Friday, 25 January 2013

SERI CINTA DARI SARAWAK - bab 9


  BAB 9

“Cepat sikit dayang – dayang istana. Apalah, picit macam tak makan. Macam mana nak belanja makan nasi lemak ni?” soal Fuad.

“Apa?. Abang kata nak belanja steak. Taknak lah picit kaki abang lagi” Siti Sulaiha melepaskan tangannya dari kaki Fuad. Zalina juga begitu.

“Stick boleh steak tak boleh. Itu Cuma orang bercinta saja boleh makan” sengih Fuad. Dia menarik tangan Zalina dan Siti Sulaiha agar terus memicit kakinya yang sedang lenguh.

“Kenapalah kita dapat abang sekejam ini?” rungut Siti Sulaiha. Zalina mengangguk setuju.

“Abang sejak dengan Kak Seri ni, abang tak teringat ke Kak Maya?” soalan Zalina itu membuatkan Fuad terkedu. Maya.. kekasih lama yang sudah lama dia tidak bersua muka setelah berpisah sejak mereka habis sekolah lagi.

“Itu cinta ungka!. Masa tu tak kenal cinta sejati” sengih Fuad.

“Ni nak bagitau ni.. abang belanja makan esok ya?. Hari ni abang nak  bawa Kak Seri pergi kenduri kahwin kawan dia di Puchong” kata Fuad. Zalina dan Siti Sulaiha terus bangun dan mencebik. Tak pasal – pasal penat tangan memicit betis Fuad yang keras itu.

“pergi lama – lama sikit. Bagi kami berdua rehat di rumah ni” jerit Siti Sulaiha dari tingkat atas. Fuad sengaja menguatkan gelaknya.

Fuad tersengih – sengih apabila melihat Lya yang sedang asyik berbual dengan Qai, anak jiran mereka... Wak Jenal. Lya menguis – nguis kakinya sambil tersenyum simpul. Fuad sengaja menyanyi sebaik sahaja melintasi mereka.

“Kakiku kuis kuis ... lama – lama jadi kudis.. kudis cinta” sengih Fuad. Lya menggetap bibir. Kalaulah Qai tiada di situ, mahu sahaja dia kenakan Fuad semula.

“Oh.. Cheqmong tak pergi jalan ke?” tegur  Fuad apabila terpandangkan Cheqmong yang sedang sibuk membasuh kereta.

“Rehat di rumah sahaja dengan Kak Rohana. Malas nak keluar pula” jawab Cheqmong. Fuad masih menunggu Seri di luar rumah. Irna yang baru pulang dari membeli minyak masak dan keperluan lain menegur Fuad dengan ramah.

“Seri tahu ke awak dah datang ni?” soal Irna. Fuad menggeleng. Tiba – tiba seorang lelaki datang menghampiri mereka berdua.

“Seri dah siap?” soal lelaki yang kemudiannya bersalaman dengan Fuad.

“Awak nak keluar dengan Seri?” soal Fuad.

“Ya lah.. awak pula?” soal lelaki itu. Muka Fuad merah padam. Dia menggosok wajahnya berkali – kali. Sesekali dia menggaru – garu keningnya.

“Ni.. saya yang patut keluar dengan dia sebab dia kekasih saya. Yang awak pula?” soal Fuad. Lelaki tadi ketawa.

“Saya lebih berhak keluar dengan dia” sinis sahaja jawapan lelaki itu. Irna sudah agak apa yang bakal terjadi. Cepat – cepat dia memanggil Seri di dalam rumah.

“Sedap mulut!” kata Fuad.

“Nak rasa ke?. Masih ada manisnya” jawab lelaki itu.

“Hish.... macam nak letuk sahaja” kata Fuad lagi.

“Biar kita tengok sendiri. Siapa yang Seri akan layan dan peluk. Kalau saya, maknanya dia milik saya tapi kalau awak, dia tetap millik saya” kata lelaki itu.

“Amboi.. siap ada contest bagai!. Ingat cabutan bertuah ke?. Seri tu bukan untuk dijadikan taruhan tau!” jeling Fuad. Lya dan Qai memandang mereka berdua. Seri keluar dan terus memeluk lelaki itu.

“Arjuna!!!. Kamek rindu kitak!!” jerit Seri. Fuad terlopong. Arjuna memeluk erat tubuh Seri. Fuad benar – benar rasa terhina. Dia memandang Seri tepat ke dalam anak mata.

“Eh Fuad, sorry.. tak perasan” kata Seri. Cepat – cepat melepaskan pelukannya.

