Monday, 19 November 2012

DIA WANITA EDISI TERHAD (DWET) - bab 3


BAB 3

Iqram masuk ke dalam klinik. Terkejut besar Iqram apabila ramai pesakit yang datang pada hari itu malah kebanyakkannya pesakit itu terdiri daripada wanita – wanita muda. Jururawat Mila senyum mengulum memandang Iqram yang masuk ke dalam biliknya.

“Ramainya yang sakit hari ni?” soal Iqram. Jururawat Mila tersengih – sengih. Dia dari awal lagi sudah agak perkara ini akan berlaku. Siapa yang tak mahu mengurat doktor muda sekacak Iqram. Lebih – lebih lagi dia anak saudara isteri ketua kampung. Walaupun mereka semua tidak tahu Iqram anak golongan VIP atas permintaan Iqram sendiri.

Pintu bilik Iqram diketuk. Seorang wanita yang bertubuh agak kurus duduk menghadap Iqram.

“Sakit apa ya?” soal Iqram.

“Demam” jawabnya ringkas tanpa mengalihkan pandangan matanya dari melihat wajah Iqram. Mahu tergelak Iqram rasa. Dia tahu wanita itu tidak demam.

“Tapi Cik.... Aznah tak demam”

“Saya pening” jawabnya.

“Ok.. pening pula. Tak apa nanti ambil ubat di luar” senyum Iqram. Wajah wanita itu berubah. Iqram sedikit keliru. Rasanya dia tidak melakukan apa – apa kesalahan pun. Dia juga tidak menggoda wanita itu. Tudungnya yang sedikit jatuh menutup dahi di tarik ke belakang.

“Jebon tak ingat saya lagi ke?’ soal Aznah. Iqram bertambah keliru. Dia cuba mengingat sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Tetapi... hanya seorang sahaja ynag memanggilnya begitu... Jenah Jengjeng!. Iqram ketawa. Aznah turut sama ketawa.

“Nampak tak ni?” Aznah menunjukkan parut hitam di lengannya. Iqram belum mahu berhenti ketawa.

“Siapa yang buat sampai lengan saya berparut begini. Sakit tau!. Dah la lastik tangan orang lepas tu lari lintang pukang!” cebik Aznah. Iqram senyum lagi.

“Maaflah Jenah.. yang awak kacau saya dan Zambri lastik angsa Maklong tu kenapa?” soal Iqram pula.

“Kejam!. Lastik binatang tak berdosa!” rungut Aznah lagi. Jururrawat Mila mahu naik angin. Ini bukannya tempat mahu mengenang kenangan silam tetapi ditahannya sahaja rasa marah itu.

“Eh... apa tak berdosa! Dia sudunya punggung adik saya tau”

“Ehemmm... doktor, hari ni ramai pesakit!” Jururawat Mila senyum sinis. Dia yang terkenal dengan sikap garangnya itu turut membuatkan Aznah kecut perut.

“Dah.. kau keluar. Nanti ambil ubat!” selamba saja Jururawat Mila mengarahkan Aznah keluar. Semak matanya!!. Iqram ketawa sendiri. Memang banyak kenangan manisnya dengan Aznah, jiran paling hampir dengan rumah Maklongnya. Dulu badannya sedikit berisi tetapi sekarang tidak lagi. Tidak sangka Aznah Jengjeng sudah cantik.

Iqram memegang tengkuknya. Agak penat hari ini. Dia mahu pulang sebentar ke rumah Maklong Jihannya. Mahu makan ikan keli masak asam rebus kegemarannya. Duit yang diberi kepada Maklong Jihan tempoh hari diguna sebaik – baiknya oleh Maklong jihan malahan wang itu melebihi daripada apa yang sepatutnya. Banyak kali Maklong Jihan menolak tetapi Iqram berkeras supaya Maklong Jihan menerimanya. Katanya... upah jadi chef!.. tersengih – sengih Maklong Jihan mendengarnya.

Iqram masuk ke dapur. Hidangan sudah tersedia. Paklong Jai pulang petang. Mengerjakan sawahnya yang berekar – ekar. Maklong Jihan hanya menemaninya makan sahaja. Perutnya masih tidak lapar.

