Bab 1
Iqram menunggu agak lama di restoran yang menjadi
pilihan wanita yang bernama Farisha.. Dia membelek jam yang baru dibelinya
sebulan yang lepas. Jam idaman yang berharga ribuan ringgit itu dihadiahkan
oleh ayahnya sebagai imbuhan di atas kejayaannya menjadi seorang doktor selepas
menamatkan pengajiannya di luar negara. Mata Iqram tertumpu pada lenggokan
wanita yang berambut perang dan berbibir merah bak delima merekah. Wanita itu
tersenyum sambil mengenyitkan matanya... nakal!.
“Sorry sayang... lambat sampai. I
lupa letak lipstick baru i ni kat mana” senyumnya. Iqram senyum tawar.
Menyampah ada, ,meluat pun ada!.
“Kalau you tak pakai lipstick lagi
lawa kot. Ini dah macam Pontianak urban dah rupanya. Pontianak tak cukup kain”
jawab Iqram selamba sambil meneguk air.
“Cik Farisha.... kalau nak jumpa i
sekadar nak tunjuk lipstick baik tak payah. You buang masa i tau!” tegas Iqram.
“So... macam mana dengan
pertunangan kita?”soal Farisha. Merenung mata Iqram.
“Siapa yang beritahu kita akan
bertunang?” soal Iqram pula.
“Pak Long you lah... dia yang tanya
pada papa i” jawab Farisha. Iqram senyum.
“Macam tu i setuju sangat”
“Terima kasih banyak – banyak
sayang. I memang dah lama nak jadi..”
“Mak Long nombor dua i!” Iqram
mematahkan kata – kata Farisha. Terkejut besar farisha mendengarnya. Dia
bingkas bangun.
“Kalau nak jadi isteri i , minta
maaf tapi kalau jadi bakal maklong i nombor dua i ok saja. Paklong i yang sibuk
sangat nak meminang you kan.. terima sajalah. Bukan sennag nak dapat Dato Sri kepala botak macam tu” jawab Iqram.
Farisha mengambil cawan dihadapan
Iqram. Segera ditegah oleh Iqram dan dia mengambil semula cawan ditangan
Farisha.
“Tak baik membazir ni... maklong!.
Bagi saya habiskan” Iqram terus meneguk air kopi . Farisha menggigil menahan
marah.
“Kalau i yang vogue ni pun you
tolak... siapa yang you nak sangat ha!!” soal Farisha. Mukanya sudah hilang
seri. Marahnya membuak – buak.
“Dia..... wanita edisi terhad!”
jawab Iqram dan terus pergi meninggalkan Farisha yang terpi ga – pinga... Iqram
tersengih sendiri sambil membuka pintu keretanya. Siapa wanita edisi terhad
tu?.... dia mengerutkan hidungnya. Dia sendiri tidak pasti. Siapa dan di mana
dia akan bertemu dengan wanita yang disebutnya di hadapan Farisha tadi. Dia
bukanlah mahu isteri secantik bidadari kayangan, juga bukanlah mahu isteri
selembut kain sutera. Dia cuma mahu wanita yang bisa membahagiakan hatinya,
boleh membuatkan dia tersenyum di kala dia kesepian . Wanita itu juga perlulah
menyayangi seluruh ahli keluarganya dan keluarga wanita itu sendiri. Iqram
memandu pulang. Dia mahu bersua muka dengan Tan Sri Zainal, ayahnya yang banyak
masuk campur. Kalau abang sulung ayahnya
itu bersuara, tidak boleh langsung dibantahnya.
Iqram duduk disebelah Tan Sri
Zainal yang sudah pun bersara menjadi seorang senator. Iqram memandang wajah
Tan Sri Zainal.
“Kenapa?. Nak belanja ayah pergi
karaoke ke?” sengih Tan Sri Zainal. Iqram mahu tergelak. Ayahnya yang penuh
dengan sikap suka berjenaka itu sering membuatkan dia ketawa. Tak perlu
menonton rancangan lawak di televisyen untuk ketawa, berbual saja dengan
ayahnya dah cukup untuk mengalahkan pelawak terkenal negara.