“Bagus juga tak perasan. Sekurang – kurangnya nampak apa yang patut” Fuad menjeling dan ingin berlalu.

“Ini abang saya” jerit Seri. Cepat – cepat Fuad berpatah balik dan terus mencium tangan Arjuna.

“Apa khabar abang.. dah makan?. Marilah saya belanja makan” sengih Fuad.

Arjuna menggeleng kepala. Dia memandang Seri yang sedang menutup mulutnya kerana menahan tawa. Cheqmong, Qai, Lya dan Irna ketawa terbahak – bahak melihat tindakan spontan Fuad itu.

“Fuh...... fuh... gabra kau!” kata Lya.

“Aku sebenarnya bukan berkenan sangat tapi aku tengok kau macam sayang sangat Seri dan sanggup pertahankan maruah dia tadi, suka atau tidak terpaksalah aku terima” jeling Arjuna.

Fuad menghampiri Seri.

“Bukan Arjuna tu Ex awak ke?”

“Ya. Tapi Arjuna yang ini abang saya” senyum Seri.

“Peluk Arjuna saja ke?” Fuad mengenyit mata.

“Jomlah abang saya belanja makan” ajak Fuad sambil memandang Arjuna.

“Amboi.. tadi bukan main lagi nak buat musuh ya?. Siap nak letuk aku lagi!” perli Arjuna. Fuad terdiam. Seri terus mengajak Fuad dan Arjuna keluar bersama.

“Majlis perkahwinan yang bakal kita hadiri ni majlis perkahwinan kawan saya dan Arjuna” beritahu Seri. Fuad mengangguk. Lantaklah... siapa yang kahwin pun, yang penting dapat keluar dengan kau, Seri... sengih Fuad sendiri.


                                       **********************

Izzatul tersengih – sengih memegang anak patung arnab yang sangat comel. Dia memeluk anak patung arnab yang lembut itu dengan rasa gembira. Fuad menghampiri.

“Ini bukan bilik tidur ya?” perli Fuad.

“ini mesti Fairus tu yang bagi” teka Fuad. Izzatul tersenyum.

“alah... manjakan sangat tunang dia ni!. Arnablah, bungalah. Lepas ni bagi katak pula kot” sengaja  mengusik Izzatul.

“yang boss nak dengki tu kenapa?” soal Baby Mio pula.

“Itu namanya romantik” Hartini menyampuk.

“Eleh.. itu bukan romantik. Orang sekarang tak mainlah bagi benda – benda begitu” jawab Fuad. Geram pula Izzatul mendengarnya.

“habis tu.. nak bawa pergi taman bunga macam Encik Fuad ke?” soal Izzatul. Fuad buat – buat pening kepala dan masuk ke dalam biliknya. Telefon biliknya bordering. Fuad mengangkatnya. Suara Seri kedengaran.

“Nak juga” kata Seri.

“Nak apa sayang?” soal Fuad.

“Arnab macam Izzatul tu. Sweet sangat Fairus bagi dia arnab tu. Comel!!” rayu Seri. Fuad menggaru – garu kepalanya. Izzatul dan Yatie mendengarnya sambil tersenyum. Izzatul menaikkan ibu jari tangannya. Mereka sengaja mahu mengenakan Fuad yang selalu mengutuk Izzatul dan Fairus.

“Ala... janganlah minta benda – benda macam tu. Mintalah lain. Barang kemas pun tak apa” kata Fuad. Baby Mio berbisik ke telinga Seri . dia menyuruh Seri merengek – rengek untuk melembutkan hati Fuad.

“Ala...sayang..nak juga....yang...” kata Seri. Dia kemudiannya memegang tengkuknya sendiri. Geli geleman pun ada mengada – ngada begitu. Izzatul dan Zarra ketawa sakan.

“Oklah.. tapi masa balik nanti ya sayang” pinta Fuad. Sebenarnya dia malu dengan  Izzatul dan yang lain.

“Nak sekarang” kata Seri.

Fuad terdengar suara Baby Mio ketawa. Perlahan – lahan dia mengintai di sebalik tirainya. Fuad sudah tahu semuanya. Mereka yang berkumpul di meja Seri masih menunggu kata – kata Fuad.

“Sayang kata pada mereka yang berlonggok dekat meja sayang tu... kalau tak nak bonus, buatlah kerja tak berfaedah banyak – banyak!”

Mereka semua berlari dan duduk di tempat masing – masing. Izzatul ketawa apabila melihat Fuad yang sedang mengintai mereka mengecilkan matanya.

