BAB 3
Iqram masuk ke dalam klinik.
Terkejut besar Iqram apabila ramai pesakit yang datang pada hari itu malah
kebanyakkannya pesakit itu terdiri daripada wanita – wanita muda. Jururawat
Mila senyum mengulum memandang Iqram yang masuk ke dalam biliknya.
“Ramainya yang sakit hari ni?” soal
Iqram. Jururawat Mila tersengih – sengih. Dia dari awal lagi sudah agak perkara
ini akan berlaku. Siapa yang tak mahu mengurat doktor muda sekacak Iqram. Lebih
– lebih lagi dia anak saudara isteri ketua kampung. Walaupun mereka semua tidak
tahu Iqram anak golongan VIP atas permintaan Iqram sendiri.
Pintu bilik Iqram diketuk. Seorang
wanita yang bertubuh agak kurus duduk menghadap Iqram.
“Sakit apa ya?” soal Iqram.
“Demam” jawabnya ringkas tanpa
mengalihkan pandangan matanya dari melihat wajah Iqram. Mahu tergelak Iqram
rasa. Dia tahu wanita itu tidak demam.
“Tapi Cik.... Aznah tak demam”
“Saya pening” jawabnya.
“Ok.. pening pula. Tak apa nanti
ambil ubat di luar” senyum Iqram. Wajah wanita itu berubah. Iqram sedikit
keliru. Rasanya dia tidak melakukan apa – apa kesalahan pun. Dia juga tidak
menggoda wanita itu. Tudungnya yang sedikit jatuh menutup dahi di tarik ke
belakang.
“Jebon tak ingat saya lagi ke?’
soal Aznah. Iqram bertambah keliru. Dia cuba mengingat sesuatu yang dia sendiri
tidak pasti. Tetapi... hanya seorang sahaja ynag memanggilnya begitu... Jenah
Jengjeng!. Iqram ketawa. Aznah turut sama ketawa.
“Nampak tak ni?” Aznah menunjukkan
parut hitam di lengannya. Iqram belum mahu berhenti ketawa.
“Siapa yang buat sampai lengan saya
berparut begini. Sakit tau!. Dah la lastik tangan orang lepas tu lari lintang
pukang!” cebik Aznah. Iqram senyum lagi.
“Maaflah Jenah.. yang awak kacau
saya dan Zambri lastik angsa Maklong tu kenapa?” soal Iqram pula.
“Kejam!. Lastik binatang tak
berdosa!” rungut Aznah lagi. Jururrawat Mila mahu naik angin. Ini bukannya
tempat mahu mengenang kenangan silam tetapi ditahannya sahaja rasa marah itu.
“Eh... apa tak berdosa! Dia sudunya
punggung adik saya tau”
“Ehemmm... doktor, hari ni ramai
pesakit!” Jururawat Mila senyum sinis. Dia yang terkenal dengan sikap garangnya
itu turut membuatkan Aznah kecut perut.
“Dah.. kau keluar. Nanti ambil
ubat!” selamba saja Jururawat Mila mengarahkan Aznah keluar. Semak matanya!!.
Iqram ketawa sendiri. Memang banyak kenangan manisnya dengan Aznah, jiran
paling hampir dengan rumah Maklongnya. Dulu badannya sedikit berisi tetapi
sekarang tidak lagi. Tidak sangka Aznah Jengjeng sudah cantik.
Iqram memegang tengkuknya. Agak
penat hari ini. Dia mahu pulang sebentar ke rumah Maklong Jihannya. Mahu makan
ikan keli masak asam rebus kegemarannya. Duit yang diberi kepada Maklong Jihan
tempoh hari diguna sebaik – baiknya oleh Maklong jihan malahan wang itu
melebihi daripada apa yang sepatutnya. Banyak kali Maklong Jihan menolak tetapi
Iqram berkeras supaya Maklong Jihan menerimanya. Katanya... upah jadi chef!..
tersengih – sengih Maklong Jihan mendengarnya.
Iqram masuk ke dapur. Hidangan
sudah tersedia. Paklong Jai pulang petang. Mengerjakan sawahnya yang berekar –
ekar. Maklong Jihan hanya menemaninya makan sahaja. Perutnya masih tidak lapar.
“Maksu Zila buat makanan apa masa
kamu pergi rumah dia?” soal Maklong Jihan. Iqram senyum. dia tahu akan sifat
kedekut maksu Zilanya itu.