“Ayah.. janganlah suruh Paklong
pandai – pandai jodohkan Iq” Iqram mula bersuara. Tan Sri Zainal berpura – pura
terperanjat. Diurutnya dada dengan tangan kanannya. Sengaja buat – buat sesak
nafas. Iqram menggeleng kepala. Tan Sri Zainal tersenyum kelat.
“Mana ada... paklong yang sibuk –
sibuk sangat. Dia kata perempuan tu cantik. Ayah minta dia kenalkan dengan
ayah.. maklumlah, mama kamu kan dah expired” sengih Tan Sri Zainal.
“Biar Iq yang pilih siapa isteri
Iq” kata Iqram pula. Tan Sri Zainal ketawa.
“Bila nak carinya, ayah ni dah lama
tak pegang budak kecil. Rindu. Tak apalah, kalau kamu tak nak kahwin biar ayah
yang kahwin. Mama dapat kawan” sengih Tan Sri Zainal lagi. Puan Sri Zaleha yang baru tiba cepat – cepat
mencubit belakang badan suaminya.
‘Pandai kata saya expired
ya....ambil ni!” sengaja dikuatkan cubitan. Menjerit Tan Sri Zainal di buatnya.
Puan Sri Zaleha yang masih bergaya itu menjeling tajam. Geram pula mendengar
perkataan itu keluar dari mulut lelaki yang dicintainya. Walaupun sudah berumur
lebih 55 tahun, tetapi Puan Sri Zaleha masih kelihatan anggun. Iqram naik ke
atas. Mahu berehat. Pening memikirkan soal jodoh yang sentiasa menjadi
persoalan. Lebih – lebih lagi di sebelah keluarga ayahnya. Keluarga Puan Sri
Zaleha lebih disenangi oleh Iqram. Dia tertidur setelah agak lama berfikir sendirian.
Surat tawaran dari jabatan kerajaan sudah
tiba. Dia dihantar bertugas di sebuah klinik desa di sebuah kampung. Puan Sri
Zaleha senang hati apabila dapat tahu tempat anaknya bertugas itu di kampungnya
sendiri. Jadi Kak Long dan adiknya boleh menjaga Iqram dengan baik.
“Ha.. Iq nak tinggal dengan siapa?.
Dengan Maksu Zila ke dengan Mak Long Jihan?” soal Tan Sri Zainal. Iqram
termenung. Kedua – duanya sangat baik dan amat menyayangi dirinya. Setelah agak
lama berfikir, Iqram mengambil keputusan untuk duduk dengan Mak Long Jihan yang
ternyata lebih baik dan selalu membuatkan dia gembira. Maksunya itu suka
membebel dan kuat mengata orang. Iqram agak tidak senang dengannya.
“Manalah tahu di sana nanti jumpa
wanita edisi terhad kamu” perli Tan Sri Zainal. Zamri, satu – satunya adik
Iqram ketawa besar.
“Best ke dapat orang kampung ni
ayah?” sinis kata – katanya. Puan Sri Zaleha menggeleng kepala. Dia juga dulu
orang kampung malah pendidikannya tidak tinggi. Sikap Zamri memang berbeza
benar dengan abangnya, Iqram. Model ternama itu lebih suka wanita yang moden
dan berpakaian ala barat. Iqram diam. Dia malas mahu bertelagah denga adiknya.
“Hitamlah abang nanti... sawah
bendang tu!” ejek Zamri.
“Lelaki memang tak boleh putih
sangat macam kau tu... ala kpop konon!.. silap – silap orang panggil kau gay.
Kulit dah macam perempuan!” kata Iqram. Lega hatinya!. Zamri terus bangun dan
keluar. Sakit hatinya di kata begitu. Tan Sri Zainal ketawa besar.
“Kecik – kecik normal, dah besar
jadi gay pula?... astaghfirullah... selamatkan anak aku Ya Allah!” sengaja
dikuatkan suaranya. Terdengar deruman enjin kereta. Zamri terus pulang ke
rumahnya. dia agak geram dengan mama dan ayahnya yang selalu sahaja menyebelahi
Iqram.
Iqram keluar sebentar untuk
menguruskan sesuatu sebelum dia memulakan tugasnya minggu hadapan.
***********************************
Iqram memandu sendirian ke kampung.
