Wednesday, 14 November 2012

DIA... WANITA EDISI TERHAD -bab 1


  Bab 1

Iqram  menunggu agak lama di restoran yang menjadi pilihan wanita yang bernama Farisha.. Dia membelek jam yang baru dibelinya sebulan yang lepas. Jam idaman yang berharga ribuan ringgit itu dihadiahkan oleh ayahnya sebagai imbuhan di atas kejayaannya menjadi seorang doktor selepas menamatkan pengajiannya di luar negara. Mata Iqram tertumpu pada lenggokan wanita yang berambut perang dan berbibir merah bak delima merekah. Wanita itu tersenyum sambil mengenyitkan matanya... nakal!.

“Sorry sayang... lambat sampai. I lupa letak lipstick baru i ni kat mana” senyumnya. Iqram senyum tawar. Menyampah ada, ,meluat pun ada!.

“Kalau you tak pakai lipstick lagi lawa kot. Ini dah macam Pontianak urban dah rupanya. Pontianak tak cukup kain” jawab Iqram selamba sambil meneguk air.

“Cik Farisha.... kalau nak jumpa i sekadar nak tunjuk lipstick baik tak payah. You buang masa i tau!” tegas Iqram.

“So... macam mana dengan pertunangan kita?”soal Farisha. Merenung mata Iqram.

“Siapa yang beritahu kita akan bertunang?” soal Iqram pula.

“Pak Long you lah... dia yang tanya pada papa i” jawab Farisha. Iqram senyum.

“Macam tu i setuju sangat”

“Terima kasih banyak – banyak sayang. I memang dah lama nak jadi..”

“Mak Long nombor dua i!” Iqram mematahkan kata – kata Farisha. Terkejut besar farisha mendengarnya. Dia bingkas bangun.

“Kalau nak jadi isteri i , minta maaf tapi kalau jadi bakal maklong i nombor dua i ok saja. Paklong i yang sibuk sangat nak meminang you kan.. terima sajalah. Bukan sennag nak dapat Dato  Sri kepala botak macam tu” jawab Iqram.

Farisha mengambil cawan dihadapan Iqram. Segera ditegah oleh Iqram dan dia mengambil semula cawan ditangan Farisha.

“Tak baik membazir ni... maklong!. Bagi saya habiskan” Iqram terus meneguk air kopi . Farisha menggigil menahan marah.

“Kalau i yang vogue ni pun you tolak... siapa yang you nak sangat ha!!” soal Farisha. Mukanya sudah hilang seri. Marahnya membuak – buak.

“Dia..... wanita edisi terhad!” jawab Iqram dan terus pergi meninggalkan Farisha yang terpi ga – pinga... Iqram tersengih sendiri sambil membuka pintu keretanya. Siapa wanita edisi terhad tu?.... dia mengerutkan hidungnya. Dia sendiri tidak pasti. Siapa dan di mana dia akan bertemu dengan wanita yang disebutnya di hadapan Farisha tadi. Dia bukanlah mahu isteri secantik bidadari kayangan, juga bukanlah mahu isteri selembut kain sutera. Dia cuma mahu wanita yang bisa membahagiakan hatinya, boleh membuatkan dia tersenyum di kala dia kesepian . Wanita itu juga perlulah menyayangi seluruh ahli keluarganya dan keluarga wanita itu sendiri. Iqram memandu pulang. Dia mahu bersua muka dengan Tan Sri Zainal, ayahnya yang banyak  masuk campur. Kalau abang sulung ayahnya itu bersuara, tidak boleh langsung dibantahnya.

Iqram duduk disebelah Tan Sri Zainal yang sudah pun bersara menjadi seorang senator. Iqram memandang wajah Tan Sri Zainal.

“Kenapa?. Nak belanja ayah pergi karaoke ke?” sengih Tan Sri Zainal. Iqram mahu tergelak. Ayahnya yang penuh dengan sikap suka berjenaka itu sering membuatkan dia ketawa. Tak perlu menonton rancangan lawak di televisyen untuk ketawa, berbual saja dengan ayahnya dah cukup untuk mengalahkan pelawak terkenal negara.