“Teh cair dengan biskut kering”
jawab Iqram. Terbeliak mata Maklong Jihan mendengarnya.
“Aku tahulah dia tu kedekut tapi
takkanlah dengan anak buah pun nak berkira!” bebel Maklong Jihan. Belum sempat
mulutnya sambung berleter, seseorang memberi salam. Maklong Jihan memanggilnya
masuk ke dapur. Cikgu Zue tersenyum manis memandang Iqram yang sedang makan.
“Ini.. ada rendang ayam dan pulut
kuning sikit, Maklong. Makanlah.. saya yang masak” cerita Cikgu Zue tanpa di
pinta. Dia duduk di hadapan Iqram.
“Jemput makan, cikgu” pelawa Iqram.
Cikgu Zue tersenyum manis sambil menyelitkan rambutnya yang sedikit terjuntai.
Manisnya..... bisik hati kecil Iqram. Maklong Jihan perasan pandangan mata
mereka berdua.
“Assalamualaikum .. wahai wanita
vogue lagi mengancam!” jerit satu suara dari luar. Ketawa besar Maklong Jihan
melihat Jasmin yang baru tiba dengan bungkusan baju di tangan.
“Min.. dah siap baju maklong?”
Maklong Jihan terus mendapat Jasmin yang termengah – mengah. Dia duduk di luar.
Tidak tahu tentang adanya Iqram dan Cikgu Zue di dalam.
“Cikgu berkawan dengan Jasmin?”
soal Iqram. Cikgu Zue mencebik sambil menggeleng kepala.
“Dulu masa sekolah rendah kami satu
sekolah tapi kemudiannya dia tak naik sekolah menengah. Lagipun dia sedikit
kasar. Tak sesuai dengan saya. Bukan saya tak kawan tapi tak berapa serasi”
senyum Cikgu Zue. Iqram mengangguk. Setelah membasuh tangan, Iqram pergi ke
tingkap. Mahu melihat Jasmin dan Maklong Jihannya yang terkekek – kekek ketawa.
Maklong Jihannya punyalah gembira ketika membelek – belek baju sutera yang baru
siap di jahit itu. Labuci dan manik – manik yang terlekat di baju itu kelihatan
cantik sekali. Iqram dan Cikgu Zue keluar. Jasmin yang terpandangkan mereka
berdua menghadiahkan sekuntum senyuman yang sangat ikhlas.
“Cikgu tak mengajar hari ni?” soal
Jasmin. Cikgu Zue menggeleng dan tersenyum.
Iqram mengambil baju kurung dari
tangan Maklong Jihannya.
“Cantik, Maklong” puji Iqram.
“Hai.. tengoklah kerja tangan
siapa. Jasmin!” sengih Maklong Jihan. Jasmin tersengih – sengih sambil menutup
mukanya dengan daun keladi yang membesar di sebelah tempat dia duduk.
“Tapi kalau tak pandai masak nak
buat apa kan?” kata Cikgu Zue. Mereka semua memandang Cikgu Zue. Maklong Jihan
kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah Jasmin yang hanya senyum mengulum.
Iqram berdehem. Cepat – cepat menukar topik perbualan.
“Cikgu datang naik apa?. Saya nak
balik klinik. Nak saya tumpangkan?” soal Iqram. Cepat – cepat cikgu Zue
bersetuju. Mereka berdua menuju ke kereta Iqram. Cikgu Zue senyum puas. Hatinya
melonjak gembira. Iqram sempat mencuri pandang Jasmin yang sibuk melipat baju
Maklong dan memasukkannya kembali ke dalam bungkusan. Iqram terus menghidupkan
enjin kereta dan berlalu dari situ. Maklong Jihan menyiku perlahan pinggang
Jasmin.
“Min.. kamu datang naik apa tadi?”
“Jalan kaki saja. Motorkan adik
bawa ke sekolah. Nanti dia balik baru Min ke kebun. Tapi tadi Min singgah di
kebun sekejap. Letak bekal nasi untuk Kak lijah dengan Min. Kasihan Kak Lijah Lapar
sangat, Maklong. Kenapa?.. Maklong nak ajak Min jogging macam dulu ke?” soal
Jasmin. Ketawa besar Maklong Jihan mendengarnya.
