasmin. Berhenti mengacau bubur sambil memandang Iqram.

“Belon macam pasaraya besarnya. Bila sampai sini tak nampak pula” Iqram menghampiri jasmin.

“Rupa – rupanya belon tu melekat dekat perut sayang” sengih Iqram. Jasmin ketawa.

“Sampai hati abang kata perut Min macam belon!” marah Jasmin. Iqram mengusap perut Jasmin yang semakin membesar.

“Assalamualaikum anak ayah” Iqram membongkokkan badannya. Dia mendekatkan telinganya ke perut Jasmin. Mukanya berkerut.

“apa?. Ibu begitu?. Ishhh.. nak kena ibu ni. Kesian anak ayah” Iqram menggelengkan kepalanya. Malas Jasmin mahu melayan Iqram yang semakin mengada – ngada.

“Jangan mengadalah abang” kata Jasmin.

“Anak kita kata Min tak nak tidur sebab asyik rindukan abang” senyum Iqram lagi.

“Tak siapa rindukan abang” sangkal Jasmin. Dia sudah selesai menyiapkan bubur yang diidamkan Iqram sejak dua menjak ini.


Iqram duduk di sebelah Jasmin sementara menunggu bubur biji nangkanya sejuk sedikit. Jasmin baring di ribaan Iqram. Letih pula dia hari itu. Mungkin kerana asyik berdiang di dapur. Iqram membelai rambut Jasmin dengan senyuman yang masih tidak lekang – lekang.

“Siapa perempuan semalam tu?” soal Jasmin. Dia mendongak. Iqram hanya menggaru – garu kepalanya. Cuba mencari ayat yang sesuai.

“Hm.. ibu dia pesakit abang. Dia selalu juga datang ke situ” kata Iqram. Dia rasa hanya itu yang Jasmin perlu tahu. Selebihnya biarlah hanya dia yang tahu. Kandungan Jasmin sudah masuk tujuh bulan. Iqram memang selalu meluangkan masa untuk bersama Jasmin. Dia tidak yakin meninggalkan Jasmin sendirian begitu.

“Nanti Zaitie yang sambut anak kita kan?” soal Jasmin. Iqram mengangguk.

“Abang pun ada sekali nanti. Abang nak bagi sokongan penuh untuk sayang meneran dengan kuatnya” kata Iqram bersungguh – sungguh.

“Eleh.. entah – entah masa tu abang pengsan” cebik Jasmin. Iqram diam. Jasmin sudah pun duduk semula. Iqram merenung wajah Jasmin agak lama. Dia membelai rambut Jasmin.

“Abang tak kira! Abang tetap nak bersama dengan sayang” tegas Iqram. Jasmin memeluk tubuh Iqram tetapi tidak sampai. Iqram ketawa terbahak – bahak.

“Sekarang ni, abang hanya boleh peluk baby. Tak best peluk sayang” kata Iqram. Jasmin menjeling. Iyalah tu...

Selesai sahaja makan bubur biji nangka itu, Iqram terus duduk bersila di hadapan Jasmin yang sedang leka menonton televisyen. Kaki Jasmin di angkat dan diletak ke atas pahanya.

“Kenapa abang?” soal jasmin.

“Nak potong kuku sayang. Sayang kan dah lama tak nampak kaki sendiri” gurau Iqram. Jasmin ketawa besar. Iqram memotong kuku Jasmin dengan tenang. Sesekali dia mencuri pandang akan wajah Jasmin yang berseri – seri itu. Tangan Jasmin dibelai dengan lembut.

“Abang ni kenapa?” soal Jasmin.

“Abang berjanji akan bersama sayang walau apa pun yang terjadi” tangan Jasmin dikucup.

Jasmin tergamam. Kenapa Iqram begitu emosi sejak dua menjak ini. dia juga agak gentar menunggu masa untuk melahirkan zuriat mereka tetapi tidaklah seperti Iqram yang seperti takut kehilangannya. Jantung Jasmin berdebar – debar.


                                           *******************



Telefon ditangannya terlepas. Tina dan yaya mendapatkan jasmin yang hanya membisu tetapi wajahnya pucat lesi. Yaya menggoncang bahu Jasmin berkali – kali.

“kenapa Kak Min?” soal Yaya. Jasmin memandang yaya. Dia memejam matanya.