“Ayah.. janganlah suruh Paklong pandai – pandai jodohkan Iq” Iqram mula bersuara. Tan Sri Zainal berpura – pura terperanjat. Diurutnya dada dengan tangan kanannya. Sengaja buat – buat sesak nafas. Iqram menggeleng kepala. Tan Sri Zainal tersenyum kelat.

“Mana ada... paklong yang sibuk – sibuk sangat. Dia kata perempuan tu cantik. Ayah minta dia kenalkan dengan ayah.. maklumlah, mama kamu kan dah expired” sengih Tan Sri Zainal.

“Biar Iq yang pilih siapa isteri Iq” kata Iqram pula. Tan Sri Zainal ketawa.

“Bila nak carinya, ayah ni dah lama tak pegang budak kecil. Rindu. Tak apalah, kalau kamu tak nak kahwin biar ayah yang kahwin. Mama dapat kawan” sengih Tan Sri Zainal lagi. Puan  Sri Zaleha yang baru tiba cepat – cepat mencubit belakang badan suaminya.

‘Pandai kata saya expired ya....ambil ni!” sengaja dikuatkan cubitan. Menjerit Tan Sri Zainal di buatnya. Puan Sri Zaleha yang masih bergaya itu menjeling tajam. Geram pula mendengar perkataan itu keluar dari mulut lelaki yang dicintainya. Walaupun sudah berumur lebih 55 tahun, tetapi Puan Sri Zaleha masih kelihatan anggun. Iqram naik ke atas. Mahu berehat. Pening memikirkan soal jodoh yang sentiasa menjadi persoalan. Lebih – lebih lagi di sebelah keluarga ayahnya. Keluarga Puan Sri Zaleha lebih disenangi oleh Iqram. Dia tertidur setelah agak lama berfikir sendirian.

                     
 Surat tawaran dari jabatan kerajaan sudah tiba. Dia dihantar bertugas di sebuah klinik desa di sebuah kampung. Puan Sri Zaleha senang hati apabila dapat tahu tempat anaknya bertugas itu di kampungnya sendiri. Jadi Kak Long dan adiknya boleh menjaga Iqram dengan baik.

“Ha.. Iq nak tinggal dengan siapa?. Dengan Maksu Zila ke dengan Mak Long Jihan?” soal Tan Sri Zainal. Iqram termenung. Kedua – duanya sangat baik dan amat menyayangi dirinya. Setelah agak lama berfikir, Iqram mengambil keputusan untuk duduk dengan Mak Long Jihan yang ternyata lebih baik dan selalu membuatkan dia gembira. Maksunya itu suka membebel dan kuat mengata orang. Iqram agak tidak senang dengannya.
“Manalah tahu di sana nanti jumpa wanita edisi terhad kamu” perli Tan Sri Zainal. Zamri, satu – satunya adik Iqram ketawa besar.

“Best ke dapat orang kampung ni ayah?” sinis kata – katanya. Puan Sri Zaleha menggeleng kepala. Dia juga dulu orang kampung malah pendidikannya tidak tinggi. Sikap Zamri memang berbeza benar dengan abangnya, Iqram. Model ternama itu lebih suka wanita yang moden dan berpakaian ala barat. Iqram diam. Dia malas mahu bertelagah denga adiknya.

“Hitamlah abang nanti... sawah bendang tu!” ejek Zamri.

“Lelaki memang tak boleh putih sangat macam kau tu... ala kpop konon!.. silap – silap orang panggil kau gay. Kulit dah macam perempuan!” kata Iqram. Lega hatinya!. Zamri terus bangun dan keluar. Sakit hatinya di kata begitu. Tan Sri Zainal ketawa besar.

“Kecik – kecik normal, dah besar jadi gay pula?... astaghfirullah... selamatkan anak aku Ya Allah!” sengaja dikuatkan suaranya. Terdengar deruman enjin kereta. Zamri terus pulang ke rumahnya. dia agak geram dengan mama dan ayahnya yang selalu sahaja menyebelahi Iqram.
Iqram keluar sebentar untuk menguruskan sesuatu sebelum dia memulakan tugasnya minggu hadapan.