Dia sudah biasa dengan kampung itu. Cuma sejak dia belajar diluar negara,
inilah kali pertama dia pulang semula ke kampung. Berkali – kali Mak Long
Jihannya menelefon. Sudah tidak sabar mahu mencium pipi anak buah
kesayangannya. Anak buah yang dulunya selalu melastik angsa dan menjadikan
telur itiknya senjata perang bersama adiknya, Zamri.
Mata Iqram tertumpu ke arah
beberapa orang yang berkerumun di tepi jalan. Iqram memberhentikan keretanya.
Dia keluar. Kelihatan mereka yang lain memujuk seorang remaja lelaki agar
berhenti menangis. Dari keadaannya, Iqram pasti budak lelaki itu insane
istimewa.
“Dia tipu Alan... dia curi aiskrim
asamboi Alan!” jeritnya beberapa kali. Mereka yang lain menggaru – garu kepala.
“Kenapa ni?” soal Iqram. Seorang
lelaki yang agak berusia terus menjawab pertanyaan Iqram.
“Dia ni Alan. Dia ni istimewa
sikit. Ada budak nakal rampas aiskrim dia. Tu yang kami pujuk dia balik tapi
dia takkan balik kalau Jasmin tak datang pujuk” terangnya panjang lebar.
“Jasmin tu kakak dia?” soal Iqram.
Menyentuh lembut rambut Alan.
“Bukan. Tapi dia sayang sangat
dengan Jasmin tu. Mereka rapat” jawab lelaki tadi.
“Ha.. itu Jasmin!” jerit salah
seorang dari mereka. Iqram menoleh ke belakang. Seorang wanita yang berkulit
kuning langsat dengan botol air di tangannya melintasi Iqram. Dari pakaiannya,
wanita bernama Jasmin itu sepeti sedang berkebun. Rambut panjangnya diikat satu
dan topi kebunnnya disuak ke belakang.
“Terima kasih abang Samad. Terima
kasih semua. Tak apa nanti Min bawa Alan pulang ya” Jasmin tersenyum sambil
memegang tangan Alan. Iqram masih di situ. Menjadi pemerhati.
“Alan... dia curi aiskrim Alan lagi
ya?” soal Jasmin dengan lembut. Alan mengangguk. Bibirnya dijuihkan kehadapan.
“Alan tahu tak... Kak Min lupa nak
beritahu, tadi Kak Min nampak budak tu jatuh parit. Terkangkang jatuh” Jasmin
pura – pura ketawa. Alan ketawa besar.
“Mari kita balik” ajak Jasmin. Alan
tidak memulakan langkah. Dia terkebil – kebil memandang Iqram. Jasmin menoleh.
“Maaf ya cik.” Senyum Jasmin. Iqram
membalas senyuman.
“Saya Iqram” mula memperkenalkan
diri. Alan yang mendengarnya ketawa besar. Iqram keliru. Jasmin tersenyum.
‘Kak Min.. nama abang ni macam lagu
kita hahahhaha” gelaknya lagi.
“Ishhh... dah dah.. mari balik.”
Pujuk Jasmin lagi.
“Nyanyi Kak Min. Mesti abang ni nak
dengar” Alan menggoncang tangan Jasmin. Terbeliak mata Jasmin. Dia menggigit
bibir. Memandang Iqram yang memandangnya sambil mengankat kening.
“Nyanyilah... saya pun nak dengar”
pinta Iqram. Jasmin menggaru kepala. Serba salah.
“Kak Min.. yang jenis teran macam
cerita pakcik ramlee tu”
“Nyanyilah” senyum Iqram. Jasmin
berdehem berkali – kali. Situasi membunuh!!!!
“Ram Ram tebu kuali sawa...” Jasmin
tak dapat meneruskannya. Muka Iqram merah padam.
“Teran lagi kak Min. Macam kita
nyanyi kat sawah tu”
“Ram Ram tebu Kuali sawa......”
“OK.. stop. Terima kasih. Tak
pernah saya dengar nama saya disebut dengan irama sebegini indah!” Iqram senyum
kelat dan terus masuk ke dalam kereta. Dia menghidupkan enjijn kereta dan terus
meninggalkan Alan yang masih ketawa.
“Kita nak panggil abang tu apa?...
ram ke tebu ke kuali ke sawa?” soal Alan.
Jasmin terkedu. Dia pasti Alan akan
memanggil lelaki tadi dengan panggilan ‘tebu’ ‘kuali’ dan ‘sawa’. Akhirnya
Jasmin turut ketawa bersama.