“Bawa Kak Min pergi hospital. Abang Iq kemalangan. Dilanggar lari” kali ini Jasmin terduduk dan meraung sekuat hatinya. Yaya dan Tina terdiam. Air mata mereka berdua sudah pun mengalir. Yaya memeluk tubuh Jasmin kuat – kuat.

Sebaik sahaja tiba di hospital, Zaitie awal – awal lagi sudah menenangkan Jasmin. Iqram perlu dibedah kerana kecedaraan di kepalanya yang serius. Puan Sri Zaleha turut sama menenangkan Jasmin sedangkan dia sendiri hampir pengsan sewaktu menerima panggilan teleon dari pihak hospital. Jasmin masuk ke dalam wad.  Luluh benar hatinya apabila melihat tubuh Iqram yang kaku tidak bergerak. Wajah Iqram pucat dan yang hanya kedengaran bunyi mesin yang membantu Iqram agar dapat bernafas. Tangan Iqram dikucup dengan linangan air mata.

“kenapa buat Min begini, sayang?. Kenapa buat Min sedih disaat kita seharusnya gembira?” Jasmin memeluk tubuh Iqram. Zaitie terpaksa mengawasi Jasmin. Dia mengesat air matanya yang jatuh.

“Kita keluar dulu. Doakan Iqram selamat. Dia perlu dibawa ke bilik pembedahan sekarang. Kau perlu kuat demi Iqram. Kau kekuatannya, Jasmin”

Jasmin tidak mahu berganjak. Dia memegang erat jari – jemari Iqram. Setelah dipujuk Zaitie, Jasmin melepaskan genggaman tangannya.

Semua datang untuk menziarahi Iqram. Zamri yang berada di Singapura juga pulang dengan segera apabila mendapat berita yang mengejutkan itu daripada Rania. Zaitie menghampiri Jasmin. Dia menghulurkan jambangan bunga ros merah ke tangan Jasmin.

“Apa ni?” soal Jasmin.

“Dia kemalangan hanya beberapa kilometer sahaja dari sini. Bunga ini dibelinya sewaktu makan tengahari tadi. Dia kata takut tak sempat nak beri pada kau sebab tu dia beli awal – awal” terang Zatie. Jasmin memeluk jambangan bunga itu. Air matanya tidak henti – henti mengalir. Pembedahan yang mengambil masa selama enam jam iu berjalan dengan lancar. Iqram masih belum sedar walaupun sudah hampir dua belas jam pembedahan itu dilakukan. Menurut doktor pakar, kebarangkalian Iqram sedar dengan cepat adalah lambat kerana kecederaannya agak parah. Jasmin masih tidak dapat menerimanya. Jenuh dia ditenangkan oleh Makcik Khadija dan Zamri. Rania turut sama bersedih.

Jasmin menunggu Iqram tanpa rasa jemu. Dia mengelap tubuh Iqram setiap hari malah surah Yassin juga dibacakan setiap kali tiba waktu solat. Dahi Iqram dikucup. Kepala Iqram yang mulai tumbuh rambutnya itu dibelai jasmin. Setiap kali dia terpandangkan wajah Iqram, air matanya akan jatuh. Sudah lebih sebulan namun iqram masih belum sedar. Tan Sri Zainal juga kehilangan berat badannya kerana terlalu bersedih. Dia yang menunggu Jasmin keluar dari wad Iqram ditenangkan Zamri.

“Ayah jangan lemah begini. Kak Jay perlukan kita untuk dia tabah. Kalau ayah lemah, dia akan lebih lemah, ayah. Lagi beberapa hari dia akan bersalin.kesatlah air mata ayah itu sekurang – kurangnya selepas dia bersalin nanti. Anak Abang Iq, ayah” Zamri tunduk. Dia duduk di kerusi tanpa mendongakkan wajahnya. Rania menyentuh tangan Zamri. Ada setitis air mata yang jatuh ke tangannya. Rania menggosok belakang badan Zamri.

“Kau juga tak mampu mengesat air mata itu, Zam” Tan Sri Zainal bersuara. Tiada apa yang perlu dia balas akan kata – kata Tan Sri Zainal itu. Zamri diam. Maklong Jihan menangis tidak henti - henti. dia tidak sampai hati melihat nasib Iqram dan Jasmin yang sangat malang padanya.