Fuad keluar mendapatkan Seri.

“Jangan kata patung, bapak arnab pun saya boleh belikan” jeling Fuad dan terus ke pantry. Seri ketawa. Fuad bukan senang ditipu. Seri suak betul melihat Fuad tadi. Comel sekali apabila Fuad menjeling begitu.


Lya tidak sihat pada hari itu. Dia batuk agak teruk. Badannya juga panas. Irna dan Rynieta sudah pun meletakkan tuala basah ke dahi Lya tetapi masih belum berkurangan. Seri menghampiri. Tangannya merasa bahang panas di leher Lya.

“Lagi lima minit dia boleh bangun” kata Seri. Irna mengerutkan keningnya.

“Apa?” soal Seri. Irna mengangkat kening. Masih mengunggu penjelasan.

“Hei.. ingat Doktor Irsyad sajakah yang tahu ubat orang” perli Seri sambil memeluk Irna. Malu benar Irna pada masa itu.

“Assalamualaikum”

Mereka semua menjawabnya. Lya yang sedang terbaring di sofa tadi terus meluru keluar. Irna dan Rynieta menjadi hairan. Takkan cepat benar dah baik?

“Qai tu lah ubat dia” sengih Seri.

“ooooo...” jawab Irna dan Rynieta. Qai merenung wajah Lya.

“Lya demam ya?” soal Qai. Seri dan Diela yang baru sahaja turun ke bawah menyorok di sebalik pintu. Mahu mendengar semuanya. Menyibuk saja!

“Saya demam..”

“Rindukan saya?” duga Qai. Lya terdiam. Wajahnya berubah mungkin kerana Qai tahu segalanya.

“Baru saja tinggal dua hari dah demam” usik Qai lagi. Seri memandang Diela.

“Bila masa pula diorang ni bercinta?” soal Seri. Dia duduk mencangkung memandang Diela yang awal – awal lagi sudah duduk bersila di situ.

“Itulah Kak Seri, asyik sibuk ngan Fuh Fuh tu saja. Mula – mula Kak Lya tak tahu Abang Qai sukakan dia. Ini semua Kak Anna Liana yang jalankan. Yalah, Kak Anna Liana tu pun suka pada Kak Lya jadi dia pun setujulah tolong Abang Qai” terang Diela bersungguh – sungguh.

“Mak aih... tahu semuanya ya?. Dah macam wartawan” sengih Seri. Diela gelak. Lya yang sudah pun berbual dengan Qai masuk semula ke dalam rumah dan terus naik ke biliknya.

“Ajaibnya cinta” kata Irna.

“Seajaib Doktor Irsyad” perli Jannah yang sedang menyusun pinggan di dapur. Seri Ayu menarik tangan Irna ke tepi ruang tamu. Dia tersenyum – senyum.

“kau boleh tolong aku tak?” soal Seri Ayu.

“Apa dia?” soal Irna.

“Tolong temankan aku jumpa seseorang” pinta Seri Ayu pula.

“Pakwe?” soal Irna kembali.

“Belum lagi tapi aku nak tengok dia macam mana dulu. Dia pelanggan syarikat kami. Dia selalu ajak aku keluar tapi aku tolak” bisik Seri Ayu. Irna bersetuju sahaja asalkan tidak mengganngu waktu kerjanya.

“Hujung minggu depan kita pergi ya” cadang Seri Ayu dan Irna bersetuju.

Mereka semua memang satu kepala tetapi kadang kala, hubungan melibatkan cinta agak sukar untuk mereka luahkan. Masing – masing malu. Selalunya Irnalah tempat mereka minta pandangan memandang Irna lebih matang dan berfikiran terbuka.


                                          ***************

“Maya!” mata Fuad membulat. Wajah Maya dihadapannya itu sudah agak berubah. Lebih cantik daripada dahulu.  Maya menghulurkan salam. Fuad menyambutnya dengan senyuman.

“Tak sangka berjumpa di syarikat Ad” senyum Maya. Dia yang datang ke syarikat Fuad untuk meminta tajaan bagi mendirikan rumah kebajikan itu sedikit terkejut apabila mengetahui Fuad adalah CEO syarikat yang sedang maju itu. Fuad memanggil Seri masuk untuk menyediakan cek. Kemesraan Maya membuatkan Seri tidak senang. Tangan Maya yang tidak tahu duduk diam itu membuatkan hati Seri makin panas.