**************************************************
Maklong Jihan memeluk erat tubuh
anak buahnya yang sudah lama tidak ditemuinya. Pipi Iqram dikucup berkali –
kali. Iqram ketawa besar sambil mengurut belakang bdan Maklong Jihan dengan
penuh kasih sayang. Paklong Jai yang merupakan ketua kampung di sana menggeleng
kepala melihat tingkahlaku mereka berdua.
“Sudahlah tu maknya.. dah nak
lunyai si Iqram dikerjakan awak” tegur Paklong jai. Maklong Jihan tunduk malu.
Dia bukannya apa, kehadiran Iqram di rumah itu membawa ceria kerana hanya
mereka berdua tinggal dirumah itu selain cucu tunggall mereka yang baru berusia
10 tahun. Zahid menghulurkan salam pasa ‘paklong Iqram’ yang baru dikenalinya.
“Anak arwah Kak Hasnah?” soal Iqram
sambil melurut rambut Zahid. Maklong Jihan mengangguk. Itulah satu – satu waris
yang tinggal. Anak tunggalnya, Hasnah meninggal dunia empat tahun yang lalu
bersama ayah Zahid akibat kemalangan jalan raya. Kini, Zahid menjadi
tanggungjawab Maklong Jihan.
“Mari makan” pelawa Maklong Jihan.
“Tadi ada budak menangis di jalan
masuk, namanya Alan” cerita Iqram.
“Ada yang mengusiklah tu. Kalau
Jasmin tak pujuk jangan harap dia nak balik” sengih Maklong JIhan.
“Jasmin dan Alan nyanyi lagu Ram
ram tebu... gelakkan nama saya” adu Iqram. Berderai tawa mereka yang lain.
Paklong Jai ketawa besar hingga kecil matanya.
“Jasmin tu suka bergurau tapi
orangnya baik. Kalau Iq nak tahu, dialah yang bela ayahnya yang lumpuh
sekarang. Dimandikannya ayahnya macam bayi. Siap bedak segala” sambung Maklong
Jihan.
“Mak dia tak ada?” soal Iqram
sambil menyuap pulut kuning ke dalam mulutnya.
“Maknya tu jaga macam jaga kucing.
Bukannya dia peduli dengan suamidia.. ish.. mulalah aku nak mengata ni” Maklong
Jihan menutup mulut.
“Sudah.. makan, kalau dilayan
maklong kamu ni, kebulur kita” kata Paklong Jai. Iqram terus menjamah beberapa
hidangan istimewa yang dimasak khas untuknya.
HAri sudah petang. Jam ditangan
sudah bergerak ke angka lima. Akibat bosan, Iqram mengambil keputusan untuk
keluar berjalan sekelilling kampung bersama Zahid. Motor Paklong Jai dipinjam
sebentar.suka benar Zahid menghabiskan masa dengan Iqram. Jalan yang agak
sempit di antara sawah padi agak menyulitkan perjalanan. Iqram menjadi gelabah
apabila motornya di himpit dengan motor wanita yang datang dari arah depan.
Iqram dan Zahid jatuh. Wanita it uterus mendapatkan mereka berdua. Topi keledarnya
dibuka.
“Maaf Encik..” pintanya bersungguh
– sungguh. Iqram yang sedang mengangkat motosikal mendongak. Memandang tepat ke
wajah wanita yang berani cuba menghimpitnya tadi.
“Eah.. Encik Tebu!” terpacul nama
itu dari mulutnya.
“Jasmin..”ujar Iqram pula. Zahid
yang duduk ditengah – tengah menggaru – garu kepala. Jasmin menampar agak kuar
lengan Iqram.
“La.... kau tak tahu bawa motor ke
Encik tebu?” soal Jasmin sambil ketawa besar. Berkerut dahi Iqram mendengarnya.
“Maaflah ye.. esok klinik kita ada
doktor dah. Doktor baru tu bertugas esok. Pergi klinik ambil ubat. Tu luka kat
buku lali tu jangan dibiar nanti kena potong!” sengih Jasmin. Iqram
memandangnya dengan pandangan sinis.
“Pernah jumpa ke doktor tu?” soal
Iqram. Menduga!.