Jasmin keluar dengan langkah yang longlai. Dia menekan perutnya. Terasa sedikit sakit.  Yaya memimpin Jasmin.

“Kak Min sakit?” soal yaya. Wajah Jasmin berkerut. Dia mengangguk. Zaitie dipanggil untuk memeriksa Jasmin yang sudah pun dimasukkan ke maternity ward. Menurut kiraan, lagi empat hari Jasmin akan melahirkan anaknya.  Zaitie memeriksa jasmin.

“Belum buka banyak lagi. Baru buka 2cm” terang Zaitie. Mereka yang lain mendapatkan Jasmin.

“Sabar Min. Banyak – banyak berdoa” Puan Sri Zaleha dan Makcik Khadija menenangkan Jasmin yang masih menangis.

“Iqram mahu temankan Min masa bersalin. Dia mahu genggam tangan Min tapi sekarang dia pun tak mampu untuk memandang Min. Iqram mahu lihat anak dia lahir.. ibu” tangis Jasmin. Air mata Makcik Khadija turut gugur. Dia yang agak tenang sebelum ini terpaksa mengakui kekalahannya dari menyekat air mata yang mengalir.


Jasmin memanggil Zaitie menghampirinya. Dalam keadaan yanhg tidak berapa stabil  itu  Jasmin meminta sesuatu daripada Zaitie. Permintaan Jasmin itu membuatkan Zaitie termenung seketika.

“itu permintaan dia” rayu Jasmin.air mata yang mengalir membuatkan Zaitie benar – benar lemah. Dia mengajak Zul berjumpa dengan pihak atasan. Dia terpaksa memohon perkara yang agak mustahil itu demi Iqram dan Jasmin.


                              ******************************

Jasmin menunggu di bilik bersalin dengan hati yang berdebar – debar. Kesakitan mula dirasai sana dan sini. Pintu bilik bersalin ditolak. Jasmin senyum dalam kesedihan apabila melihat Iqram diusung dengan katil menghampirinya. Doktor pakar yang merawat Iqram menemani Iqram. Segala persediaan dilakukan dengan  teliti.

“Ini pertama kali terjadi di hospital ini tapi saya nak Min tahu, ianya untuk doktor Iqram” tuutr Doktor Ghani.

“terima kash. dia benar – benar mahu disamping Min untuk bersama melihat anak kami yang bakal lahir. Walaupun bukan dari pandangan mata kasarnya tetapi ianya memadai untuk mata hatinya” Jasmin memegang tangan kiri Iqram. Serta merta dia teringat akan kata – kata Iqram.

abang tak kira, abang nak teman Min juga dalam bilik bersalin tu. Kalau abang lumpuh sekali pun. Abang nak genggam tangan Min dengan penuh kasih sayang agar dapat Min dan anak kita merasainya”

Jasmin mengumpul segala kekuatan. Dia mengucup tangan Iqram berkali – kali.

“Sayangku..suamiku Iqram...ampunkan segala kesalahan isterimu ini sepanjang kita bersama. Sesungguhnya terlalu banyak kekurangan dalam Min menjadi seorang isteri yang sempurna buatmu, sayang. Tetapi..... abang adalah lelaki terbaik dan paling sempurna buat Min. Min tahu abang boleh mendengar ... kerana cinta memang selalu menghubungkan dua hati. Hati abang dan Min.” Jasmin sudah terlalu sakit. Tiba masa untuk dia melahirkan zuriat mereka dengan tangannya yang masih menggenggam tangan Iqram.

“Allah..” Jasmin menggenggam dengan kuat tangan Iqram dan tiba – tiba tangan Iqram memberi tindak balas. Doktor Ghani yang perasan akan hal itu agak terkejut. Seolah – olah Iqram juga menggenggam tangan Jasmin yang sedang kesakitan. Jasmin merasainya. Itu memberinya kekuatan secara tidak langsung. Hampir setengah jam jasmin bertarung dan akhirnya lahirlah putera sulung meeka. Zaitie memandang Iqram. Ada sesuatu yang membuatkan hati Zaitie sangat tersentuh.