“Maksu Zila buat makanan apa masa kamu pergi rumah dia?” soal Maklong Jihan. Iqram senyum. dia tahu akan sifat kedekut maksu Zilanya itu.

“Teh cair dengan biskut kering” jawab Iqram. Terbeliak mata Maklong Jihan mendengarnya.

“Aku tahulah dia tu kedekut tapi takkanlah dengan anak buah pun nak berkira!” bebel Maklong Jihan. Belum sempat mulutnya sambung berleter, seseorang memberi salam. Maklong Jihan memanggilnya masuk ke dapur. Cikgu Zue tersenyum manis memandang Iqram yang sedang makan.

“Ini.. ada rendang ayam dan pulut kuning sikit, Maklong. Makanlah.. saya yang masak” cerita Cikgu Zue tanpa di pinta. Dia duduk di hadapan Iqram.

“Jemput makan, cikgu” pelawa Iqram. Cikgu Zue tersenyum manis sambil menyelitkan rambutnya yang sedikit terjuntai. Manisnya..... bisik hati kecil Iqram. Maklong Jihan perasan pandangan mata mereka berdua.

“Assalamualaikum .. wahai wanita vogue lagi mengancam!” jerit satu suara dari luar. Ketawa besar Maklong Jihan melihat Jasmin yang baru tiba dengan bungkusan baju di tangan.

“Min.. dah siap baju maklong?” Maklong Jihan terus mendapat Jasmin yang termengah – mengah. Dia duduk di luar. Tidak tahu tentang adanya Iqram dan Cikgu Zue di dalam.

“Cikgu berkawan dengan Jasmin?” soal Iqram. Cikgu Zue mencebik sambil menggeleng kepala.

“Dulu masa sekolah rendah kami satu sekolah tapi kemudiannya dia tak naik sekolah menengah. Lagipun dia sedikit kasar. Tak sesuai dengan saya. Bukan saya tak kawan tapi tak berapa serasi” senyum Cikgu Zue. Iqram mengangguk. Setelah membasuh tangan, Iqram pergi ke tingkap. Mahu melihat Jasmin dan Maklong Jihannya yang terkekek – kekek ketawa. Maklong Jihannya punyalah gembira ketika membelek – belek baju sutera yang baru siap di jahit itu. Labuci dan manik – manik yang terlekat di baju itu kelihatan cantik sekali. Iqram dan Cikgu Zue keluar. Jasmin yang terpandangkan mereka berdua menghadiahkan sekuntum senyuman yang sangat ikhlas.

“Cikgu tak mengajar hari ni?” soal Jasmin. Cikgu Zue menggeleng dan tersenyum.
Iqram mengambil baju kurung dari tangan Maklong Jihannya.

“Cantik, Maklong” puji Iqram.

“Hai.. tengoklah kerja tangan siapa. Jasmin!” sengih Maklong Jihan. Jasmin tersengih – sengih sambil menutup mukanya dengan daun keladi yang membesar di sebelah tempat dia duduk.

“Tapi kalau tak pandai masak nak buat apa kan?” kata Cikgu Zue. Mereka semua memandang Cikgu Zue. Maklong Jihan kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah Jasmin yang hanya senyum mengulum. Iqram berdehem. Cepat – cepat menukar topik perbualan.

“Cikgu datang naik apa?. Saya nak balik klinik. Nak saya tumpangkan?” soal Iqram. Cepat – cepat cikgu Zue bersetuju. Mereka berdua menuju ke kereta Iqram. Cikgu Zue senyum puas. Hatinya melonjak gembira. Iqram sempat mencuri pandang Jasmin yang sibuk melipat baju Maklong dan memasukkannya kembali ke dalam bungkusan. Iqram terus menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari situ. Maklong Jihan menyiku perlahan pinggang Jasmin.

“Min.. kamu datang naik apa tadi?”

“Jalan kaki saja. Motorkan adik bawa ke sekolah. Nanti dia balik baru Min ke kebun. Tapi tadi Min singgah di kebun sekejap. Letak bekal nasi untuk Kak lijah dengan Min. Kasihan Kak Lijah Lapar sangat, Maklong. Kenapa?.. Maklong nak ajak Min jogging macam dulu ke?” soal Jasmin. Ketawa besar Maklong Jihan mendengarnya.