                             ***********************************

Iqram memandu sendirian ke kampung. Dia sudah biasa dengan kampung itu. Cuma sejak dia belajar diluar negara, inilah kali pertama dia pulang semula ke kampung. Berkali – kali Mak Long Jihannya menelefon. Sudah tidak sabar mahu mencium pipi anak buah kesayangannya. Anak buah yang dulunya selalu melastik angsa dan menjadikan telur itiknya senjata perang bersama adiknya, Zamri.

Mata Iqram tertumpu ke arah beberapa orang yang berkerumun di tepi jalan. Iqram memberhentikan keretanya. Dia keluar. Kelihatan mereka yang lain memujuk seorang remaja lelaki agar berhenti menangis. Dari keadaannya, Iqram pasti budak lelaki itu insane istimewa.

“Dia tipu Alan... dia curi aiskrim asamboi Alan!” jeritnya beberapa kali. Mereka yang lain menggaru – garu kepala.

“Kenapa ni?” soal Iqram. Seorang lelaki yang agak berusia terus menjawab pertanyaan Iqram.

“Dia ni Alan. Dia ni istimewa sikit. Ada budak nakal rampas aiskrim dia. Tu yang kami pujuk dia balik tapi dia takkan balik kalau Jasmin tak datang pujuk” terangnya panjang lebar.

“Jasmin tu kakak dia?” soal Iqram. Menyentuh lembut rambut Alan.

“Bukan. Tapi dia sayang sangat dengan Jasmin tu. Mereka rapat” jawab lelaki tadi.

“Ha.. itu Jasmin!” jerit salah seorang dari mereka. Iqram menoleh ke belakang. Seorang wanita yang berkulit kuning langsat dengan botol air di tangannya melintasi Iqram. Dari pakaiannya, wanita bernama Jasmin itu sepeti sedang berkebun. Rambut panjangnya diikat satu dan topi kebunnnya disuak ke belakang.

“Terima kasih abang Samad. Terima kasih semua. Tak apa nanti Min bawa Alan pulang ya” Jasmin tersenyum sambil memegang tangan Alan. Iqram masih di situ. Menjadi pemerhati.

“Alan... dia curi aiskrim Alan lagi ya?” soal Jasmin dengan lembut. Alan mengangguk. Bibirnya dijuihkan kehadapan.

“Alan tahu tak... Kak Min lupa nak beritahu, tadi Kak Min nampak budak tu jatuh parit. Terkangkang jatuh” Jasmin pura – pura ketawa. Alan ketawa besar.

“Mari kita balik” ajak Jasmin. Alan tidak memulakan langkah. Dia terkebil – kebil memandang Iqram. Jasmin menoleh.

“Maaf ya cik.” Senyum Jasmin. Iqram membalas senyuman.

“Saya Iqram” mula memperkenalkan diri. Alan yang mendengarnya ketawa besar. Iqram keliru. Jasmin tersenyum.

‘Kak Min.. nama abang ni macam lagu kita hahahhaha” gelaknya lagi.

“Ishhh... dah dah.. mari balik.” Pujuk Jasmin lagi.

“Nyanyi Kak Min. Mesti abang ni nak dengar” Alan menggoncang tangan Jasmin. Terbeliak mata Jasmin. Dia menggigit bibir. Memandang Iqram yang memandangnya sambil mengankat kening.

“Nyanyilah... saya pun nak dengar” pinta Iqram. Jasmin menggaru kepala. Serba salah.

“Kak Min.. yang jenis teran macam cerita pakcik ramlee tu”

“Nyanyilah” senyum Iqram. Jasmin berdehem berkali – kali. Situasi membunuh!!!!

“Ram Ram tebu kuali sawa...” Jasmin tak dapat meneruskannya. Muka Iqram merah padam.

“Teran lagi kak Min. Macam kita nyanyi kat sawah tu”

“Ram Ram tebu Kuali sawa......”

“OK.. stop. Terima kasih. Tak pernah saya dengar nama saya disebut dengan irama sebegini indah!” Iqram senyum kelat dan terus masuk ke dalam kereta. Dia menghidupkan enjijn kereta dan terus meninggalkan Alan yang masih ketawa.

“Kita nak panggil abang tu apa?... ram ke tebu ke kuali ke sawa?” soal Alan.