“min..” panggil Zaitie. Jasmin memandang Zaitie yang sedang memandang Iqram. Jasmin menoleh ke sisinya. Titik jernih mengalir dari kelopak mata Iqram yag masih tertutup. Bibir Jasmin bergetar. Dia menekup mulutnya. Jasmin tidak sanggup melihatnya. Dia menutup matanya rapat – rapat.

“dia tahu Min.. dia ada bersama kita walaupun masih koma” kata Dr Ghani. Jasmin mengangguk. Dia terus mencapai tangan Iqram dan memeluknya dengan penuh rasa cinta. Zamri menyambut tubuh kecil itu dari tangan jururawat. Dia perlu mengazankan anak Iqram. Air mata Zamri mengalir.dengan penuh syahdu dan kesedhian, seluruh ruang itu seolah – olah turut bersedih mendengar alunan azan yang keluar dari mulut Zamri. Puan Seri Zaleha sudah tidak sanggup lagi menanggung semua ini. badannya bergetar memeluk makcik Khadija. Setelah selesai mengazankan anak buahnya, Zamri berbisik.

“Darah yang mengalir di tubuh paksu sama dengan darah milik ayahmu, sayang. Alunan azan ini juga dari ayahmu..sayang” Zamri mengucup lagi dahi anak Iqram dan Jasmin. Air mata Zamri mengalir. Dia membawa anak buahnya itu menghampiri pipi Iqram.

“Abang Iq... putera abang Iq sudah lahir dan Zam telah mengazankannya dengan penuh rasa cinta seperti mana cinta dan kasihnya Zam pada Abang Iq” kata Zamri.

Jasmin memejam matanya. Air matanya masih lagi mengalir walaupun ditenangkan oleh Zaitie. Iqram diusung semuula masuk ke dalam wad persendiriannya. Tan Sri Zainal mencium dahi Iqram.

“Anak Iq kacak macam Iq dan Min. Tahniah anakku...”


                     ***********************************

Zamri dan Tan Sri Zainal bergilir menjaga Iqram di hospital sementara menunggu Jasmin habis pantang. Kadangkala Zamri akan membawa jasmin melawat Iqram yang masih belum sedar.

Hari ini Jasmin sudah pun lepas daripada tempoh berpantangnya. Dia memandang wajah comel Muhammad Iqbal. Dicuit – cuitnya pipi Iqbal sambil mengacan anak kecilnya sehingga bayi itu ketawa kecil. Jasmin tersenyum. Membelai rambut Iqbal dengan penuh rasa cinta. Makcik Khadija yang menjaga Jasmin menepuk bahu Jasmin.

“Dah nak pergi?” soal Makcik Khadija. Jasmin mengangguk.

“Iqbal tunggu ibu pulang nanti ya?. Ibu nak jumpa ayah. Ibu rindukan ayah yang...” Jasmin tidak dapat meneruskan kata – katanya.

“Jangan nakal – nakal duduk dengan nenek ya?. Sebelum malam ibu pulang” Jasmin mengucup pipi Iqbal yang semakin berisi.

Jasmin memandu ke hospital. Iqram masih koma. Pihak hospital  dan Tan Sri Zainal  menanggung kos perubatan Iqram. Jasmin tiba sambil tersenyum memandang Iqram. Sebenarnya lebih kepada berpura – pura tersenyum. Tangan Iqram digenggam dikucupnya. Matanya dipejamkan.

“Tangan abang masih seharum dulu. Min akan tunggu abang biarpun hingga akhir hayat Min. Cinta Min pada abang tak sesekali pudar malah rasa cinta itu semakin tebal dengan adanya Iqbal. Dia dah pandai gelak. Bila gelak wajahnya macam abang. Semanis senyuman abang yang Min rindui. Demi cinta kita, bangunlah abang. Iqbal juga perlukan abang seperti mana Min memerlukan abang. Min sangat cintakan abang. Sangat – sangat sanyang!!.” Jasmin tunduk. Tidak sanggup memandang wajah iqram.

“Sudah tentu abang sakit sangat. Kalau tidak, takkan abang tak mahu bangun memeluk kami berdua?. Tengok.. rambut abang pun dah pendek. Tak macam dulu.. stylo!” Jasmin senyum tetapi air matanya terus mengalir. Dia termenung. Teringat bagaimana beberapa orang disekeliling sering menasihatinya agar meninggalkan Iqram. Zana juga begitu. Katanya, tak perlu menunggu mayat yang masih bernyawa begitu. Tidak!.. tidak sesekali dia meninggalkan Iqram kerana sebahagian nyawanya ada pada Iqram. Seluruh rasa bahagia itu ada pada Iqram. Jasmin memegang pipi Iqram. Hatinya sebak.