“Itu masa Paklong Jai kamu gila janda. Sekarang Maklong dah vogue hihihihihi” katawa Maklong Jihan. Jasmin juga turut sama ketawa besar. Setelah berbual lebih dari 10 minit, Jasmin minta diri untuk pulang. Baru sahaja dia melangkah untuk pergi, kereta Iqram masuk ke halaman rumah Maklong Jihan.

“Kenapa pula?” soal Maklong Jihan.

“Tertinggal jam” senyum Iqram. Maklong Jihan dan Jasmin memandang jam di tangan kiri Iqram. Maklong Jihan menggeleng kepala.

“Yang dekat tangan kamu tu bukan jam ke?”. Iqram memandang tangan kirinya. Dia menepuk dahi. Jasmin ketawa.

“Tak apalah maklong, Iq pergi dulu. Mari saya hantar awak balik” pelawa Iqram.

“Tak apa saya jalan kaki saja. Nanti awak lambat pula encik doktor” sengih Jasmin dah terus berjalan. Maklong Jihan merenung Iqram yang turut sama memerhatikan Jasmin.

“Mana satu ni tuan doktor?... pekebun cili ke?... cikgu?” perli Maklong Jihan.

“Ish... tak adalah maklong! Semuanya kawan” dalih Iqram dan terus masuk ke dalam kereta. dia membawa kereta perlahan – lahan sehingga hampir dengan Jasmin. Iqram membuka tingkap keretanya.

“Amboi mak tuan punya ladang cili ni.. sombong betul. Panas sangat ni. Mari saya hantar awak pulang. Nanti kita nyanyi lagu ram ram tebu ya?” usik Iqram. Jasmin ketawa.

“Suruh orang naik tapi kereta duk berjalan lagi” kata Jasmin. Cepat – cepat Iqram memberhentikan keretanya. Jasmin masuk.

“Dah makan?” soal Iqram. Jasmin menggeleng.

“Kejap – kejap lagilah”

“Jom makan, saya lapar” kata Iqram. Jasmin merenungnya dalam – dalam.

“Apa?” berkerut dahi Iqram.

“Awak nak mengurat saya ya?... janganlah doktor, saya ni seperti kelkatu di lampu panjang sedangkan doktor ni ibarat raja di hutan rimba” senyum Jasmin.

“Kalau perasan pun, biarlah bertempat!” jeling Iqram.

“Tadi kan doktor dah makan”

“Tak habis!”

“Kenapa tak habis?”

“Maklong lupa letak garam” senyum Iqram. Ketawa besar Jasmin mendengarnya. Maklong Jihan selalu begitu. Kalau teruja menunggu sesuatu, segala kerjanya tidak menjadi.

“Doktor ada masa berapa lama lagi?”soal Jasmin. Iqram memerhati jam di keretanya.

“Dalam satu jam. Sebab semua pesakit saya dah periksa”

“Kita makan di kebun saya nak?. Sebelum sampai rumah Maklong, saya ada letak bekal saya di sana” cadang Jasmin.

“Tak kena tangkap khalwat ke?. Berdua – duaan di kebun?”

“Ada Kak  Lijah di sana. Saya dan Kak Lijah sama – sama usahakan kebun tu” jawab Jasmin. Tanpa berfikir panjang Iqram terus bersetuju dan menuju ke kebun cili Jasmin. Turun saja dari kereta, Iqram tergamam.. tidak sangka agak luas kebun cili milik Jasmin malah persekitarannya sangat bersih. Selain pokok cili, di tepi kebunnya juga di tanam pelbagai jenis ulam – ulaman dan sayur – sayuran.  Jasmin memanggil Iqram dari pondoknya. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 30 an turut tersenyum memandangnya. Iqram menghampiri. Dia diperkenalkan dengan Kak Lijah, ibu tunggal anak dua. Jasmin membuka tiga bekas makanan. Tersenyum Iqram melihatnya.

“Awak masak semua ni?” soal Iqram. Jasmin mengangguk.

“Tapi Cikgu Zue kata awak tak pandai masak” berkerut dahi Iqram.