“Itu masa Paklong Jai kamu gila
janda. Sekarang Maklong dah vogue hihihihihi” katawa Maklong Jihan. Jasmin juga
turut sama ketawa besar. Setelah berbual lebih dari 10 minit, Jasmin minta diri
untuk pulang. Baru sahaja dia melangkah untuk pergi, kereta Iqram masuk ke
halaman rumah Maklong Jihan.
“Kenapa pula?” soal Maklong Jihan.
“Tertinggal jam” senyum Iqram.
Maklong Jihan dan Jasmin memandang jam di tangan kiri Iqram. Maklong Jihan
menggeleng kepala.
“Yang dekat tangan kamu tu bukan
jam ke?”. Iqram memandang tangan kirinya. Dia menepuk dahi. Jasmin ketawa.
“Tak apalah maklong, Iq pergi dulu.
Mari saya hantar awak balik” pelawa Iqram.
“Tak apa saya jalan kaki saja.
Nanti awak lambat pula encik doktor” sengih Jasmin dah terus berjalan. Maklong
Jihan merenung Iqram yang turut sama memerhatikan Jasmin.
“Mana satu ni tuan doktor?...
pekebun cili ke?... cikgu?” perli Maklong Jihan.
“Ish... tak adalah maklong!
Semuanya kawan” dalih Iqram dan terus masuk ke dalam kereta. dia membawa kereta
perlahan – lahan sehingga hampir dengan Jasmin. Iqram membuka tingkap
keretanya.
“Amboi mak tuan punya ladang cili
ni.. sombong betul. Panas sangat ni. Mari saya hantar awak pulang. Nanti kita
nyanyi lagu ram ram tebu ya?” usik Iqram. Jasmin ketawa.
“Suruh orang naik tapi kereta duk
berjalan lagi” kata Jasmin. Cepat – cepat Iqram memberhentikan keretanya.
Jasmin masuk.
“Dah makan?” soal Iqram. Jasmin
menggeleng.
“Kejap – kejap lagilah”
“Jom makan, saya lapar” kata Iqram.
Jasmin merenungnya dalam – dalam.
“Apa?” berkerut dahi Iqram.
“Awak nak mengurat saya ya?...
janganlah doktor, saya ni seperti kelkatu di lampu panjang sedangkan doktor ni
ibarat raja di hutan rimba” senyum Jasmin.
“Kalau perasan pun, biarlah
bertempat!” jeling Iqram.
“Tadi kan doktor dah makan”
“Tak habis!”
“Kenapa tak habis?”
“Maklong lupa letak garam” senyum
Iqram. Ketawa besar Jasmin mendengarnya. Maklong Jihan selalu begitu. Kalau
teruja menunggu sesuatu, segala kerjanya tidak menjadi.
“Doktor ada masa berapa lama
lagi?”soal Jasmin. Iqram memerhati jam di keretanya.
“Dalam satu jam. Sebab semua
pesakit saya dah periksa”
“Kita makan di kebun saya nak?.
Sebelum sampai rumah Maklong, saya ada letak bekal saya di sana” cadang Jasmin.
“Tak kena tangkap khalwat ke?.
Berdua – duaan di kebun?”
“Ada Kak Lijah di sana. Saya dan Kak Lijah sama – sama
usahakan kebun tu” jawab Jasmin. Tanpa berfikir panjang Iqram terus bersetuju
dan menuju ke kebun cili Jasmin. Turun saja dari kereta, Iqram tergamam.. tidak
sangka agak luas kebun cili milik Jasmin malah persekitarannya sangat bersih.
Selain pokok cili, di tepi kebunnya juga di tanam pelbagai jenis ulam – ulaman
dan sayur – sayuran. Jasmin memanggil
Iqram dari pondoknya. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 30 an turut
tersenyum memandangnya. Iqram menghampiri. Dia diperkenalkan dengan Kak Lijah,
ibu tunggal anak dua. Jasmin membuka tiga bekas makanan. Tersenyum Iqram
melihatnya.
“Awak masak semua ni?” soal Iqram.
Jasmin mengangguk.
“Tapi Cikgu Zue kata awak tak
pandai masak” berkerut dahi Iqram.