“Ad belum kahwin ya?” soal Maya. Fuad mengangguk. Seri merenungnya tajam.

“Jadi kita sama – sama single. Boleh lah macam dulu semula” gurau Maya. Fuad hanya tersenyum sambil matanya kadangkala mencuri pandang wajah Seri yang sudah pun berubah. Fuad cepat – cepat menukar topik perbualan apabila  melihat Seri menconteng bukunya dengan kuat.

“Encik Fuad nak saya tulis berapa ratus ribu ni?” soal Seri.

“Lapan ribu sahaja. Syarikat kita belum kaya raya lagi, Seri” kata Fuad.

“Uishh.. kaya... kaya dengan keramahan bosnya” perli Seri. Maya tidak mengerti apa – apa.

“hei.. ingat lagi tak pokok yang kita sama – sama ukir dengan pisau tu?. Fuad love Maya?” Maya cuba mengimbau kembali sejarah silam mereka. Seri macam mahu meletup mendengarnya. Fuad serba salah. Dia mula tidak senang duduk.

“nak apa lagi tak Encik Fuad love Maya?” soal Seri dengan melenggokkan suaranya. Manja dan penuh dengan seribu makna. Fuad melonggarkan ikatan tali lehernya. Maya bangun menghampiri Fuad. Dia membetulkan tali leher Fuad dengan senyuman manis. Mata Seri terbeliak. Tangannya menggigil. Fuad cepat – cepat menolak tangan Maya dengan lembut.

“Hish... Maya ni. Janganlah” kata Fuad. Seri keluar dari bilik Fuad yang sudah pun dirasakan panas membara. Mulut Seri terkumat – kamit membebel. Setelah cek siap di taip dan beberapa borang telah disediakan, Seri masuk semula ke dalam bilik Fuad. Maya masih tersenyum manja.

“Nah Encik Fuad. Hari ni saya tak mahu pergi jumpa klien lepas balik ni ya?. Saya nak pulang saja ke rumah” kata Seri. Dia sebenarnya merujuk tentang pelawaan Fuad untuk menonton wayang selepas waktu bekerja pada hari itu. Fuad menepuk dahi. Setelah semuanya selesai, Maya pulang dengan memberi pelbagai pesanan pada Fuad.

Seri membatu di tempat duduknya. Fuad menghampiri meja Seri.

“masuk bilik saya ya, Seri” pinta Fuad. Seri bangun dan terus mengekori Fuad dari belakang. Sebik sahaja pintu di tutup, Seri memandang tepat ke dalam anak mata Fuad.

“Maya love Fuad.. Fuad love maya.. Ingat tak ... ingat tak???” perli Seri. Fuad menggaru – garu kepalanya. Seri menghampiri Fuad. Tali leher Fuad dilonggarkannya semula. Sampai bergoyang – goyang kepala Fuad kerana tali lehernya dilonggarkan Seri dengan kasar.

“Ingat pandai sangat ikat tali leher?. Ingat saya tak tahu ikat tali leher. Nak couple balik ya” sengaja Seri merentap tali leher yang telah siap diikat.

“Ya Allah... mati saya kalau macam ni” kata Fuad sambil memegang lehernya.

“Kenapa marah sangat?. Oh.. awak cemburu ya..” sengih Fuad. Seri mencebik. Dia terus keluar dari bilik Fuad.

Seri benar – benar terus pulang ke rumah tanpa menunggu Fuad keluar dari biliknya. Sebaik sahaja Fuad keluar, Hartini dan Baby Mio sudah pun ketawa terkekeh – kekeh.

“Itulah... cari nahas. Nak main – main dengan Seri?.. silap besarlah sepupu oiii” kata Hartini. Fuad menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Baby Mio.

“macam mana ni?” soal Fuad.

“pergilah kejar. Sempat lagi sebab dia naik teksi hari ni” terang Baby Mio. Cepat – cepat Fuad berlari keluar. Nasibnya baik. Seri masih menanti teksi di hujung jalan. Fuad berlari mendapatkannya. Fuad terkedu apabila melihat air mata Seri yang sudah pun bergenang di kelopak matanya. Fuad terdiam. Tanpa berkata walaupun sepatah perkataan, Fuad menyentuh tangan Seri dan memimpinnya masuk ke dalam kereta. mereka berdua masih membisu.

“maafkan saya. Tak sangka perkara ini melukakan hati awak” Fuad memandang Seri yang cuba tersenyum.

“Saya pernah terluka jadi untuk melalui pengalaman itu sekali lagi, saya tak sanggup” suara Seri mendatar.