Jasmin terkedu. Dia pasti Alan akan memanggil lelaki tadi dengan panggilan ‘tebu’ ‘kuali’ dan ‘sawa’. Akhirnya Jasmin turut ketawa bersama.

                    **************************************************

Maklong Jihan memeluk erat tubuh anak buahnya yang sudah lama tidak ditemuinya. Pipi Iqram dikucup berkali – kali. Iqram ketawa besar sambil mengurut belakang bdan Maklong Jihan dengan penuh kasih sayang. Paklong Jai yang merupakan ketua kampung di sana menggeleng kepala melihat tingkahlaku mereka berdua.

“Sudahlah tu maknya.. dah nak lunyai si Iqram dikerjakan awak” tegur Paklong jai. Maklong Jihan tunduk malu. Dia bukannya apa, kehadiran Iqram di rumah itu membawa ceria kerana hanya mereka berdua tinggal dirumah itu selain cucu tunggall mereka yang baru berusia 10 tahun. Zahid menghulurkan salam pasa ‘paklong Iqram’ yang baru dikenalinya.

“Anak arwah Kak Hasnah?” soal Iqram sambil melurut rambut Zahid. Maklong Jihan mengangguk. Itulah satu – satu waris yang tinggal. Anak tunggalnya, Hasnah meninggal dunia empat tahun yang lalu bersama ayah Zahid akibat kemalangan jalan raya. Kini, Zahid menjadi tanggungjawab Maklong Jihan.

“Mari makan” pelawa Maklong Jihan.

“Tadi ada budak menangis di jalan masuk, namanya Alan” cerita Iqram.

“Ada yang mengusiklah tu. Kalau Jasmin tak pujuk jangan harap dia nak balik” sengih Maklong JIhan.

“Jasmin dan Alan nyanyi lagu Ram ram tebu... gelakkan nama saya” adu Iqram. Berderai tawa mereka yang lain. Paklong Jai ketawa besar hingga kecil matanya.

“Jasmin tu suka bergurau tapi orangnya baik. Kalau Iq nak tahu, dialah yang bela ayahnya yang lumpuh sekarang. Dimandikannya ayahnya macam bayi. Siap bedak segala” sambung Maklong Jihan.

“Mak dia tak ada?” soal Iqram sambil menyuap pulut kuning ke dalam mulutnya.

“Maknya tu jaga macam jaga kucing. Bukannya dia peduli dengan suamidia.. ish.. mulalah aku nak mengata ni” Maklong Jihan menutup mulut.

“Sudah.. makan, kalau dilayan maklong kamu ni, kebulur kita” kata Paklong Jai. Iqram terus menjamah beberapa hidangan istimewa yang dimasak khas untuknya.

HAri sudah petang. Jam ditangan sudah bergerak ke angka lima. Akibat bosan, Iqram mengambil keputusan untuk keluar berjalan sekelilling kampung bersama Zahid. Motor Paklong Jai dipinjam sebentar.suka benar Zahid menghabiskan masa dengan Iqram. Jalan yang agak sempit di antara sawah padi agak menyulitkan perjalanan. Iqram menjadi gelabah apabila motornya di himpit dengan motor wanita yang datang dari arah depan. Iqram dan Zahid jatuh. Wanita it uterus mendapatkan mereka berdua. Topi keledarnya dibuka.

“Maaf Encik..” pintanya bersungguh – sungguh. Iqram yang sedang mengangkat motosikal mendongak. Memandang tepat ke wajah wanita yang berani cuba menghimpitnya tadi.

“Eah.. Encik Tebu!” terpacul nama itu dari mulutnya.

“Jasmin..”ujar Iqram pula. Zahid yang duduk ditengah – tengah menggaru – garu kepala. Jasmin menampar agak kuar lengan Iqram.

“La.... kau tak tahu bawa motor ke Encik tebu?” soal Jasmin sambil ketawa besar. Berkerut dahi Iqram mendengarnya.

“Maaflah ye.. esok klinik kita ada doktor dah. Doktor baru tu bertugas esok. Pergi klinik ambil ubat. Tu luka kat buku lali tu jangan dibiar nanti kena potong!” sengih Jasmin. Iqram memandangnya dengan pandangan sinis.

“Pernah jumpa ke doktor tu?” soal Iqram. Menduga!.