“Ala.. dia bergurau tu. Hulur tangan tu!” arah Jasmin dengan nada
agak kasar. Kadang kala Iqram terperanjat dengan intonasi dan nada suara Jasmin
yang tidak tetap. Kadang kala - lembut
dan selalunya agak kasar. Jasmin membasuh tangan Iqram dengan air. Berselera
sekali Iqram menjamah masak lemak ayam dengan ulam raja yang dimakan dengan
sambal kelapa. Kak Lijah tersenyum – senyum memandang Jasmin yang sibuk melayan
Iqram.
“Sedap!” puji Iqram. Perutnya sudah
penuh. Jarang dia makan sebegini banyak.
“Itu belum makan laksa dan nasi
ayam dia” kata Kak Lijah. Jasmin ketawa. Iqram tersenyum – senyum. Jasmin
mengangkat kening. Menyampah pula melihat Iqram yang tersengih seperti kerang
busuk.
“Nak apa pula?” soal Jasmin.
“Nak rasa laksa pula!. Nanti saya
bagi duit awak buatkan untuk saya. Saya nak makan di sini lagi. Esok saya bawa
Maklong sekali” Iqram mengenyit mata. Jasmin menjeling. Diambilnya daun ulam
raja tadi dan di sumbatnya ke dalam mulut Iqram.
“Doktor kuat makan!” cebik Jasmin.
“Bolehlah sayang..” mendayu – dayu suara
Iqram. Sangat manja. Jasmin terdiam.
“Jangan panggil macam tu. Meremang bulu
roma saya tau tak!” marah Jasmin.
“Kalau meremang tu selalunya tindak
balas tergoda dengan lelaki” senyum Iqram. Mengerling Jasmin.
“Itu bukan tergoda, kalau nampak
hantu pun meremang juga!. Tergoda dengan hantu juga ke?” soal Jasmin.
“Bolehlah sayang..hmmm..hmmm..”
Iqram sengaja membuatkan Jasmin geram.
“Sayang...ehmmm ehmmm!!!” Iqram
mengerlipkan matanya berkali – kali. Jasmin sudah tidak tahan. Akhirnya dia
ketawa besar. Di ambilnya mangkuk kosong dan di terlangkupnya ke kepala Iqram. Ketawa
Kak Lijah melihat perangai mereka berdua.
“Macam orang bercinta!” komen Kak
Lijah sebelum meninggalkan mereka berdua dipondok. Iqram dan Jasmin terdiam. Tiba
– tiba rasa malu yang amat sangat muncul di dalam hati Jasmin. Iqram terus
meminta diri untuk pergi ke kliniknya. Iqram menoleh sebentar.
“Min... kita kawan kan?” soal
Iqram. Jasmin mengangguk.
“Kita kawan....” jawab Jasmin.
Iqram sudah pergi jauh dari pandangan mata Jasmin.
“Tapi aku sudah merasakan sesuatu perasaan
yang tidak ada pada seorang kawan.....”
Jasmin termenung memandang Kak Lijah yang sedang membuang daun – daun rosak. Lelaki
itu amat singkat hadir dalam hidupnya tetapi itu sudah memadai untuk mengukir
sedikit rasa bahagia di dalam hatinya.
wahh beshh superb...sambung lagi yer..saya suka buah tangan awak hehehehe
ReplyDeleteterima kasih Irna..
Deleteawak salah satu / seorang yang buat saya seronok
menulis dan masukkan n3 ni cepat :)
thanks kawan !!
wah! best.. msti lps nie cikgu zue akn makin kerap jmpe doktor iqram
ReplyDeleteterima kasih banyak diela baca DWET ni :)
Deletesememangnya. dia pun antara calon wanita edisi terhad Iqram :)
jangan jemu baca n3 seterusnya ya :))
Ermm... Dr. Iqram ni kat kat Cikgu ke Pekebun, nampak gayanya Cikgu Zue memang tak suka pada Jasmin, mesti dia jenis orang yang pandang class gitu...
ReplyDeleteseri ayu..
Deleteterima kasih ya baca DWET ni :)
a'ah..cikgu Zue ni ada sejarah sikit sebab tak suka Jasmin. nak tahu apa??..
ha.. Seri ayu kena tunggu tau :)
Best n3 ni..lawak..
ReplyDeletewah...
Deletebestnya dapat tgk komen hartini...
irst2 buka lagi!
terima kasih ya hartini.
cehck next n3 Seri cinta dari sarwak..
nama tini juga akan dimasukkan macam yang lain..
tq cayang! sudi bca blog akak