“Saya tidak akan sentuh luka itu, Seri. Adakalanya saya anggap itu Cuma gurauan tetapi bila saya tahu ianya bukan gurauan bagi awak, saya amat menyesalinya..ya?” pujuk Fuad.

“Senyum ya sayang” masih lagi memujuk. Seri memandang Fuad dan cuba untuk tersenyum.

“itu bukan senyum. saya nak tegok senyuman awak yang paling manis” ujar Fuad. Seri memandang ke luar tingkap dan kali ini air matanya jatuh. Fuad menjadi luluh hatinya.

“Air mata ini bukti cinta saya pada awak. Kalau awak bukan cinta di hati saya, air mata ini tidak akan jatuh saat melihat wanita lain cuba merapati awak” kata Seri. Fuad mengangguk.

“Ya.. awak cemburu” kata Fuad.

“Bukan!” sangkal Seri.

“yalah.. air mata tu air mata cemburu” kata Fuad. Dia membuka butang lengan bajunya.

“Ini air mata sedih bukan cemburu!”

“Sedih sebab cemburulah tu” senyumannya meleret.

“Kalau saya cintakan orang lain, awak marah?” soal Seri pula.

“Awak cintakan orang lain ke?. Ooo sampai hati awak buat saya begitu. Saya cintakan awak sepenuh hati saya,... eh bukan sepenuh!.. terlebih penuh sampai melimpah keluar awak tahu tak?. Sampai betul hati awak !!. tak menghargai cinta saya langsung. Siang malam saya rindukan awak. Saya dambakan segalanya tentang awak.. ini balasan yang telah awak berikan pada saya. Saya tahu cinta saya tidak seagung mana jika dibandingkan cinta romeo kepada julietnya tetapi cinta saya ini punya nilai tersendiri. Tidak boleh dijual beli malah bank pun tak layak nak bagi pinjaman. Itu pun kena cagar tanah kat kampung tahu tak?... saya kecil hati.. siapalah saya?.. hanya lelaki kacak yang berharta dan punya tarikan tersendiri” panjang lebar Fuad membebel

“Erk... apa awak ni?” marah Seri.

“sudah!.. ambil kereta ni. Bawa balik rumah. Tak perlu tunggu teksi. Saya boleh panggi dayang saya ambil saya disini. Jangan dikenang akan  wajahku yang menjadi dambaan hatimu Seri Sarawak!.. Selamat good bye huh!” jeling Fuad dan terus keluar dari keretanya.

Sutera terpinga – pinga. Biul ke apa lelaki ni?. Tapi kebiulan dialah yang membuatkan Seri gembira. Telefon Seri berbunyi. Dia membuka SMS yang baru dihantar oleh Fuad.

BAWA KERETA BAIK – BAIK YA SAYANG.. ESOK BAWA BALIK KERETA NI KAT OFFICE. JANGAN NGURAT ORANG TOL YA.. NANTI SAYA MERAJUK. OK, SAYANG I LOVE U!.. DONT DRINK AND DRIVE..

“Fuad....” Seri ketawa dan terus beralih tempat duduk. Dia memandu kereta Fuad pulang ke rumah.


Zalina dan Siti Sulaiha membebel sepanjang perjalanan pulang dari menjemput Fuad di pejabat.

“Abang tahu tak yang kami tengah masak?. Semalam sibuk nak makan tom yamlah itulah. Lain kali beli sahaja sebuah kereta kat Kak Seri tu.  Lain kali, abang balik jalan kaki” marah Siti Sulaiha. Zalina yang duduk di sebelah Fuad menjeling tajam.

“Dah lah tu, tak drive pula.. ingat bos?” soal Zalina.

“Sayang.. Sarawak..sayang Sarawak serilah  .. berseri.. ohoiiiiii” nyanyi Fuad. Adik kembarnya berbulu sahaja mendengar nyanyian Fuad yang sedikitpun tidak merangsang pendengaran. Fuad ketawa dan masih menyanyi..

4 comments:

  1. hahaha entry kalini memberangsangkan hehehehe...teruskan menulis ya..saya rindu karya awak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kalam...
      banyak - banyak kasih.. :)
      saya akan terus menulis kalau kalam dan yang lain masih mahu membaca karya saya yang seberapa ni ;)

      Delete
  2. hahaha!!!! fuad memang sengal...tp lawak gila...suka3x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm yeaaa.. yihaa
      ina suka!
      terima kasih banyak ya Ina

      Delete