“Min janji kalau abang bangun, Min tidak akan merajuk selalu lagi. Min akan masak bubur biji nangka dan nasi ayam hari – hari. Min..min...” Jasmin terus memeluk tubuh Iqram.

“kenapa abang tak peluk Min balik?. Min rindukan pelukan abang.”

“Kak Jay...” panggil Zamri. Jasmin terkejut memandang Zamri. Dia agak terkejut apabila melihat Iqbal di dalam pelukan Makcik Khadija. Tan Sri Zainal dan Kak Kasma juga datang. Puan Sri Zaleha memeluk Jasmin.

“Sudah berbulan – bulan Min meratap dan merayu Iqram . doa Min sentiasa di bibir dan Min tak sedar yang doa Min ni dah dimakbulkan?” Puan Sri Zaleha memegang pipi Jasmin. terpinga – pinga Jasmin dibuatnya.

“Sayang..”

Suara lemah itu membuatkan kepala Jasmin menoleh dengan pantas. Iqram senyum walaupun masih lemah. Jasmin menerpa ke arah Iqram. Dibeleknya pipi Iqram kiri dan kanan.

“Abang dah sedar?” soal Jasmin. Iqram mengangguk. Jasmin terus memeluk Iqram dengan tangisan yang kuat. Iqram agak susah untuk bernafas. Cepat – cepat Zamri menarik tubuh Jasmin menjauhi Iqram. Terbatuk – batuk Iqram dibuatnya. Jasmin mengambil Iqbal dari tangan  ibunya, dia membawanya menghampiri Iqram yang masih tersenyum lemah.

“Ini Iqbal sayang.. ini anak kita. Abang tahu yang kita dah ada anak. Anak kita yang abang nantikan itu. Abang ahu tak yang Min.. Min... namakan Iqbal agar hampir dengan nama abang. Tengok, bibirnya macam abang..” kelam kabut Jasmin menuturkan kata – katanya.

“Sayang.. ya sayang abang tahu...” Iqram mengucup pipi Iqbal dan Kak Kasma terus mengambil Iqbal dari tangan Iqram yang masih tidak sekuat mana.

“Tak .. abang tak tahu.. Min takut kalau..” Iqram memegang pipi Jasmin. mulut Jasmin terkunci. Dia yang tidak tentu arah tadi terdiam.

“Abang cintakan Min” ujar Iqram. Dia merenung mata Jasmin yang tidak bermaya kerana tidak cukup tidur.

“Min rindukan renungan ini” Jasmin memegang tepi mata Iqram. Air mata Iqram mengalir. Dia mengucup dahi Jasmin. air matanya masih mengalir melalui kelopak matanya yang tertutup.

Jasmin masih memeluk Iqram. Mereka yang lain keluar. Membiarkan Jasmin melepaskan rindunya yang selama ini tidak tertanggung olehnya. Sudah tiga hari Iqram sedar. Jasmin tidak menyedarinya kerana tiga hari yang lepas Iqbal banyak meragam dan dia tidak berkesempatan melawat Iqram di hospital.

6 comments:

  1. Iza entry kali ni so sad..hukhukhuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalam..
      pas ni tak sedih sangat yek..
      terima kasih kalam :)

      Delete
  2. huhuhu!!!! dh terbiasa gelak baca DWET ni...kali ni ternangislah pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina.. terima kasih ya masih baca DWEt ni..
      takpe .. pas ni dah tak sedih lagi heheh..
      saya pun tak tahu nak buat babak sedih. poning den!

      Delete
    2. saya sebenarnya lebih teruja utk tunggu sos dan kicap...bila agaknya akan kluar novel ni kak?

      Delete
    3. hari tu akak dah sign surat setuju terbit. katanya akan diterbitakan pada 2014. tapi tak tau ler plak bulan berapa. akak lagi tak sabar hehehe...
      terharu akak bila baca ina x sabar nak tunggu sos dan kicap. terima kasih dik. sayangggg INa!

      Delete