“Belum.. ala, habis – habis muka dia macam orang Nigeria.. tak pun macam orang Nepal hihii” senyum Jasmin.

“Oklah.. Saya minta maaf Encik Kuali ..apapun, kelakar awak bawa motor. Tergigil – gigil” senyum Jasmin dan terus pergi. Berdesing telinga Iqram mendengarnya.

“Perempuan ni...”

“Tu Kak Jasmin. Jangan marah dia Paklong, dia suka bergurau” sengih Zahid.  Iqram terus pergi ke kedai untuk membeli beberapa barang keperluan. Zahid sibuk memilih coklat dan gula – gula.

“Hai Zahid..” tegur satu suara. Zahid dan Iqram sama – sama menoleh.

“Cikgu Zue..” senyum Zahid. Wanita yang bernama ‘zue’ itu mengadiahkan sekuntum senyuman buat mereka berdua. Rambutnya yang lurus panjang itu bersinar apabila dipanah mentari. Kulitnya putih bersih. Baju kebaya terletak kemas ditubuhnya. Cantik!.

“Ini paklong saya, dia doktor di kampung ni” Zahid mula memeperkenalkan dua indsan yang tidak pernah bertemu. Iqram mengangguk tanda hormat.

“ooo... ini doktor baru ya?”

“Ya saya... awak ni cikgu Zahid?”

“Ya.,  Saya pergi dahulu ya doktor” tunduk Zue dan terus pergi. Jalannya lemah gemalai. Memegang tepi kain ketika berjalan. Terseralah kesopanannya. Tak macam Farisha... dan tak macam si Jasmin!.... bisiknya sendiri.

“Dia guru kelas Zahid. Cantikkan Paklong?” senyum Zahid. Iqram hanya senyum.

“Yang Jasmin tu tak berapa cantik ke?” usik Iqram. Zahid senyum sebelum memulakan bicara.

“Bak kata nenek kan... kalau kita kenal siapa Kak Jasmin, kita akan sayangkan dia sepenuh hati. Lagipun Zahid tengok kak Jasmin tu cantik juga Cuma kasar sedikit” cerita Zahid. La... cerita macam orang besar pula budak ni... fikir Iqram.

“Tomboy?” soal Iqram lagi.

“Tak.. dia bukan tomboy. Kak Jasmin pakai macam perempuan lain. Pakai cantik – cantik juga Cuma dia tak lemah lembut macam cikgu Zue” terang Zahid. Dalam pada itu hampir penuh plastic dengan gula – gula dan coklat. Iqram ketawa.

“Kalau Zahid, Zahid suka yang mana?” soal Iqram. Sekadar mengusik.

“Dua – dua tak boleh!”

“kenapa?”

“Nanti Ellyna marah!” serius wajah Zahid. Berkerut kening Iqram.

“Siapa Ellyna?”

“Awek Zahid. Paklong jangan beritahu nenek tau”

“Kenapa?”

“Nenek tak suka pada mak Ellyna” katanya lagi.

“Kenapa tak suka?”

“nenek kata Mak Ellyna nak ngurat Atok” jujur Zahid. Iqram ketawa. Maklong Jihan ni memang cemburu buta!.

Iqram tersenyum sendiri. Perangai maklongnya sebiji dengan ibunya. Rasa cemburu mebuak – buak. Kalau tidak masa kan Mak Long Jihan pernah mengejar Paklong jai dengan parang akibat mengetahui Paklong Jai pergi bersembang dengan janda meletop di sebelah kampungnya. Iqram sedia maklum, Paklong Jainya itu juga boleh tahan gatalnya. Rambut yang beruban diwarnakan semula. Katanya... masih muda!!. 

4 comments:

  1. waahhh besh rr citer ni..bravoo..suka awak..hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka awak banyak2 heheh..
      terima kasih baca DWET yek.
      nanti saya masukkan n3 baru :)

      Delete
  2. Walau apa pun..Amri tetap di hati..ahaks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkihkih....
      dia best sebab makan kicap tau :)
      takpe nanti suruh Iqram makan kicap jugak
      tq Yatie... walau boleh baca di fb tapi sempat gak
      komen dkt blog saya...
      banyak2 cayang

      Delete