“Belum.. ala, habis – habis muka
dia macam orang Nigeria.. tak pun macam orang Nepal hihii” senyum Jasmin.
“Oklah.. Saya minta maaf Encik
Kuali ..apapun, kelakar awak bawa motor. Tergigil – gigil” senyum Jasmin dan
terus pergi. Berdesing telinga Iqram mendengarnya.
“Perempuan ni...”
“Tu Kak Jasmin. Jangan marah dia
Paklong, dia suka bergurau” sengih Zahid.
Iqram terus pergi ke kedai untuk membeli beberapa barang keperluan.
Zahid sibuk memilih coklat dan gula – gula.
“Hai Zahid..” tegur satu suara.
Zahid dan Iqram sama – sama menoleh.
“Cikgu Zue..” senyum Zahid. Wanita
yang bernama ‘zue’ itu mengadiahkan sekuntum senyuman buat mereka berdua.
Rambutnya yang lurus panjang itu bersinar apabila dipanah mentari. Kulitnya
putih bersih. Baju kebaya terletak kemas ditubuhnya. Cantik!.
“Ini paklong saya, dia doktor di
kampung ni” Zahid mula memeperkenalkan dua indsan yang tidak pernah bertemu.
Iqram mengangguk tanda hormat.
“ooo... ini doktor baru ya?”
“Ya saya... awak ni cikgu Zahid?”
“Ya., Saya pergi dahulu ya doktor” tunduk Zue dan
terus pergi. Jalannya lemah gemalai. Memegang tepi kain ketika berjalan.
Terseralah kesopanannya. Tak macam Farisha... dan tak macam si Jasmin!....
bisiknya sendiri.
“Dia guru kelas Zahid. Cantikkan
Paklong?” senyum Zahid. Iqram hanya senyum.
“Yang Jasmin tu tak berapa cantik
ke?” usik Iqram. Zahid senyum sebelum memulakan bicara.
“Bak kata nenek kan... kalau kita
kenal siapa Kak Jasmin, kita akan sayangkan dia sepenuh hati. Lagipun Zahid
tengok kak Jasmin tu cantik juga Cuma kasar sedikit” cerita Zahid. La... cerita
macam orang besar pula budak ni... fikir Iqram.
“Tomboy?” soal Iqram lagi.
“Tak.. dia bukan tomboy. Kak Jasmin
pakai macam perempuan lain. Pakai cantik – cantik juga Cuma dia tak lemah
lembut macam cikgu Zue” terang Zahid. Dalam pada itu hampir penuh plastic
dengan gula – gula dan coklat. Iqram ketawa.
“Kalau Zahid, Zahid suka yang
mana?” soal Iqram. Sekadar mengusik.
“Dua – dua tak boleh!”
“kenapa?”
“Nanti Ellyna marah!” serius wajah
Zahid. Berkerut kening Iqram.
“Siapa Ellyna?”
“Awek Zahid. Paklong jangan
beritahu nenek tau”
“Kenapa?”
“Nenek tak suka pada mak Ellyna” katanya lagi.
“Nenek tak suka pada mak Ellyna” katanya lagi.
“Kenapa tak suka?”
“nenek kata Mak Ellyna nak ngurat
Atok” jujur Zahid. Iqram ketawa. Maklong Jihan ni memang cemburu buta!.
Iqram tersenyum sendiri. Perangai
maklongnya sebiji dengan ibunya. Rasa cemburu mebuak – buak. Kalau tidak masa
kan Mak Long Jihan pernah mengejar Paklong jai dengan parang akibat mengetahui
Paklong Jai pergi bersembang dengan janda meletop di sebelah kampungnya. Iqram
sedia maklum, Paklong Jainya itu juga boleh tahan gatalnya. Rambut yang beruban
diwarnakan semula. Katanya... masih muda!!.
waahhh besh rr citer ni..bravoo..suka awak..hehehehe...
ReplyDeletesaya pun suka awak banyak2 heheh..
Deleteterima kasih baca DWET yek.
nanti saya masukkan n3 baru :)
Walau apa pun..Amri tetap di hati..ahaks..
ReplyDeletekihkihkih....
Deletedia best sebab makan kicap tau :)
takpe nanti suruh Iqram makan kicap jugak
tq Yatie... walau boleh baca di fb tapi sempat gak
komen dkt blog saya...
banyak2 cayang