“Ala.. dia bergurau tu.  Hulur tangan tu!” arah Jasmin dengan nada agak kasar. Kadang kala Iqram terperanjat dengan intonasi dan nada suara Jasmin yang tidak tetap. Kadang kala  - lembut dan selalunya agak kasar. Jasmin membasuh tangan Iqram dengan air. Berselera sekali Iqram menjamah masak lemak ayam dengan ulam raja yang dimakan dengan sambal kelapa. Kak Lijah tersenyum – senyum memandang Jasmin yang sibuk melayan Iqram.

“Sedap!” puji Iqram. Perutnya sudah penuh. Jarang dia makan sebegini banyak.

“Itu belum makan laksa dan nasi ayam dia” kata Kak Lijah. Jasmin ketawa. Iqram tersenyum – senyum. Jasmin mengangkat kening. Menyampah pula melihat Iqram yang tersengih seperti kerang busuk.

“Nak apa pula?” soal Jasmin.

“Nak rasa laksa pula!. Nanti saya bagi duit awak buatkan untuk saya. Saya nak makan di sini lagi. Esok saya bawa Maklong sekali” Iqram mengenyit mata. Jasmin menjeling. Diambilnya daun ulam raja tadi dan di sumbatnya ke dalam mulut Iqram.

“Doktor kuat makan!” cebik Jasmin.

“Bolehlah sayang..” mendayu – dayu suara Iqram. Sangat manja. Jasmin terdiam.

“Jangan panggil macam tu. Meremang bulu roma saya tau tak!” marah Jasmin.

“Kalau meremang tu selalunya tindak balas tergoda dengan lelaki” senyum Iqram. Mengerling Jasmin.

“Itu bukan tergoda, kalau nampak hantu pun meremang juga!. Tergoda dengan hantu juga ke?” soal Jasmin.

“Bolehlah sayang..hmmm..hmmm..” Iqram sengaja membuatkan Jasmin geram.

“Sayang...ehmmm ehmmm!!!” Iqram mengerlipkan matanya berkali – kali. Jasmin sudah tidak tahan. Akhirnya dia ketawa besar. Di ambilnya mangkuk kosong dan di terlangkupnya ke kepala Iqram. Ketawa Kak Lijah melihat perangai mereka berdua.

“Macam orang bercinta!” komen Kak Lijah sebelum meninggalkan mereka berdua dipondok. Iqram dan Jasmin terdiam. Tiba – tiba rasa malu yang amat sangat muncul di dalam hati Jasmin. Iqram terus meminta diri untuk pergi ke kliniknya. Iqram menoleh sebentar.

“Min... kita kawan kan?” soal Iqram. Jasmin mengangguk.

“Kita kawan....” jawab Jasmin. Iqram sudah pergi jauh dari pandangan mata Jasmin.

“Tapi aku sudah merasakan sesuatu perasaan yang tidak ada pada  seorang kawan.....” Jasmin termenung memandang Kak Lijah yang sedang membuang daun – daun rosak. Lelaki itu amat singkat hadir dalam hidupnya tetapi itu sudah memadai untuk mengukir sedikit rasa bahagia di dalam hatinya.


8 comments:

  1. wahh beshh superb...sambung lagi yer..saya suka buah tangan awak hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Irna..
      awak salah satu / seorang yang buat saya seronok
      menulis dan masukkan n3 ni cepat :)
      thanks kawan !!

      Delete
  2. wah! best.. msti lps nie cikgu zue akn makin kerap jmpe doktor iqram

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak diela baca DWET ni :)
      sememangnya. dia pun antara calon wanita edisi terhad Iqram :)
      jangan jemu baca n3 seterusnya ya :))

      Delete
  3. Ermm... Dr. Iqram ni kat kat Cikgu ke Pekebun, nampak gayanya Cikgu Zue memang tak suka pada Jasmin, mesti dia jenis orang yang pandang class gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seri ayu..
      terima kasih ya baca DWET ni :)
      a'ah..cikgu Zue ni ada sejarah sikit sebab tak suka Jasmin. nak tahu apa??..
      ha.. Seri ayu kena tunggu tau :)

      Delete
  4. Replies
    1. wah...
      bestnya dapat tgk komen hartini...
      irst2 buka lagi!
      terima kasih ya hartini.
      cehck next n3 Seri cinta dari sarwak..
      nama tini juga akan dimasukkan macam yang lain..
      tq cayang! sudi bca blog akak

      Delete